Home Cerpen Seram/Misteri Bayangan Hitam!...
Bayangan Hitam!...
Intan Juana
27/4/2016 20:02:07
2,984
Kategori: Cerpen
Genre: Seram/Misteri
" Bayangan hitam...pasti orang ingat bayang bayang sendiri atau jelmaan sesuatu. Tapi apa yang menarik...bayangan hitam sentiasa menghantui diri. Sentiasa mengekori kemana anda pergi seperti dia mencari anda atau anda telah buat sesuatu yang salah!...bayangan hitam!..."

" Intan, jum kita keluar malam ni. Nak tak?..." tanya rakan serumah ku. Nama dia Fatin. " pergi mana?...kalau kelab ke tempat yang boring boring aku tak naklah. Rimas aku." jawapku pada Fatin. " alaaa..kita jalan lah ke mana mana jer. Janji seronok. Saya ni bosan tau sejak si Ain tu balik kampung. Kalau ada dia kecoh rumah kita ni dengan suara die jer." sahut Fatin.

 " betul juga tu, memang sunyi kalau Ain tu tak der kat rumah. Okaylah, kita pergi makan lepas tu kita pergi tengok wayang." ujarku. " okay, cantik." kata Fatin seronok. Teringat kejadian tahun lepas, menyeramkan aku sendiri.

Aku ( Intan ), Ain, dan Fatin , kami tinggal serumah. Satu pejabat, satu tempat kerja. Kami ni bukan nak kedekut sangat tapi disebabkan ada perumahan di kawasan tempat kami kerja, kami bertiga cadang sewa rumah. Boleh serumah, nak ke pejabat pun senang. Dekat boleh jalan kaki kalau nak bersenam. Mula mula aku tidaklah rapat dengan mereka ni tapi selepas sebulan, aku rasa seronok bergaul dengan mereka berdua. 

Satu hari tu..." eh, korang...kita bertiga duduk rumah sewa nak tak korang?..yela, senang kita nak ke pejabat hari hari." tanya Ain sewaktu kami bertiga keluar makan tengahari. " bagus juga idea tu. Tapi nak sewa rumah kat mana?.." tanyaku ingin tahu. " yang tu serahkan pada saya. Kebetulan rumah sewa tempat kawan saya tinggal dulu dia nak sewakan pada orang lain sebab dia nak pindah. So kita boleh sewakan. Tak jauh dekat area perumahan dua belah office kite ni jer." ujar Ain dengan pasti. 

Aku dan Fatin berfikirlah sebentar idea Ain tu.5 minit kemudian, " okaylah, saya fikir bagus juga idea tu. boleh jimat kos perbelanjaan kita seharian. So macam mana Intan?..." tanya Fatin padaku. " aku ni, boleh jer tak de masalah pun. Tapi make sure tempat tu selamat." jawapku ringkas. Ain pun tersenyum " okay, cantik. So hujung minggu ni, kita boleh pindah lah. Saya pastikan dulu dengan kawan saya tu. Kalau jadi, kita boleh duduk situ dah. Jangan risaulah, mesti selamat punyer " kata Ain pasti.

Hujung minggu seperti yang Ain sudah pastikan, kami bertiga pun duduklan di rumah sewa. Deposit pendahuluan kami bertiga sudah bayarkan. Kami kongsilah duit. Setiap bulan kami akan bayar 500 ringgit jer lah termasuk bil elektrik semua. 

Aku rasa tak sedap hati sebenarnya. " rasa macam ada sesuatu. eaa...khayalan aku jer kot." bisikku dalam hati." so, malam ni kita keluar makan. Kita celebrate hari kita ni. macam mana?..." tanya Fatin. " okay tuuu...bolehlah. Saya pun dah lapar ni. yang ada biskut jer kat dapur tu mana cukup." pantas Ain jawap. Aku ketawa kecil " kau ni memang kalau bab makan nombor satu." kataku pada Ain.

Malam tu kami pun keluarlah makan kat luar. Aku rasa ada sesuatu yang mengekori aku sejak dari rumah tadi kot. " apa macam ada benda jer kat belakang aku ni haaa..." kataku dalam hati. Aku toleh ke belakang tak da siapa pun. 

