Home Novel Seram/Misteri UMMU SIBYAN
UMMU SIBYAN
Ninie Othman
31/5/2017 11:40:34
25,537
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 5

FAIL-FAILyang bersusun di atas meja tidak mampu menarik minatnya untuk terus bekerja.Sejak masuk ofis sehingga ke waktu tengahari, dia hanya tersandar lesu dikerusi tanpa melakukan apa-apa kerja. Seringkali dia memicit-micit dahi keranapening yang muncul secara tiba-tiba. Entah apa yang dia makan sehingga sakitbegitu. Apa yang dia tahu sejak kebelakangan ini dia kurang makan kerana berasakurang sihat.

Tepukan lembut di bahu pantas mematikanlamunannya. Dia mendongak dan pandangannya bertemu dengan muka rakan sepejabatnya,Hilmi.

“Kau okey ke?”

Pertanyaan Hilmi dia balas dengan satuanggukan malas.

“Dari pagi tadi aku tengok kau lesu aje?Kau tak sihat ke?” Hilmi mengambil berat. Setahunya Amar tidak pernahberkelakuan seperti itu di pejabat. Amar di antara pekerja yang berdedikasi.

“Takde apalah. Aku okey,” balas Amar.

“Tapi muka kau macam pucat aje ni. Kaupasti ke kau okey?”

“Aku cakap okey, okeylah!” bentak Amar.Keras sekali nada suaranya. Semua mata memandang ke arah mereka.

Hilmi mengetap bibir, “Okey, sorry! Aku takkan tanya dah.”

Hilmi beredar ke tempat duduknya denganriak sedih di wajahnya. Dia mahu mengambil berat tetapi dimarahi oleh Amar pula.

Amar menumbuk meja dengan perasaan yangberserabut. Dia tidak bermaksud memarahi Hilmi. Dia juga tidak tahu kenapadarahnya mendidih apabila Hilmi cuba mengambil berat. Sikap panas barannyasemakin teruk! Mujur pengurus tiada di pejabat pada hari itu kerana menghadirikursus penting di Kuala Lumpur selama beberapa hari. Jika tidak, dia akandimarahi kerana membuat onar di pejabat.

Sakit lehernya kembali menyerang. Diamengancing gigi. Sakit bukan kepalang. Dia bingkas bangun dan bergegas ke bilikair untuk menghilangkan rasa sakitnya. Dia merenung ke cermin. Biasan dirinyaditenung lama-lama. Apa yang dia lihat, mukanya lencun dengan peluh jantan.Tubuhnya menggigil menahan kesakitan yang terasa memamah batang tengkuknya.

Dia hairan mengapa perubatan moden tidakmampu mengesan penyakit yang sedang dihidapinya. Atau perlukah dia mendapatkankhidmat perubatan secara Islamiah pula?

Angin yang melintas laju di belakangmembuatkannya kaget. Tanpa membuang masa dia terus keluar dari situ dan kembalike tempat duduknya sambil menunggu habisnya waktu bekerja. Tubuhnya tidakbermaya dan dia memerlukan rehat secepat mungkin.

 

SAMADmenyandarkan cangkul ke batang pokok pisang. Cuaca pada hari itu mendung sahaja.Peluh yang kering di tubuh terasa dingin disentuh angin petang. Botol airkosong yang terletak di atas pondok kayu dia capai lalu diteguk penuh selera.Selepas ini dia akan ke rumah Milah untuk menghantar lauk makan malam pula.

Tersenyum-senyum dia mengenangkan wanitamuda itu.

Setengah jam kemudian, dia menghidupkanenjin motosikal dan beredar pergi dari kebun milik arwah bapanya. Sudah selesaikerja-kerjanya di kebun untuk hari itu.

Semasa melintasi kawasan rumah Amar, diaternampak sesosok tubuh kecil molek di jendela yang bertutup rapat. Namun diatidak mempunyai keberanian untuk melihat buat kali kedua. Tiada sesiapa dirumah itu ketika Amar keluar bekerja. Dia yakin itu bukan manusia. Meremangpula bulu romanya.

Petang itu seperti yang telahdijanjikan, mereka berlima menziarahi Amar di rumahnya. Syukur ke hadrat ilahikerana Amar ada di rumah ketika itu.

Daun pintu dibuka dan Amar segeraterpancul di muka pintu. Dia seolah terkejut dengan kedatangan lima lelaki itunamun dia cuba tersenyum dan mempelawa mereka masuk ke rumah. Apa yang merekaperasan, Amar tidak berani bertentang mata dengan Tok Guru Semail.

“Ada apa hajat datang ke sini Tok?” Amarberbasa-basi.

“Saja datang menziarah kamu Am.” TokKetua membalas. Dia pun perasan dengan perubahan pada wajah Amar. Air mukanyanampak garang dan sudah hilang serinya.

Amar mengangguk-angguk dan lebih banyakmenunduk. Dia tidak mahu memandang Tok Guru Semail. Dia dapat menghidu tujuanmereka datang ke situ. Dia orang ingat aku bodoh?

“Saya ke dapur buatkan air dulu.” Amarbangun dari duduk dan bergegas pergi ke dapur.

