Home Novel Seram/Misteri MANNEQUIN
MANNEQUIN
Illya Abdullah
23/12/2015 22:32:36
136,986
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
BAB 21

“ALLAH!” Datuk Rusdy terjelepok atas lantai hospital apabila dikhabarkan tentang kematian Rizman. Doktor tidak dapat menyelamatkan nyawa Rizman. Rizman banyak kehilangan darah malahan urat pada lehernya hampir putus. Mereka telah cuba sedaya upaya untuk berusaha. Namun, ajal dan maut di tangan TUHAN.

Adam Raiqal yang baharu tiba bersama James hanya mampu terpangku melihat keadaan Datuk Rusdy yang sedang meraung itu. Doktor yang berselisihan dengannya itu sekadar sekejap memandangnya dengan gelengan perlahan. Ada Raiqal bersandar pada dinding. Gelengan doktor dan raungan Datuk Rusdy sudah cukup memberikan jawapan yang tidak perlu ada pertanyaan itu.

Kenapa perlu berakhir begini? Dia tidak sempat berbuat apa-apa untuk menghindarkan perkara buruk yang berlaku. Ingin salahkan siapa? Adam Raiqal tidak mahu menunding jari ke muka Datuk Rusdy.

“Aku tak faham? Kenapa Rizman sampai bunuh diri?” James memandang tepat pada wajah Adam Raiqal.

Adam Raiqal mengalihkan pula pandangan ke arah Datuk Rusdy. Dia begerak dengan langkah perlahan merapati lelaki itu. Adam Raiqal bercangkung di depan Datuk Rusdy. Bahu lelaki itu disentuh. Tiada kata-kata mampu diungkapkan oleh Adam Raiqal. Datuk Rusdy mengangkat kepala merenung wajah anak muda itu.

“Rizman masih hidup. Uncle tahu dia masih hidup.”

Datuk Rusdy memaut kedua-dua belah lengan Adam Raiqal. Adam Raiqal sedikit menundukkan kepalanya. Di tahu sukar untuk Datuk Rusdy menerima kematian Rizman. Rizman anak tunggal Datuk Rusdy. Rizman adalah nadi dan nyawa lelaki itu.

“Bersabar uncle…” Ungkapan yang payah untuk dituturkan. Hany itu kata-kata yang berjaya dikeluarkan. Adam Raiqal cuba membantu Datuk Rusdy untuk bangun.

Kedua-duanya melangkah masuk ke dalam wad terbabit. Tubuh Rizman yang berselimut putih itu menambahkan lagi kesedihan pada hati Datuk Rusdy. Selimut putih kelihatan dicemari dengan darah.

Wajah Rizman yang terpejam yang masih berdarah itu direnung degan sayu. Seorang demi seorang, orang yang disayangi meninggalkan dia. Datuk Rusdy mendakap

tubuh kaku Rizman.

Unclekena redha dengan pemergian Rizman.”

“Kamu fikir uncle boleh menerima kematian Rizman?” Datuk Rusdy bersuara.

Uncle kena terima ketentuan Ilahi.”

Datuk Rusdy diam. Namun, kata hatinya menidakkan kematian Rizman. Rizman tidak boleh mati. Adam Raiqal tidak akan memahami perasaan hati seorang ayah sepertinya. Jika diberikan pilihan dia lebih rela menggantikan nyawa untuk anaknya itu.

Uncle mahu Rizman dikebumikan hari ini juga.” Tubuh kaku Rizman dibaringkan semula. Selimut ditarik menutup semula tubuh itu.

“Saya akan bantu uncle semampu yang boleh.”

“Terima kasih, Raiqal.” Datuk Rusdy memeluk tubuh Adam Raiqal. Erat. Untuk seketika.

Datuk Rusdy berlalu meninggalkan Adam Raiqal sendirian di samping jasad sahabatnya itu. Apa yang Adam Raiqal takuti, lelaki itu akan cuba menghidupkan Rizman sepertimana yang dilakukan pada arwah ‘Dayana’ menjadi sebuah patung bernyawa.

Adam Raiqal perlu mengawasi tindak tanduk lelaki itu. Dia tidak mahu jasad Rizman dipergunakan dalam ilmu hitam.


SETELAH menguruskan pengembumian di siang hari, malam itu Datuk Rusdy mengarah dua orang upahannya mengorek semula kubur Rizman yang masih merah. Tindakan gilanya itu mendapat tentangan dari Bakri. Bakti, pemandunya itu tidak mahu bersubahat dengan perbuatan majikannya itu. Bakri kecewa kerana Datuk Rusdy termakan dengan bisikan kata iblis. Malah dia diherdik dan dihalau oleh majikannya itu. Bakri sudah menjalankan tanggaungjawabnya sebaik mungkin. Selebihnya itu, terpulang pada pendirian Datu Rusdy.