" kau pahal?...lesah semacam jer." tanya Ain. " eh, tak der lah, aku rasa ada orang ikut aku dari tadi. firasat aku jer kot " jawapku. " kau ni, ada jer. Mana ada orang kita jer ni haaa ..." sahut Fatin. Kami bertiga jalan kaki ke kedai berhampiran kebetulan masih bukan jam pun masih awal lagi. " yelah kot..." kataku pendek.

Kami pun makan, borak borak sampai ketawa. Tak sedar jam sudah akhir 10 malam. Aku pun ajak diorang berdua balik. " korang, jumlah balik. dah nak pukul 10 ni. esok nak bangun kerja lagi." ujarku. " yela, jum. tapi korang gelap sangatlah lorong kita tu." kata Ain. " jalan jer lah jum. tak de apa lah." jawap Fatin.

 Kami pun beredar dari kedai makan tersebut." korang, seronokkan duduk rumah sewa ni." kata Ain. " yela, dapat keluar bila bila jer kita nak." sahut Fatin. Aku dengar jer perbualan mereka berdua. Hati aku tak sedap. " janganlah kacau kami." kataku dalam hati. Tetiba.....

" zzzzuurmmmmm.." aku rasa seperti ada limpas tepi ku dengan laju. Pantas aku peluk Ain. Terkejut Ain " apa ni?...kenapa?..." tanya Ain. Kami berhenti di tengah jalan. " aarrggg...ada orang limpas aku lah, laju sekali. Aku dapat rasa." jawapku. " merepek lah kau ni." sahut Fatin. " betul..." kataku lagi.

5 minit selepas itu, " ngieeeee..." bunyi sesuatu. " korang dengar tak bunyi tu?..." tanyaku. Ain dan Fatin mencari bunyi yang aku maksudkan. " mana?..." tanya Ain. Aku dapat dengar bunyi itu mahu mendekat. " nnngggiiiiiieeee!!!...wwww..." bunyi itu lagi. Aku nampak ada bayangan hitam yang berjalan. Ia tidak jelas tapi disebabkan ada lampu jalan yang sekejap terang sekejap mati, Aku ternampak bayangan itu. " korang, tengok tu." bisik ku pada Ain dan Fatin.

Serentak itu mereka berdua noleh kebetulan tempat yang aku tunjukkan masih ada kesamaran lampu. " nnnngggiiiieee..."bunyi itu semakin dekat. " eeerrr...bbbee..tttuulll...lah." bisik Fatin. Ain pantas heret tangan kami berdua " jum lah cepatttt...kita jalan. jangan pedulikan. Cepat." pintanya.Kami bertiga pantas jalan sampai ke rumah sewa kami. Terkocoh kocoh Ain buka pagar. 

Terus kami masuk ke dalam. Ain kuncikan pagar tersebut. Tetiba..." aaaarrggghhh!!..." jerit Ain tetiba. " kenapa Ain?..." tanya Fatin. Aku segera menghampiri dia pantas ku tarik tangannya. Aku rasa tangannya sudah dingin. " Fatin, cepat buka pintu." kataku. Pantas Fatin buka pintu rumah, kami bertiga pantas masuk ke dalam.

Aku bawa Ain duduk " ada apa tadi Ain.." tanyaku ingin tahu. Fatin juga ingin dengar. " aaa.. ku..nampak...bayangan hitam tu depan jalan rumah kita." katanya tersekat sekat. Aku dah agak dah. " biarlah dia, kita baru pindah sini. Takkan nak keluar pula kan. Saya yakin benda tu kucing ka apakah. Kita ni saja yang takut." jawap Fatin. Aku mengangguk kepalaku. " betul juga tu. dah lah tak yah fikirkan." ujarku jua. 

Untuk menyedapkan hati kami masing masing, kami mandi, lepas tu masuk ke bilik untuk tidur.Lena aku tidur, " zzzhhmmmm.." bunyi angin menderu. Seperti ada sesuatu yang limpasi aku tadi. Terbangun aku dibuatnya. " Dari mana angin tu?...kuat betul." kataku sendiri. Aku mencari tetiba aku ternampak sesuatu di jendela. Warna hitam dan semakin lama semakin dekat pada jendela bilikku. 

" eemmmm...macam bayangan yang tadi." Aku terus menghampiri seakan akan berani. Pantas ku buka jendela itu " tak da sapa pun. eh, aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku." ujarku seolah olah aku bercakap dengan dia.Aku tutup semula jendela bilikku. 

