Layang-layang
Menari di udara dengan riang
Ke kanan, Ke kiri ia melayang
Mengikut irama sang bayu
Meski langkah tari sumbang dan terasing
Tanpa peduli perjalanannya singkat atau panjang
Tanpa peduli tali yang menghambat mampu menuntun
atau terputus di pertengahan jalan
Yang ia tahu,
Selagi angin berhembus selagi itu ia akan tetap melayang
Mendesir irama kerana cuba bersatu dengan alam
Terlupa gerimis yang akan cuba menghentikan perjalanan
Apatah lagi ribut yang mungkin membadai