Home Novel Cinta Doaku Untukmu 'Karma'
Doaku Untukmu 'Karma'
Intan Juana
11/4/2016 21:06:44
5,165
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 10* jawapan pada persoalan

Drama 15* Tahun 2011, begitulah kehidupan aku. Semua dugaan aku tempuhi. Aku kuat dengan adanya kawan kawanku, ibuku disisiku. Aku tabah menjalani semua nya. Tahun ini kami akan duduki SPM. Exam yang bakal menentukan masa depan kami semua. Masing masing fokus study balik.Aku menerima bunga setiap hari. 

Bila aku masuk ke kelas ada saja bunga diatas meja ku. Tiada nama pengirim. Cantik, harum bunga tu buat aku tenang. Aku malas nak tahu siapa pengirimnya. Yang penting, aku suka bunga.

Tiba hari Valentine day, aku dapat lagi 3 bunga rose. Semua yang ada didalam kelas tersenyum senyum. "Wei, korang...sini jap." pintaku. Datang kekawanku "apa dia?.." "ni haaa..korang tau tak sapa bagi bunga ni." tanyaku lagi. Mereka masing masing menggelengkan kepala. "Peminat kot." jawab Charina. " wei..kau ada peminat rahsialah beb." sampuk Cecelia. Aku malas nak pikir "biarlah...malas nak cari. dah kita nak SPM tahun ni. Aku nak fokus jer kat study." Feblina macam tau siapa yang bagi, dia diamkan saja. Aliff melihat dari jauh sahaja. Dia lega bila Tania menyimpan bunga pemberian nya. Aliff tau Tania masih sayangkan dia. "hoi...bro,dah cukup sudah lah tu..tengok dia. kalau dia jodoh kau,tak kan kemana pun." tegur kawan Aliff dari belakang. 

Hampir tiba SPM, aku dikejutkan dengan berita yang Rachel kemalangan. Kakinya terpaksa dipotong sebab mengalami luka teruk. Mak dia tak habis habis menangis. Hampir meroyan Rachel dibuatnya. Aku baru tahu bila aku balik hujung minggu ke rumah. "itulah karma yang mereka dapat. Tuhan maha adil. Balasan setimpal perbuatan mereka." kata ibuku. Pihak sekolah terpaksa memutuskan untuk memberhentikan Rachel dari persekolahan tetapi dia akan menduduki peperiksaan persendirian kelak. Tak lama selepas tu, Kakak Rachel disahkan mengandung anak luar nikah. Makin gila mak Rachel dibuatnya. Bala tak putus putus datang menimpa mereka sekeluarga.

 Aku hanya "Ya Tuhan, terima kasih banyak banyak kau makbulkan doa aku. doaku sebuah KARMA untuk orang yang aniaya aku." ucapku dalam hati.Peperiksaan sudah selesai, hati berdebar debar menanti keputusan nya. Kami adakan program sehati berdansa untuk meraikan nya.

Drama 16* Program Sehati Berdansa kami diadakan di Dewan sekolah. Ini Program ke 2 besar selepas Pertandingan Hip Hop tahun lepas. Aku tidak mengambil bahagian. Teman temanku yang lain masing masing ada pasangan."Tania..boleh saya jumpa awak kejap?.." berani Aliff tunjukkan mukanya depan aku. "kenapa?..nak sakitkan hati aku lagi?.." pintasku. Aliff menarik tangan ku, aku mengikutinya. Dia bawa aku ke belakang dewan tempat yang sama waktu tu. Terus dia tolak aku ke dinding. 

"adoii...sakitlah.." kataku. "Saya nak minta maaf sangat sangat kat awak Tania. Saya menyesal sangat sangat. Saya akui saya masih sayangkan awak Tania." Aku yang tidak selesa "lepaslah aku...malu pelajar lain nampak kita macam ni." pinta ku. Aliff makin mendekatkan diri. "saya takkan lepaskan awak selagi awak tak maafkan saya. please sayang..I love u so much." Aku hilang akal dek tindakan Aliff.. "tolonglah lepas..."pinta ku lagi. Aliff makinlah mendekat, matanya merayu padaku untuk memaafkannya. Aku nampak keikhlasannya.

Aku mengalah jua akhirnya, terus aku rebah dipelukkan nya. "janji jangan buat lagi dan jangan tinggalkan saya lagi." pintaku sayu. Aliff terus mencium aku buat kali ke 2. "janji sayang.janji sangat sangat janji." jawabnya. Teman temanku kebetulan menyaksikan drama kami dua, mereka bertepuk tangan tanda tumpang gembira melihat kami bersatu lagi.

Program Sehati Berdansa pun berlangsung. Inilah masa kami tunjukkan bakat kami berdansa. Guru guru pun meraikan bersama. Kami adakan waktu malam. Tercatit dalam book is records yang sekolah kami yang pertama mengadakan program sebegitu rupa. Aku berpasangan dengan Aliff kekasih halalku. Malam itu malam yang sangat bermakna bagi kami. Kami berdansa bersama. Aliff berikan aku sebentuk cincin tanda aku miliknya. Aku sangat terharu. 
Keesokkan harinya keputusan SPM pun diumumkan. Syukurlah kami semua lulus dengan jayanya. Aliff dan aku mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran ke Sabah. Ibuku kini jaga nenekku yang uzur.

Dirumah Rachel. ada drama pula "mak...tolong mak...sakit ni. Mak cepat sikit mak." teriak Rachel. Tergopoh gopoh maknya menolongnya. " inilah nak...balasan Tuhan bagi kat kita. karma. "kata maknya sayu. Hidup Rachel kini bergantung pada kerusi roda. Dan maknya akan menjaganya seumur hidupnya. " Ya Tuhan,maafkan aku atas dosa dosaku." bisik hati kecil Rachel.

Dan aku sentiasa berdoa untuk orang suka menganiaya aku atau orang lain " Doaku Karma untukmu".Ingat sesiapa yang suka menganiaya orang lain pasti dia akan dapat "karmanya" satu hari nanti.

                                                Tamat!...#terimakasihsudimembaca

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.