" tok tok...tok..." bunyi ketukkan pintu. " Siapa pula ketuk pintu malam malam macam ni?.." tanyaku sendiri. Aku ke depan sebalik aku buka pintu, aku ternampak jemaan bayangan itu lagi. Pantas aku tutup semula pintu dan berlari masuk ke bilikku semula. Ambil ku selimut, terus aku selimuti seluruh badan ku. " janganlah kacau aku." kataku menggigil sendiri.

Tak disedari aku dah tetido sampai ke pagi. " Intan, bangunlah...nanti lambat kita ni." kejut Ain. Aku pantas buka mataku " pukul berapa dah ni?.." tanyaku. Ain pun masuk ke bilikku. " dah pukul 6.50 ni. cepatlah mandi." jawap Ain. Aku pun bangun ambil tuala terus ke bilik mandi.

Syok syok tengah aku mandi. Aku rasa ada sesuatu yang menghampiriku. Dekat, delay semakin dekat. Meromang bulu romaku. " janganlah kacau aku..." kataku. Dia seperti mendekat, dan mendekat lagi. Aku rasa seperti dia memeluk aku. 

" aaarrrggggghhhh!!!!!..." jeritku sepuasnya. Pantas aku keluar dari bilik air. Ain terkejut " kenapa ni?..." tanya Ain. " aku rasa ada orang peluk aku tadi dalam bilik air tu." jawapku tersekat sekat. Ain pun ketawa. " mana mungkin ada benda tu siang hari. mengarut." jawap Ain. Aku terduduk seketika di katilku. " betul juga, mungkin khayalan aku jer kot." Ain pun pantas beredar " dah, cepat bersiap. nanti kita lambat nanti." Aku pun segera bersiap .

 Kami bertiga pun ke pejabat macam biasa. Ain ada kereta jadi kami tak payah jalan kaki.

Begitulah kehidupan kami selama duduk di rumah sewa, bayangan hitam tu kadang kala muncul juga tapi tidak selalu. Kami bertiga tidak mahu hiraukannya sehinggalah bulan purnama menjelma...

Aku hari ni balik lambat sikit. Ain dan Fatin pun dah balik dulu. Aku kena siapkan tugasan aku. Keadaan pejabat sunyi sepi tinggal aku seorang jer.Tetiba lampu terpadam " alamak...kenapa pula ni?...dah tak nampak ni." bebelku seorang diri.

 Nasib baiklah ada cahaya dari computer ku di atas meja. Aku teruskan kerja. " cepat siap, cepat juga balik." bisikku sendiri. Tak disangka..." krikkk!...pommm..." bunyi sesuatu dihempas. Terbangun aku dibuatnya. Aku pergilah ke arah bunyi itu. " siapa tu?..." ujarku. Aku mencari cari tiada siapa pun di situ. 

Saat aku hendak kembali ke ruang pejabat, aku nampak sesuatu jemaan di finding. " ngggieeee...." bunyinya. Aku ketakutan!...

" janganlah ganggu aku lagi..." pintaku padanya. Semakin lama semakin dekat semakin menghampiri aku. Aku merasa dia begitu hampir dengan ku. 

Aku ingin melangkah!...Tapi kakiku kaku tidak dapat bergerak!...Aku merayu " tolonglah jangan kacau aku..." Bayangan itu tidak menghiraukan terus dia menghampiri aku seperti dia ingin memeluk aku.

" aaaaaaarrrrhhhhggggg!...tolong!..."teriakku sekuat hati. " nnnggieeee...hihihihi...." bunyi itu lagi tapi berada dekat dengan telinga ku. Aku tidak dapat bergerak. " to..long!...saya...tolong!!... " jerikku lagi. Tiada sesiapa disitu. Keadaan jadi semakin gelap. Aku tak dapat lihat lagi bayangan itu tapi aku masih kaku di aitu.

 Aku bagaikan dipeluk sesuatu. " aaaarrgggggggggghhhhh!..." teriakku lagi. Aku ingin ada memberikan bantuan kepadaku. 3 minit aku terdiri kaku, kakuku kebas. Aku rasa bayangan itu tidak mahu lepaskan aku. Aku pasrah.

