Home Puisi Umum Bidadari Cinta Di Hatiku
Bidadari Cinta Di Hatiku
Viviana Rose
19/12/2015 14:16:48
1,678
Kategori: Puisi
Genre: Umum

Hadirmu tidak terduga
Terlalu pantas melintasi taman hati
Merenggut sekeping hati milikku
Lalu aku terpesona
Hanyut ke alam fantasi yang dipenuhi rindu yang menyala
Umpama bulan yang menerangi malam
Bagai mentari yang menghangatkan siang
Sentiasa ada bersama waktu
Selagi bumi bernyawa

Hatimu lebih keras dari kerikil
Juga lembut bagaikan sutera
Sentiasa teguh bersama rasa yang terpasak di lantai hati
Walau badai menggulung nurani

Bila kasih dihulur 
Tiada rasa yang lebih indah
Maka bersatulah dua hati
Bersatu di atas pelamin cinta
Bersama rindu yang sentiasa menggetarkan jiwa
Sesungguhnya, kaulah kekasih
Bidadari cinta di hatiku


Qaseh kamelia 19 mei 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Viviana Rose