Leman menelan liur lantas matanyamelilau memandang ke setiap sudut ruang tamu itu. Berdebar-debar betul dia rasaketika berada di dalam rumah arwah Nek Cu ini. Kalau boleh pada masa itu jugadia mahu keluar dan memecut pulang ke rumahnya.

“Macam mana Tok?” Samad bertanyapendapat Tok Guru Semail tentang Amar. Suaranya diperlahankan sehingga separaberbisik.

Tok Guru Semail hanya tersenyum. Bukanmasa yang sesuai untuk membincangkannya kerana mereka masih di rumah Amar.Samad segera mengerti dan mengunci mulut.

Di dapur, Amar membancuh air teh panasdengan muka bengis. Hatinya membara secara tiba-tiba. Dalam masa yang samanalurinya berlawanan. Di antara putih dan hitam. Dia menyusun cawan di atasdulang dan menatangnya ke ruang tamu. Seperti tadi, dia tidak suka bertentangmata dengan Tok Guru Semail.

“Kamu macam mana Am, sihat?” Tok Ketuamemulakan bicara.

“Sihat Tok,” balas Amar ringkas. Diaberasa sangat tidak selesa apabila duduk di satu ruangan yang sama dengan TokGuru.

“Dah lama tak nampak kamu solatberjemaah di masjid.” Tok Guru Semail berkata lembut. Sehari selepas Nek Cumeninggal dunia, Amar sudah tidak menjejakkan kaki ke masjid seperti selalu. Sekarangdia tahu apa sebabnya.

“Saya kurang sihat Tok.” Itu jawapanAmar. Dia tidak sedar jawapan yang dia berikan pada Tok Ketua dan Tok GuruSemail bercanggah.

“Kamu sakit ke?” Tok Guru Semail mengajukansoalan yang sedikit mengumpan.

Amar tersenyum pahit sambil memandang kearah Tok Guru sekilas lalu. Dia tidak menjawab soalan itu. Pandangannyatertancap pada Samad, Berahim dan paling terakhir Leman. Ada segaris senyumansinis di pinggir bibir Amar. Berderau darah Leman dibuatnya.

Selepas bertandang hampir 20 minit, TokGuru Semail akhirnya mengajak yang lain pulang. Dia sudah mendapat jawapannyadan tidak perlulah mereka berada di situ lama-lama. Dia juga tahu Amar tidaksuka mereka di situ.

Selepas semuanya menyusup masuk ke dalamkereta Tok Ketua, Amar menutup pintu dan menghenyakkan punggungnya ke kerusi.Perasaan marahnya pada Tok Guru meluap-luap.

“Semail, kau ingat aku akan biarkan kauhidup senang-lenang? Bodoh!” Ada satu suara garau bergema dalam kepalanya.

 

SEMUANYAmenunggu butir bicara dari mulut Tok Guru Semail. Lelaki itu kelihatan tenangdi seat sebelah Tok Ketua yang sedangmemandu.

“Memang dia dah warisi saka arwah NekCu.”

Tok Ketua mengangguk faham. Begitu jugadengan tiga orang pemuda di belakang. Samad teringat dengan apa yang dilihatnyasebelum ini selepas dia pulang dari kebun.

“Kau tak pernah cerita dekat kita orangpun,” Berahim berkerut muka.

“Aku lupa. Tapi aku rasa tu bukanorang.”

“Betul, tu bukan manusia,” sokong TokGuru Semail. Apa lagi, terus berdiri bulu roma mereka bertiga.

“Tok rasa Amar mewarisi tanpa sedar kemacam mana?” tanya Tok Ketua sambil fokus dengan pemanduannya. Mereka dalamperjalanan ke warung Pak Abu.

“Dari apa yang saya nampak, dia memangtak tau pasal ni. Arwah Nek Cu tak pernah bagitau cucu-cucu dia pasal nirasanya,” cerita Tok Guru Semail.

Leman, Samad dan Berahim juga tidak tahutentang cerita ini. Sejak bila arwah ada membela? Nampak macam tiada apa-apatetapi arwah memang agak misteri orangnya.

“Seriau duduk dalam rumah tu lama-lama.”Leman menggosok-gosok lengan yang meremang. Dia yang sememangnya sudah penakutsejak azali merasakan rumah Amar sangat menakutkan.

“Masa mula-mula masuk, saya nampaksesuatu dekat belakang tilam arwah Nek Cu.”

Para pemuda itu menelan liur.

“Tok Guru nampak apa?” tanya si Samadpenuh debar.

“Belaan arwah.”

Huish, merinding habis. Ternyata mataTok Guru Semail memang tajam dan dapat melihat apa yang tidak boleh dilihatdengan pandangan mata kasar. Entah macam manalah rupa belaan arwah Nek Cu yangdilihat oleh Tok Guru Semail tadi.

“Nasib baik bukan saya yang nampak.Nanti tak pasal-pasal Samad dengan Berahim kena dukung orang pitam.” Lemansempat membuat lawak. Tersengih Tok Guru Semail dengan Tok Ketua.

“Kalau pitam, buat apa dukung bawakbalik. Duduk sanalah, boleh temankan Amar.” Tok Ketua mengusik nakal.

Leman mencebik.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.