" Cik!...cik... bangun Cik!..." pinta seseorang padaku. Aku buka mata ku peelahan lahan. " Aku kat mana?..apa yang terjadi?.." aku berusaha untuk bangun. Terasa kepalaku sakit. " sini saya tolong Cik. Tadi saya dengar bunyi teriakkan dari atas sini. Kebetulan lampu di sini tertutup, saya naiklah cari. Tengok tengok cik dah pengsan di sini " katanya sambil papah aku ke tempat duduk. 

Aku cuba mengingat apa yang berlaku terlintas bayangan itu di fikiran ku. Pantas ku mengemas barangan ku. " Aku nak balik. " ujarku pada security itu. " baguslah, lagipun dah nak pukul 10 ni." sahutnya.

Aku terpaksa berjalan kaki ke rumah sewa. " kenapalah bateri hand phone low pula saat macam ni..." bebelku sendiri. " janganlah kacau aku lagi. " bisikku sendiri lagi.Tengah dalam perjalanan aku lihat ada lampu jalan yang terang. " waaa..baguslah tak gelap lagi." pujiku sendiri. Aku tidak risau lagi keadaan. 

Aku dah nak sampai rumah dah tetiba aku dengar bunyi ..." tok..tok..tok..." bunyi macam bunyi tongkat. Aku perhatikan sekeliling tiada sesiapa. Semua jiran sudah tidur. " siapa tu?..." tegurku. Aku berhenti seketika...lampu yang tadi terang tetiba pun tertutup sendiri. 

Aku dalam kegelapan. " tok...tok...tok..." bunyi tongkat itu lagi. Aku sudah seram sejuk. Hendak berlari ke rumah, aku tak nampak sebab keadaan gelap." nnngeeeee...eeewwww..." bunyi yang lain pula. " sudahlah jangan ganggu aku." rayuku. " Ya Allah, lindungilah hambumu ini. Berikan aku cahaya dan jauhkan segala yang ingin dekati aku." doaku dalam hati. Aku merasa ingin menangis. 

2 saat selepas aku berdoa, lampu itu dihidupkan kembali. Pantas aku berlari ke rumah. Ketuk ku pintu, Ain bukakan terus aku masuk ke dalam. " Terima kasih Allah." ucapku.Ain dan Fatin tertanya tanya. " kenapa ni?.." Aku memandang wajah mereka dengan serius. " aku penat dah kena kacau. Aku rasa rumah ni tak selamat. Bagus kita cari rumah lain." ujarku pada mereka. 

1 saat lepas aku kata begitu, keadaan jadi gelap. Terkejut kami bertiga. " inilah yang aku maksudkan. benda ni ikut aku dari pejabat sampai ke rumah tau tak." bisikku pada mereka berdua. Ain pantas ambil telefonnya. Dia on flash light.

 " apa sebenar benda tu?.." tanya Fatin ingin tahu. " pangggg!..." bunyi kaca pecah dilantai. Kami tak tahu apa yang pecah." Kalau berani, tunjukkan dirimu!.." teriak Ain pada sesiapa ntah. Aku tidak melihat ada sesiapa pun. 

Ain tampil ke depan. " kami tidak bersalah padamu, jangan kau kacau kami lagi." jeritnya lagi agak kuat." hihihi...hahahaaaaa!!!!...nggiieeeeewww!!!!..." bunyi suara itu muncul. Fatin dah ketakutan. " zzzzrrmmmm....." bunyi deruan angin. Aku menoreh ke arah bunyi itu. Aku pegang tangan Ain sebagai isyarat. " zrrmmmhhmmm.." bunyi angin itu lagi.

 Kami mencari cari lalu aku ternampak bayangan yang perlahan lahan muncul dari cahaya lampu telecom Ain. Menggigil aku ketakutan." aaaiiinnn...dekat cahaya tu." kataku tersekat sekat. Pantas Ain melihat pada cahaya tersebut. " apa benda ni?..." tanya Ain. Aku menggeleng tanda tak tahu. Ain sengaja menghalakan flash lightnya ke dinding. Bayangan itu ikut ke arah cahaya tersebut.Fatin pegang tangan ku. 

Dia bisik padaku. " kau dengar tak bunyi yang aku dengar?...kat belakang kita ni." katanya sambil menggigil ketakutan. " ada bunyi tangisan." ujarku. Kami fokus pada bunyi tangisan tersebut. Semakin lama semakin kuat. " Cuba korang lihat pada bayangan tu. macam dia nak tunjukkan sesuatu." aku bersuara.Ain dan Fatin telitikan bayangan di cahaya tersebut. " mungkin ada kaitan dengan tangisan tu kot." Fatin bersuara.

