Home Novel Cinta Awek Ku Pokemon
Awek Ku Pokemon
Intan Juana
14/11/2016 02:55:41
4,123
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 2.
" Macam mana Dok?.." tanya Fattah pada Doktor yang baru keluar merawat Dewi. " hmmm...Cik Dewi tak ada apa - apa. Dia pitam mungkin sebab terlalu stres. Atau penat sangat. " terang Doktor itu. " huhhh...nasiblah tak kena penyakit serious." ujar Nora. " kamu berdua bolehlah masuk. nanti ambil ubat. lepas tu bolehlah bawa dia balik. " kata Doktor itu. " terima kasih Dok. " ucap Fattah. Doktor itu pun berlalu dari situ. 

Fattah dan Nora pun masuk ke bilik rawatan Dewi." Dewi...Dewi..kan saya dah pesan jangan tension sangat. tengok apa dah jadi. nasiblah tak ada apa - apa. " ujar Nora terlebih dahulu. Dewi senyum pahit. Dia cuba nak bangun tapi tak larat. Kepalanya masih sakit. " baringlah dulu. " kata Fattah.

 Dewi pun baring semula. " minta maaflah susahkan bos dan Nora. Kepala ni tetiba jer sakit. " jawap Dewi. " tak apalah. benda kecil jer. So lepas ni, Dewi boleh balik. Kita ambil ubat dulu. Lepas tu, saya hantar awak balik. " ujar Fattah. " tak apalah. nanti ibu saya tau, risau pula dia. kita ke office sajalah. nanti dah makan ubat okaylah kepala saya ni. " sahut Dewi. " kalau bos nak tahu, Dewi ni memang degil. bukan nak dengar cakap. " sampuk Nora.

Tak lama kemudian, mereka bertiga pun balik semula ke pejabat. Nora pimpin Dewi sebab takut Dewi jatuh pula. " dah sampai. awak duduk dalam bilik saya tu. Nora bawa Dewi masuk. Suruh dia baring kat tempat istirehat saya dalam bilik sana. Saya nak keluar jumpa klien kejap. Awak tengokkan dia. " arah Encik Fattah pada Nora. " tak apalah bos. saya rehat dalam bilik saya saja. " sahut Dewi. " jangan nak bantah. ini arahan. pergi masuk sana. " arah bosnya.

 Nora pun pimpin Dewi masuk ke bilik bosnya tanpa banyak soal." Awak baring sini. jangan pergi mana - mana. Nanti saya pula kena marah. " kata Nora pada Dewi. ' yela. sama saja kamu dua tu. " sahut Dewi. Dewi akur dengan arahan Nora. Dia pun baring di sofa tetamu itu. " dah, aku nak buat kerja. kalau ada apa - apa panggil. " pesan Nora. Dewi mengangguk kepalanya." sedap juga baring. nak tidurlah. " kata Dewi sendirian. Dia oun lelapkan matanya.

 Pukul 1.00 tengahari, Fattah dah balik semula ke pejabatnya. Saat dia nak masuk ke biliknya, dia lihat Dewi sedang tidur lena. Perlahan - lahan dia masuk. Dia menghampiri Dewi. Ditenungnya muka Dewi. " cantik juga dia ni. " bisiknya dalam hati. Dia tak sampai hati nak kejutkan Dewi. Dia turun semula ke cafe berhampiran. Dibungkusnya makanan dua bungkus, minuman dua bungkus. Lepas tu, dia naik semula ke biliknya.

" Dewi...Dewi...bangun. " panggil Fattah. Dewi buka matanya lalu terkejut lihat muka Fattah dekat dengannya. " eh, bos. sorry saya terlelap sampai tak sedar bos masuk. " kata Dewi. " jum, makan. lepas tu makan ubat. " ajak Encik Fattah. Dewi pun akur dengan arahan bosnya. Dia cuba nak bangun tapi terbaring semula. Fattah terus bantu Dewi bangun. " nah, ni makanan. jum makan sama - sama. " dihulurnya bungkusan makanan pada Dewi.

 Mereka berdua pun makan bersama." Nah, air. makan ubat ni sekali. " arah Fattah selepas mereka habis makan. Dewi pun makan ubatnya pantas minum air. Dia sebenarnya tak suka makan ubat. " okay. rehatlah. saya nak buat kerja. " ujar Fattah. " terima kasih bos. " ucap Dewi. Fattah memandangnya " lain kali jangan sakit. saya yang susah hati. ingat tu. " pesannya. 

Dewi memandangya kehairanan. " kenapa pula?.." tanyanya. " tak ada apa. cuma susah hati. " jawap bosnya. Lalu dia pun ke meja nya buat kerjanya. Dewi bersandar. Dia sebenarnya ngantuk kesan ubat yang dia makan. Terlelap pula matanya." ishhh..dia ni. tau nak tidur, baringlah. " kata Fattah yang memerhati Dewi sedang tidur bersandar. Fattah menghampirinya lalu dibaringnya Dewi perlahan - lahan.

