Nasi
goreng ayam masakan mamak dinikmati penuh selera. Sekejap sahaja mereka
menghabiskan juadah masing-masing. Semuanya tersandar kekenyangan. Fazrul
menjadi tumpuan sekali lagi.
“Kau
betul-betul okey ke bro?” Ayman menyoal penuh minat. Matanya bulat memandang
Fazrul.
Fazrul
menghabiskan sisa-sisa nasi dengan muka selamba. Selepas itu dia
mengangguk-angguk.
“Masa
kau kena tampar tu, sakit tak?” Ayman sudah teruja. Hanya dia yang mengajukan
soalan kepada Fazrul. Yang lain hanya menadah telinga sahaja. Tidak kurang juga
yang mengantuk kerana keletihan.
“Rasa
panas then pedih..”
“Dalam
ramai-ramai kenapa kau yang kena tampar? Kau ada langgar pantang larang ke?”
Soalan
Amirul tidak terus berjawab. Fazrul merenung pinggan nasi yang sudah tiada isi.
Badannya kepenatan tetapi keadaannya lebih baik dari siang tadi. Mungkin
selepas mandi, solat dan makan nasi goreng mamak.
“Aku
pun tak tau kenapa. Tiba-tiba kena tampar sampai lebam tengkuk aku,” akhirnya
dia membalas.
“Ah
kau Man!” sergah Ganesh tiba-tiba.
“Apa?”
“Entah-entah
engkau yang curi benda kat sana tak?”
“Kau
ni tak habis-habis nak menuduh aku dari tadi. Muka aku ni ada macam muka
pencuri ke?”
Ganesh
mencebik. Ayman memang pandai membuat serangan balas. Dia pun malas mahu
berprasangka buruk terhadap rakannya sendiri. Mungkin benar Ayman tidak
mengusik apa-apa ketika di sana dan dia sahaja yang berfikiran negatif.
“Aku
dah cakap, aktiviti ni takde faedah pun. Kau orang degil, tak dengar kata..”
omel Ganesh. Geramnya terasa membuak-buak.
“Mana
tau benda nak jadi macam ni Ganesh. Lagipun Hj. Hamid dah cakap Fazrul takde
apa-apa kan?” tempelak Ayman. Sinis matanya menerkam ke wajah Ganesh yang duduk
berhadapannya.
“Betul
kan Rul?” tanyanya pada Fazrul.
“Betul
apa?”
“Betul
kau takde apa-apalah, hish!”
“Oh…”
Fazrul mengangguk bagaikan burung belatuk. Macam mamai pun ada. Mental dan
fizikal sudah letih. Apa yang dia perlukan hanyalah rehat iaitu tidur.
“Betul
tak kau ni dah okey?” tanya Xiao pula.
Kemudian
renungan mata keduanya bertaut buat beberapa saat. Meremang terus bulu roma
Xiao. Renungan matanya segera dialihkan.
“Aku
okey. Kau orang tak percaya ke?”
“Sudah-sudah.
Jom balik. Semua dah kenyang kan? Hari pun nak hujan balik ni,” Amirul
mencelah. Dia bingkas bangun dan bergerak ke kaunter untuk membuat bayaran.
Malam itu dia yang belanja.
Xiao
memandang Ganesh. Keduanya seperti sedang bertelepati.
“Jom..”
ajak Amirul. Laju dia mengayun langkah ke kereta. Langit malam sudah berkelip-kelip
dengan kilat.
Sampai
sahaja di rumah, hujan kembali membasahi bumi. Tempiasnya menerpa ke pakaian
yang dipakai enam sekawan itu. Mereka berlari-lari anak menuju ke pintu utama.
Tatkala kunci menyentuh mangga, jiran sebelah tiba-tiba menyapa mereka dari
belakang. Pak cik Rashid berpayung sambil memanggil-manggil mereka.
“Kenapa
pak cik?”
“Tadi
ada perempuan kat dalam. Siapa ya?” ujar pak cik Rashid sebagai jawapan kepada
pertanyaan Iqram.
“Ha?”
Blur
fikiran semuanya. Perempuan mana pula yang dikatakan jiran mereka ini? Inikan
rumah bujang, mana ada perempuan.
“Pak
cik salah tengok tak?” Iqram cuba menafikan.