Tak lama kemudian, cahaya lampu telefon Ain pandai membesar dengan sendiri. " kenapa ni?..." tanya Ain. Kami terpaku sejenak. Semakin lama cahaya tu semakin besar mengikut saiz bayangan hitam itu. Aku perhatikan apa yang cuba ditunjukkan. Lama kelamaan perlahan lahan muncul seperti darah dari tempat tangkungan air. Bunyi tangisan itu semakin kuat. " korang lihat..." pinta Ain tersekat sekat. Tangannya sudah menggigil ketakutan. 

" aaaggggghhh!!!...mata darah!... " teriak Fatin. Dia sudah tak dapat menahan dirinya yang takut.Serentak itu juga telefon yang Ain pegang terjatuh ke lantai. Terus kami kegelapan. Keadaan itu berlarutan selama 15 minit. " apa kita nak buat ni?..." tanya Ain. 

Aku cuba berfikir logik sebentar." hmmm..aku rasakan bunyi tangisan tu bunyi bayi. Bayangan hitam tu pula menunjukkan seseorang. Lepas tu ada tangkungan air. dan sejurus itu ada darah yang mengalir." bisikku pada mereka berdua. 

" aku rasakan...kalau betul firasat aku. jum, ikut aku. Kita cari telefon telefon Ain dulu. gelap ni." Kami bertiga meraba raba lantai tersebut. " haaa..ni dia..." kata Fatin. Ain pun pantas on flash lightnya semula.Aku bawa mereka ke bilik air di bahagian dapur. " korang perasan tak kat sini ada bau hanyir." ujarku perlahan. " betul tu, saya dah basuh berkali kali pun masih ada juga. Dah tu tersumbat pula. " jawap Ain. " mesti ada sesuatu. " sahut Fatin.Bunyi tangisan itu menghilang.

 Kami pun mencari sesuatu untuk kami pecahkan mangkuk tandas serta tempat simpanan air tersebut. 10 minit kami mencuba sehingga lantai tandas itu kami pecahkan " aaahhhhhh!..." jerit Fatin. " kenapa ni?..kenapa Fatin?.." tanya aku dan Ain serentak. Ain tunjukkan sesuatu sambil menggigil tangannya.

Pantas kami menoreh ke arah itu. " aaahahhhhhhhaaahhhhhrggg!...." serentak itu juga kami bertiga menjerit sekuat hati.Tak disangka selepas itu kedengaran bunyi tangisan itu lagi. Makin mendekat dan nyaring seperti mengilai gilai. " dah lah, kami janji kami akan uruskan kamu. janganlah kacau kami lagi. Tolonglah. " rayu ku. 

Bayangan hitam tu muncul semula dari cahaya telefon Ain. Ain menghalakan cahaya ke dinding bilik air itu. Perlahan lahan bayangan itu muncul. Dia tersenyum sambil matanya yang merah tu mengalirkan warna merah seperti menangis. 

Aku rasa macam ada sesuatu yang dia minta. Aku mendekatinya lalu membelai kepalanya seumpama dia ada didepanku.Lama kelamaan bayangan hitam itu pun hilang serta bunyi tangisan itu pun reda.Keadaan kembali terang semula. Kami bertiga mengeluh lega. " tak sangka kan, rupa rupanya ada mayat baby kat dalam ni." kata Ain memecah kesunyian. 

Aku pantas menghubungi pihak berkuasa. Malam itulah mencatat sejarah buat kami bertiga. Malam bulan purnama.

Semenjak itu, tiada lagi bayangan hitam yang menghantui kami bertiga. Kami masih tinggal di rumah itu memandangkan ia nya bukan salah kami tetapi salah yang dibuat penghuni sebelum ini. Pihak berkuasa masih mencari si pelakunya. " kejamnya manusia."Aku tak mahu lagi mengingatkan " bayangan hitam " itu. Menyeramkan sungguh. " bayangkan!..."

 " jumlah, cepat." tegur Fatin menyedarkan aku dari lamunanku . Kami pun keluarlah jalan jalan. Tiada lagi ' bayangan hitam' yang menghantui kami.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.