 Fattah duduk disisinya. Di pegangnya tangan Dewi. Lalu dikucupnya perlahan. " semoga awak jadi milik saya satu hari nanti. " katanya perlahan. Lalu dilepasnya. Dia terus menyambung kerjanya semula.

Sudah jam 4, Dewi seperti tersedar lalu dia pun bangun. Dilihatnya jam pada tangannya. " aduh, lama juga aku tidur ni. dah nak balik dah pun. " katanya sendiri. " hmmm..dah bangun?.dah nak balik dah ni. awak kemaslah barang awak. " tegur Encik Fattah. " yelah bos. minta maaf bos. lama juga saya tertidur tadi. saya kemas barang saya dulu. " ujar Dewi. Dia pun bangun lalu ke biliknya kemas apa yang patut.

 Dilihatnya fail diatas meja nya tertulis nota " esok siapkan. " pantas dia tersenyum sendirian. " ada saja dia ni. yelah tahu lah aku tak larat tadikan. " bebelnya sendiri. Dewi kemaskan mejanya. Sambil tunggu jam pukul 5, dia duduk bersandar di kerusinya. " baik juga bos tu kan. kalaulah itu saya punya. " katanya kecik sambil senyum sendirian.

" Amboi bukan main lagi senyum tu. " tegur Nora. Terkejut Dewi dibuatnya. " ala..kacau daunlah awak ni. " jawap Dewi. " dah jangan nak berangan. jum balik. nak drive or nak saya hantarkan?..." tanya Nora. " it's okay. saya drive sendiri jerlah. " sahut Dewi. Mereka berdua pun baliklah hari pun dah lewat.


Keesokkannya Dewi sengaja tak nak drive, dia pergi ke pejabat guna teksi jer. Yalah nak jimat katakan. Sampai di pejabat dia ternampak kelibat seorang. " macam kenal jer mamat tu. " katanya sendirian. Semakin dekat semakin jelas wajahnya. " alahai apa pula dia buat kat sini ni..." keluhnya dalam hati.Syamel yang sedang menanti Dewi tersenyum lebar.

 " hai Dewi. baru sampai ke? " tegurnya berbasi - basi. " hai juga. baru sampailah ni. nak apa datang sini?.." tanya Dewi balik. Syamel tersenggih - senggih. " tak adalah, saja nak singgah sini kebetulan saya ada urusan kat area sini kan. so tengahari nanti saya ajak awak lunch boleh?..." ajak Syamel pada Dewi. 

Dewi memandang ke kiri ke kanannya. " lunch?...hmmm..boleh lah. tapi saya tak boleh lama tau. " jawap Dewi. " baiklah janji awak sudi keluar makan dengan saya. saya jemput awak kat sini okay. " kata Syamel. Dewi menggangguk kepalanya tanda setuju lalu dia pun berlalu tinggalkan Syamel sendirian.

Bukan main seronok Syamel bila Dewi sudi keluar makan dengannya. " huhhh...tak sabar dah ni. nak pergi cari bungalah boleh aku ayat dia sekali. " bebelnya seorang diri. Syamel pun pergi dari situ menuju ke keretanya.

Seperti yang dijanjikan Dewi tunggu Syamel di depan pejabatnya. " mana pula budak ni?...dah panas ni haa.." rungut Dewi. Lima minit kemudian datanglah Syamel dengan kereta nya. Dia pun turun dari kereta dengan sejambak bunga.

" Sorry Dewi, saya lambat sikit. ada hal tadi. " kata Syamel. Dewi memandang muka Syamel dengan masam mencuka. " sikit apa. banyak tahu. saya dah tunggu lama kat sini. kalau ya pun hantarlah mesej kah apakah bagi tau. " jawap Dewi. Syamel hulurkan bunga yang dibawanya. " minta maaf sekali lagi. ni bunga untuk awak. ambillah.

 " "ea, apa bunga - bunga ni. tak minatlah. " sahut Dewi. Syamel mengarukan kepalanya yang tidak gatal. " saya ikhlas ni. ambil lah. please. " pintanya pada Dewi. Dewi dengan terpaksa ambil sajalah pemberian Syamel itu." jumlah kita pergi lunch. kita ke restaurant empat bintang. " ajak Syamel. " jumlah. ingat nak tersegat kat sini sampai esok pagi. " perli Dewi. Syamel pantas buka pintu keretanya. Dewi pun masuk ke dalam kereta. 

Sampai di restaurant Syamel dan Dewi pun pesan makanan. " jangan lama tau. saya banyak kerja nak buat. " pesan Dewi. Syamel menggangguk kepalanya. " okay lepas makan saya terus hantar awak ke office balik. "

Selepas mereka berdua habis makan, Dewi minta diri ke bilik air. " eaaa...mamat ni kan. rimas betullah. " bebelnya sendiri dalam tu. Dewi basuh tangannya kemudian lapkan mulutnya. 3 minit kemudian dia pun keluar semula." okay, jum kita jalan. " ajak Syamel. Dewi pun ambil hand bagnya lalu jalan di hadapan dahulu. 

