Home Novel Seram/Misteri MAYAT HIDUP
MAYAT HIDUP
Ninie Othman
31/1/2018 19:42:52
14,355
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Bab 2

Starlight Highlands


PINTU bilik bernombor 500 dikuak perlahan oleh seorang lelaki berusia dalam linkungan 50-an. Dia membimbit beg pakaian dan senaskhah suratkhabar. Pintu ditutup lantas dikunci dan beg pakaian beserta suratkhabar diletak ke birai katil. Kemudian tirai bilik hotel itu dia singkap dan cahaya dari luar menerobos masuk mengenai kulit wajah dan tubuhnya. Dia menarik dan menghela nafasnya perlahan-lahan. Minda dan tubuh yang lesu bertukar segar.

Dia yang berasal dari Amerika Syarikat itu pernah bekerja dan menetap di Malaysia selama 10 tahun sebelum berpindah kembali ke New York. Selepas 10 tahun, dia kembali ke Malaysia di atas urusan kerja dan mengambil keputusan untuk mengambil angin di tempat peranginan itu sebelum memulakan tugasnya.

“Ya, saya sudah sampai. The meeting is next week tapi saya datang awal ke sini untuk ambil angin,” ujarnya yang fasih berbahasa melayu walaupun masih ada slang mat salehnya.

“Oh ya, jumpa kamu next week, okay.” Dia menamatkan perbualan di telefon.

Ketukan di pintu bilik menarik perhatiannya. Dia bingkas bangun dan pergi membuka pintu. Ada seorang bellboy di luar sedang tersenyum manis ke arahnya.

Hello sir. Are you Dr. James Wrights?” Bellboy itu bertanya, mesra.

“Ya saya.” Dr. James membalas. Dia lebih selesa berbahasa melayu jika berada di Malaysia. Dia dapat melihat riak kagum pada wajah pemuda itu.

“Ini milik doktor ke?” Bellboy itu menunjukkan sesuatu yang berada di tangan sebelah kanannya. Ia merupakan beg kulit bersaiz sederhana.

Sepasang kening doktor itu terangkat. Ya, itu memang kepunyaannya. Tetapi bagaimana ia boleh berada di tangan pemuda ini?

“Beg ni tertinggal di front desk,” jelas bellboy itu tanpa perlu Dr. James bertanya. Beberapa saat kemudian dia menyerahkannya kepada doktor itu.

“Terima kasih. Here’s your tips,” ucap Dr. James lalu menyerahkan beberapa keping not berwarna hijau. Bellboy itu menggeleng-geleng.

“Tak apa. Ini tips kamu.” Dr. James mencapai tangan pemuda itu dan meletakkan not ringgit itu ke tangannya. Bellboy muda itu tidak dapat menolak dan hanya mampu mengucapkan terima kasih.

You’re welcome.”

Have a nice day sir,” ucap pemuda itu dan berlalu pergi. Murah rezekinya pada pagi itu. Dia menyisipkan wang ringgit tersebut ke dalam poket seluar uniformnya.

Pintu kembali ditutup dan dikunci. Dia meletakkan beg kulit itu ke atas kabinet yang menempatkan televisyen. Boleh pula dia tertinggal beg sepenting ini di bawah. Mujur di atas front desk. Jika di tempat lain? Pasti sudah lama lesap diambil oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab.

Beg itu dia sentuh dan zip besi dibuka perlahan-lahan. Dia mahu memastikan barang yang tersimpan di dalamnya tidak terjejas dan berada di dalam keadaan yang elok. Dia mengangguk-angguk lega apabila ia berada di dalam keadaan yang baik dan tidak terusik. Beg kembali dizip dan ia mengatur langkahnya ke balkoni untuk menghirup udara segar di tanah tinggi itu.

 

ISKANDAR melemparkan senyuman manis kepada orang-orang yang berjalan melintasinya. Sudah menjadi tugasnya untuk menyapa mereka semua dengan senyuman dan kata-kata yang baik. Dia akhirnya berhenti di front desk di mana rakan-rakan sekerjanya sedang berada.

“Dah hantar?” soal salah seorang gadis yang bertugas sebagai penyambut tetamu.

Iskandar mengangguk, “Dah.”

Rakannya mengangguk dan perbualan segera ditamatkan kerana menyapa sepasang suami isteri berbangsa Inggeris yang ingin menginap di situ. Iskandar yang bekerja sebagai seorang bellboy juga segera menyambung tugasnya. Seperti biasa, para pelancong dari dalam dan luar negara datang bersilih ganti menginap di hotel yang bernama Starstruck Hotel ini. Hotel bertaraf 5 bintang yang sentiasa menjadi pilihan para pelancong jika berkunjung ke Pahang. Ramai yang tertarik dengan perkhidmatan kereta kabel dan keindahan alam semulajadinya.

Iskandar bergegas keluar untuk mengeluarkan beg bagasi milik seorang pelancong yang berasal dari Jerman dan membawanya masuk ke lobi hotel untuk mendaftar bilik di front desk. Tugasnya belum selesai untuk hari itu kerana kedatangan pelancong yang bersilih ganti. Rasa penat yang bergayut di tubuh dilupakan buat seketika. Dia bekejar ke sana ke mari. 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.