Home Novel Umum Baby Itu Comey!...
Baby Itu Comey!...
Intan Juana
13/4/2016 22:27:24
24,970
Kategori: Novel
Genre: Umum
Senarai Bab
Bab Epilog
Dua bulan kemudian majlis pernikahan Dennis dan Nina. Tak sangka begitulah perjalanan hidup Nina. 

" Ya Allah , terima kasih kerana berikan aku peluang untuk bahagia. Aku akan menjaga amanah Mu dengan sebaiknya. " doa Nina dalam hatinya.

Dua tahun kemudian.

Selepas majlis pernikahan Nina dan Dennis. Akhirnya mereka tinggal bersendirian bersama-sama anak-anak mereka. Nina telah disahkan mengandung selama dua bulan. Dennis pun tak sabar nak jadi seorang ayah.

Ikmal pun dah berumur 8 tahun. Dia sudah boleh memahami apa yang terjadi disekelilingnya. Begitu juga dengan Jelita sudah masuk dua tahun umurnya. Jelita seorang yang sangat cantik umpama seorang bidadari.

" mama...mama..janganlah buat benda berat-berat. " tegur Ikmal. " tak adalah. mama masih mampu ni. Jum ikut mama ke rumah Permata Emas. Mama nak bagi makanan ringan ni pada adik-adik kat sana. Kesian mereka. " ajak Nina. 

Kebetulan Dennis turun bawa Jelita dalam dukungannya. " baguslah. Jum papa temankan. Lagipun Papa tak kerja petang ni. Kita bawa Jelita sekali biar dia kenal dengan abang kakaknya di sana. " kata Dennis mencelah." baiklah. kalau macam tu jum lah. Ikmal tolong mama bawa barang ni. boleh kan sayang?.." pinta Nina. " boleh jer ma. jum lah. " jawap Ikmal.

Mereka pun bertolak ke rumah Permata Emas. Sampai saja disana mereka disambut dengan meriahnya terutama anak anak yatim disana." apa khabar anak - anak mama semuanya?...sihat?..." tanya Nina. " sihat ma. " jawap mereka serentak. " jum masuk. mama dan papa ada bawa makanan ni. semua belum makan kan. jum makan sama. " ajak Dennis.

Selepas makan, Ikmal bermain dengan kawan - kawannya disitu. Seronok Nina perhatikan diorang. Dennis datang bawa Jelita. " hai mama nya. tersenyum bagai dah kenapa?..." tegurnya.

" tak adalah. seronok tengok budak budak tu main. satu cita - cita Nina dah tercapai. semua ni berkat pertolongan ayah. " jawap Nina. Jelita seronok melihat abangnya main. Dia pun nak juga. 

" pa...main pa. " kata Jelita tersekat-sekat. " jumlah. Papa temankan anak Papa no main yer. mamanya duduk sini tau. jangan buat kerja. " kata Dennis. Sebelum tu...

" Awak...sini kejap. ada sesuatulah kat muka awak. " kata Dennis. Nina kehairanan. " ada apa?. tolong buang kan. " ujar Nina. Dennis menghampirinya dihadiahkan satu ciuman di pipi Nina. " ini hadiahnya. I love You sayang ku Nina. cita - cita Nina dah tercapai. Dennis punya belum. tu masih dalam tu lagi. " usik Dennis sambil sentuh perut Nina.

Nina ketawa kecil. " nakallah awak ni. yela. I love You too. Hati hati bawa Jelita tu main. " jawap Nina.

" kita sebagai manusia haruslah banyakkan bersabar. setiap dugaan ada hikmahnya. Ingat jangan buang anak anda jika anda tidak mahu. Bagilah pada rumah Permata Emas, atau taska Seri Nurul Permata kami sedia membantu anda. #babyitucomey "

" Anak itu satu anugerah. Anugerah yang tiada tandingannya. Anak itu ibarat permata. Permata yang menyerikan kehidupan kita semua. "

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.