“Pak
cik belum rabun lagi. Masa pak cik balik dari masjid, ternampak perempuan
berdiri kat tingkap. Siapa tu?”
Pak
cik Rashid memang sengaja datang bertanya kerana dia tidak boleh membenarkan
apa-apa perbuatan yang melibatkan zina. Perempuan itu nampak muda tetapi
wajahnya tidak begitu jelas kerana berada di dalam kegelapan.
“Dalam
rumah ni ada kami je pak cik. Takde orang perempuan..”
Kata-kata
Xiao membuat kening orang tua itu terangkat. Biar betul?
“Jemputlah
masuk pak cik,” jemput Amirul. Biar pak cik Rashid melihat sendiri yang tiada
perempuan di situ. Keadaan ruang tamu yang sedikit bersepah membuatkan mereka
tersipu malu. Biasalah rumah orang bujang.
Pak
cik Rashid hanya berdiri di ruang tamu. Memang tiada tanda-tanda ada perempuan
di situ. Dia pun kenal dengan enam sekawan ini, memang baik budak-budaknya.
Tidak mungkin mereka tegar berbuat maksiat secara sembunyi. Namun begitu, matanya
sesekali meliar ke setiap sudut.
“Duduk
pak cik,” Xiao mempelawa. Orang tua itu melabuhkan punggung dan matanya masih
melingas.
“Habis
tu siapa yang pak cik nampak tadi ya?” pak cik Rashid bingung.
Tiada
jawapan yang mampu diberikan pada soalan itu. Mereka juga tidak tahu siapa
perempuan yang dimaksudkan pak cik Rashid. Mungkin juga refleksi orang lain?
Boleh jadi juga refleksinya terbias hingga ke jendela rumah sewa mereka. Ada
beberapa kemungkinan.
“Takkanlah
kami nak bawa masuk perempuan pulak pak cik,” ujar Ayman, tersengih nakal. Dia girlfriend pun tiada.
“Pak
cik salah nampak agaknya. Takpelah, maaf mengganggu kau orang,” pak cik Rashid
bangkit dan mengukir senyuman pahit. Sah-sahlah matanya sudah rabun.
“Eh,
takde apalah pak cik, jalan baik-baik ye..” sibuk sekali Ayman mengiringi orang
tua itu hingga ke muka pintu.
Pintu
ditutup dan dikunci.
Ganesh
dan Xiao sudah merinding. Perempuan mana pula ni? Hish semakin menjadi-jadi
pula ketakutan mereka. Fazrul pula hanya senyap membisu sahaja ketika pak cik
Rashid bertandang tadi. Sempat juga mereka memerhatikan riak pada wajah Fazrul.
Lelaki itu nampak selamba sahaja.
“Biar
betul weii…”
Ayman
bergegas dan terus duduk di sebelah Fazrul. Ada puakakah rumah sewa mereka ini?
Menarik!
“Tak
mungkin pak cik Rashid nak ada-adakan cerita. Cuma mungkin dia silap tengok
atau.. Ah pening aku!” Amirul sudah serabut.
“Aku
tidur dulu. Letih,” Fazrul bangun dan lurus menuju ke bilik tidur. Tidak
berminat untuk terus berbual dengan rakan-rakannya. Kepala sudah ting tong.
Ayman
ternganga.
“Sudahlah,
aku nak masuk tidur. Penat!” Amirul terus berlalu ke bilik lalu disusuli rakan
sebiliknya, Iqram. Kedua-duanya sudah mengantuk. Sebelum terlena di kerusi,
lebih baik mereka cepat-cepat masuk tidur.
Ganesh
dan Xiao juga sudah beredar dari ruang tamu. Hanya Ayman yang masih melepak di
situ. Tv dipasang tetapi tiada rancangan yang mampu membuatkan dia teruja.
Kisah ‘perempuan di tingkap’ lebih mengujakan. Pantas tingkap ruang tamu
dipandang penuh curiga.
“Siapalah
agaknya ya?”
Benda
kecil yang tersimpan dalam poket seluarnya diseluk dan dikeluarkan. Dia
tersenyum lebar. Ligat jemarinya membelek-belek benda itu.
“Kalau
dia orang tau, mampus aku…”