Home Novelet Seram/Misteri PROJEK SERAM - PULAU: MALAM BERDARAH
PROJEK SERAM - PULAU: MALAM BERDARAH
Illya Abdullah
1/7/2016 14:43:43
3,511
Kategori: Novelet
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
PROLOG

TANAH yang berhutan rimba di pangkor laut itu menarik perhatian Dato’ Reza mendirikan pusat peranginan baru. Tambahan pula tempat itu mempunyai kawasan perhutanan yang menghijau dan damai di mata Dato’ Reza. Sungguh menenangkan buat mereka yang ingin suasana sebegitu. Dato’ Reza mengerahkan orang-orangnya untuk menguruskan segala rancangan yang telah diaturkan sekian lama. Beruntung sekali kerana tempat itu sudah menjadi miliknya.

Sudah beratus ribu ditaburkan untuk memiliki tanah tersebut. Namun, itu bukan masalah bagi Dato’ Reza asalkan segala impiannya tercapai. Tambahan pula projek resort yang diusulkan sudah mendapat kelulusan.

Kerja-kerja pembinaan mula dijalankan. Dato’ Reza akan hadir sekali-sekala untuk melihat projeknya berjalan dengan lancar. Dia bercadang ingin mendirikan sebuah chalet mewah miliknya untuk memudahkan dia berulang-alik kelak.

Hari ini, dia datang semula ke tapak projek bersama orang kanannya Meor. Bibirnya mengulum senyuman melihat rangka-rangka chalet yang telah didirikan.

“Malam ni saya mahu bermalam di sini.”

“Dato tak kisah ke? Lagipun chalet khas untuk dato’ masih dalam proses pembinaan. Kita bermalam sahaja di chalet Pangkor.”

Dato’ Reza menggeleng-geleng kepalanya.

“Saya akan bermalam di sini. Saya tidak kisah tidur bersama pekerja-pekerja saya.” Tegasnya. Meor sudah maklum dengan sikap mesra Dato’ Reza. Lelaki itu seorang yang tidak membeza-bezakan kedudukan. Sikap yang cukup disenangi oleh orang-orang disekelilingnya.

Sepasang mata berwarna kemerahan seakan sedang memerhatikan mereka di balik pokok sebesar dua pemeluk manusia itu.

Suara kecoh di tempat kerja mengejutkan Dato’ Reza dan Meor. Seorang lelaki tua sedang mengarahkan pekerja-pekerjanya keluar dari tempat itu.

“Apa hal ni, Ghazali?” Dato’ Reza menghampiri salah seorang pekerjanya.

“Orang tua ni dah kali beberapa kacau kerja kami, dato’.”

“Kenapa saya tak tahu hal ni?” Desis Dato’ Reza. Katanya kami kacau tempat dia. Dia bagi amaran jika kami tak pergi dari tempat ni, kami akan terima bala.”

“Kami ingat kami boleh settle sendiri tanpa dato’. Tak sangka pula boleh jadi rumit.” Ghazali menggaru-garu kepala yang tidak gatal.

Dato’ Reza menarik nafas panjang.

“Nyah aku kata! Kalau tidak kamu semua akan terima padanya.” Lelaki tua itu menghayun-hayunkan parang ditangannya.

Dato’ Reza dengan berani tampil ke hadapan.

“Maaf… apa salah kami? Kami sudah mendapat kelulusan dari saluran yang betul untuk mengusahakan tanah ini menjadi tempat peranginan.” Suara Dato’ Reza.

“Kau ketuanya!” Lelaki itu menghalakan jari telunjuknya pada muka Dato’ Reza.

“Kita boleh berbincang baik-baik.” Dato’ Reza memujuk. Kalau boleh dia tidak mahu terjadinya pertelingkahan yang tiada kesudahan.

Lelaki tua itu merengus.

“Aku kata nyah dari maka nyahlah. Kalau kamu semua tak mahu mati! Ini amaran aku yang terakhir.” Bunyinya seperti ugutan.

Wajah lelaki tua itu nampak begitu serius. Dia meninggalkan tapak pembinaan itu. Dato’ Reza menghela nafas panjang.


DATO’ Reza tidak dapat tidur dengan lena. Sekejap tubuhnya dialihkan ke kiri dan sekejap ke kanan. Mungkin dia tidak selesa tidur beralas tikar. Matanya terbuka apabila menangkap bunyi menderam seekor binatang. Dia bangun dan melangkah keluar dari rumah kayu yang dibina secara rawak oleh pekerja-pekerja untuk tempat berteduh.

Dia memijak anak tangga yang dibina dari kayu itu. Beria-ia dia mahu tidur di pondok kayu sendirian dan ajak jauh dari pekerja-pekerjanya yang lain termasuklah Meor.

Bunyi seakan bintang berlari di balik semak-samun berdekatan pondok kayu itu menarik perhatian Dato’ Reza. Dato’Reza masuk ke dalam semak. Daun-daun pokok berguguran dari atas. Dato’ Reza mendongkkan kepalanya.

Makhluk yang berada di atas dahan pokok itu bukannya binatang. Makhluk itu menyeringai ke arahnya.

“ALLAH!” jerit Dato’ Reza lantang.


CAHAYA matahari menyapa wajah Dato’ Reza. Dia bangkit perlahan-lahan memengang kepala mengingati apa yang telah berlaku kepadanya. Ingatannya agak kabur sedikit. Dato’ Reza bangun perlahan-lahan. Dengan langkah agak terhoyong-hayang dia melangkah keluar dari kawasan semak samun itu.

Bau hanyir sudah menusuk ke lubang hidung Dato’ Reza. Dia mempercepatkan langkahnya menuju ke arah tapak projek. Matanya terbuntang luas melihat mayat-mayat bergelimpangan bermandikan dengan darah. Tubuhnya menggeletar melihat mayat-mata di depan matanya itu.

Kedua-dua belah lutut Dato’ Reza sudah menyembah ke tanah. Apa yang sudah berlaku? Siapa yang membunuh pekerja-pekerjanya itu? Dan juga Meor? Dato’ Reza meraup wajahnya.

Bayangan susuk seorang lelaki muncul di belakang Dato’ Reza.

“Aku dah cakap, kamu semua akan ditimpa bala. Kamu semua berdegil!”

Dato’ Reza mengetap bibir. Apa yang tidak kena pada kawasan itu? Siapa lelaki tua itu?

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.