Home Cerpen Komedi/Romantik Komedi Terlanggar Terjatuh Hati
Terlanggar Terjatuh Hati
Intan Juana
10/4/2016 22:26:20
5,203
Kategori: Cerpen
Genre: Komedi/Romantik Komedi
        Jam sudah 8.30 pagi, si Rina tak juga muncul-muncul depan kolej.Janji nak masuk kelas sama-sama. Chaca membebel sorang diri "eeeeaaa...kalau tak fikir kawan aku sendiri,memang tak lah aku nak jadi penunggu kat depan ni.Dah panas ni!!!..tak sampai-sampai juga.ishhhh!..." 

Chaca tertiba dengar bunyi phone "ringtone big bang".Diceluknya dalam beg yang dibawanya lalu dijawabnya. "hai...sapa ni?." tanya Chaca. "akulah wei. Rina ni...sorrylah beb aku tak jadi masuk kelas hari ni." jawab Rina.

Dengan nada geram "ewah...ewah,banyak cantek muka kau. Aku dah lama tunggu kau kat depan ni tau!." "bukan apa beb,aku ada janji nak jumpa Syam.Dia ajak aku keluar pergi shopping mall,so aku accept lah.Esok aku masuklah kelas sama kau beb.sorry eak...bye beb."terus Rina off fone. 

Chaca terus masuk ke dalam dengan riak marah."tak guna punya kawan,janji tak habis-habis tapi habuk pun tak da.lain kali memang tak aku tunggu kau.ingat aku penunggu."gumamnya sorang sambil kakinya melangkah ke kelas. 

"keeeeddeebboommm!.." bunyi jatuh. Omg!..Chaca terjatuh terlanggar seseorang. "adoh!...sakit tau. Jalan tak tengok orang.buta!.." terjerit Chaca sedikit. "sapa suruh,jalan tak lihat jalan tapi dok cakap sendiri.padan muka." jawab si pelanggar.

"awak ni,bukan nak tolong saya.mengata saya adalah.sakit ni wak...awak pun satu sukati langgar saya,kenapa?.." kata Chaca dengan muka menahan kesakitan. "awak ni mengada sangat.dah awak yang langgar saya tadi.Itu lah sapa suruh jalan tak tengok jalan.dah..dah..bangun.pelajar lain tengok kita tu hahh..nanti mereka ingat kita buat drama pula kat sini.jawab si pelanggar lagi. 

"yela..yela,saya salah.sorry. tolonglah saya..kaki terseliuh ni." jawab Chaca. Si pelanggar hulurkan tangannya "ishhhh..ompuan ni mengade betullah." katanya dalam hati.Chaca terpegun kejap "handsome juga mamat ni.budak baru kot." katanya dalam hati. "hoi Minah senget...jangan termenunglah." tegur si pelanggar. Chaca tersipu malu dibuatnya.

"dah, jum aku tolong papah masuk ke kelas.lagipun kita ni satu kelas kot."katanya."OK..thanks wak.Awak baru ke kat sini?.."tanya Chaca."yela...aku Daniel.awak pula?"jawab Daniel. "ooo..Daniel.saya Chaca."balas Chaca pula. 

Mereka dua pun masuklah ke kelas sama sambil Daniel papahkan Chaca. Jadi perhatian jugalah tapi mata pelajar perempuan semua terpandang Daniel.Mana taknya dah handsome,baik pula tu. Chaca pun duduklah di tempatnya.Sementara itu, Daniel duduk bersebelahan. "diam-diam semua.Madam dah nak masuk ni." jerit salah seorang student dalam kelas. Apalagi semua berterabur duduk kat tempat sendiri.

       "Assalamulaikum class.Selamat pagi." ucap madam Mira. Semua pun bangun ucap "walaikumussalam madam." Madam Mira pun pergi dekati Daniel."hmmm..awak budak baru kan?"tanyanya."yes madam."jawab Daniel pantas. "OK,gud.selamat datang.so boleh awak bangun dan perkenalkan diri awak pada semua.?"kata Madam Mira lagi. 

Daniel pun bangun "hai everyone,saya Daniel.Dari Johor.harap tunjuk ajar dari kalian semua." kata Daniel serba ringkas.Dia pun duduk balik. Madam Mira pun mulakan tugas nya.Semua student beri perhatian pada penerangan Madam Mira. 

"so,lepas ni untuk assignment kalian semua,saya nak kalian pilih pasangan masing-masing.dalam group ada 3 orang jer.tajuk tugasan 'kenapa manusia kena bertanggungjawab? Dan apa itu tanggungjawab?'.saya nak kalian semua hantar minggu depan.paham?"semua pun jawab "paham madam." Madam Mira ni pensyarah alam sekitar kat kolej ni.