Di dalam kereta, Dewi tetiba teringat sesuatu. " awak tak payahlah hantar terus ke office. turunkan saya di shopping mall. ada benda saya nak beli. tak payah awak ikut. nanti taulah saya balik sendiri." kata Dewi. " nak beli apa?..saya nak ikut sekali lah. " jawap Syamel. " tak payahlah. awak balik jer ke office awak. " tegas Dewi. Syamel mengeluh perlahan. " yelah. thanks sebab sudi keluar lunch dengan saya. " ujarnya.

Sampai di depan shopping mall yang dimaksudkan, Dewi pun turun dari kereta. " are you sure, you balik sendiri?.." tanya Syamel inginkan kepastian. Dewi memandangnya " yup. awak balik jer dulu. " jawap Dewi. " okay. tu flowers tu ambillah. " kata Syamel lagi. Dewi pun segera ambil bunga itu lalu masuk ke dalam mall tersebut.

" isshhh...buang tebiat ke apa aku nak pegang bunga. " bebelnya sendirian sambil berjalan. Dia tetiba nampak seorang nenek tua yang sedang duduk di kerusi kosong berhampiran dengan tandas ditepi sana. 

Lalu dia sapa nenek tersebut. " assalamulaikum nek." tegur Dewi. Nenek itu senyum " walaikumusalam nak. ada apa nak?.." tanyanya kembali. " Nek, ni ada bunga . Saya bagi kat nenek jer lah. nenek ambil yer. " ujarnya sambil dihulurkan bunga itu pada nenek tua itu. Nenek itu menyambutnya dengan baik. " terima kasih nak. cantik bunga ni. " ucapnya. " sama - sama nek. Dewi pergi dulu nek. " Dewi meminta diri pergi dari situ.

" huhhh...selesai satu masalah. " katanya dalam hati. Dewi pun melangkah masuk ke kedai cenderahati. " waaa...cutenya patung ni. mana satu nak beli ni. " tanyanya pada dirinya. Lambang Mata Dewi melihat boneka yang ada disitu." yer cik, nak saya bantu?...Cik nak cari patung apa?.." tegur pembantu kedai tersebut. 

" saya nak patung pokemon yang kecik. untuk diletak pada kunci kereta. ada tak?.." tanya Dewi. " Cik tunggu kejap. saya carikan kat dalam sana mana tau masih ada. " jawap staff itu. " baiklah. " sahut Dewi ringkas. 

Tengah pembantu itu sibuk mencari, Dewi sempat selfie disitu. " kalaulah ada yang nak lamar aku, aku nak suruh dia bagi boneka - boneka pada aku. " katanya sendiri sambil berangan." hmmm..cik..ni ada dua warna?..cik nak yang mana satu?.." tetiba pembantu itu muncul depan Dewi.

 " oh, bagi saya warna pink itulah. sebab lain dari yang lain lah. biasa kan warna kuning jer. " kata Dewi. " yang ni memang limited. untung cik lah hari ni sebab ni jer yang tinggal. " jawap pembantu itu. Dewi pun buat bayaran di kaunter. Dia tengok jam ditangannya. " oh, dah lambat ni. balik office jerlah. " katanya dalam hati.Dewi pun tahan teksi lalu balik semula ke pejabatnya.

 Saat dia nak masuk ke dalam lif tetiba dia terlanggar seseorang. " ooouucchh...minta maaf Encik, tak sengaja. " katanya. " itulah lain kali jangan tergesa - gesa sampai terlanggar saya ni. " jawap laki itu. Dewi angkat mukanya terkejut dia nampak Fattah didepannya. " bos?...sorry bos. tak sengaja. " ujar Dewi lagi.

 " it's okay. kenapa lambat masuk?.." tanyanya. " oh, saya ada hal tadi bos. " jawap Dewi ringkas.Dewi tak sedar yang bungkusan pokemonnya terjatuh. Nasiblah Fattah nampak. Diambilnya bungkusan itu. Dia lihat barang di dalamnya. Tersenyum dia sendiri. " ni, awak punya ker?..jatuh tadi. " kata Fattah pada Dewi. 

Dewi memandang bungkusan itu. " aduh, jatuh pula. mesti dia nampak apa kat dalam tu. " katanya dalam hati. " hmmm...saya punya bos. tak tahu pula terjatuh tadi. " jawap Dewi perlahan. Fattah tersenyum. " nah. " dia bagi semula pada Dewi. Dewi malu - malu mengambilnya.

Ketika mereka berdua nak keluar dari lif, Fattah sempat berpesan. " ingat, jangan suruh tercicir lagi. sayang tu. dah pokemon pink lagi tu. " sempat Fattah perlinya. Dewi malu sendiri. Disimpannya dalam beg nya. " perli akulah tu. " bisiknya kecil.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.