Bayang senja mendakap mentari
Membawa kegembiraan penghuni malam
Berlegar-legar mencari kemilau yang tak pasti
Senyum meleret tubuh diheret
Tarian senja semakin asyik
Lemah gemalai tangan melambai
Iblis laknat ketawa mengilai
Tika tubuh-tubuh lemah lemah didakap nafsu
Menghirup wangian syurga dunia yang fana
Terpasung diri dalam bayangan dosa
Senyum di wajah tiada kesal
Maruah digadai material tercapai
Wajarkah itu?
Hati telah buta
Jiwa telah ternoda