Datuk Rusdy keraskan hati. Apa juga halangan tidak sedikit pun mematahkan keinginan melihat Rizman ‘hidup’ semula. Tidak dipeduli pada nasihat yang berdesing menusuk ke corong telinga.

Datuk Rusdy ke liang lahad sebaik selesai dikorek. Jasad Rizman yang berbungkus itu ditarik keluar berhati-hati. Dia sendiri mencepung mayat anakya itu naik ke atas.

“Papa takkan biarkan kamu bersendirian dalam tu. ‘Dayana’ masih menanti kamu di rumah. Kita akan berkumpul semula.” Wajah Rizman yang masih belum dimamah tanah itu diusap-usap dengan penuh kasih sayang.

Tanah kubur itu dikambus semula. Kubur itu berbatu nisan tanpa jasad di dalamnya. Datuk Rusdy seakan tidak takut duduk bersama jasad Rizman di belakang. Keretanya yang baharu bergerak tidka sampai suku jalan itu berhenti secara mengejut. Ada lembaga manusia yang menghadang di hadapan.

Datuk Rusdy mengecilkan bola matanya. Dia mengamati wajah lembaga manusia itu yang sudah diternagi dengan cahaya lampu.

“Raiqal!” Datuk Rusdy menolak pintu kereta. Dua orang upahannya turut keluar untuk berdepan segala kemungkinan yang berlaku nanti.

Uncle… apa uncle buat ni? “

“Ketepi Raiqal. Uncle tak mahu orang-orang uncleberkasar dengan kamu!”

“Mengucap uncle. Mengucap. Jangan buat kerja gila ni!”


“TUHAN tak pernah kasihani aku. Dia mabil nyawa anak aku. Rizman tak patut mati!”

Uncle…” Adam Raiqal tidak sempat menghabiskan kata-kata. Kepala Adam Raiqal dipukul dengan kayu dari belakang. Dia rebah menyembam tanah. Orang upahan Datuk Rusdy membuang kayu ke bawah.

Di pertengahan jalan, kereta Datuk Rsudy mula tersekat-sekat dan kemudian berhenti. Orang upahanya yang memandu itu cuba menghidupkan semula kereta tetapi tidak berjaya.

“Kereta rosak datuk.” Ujar lelaki yang menjadi pemandunya itu. Dia melolos keluar dari kereta untuk memeriksa kerosakan. Rakannya turut melangkah keluar.

“Tunggu apa lagi, betulkan saja.” Datuk Rusdy muncul mengejut di belakang mereka. Kedua-duanya mengurut dada.

“Ambil masa ni datuk.”

Datuk Rusdy merengus kecil. Lewat malam begini kereta pula buat hal. Dia bercekak pinggang memandang bahagian enjin kereta yang berasap.

Tiada pilihan. Pintu kereta belakangnya ditarik. Dia meletakkan jasad Rizman pada bahunya. Perbuatannya itu mengejutkan orang-orang bawahannya. Mereka ingin membantu tetapi ditegah oleh lelaki itu. Datuk Rusdy memikul jasad Rizman mendaki jalan seperti mendaki bukit itu.

Kelitihan terpancar pada wajah tua Datuk Rusdy namun tidak mematahkan semangatnya untuk terus mengorak langkah. Langkah itu sepatutnya menjejaki masjid. Berzikir dan bersujud kepadaNYA. Menerima dengan redha qada dan qadar ALLAH.

Ulas bibirnya mengukir segaris senyuman sebaik melihat rumah agam yang dicari. Kehadiran seperti dirasai oleh penghui rumah agam itu. Maria yang membuka pintu tersentak melihat jasad berkapan putih yang dipikul oleh Datuk Rusdy itu.

“Terima kasih,” ucap Datuk Rusdy pendek.

Zaitun sudah sedia menunggu di ruang tamu. Datuk Rusdy meletakkan mayat Rizman di depan mata Zaitun. Terbelalak mata wanita itu.

“Rusdy… apa kamu mahu lagi?”

“Aku mahu kau hidupkan anak aku!”

“Apa yang berlaku?” Sengaja Zaitun bertanya sedangkan dia tahu apa yang berlaku pada Rizman. Bibir yang tersalut dengan warna merah itu melirik senyuman.

Datuk Rusdy kelihatan menguru-urut dadanya. Nafasnya jelas tercungap-cungap. Tangannya menggeletar mengeluarkan sebotol pil dari kocek seluar.


*Saya behentikan dulu untuk entry MANNEQUIN pada bab ini. Saya sedang menyiapkan manuskrip ini sepenuhnya untuk penilaian penerbit nanti. Doakan untuk saya. Doakan MANNEQUIN menjadi naskah novel yang dicetak

Terima kasih pembaca semua, 


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.