" so,awak boleh tak saya satu team dengan awak?..lagi saya belum kenal lagi students lain."tanya Daniel pada Chaca. Chaca pun berfikir kejap."hmmm..boleh lah,tak da masalah tapi awak kena tolong juga apa yang patut."kata Chaca. Daniel senyum "no problem. tapi sapa lagi ahli team kita?boleh kenalkan." jawab Daniel. Teringat pula Chaca pada Rina."dia tu Rina.kawan saya juga tapi hari ni dia tak masuk kelas.ada date." "so mean kita 3 lah.hmmm...Rina.awak macam tak suka jer kat dia.nampak muka awak berkedut bila sebut nama dia."kata Daniel lagi. 

"sebab dialah aku membebel sorang pagi tadi pas tu terlanggar awak.dia janji nak masuk kelas.suruh saya tunggu.so saya tunggulah kat depan.alih kol cakap tak masuk kelas."terang Chaca. "ooo..pasal tu lah awak langgar saya and terjatuh pagi tadi. itulah awak jangan percaya janji manusia ni." pesan Daniel. "dia memang macam tu,tapi otak dia tip top sikit." jelas Chaca. 

Daniel pun bangun and "jom...makan.laparlah.kita kawan and awak temankan saya makan." Chaca terpegun kejap dengan Daniel."boleh tahan mamat ni,silap-silap aku jatuh hati pula."bisiknya dalam hati. Daniel hulurkan tangannya "hmmmm..so???..boleh tak ni?" tanya Daniel lagi. Chaca tersedar terus hulurkan tangan juga."OK.kawan.so saya temankan awak makan.jomlah."respon Chaca pada Daniel.

 * Mulalah detik persahabatan antara Daniel Dan Chaca.Students perempuan lain ada juga yang jeles. Mana taknya mereka dua berkepit jer ke mana-mana bersama. 

"hai Chaca...sorrylah aku tak masuk kelas 3 hari ni.ada hal." tetiba muncul Rina ntah dari mana. Chaca berpaling ke belakang "amboi-amboi...3 hari tak masuk kelas.ingat dah berhenti terus dah." sindir Chaca. "sorrylah,aku ada hal sikit dengan Syam.nanti aku story.ok." jawab Rina. 

Daniel dok perhati Chaca ngan Rina."boleh tahan cantik,tapi tak boleh lawan si Chaca la.."katanya dalam hati.Tersenyum Daniel sorang diri nasib mereka dua tak perasan."so,yang ni siapa?..couple kau ke beb?..boleh tahan perkembangan kau." kata Rina. Chaca pun kenalkan Daniel pada Rina."Daniel,ni Rina.yang saya story hari tu." Daniel pun "hai saya Daniel,budak baru dalam kolej ni and merangkap ahli team awak dengan Chaca." Rina pun kenyit matanya pada Daniel."hye juga.aku Rina.so nice to meet you. So apa tugasan kita?.."kata Rina pada Chaca. "Tugasan dah nak siap dah.tinggal part kau jer beb.nanti aku bagi tau kau.OK."jelas Chaca. Rina pun angukkan kepalanya. "beb...mata tu jaga sikit.Daniel bakal milik aku." bisik Chaca pada Rina.

  Rina berpaling pada Chaca. "well,i knowlah lah beb.don't worry aku takkan ambil dia dari kau." jawab Rina. Chaca tersenyum "so,apa kes kau ngan Syam?.." Rina tersenyum pahit."jumlah,g lepak kat mana-mana. Kang aku story,and kau pun kena story apa tugasan aku. Chaca tak sabar nak dengar story Rina lalu dia bawa Rina ke library. 

"so,what happen?.." tanya Chaca lagi. Rina pun selamba jer jawab "aku ngan dia dah kahwin pun.kena tangkap khalwat time check in kat hotel." Bukan main terkejut Chaca "what!...so parents kau terima tak?.." "eaaa ...slow sikit voice kau beb.dengar students lain kang malu aku. "dah tu story kau hot gile beb!." kata Chaca."mulanya susahlah mereka nak terima last oklah.nak buat macam mana kan. kecewa jugalah diorang sebab akukan masih study lagi." terang si Rina. 

"tu lah aku dah nasihat kau tak nak dengar.now problem kau ialah fokus.kau kena bijak beb." pesan Chaca pada temannya itu. Chaca dan Rina pun back to basic, Chaca terangkan apa tugasan Rina.Nampaknya Rina Ok and faham apa yang diterangkan Chaca. 

"anyway thanks beb. kau lah kawan baik aku dunia akhirat. Tugasan ni tak yah risau,aku taulah nak settlekan and hantar pada Mdm.Mira." ok beb.welcome.aku nak chow dulu,kau settlekan apa yang patut.ok beb.apa pun text aku. Chaca pun gerak pergi jumpa Daniel. "adoiii...mesti dia dok tunggu aku ni " gumamnya sendiri. Pantas Chaca berjalan tanpa hiraukan sesiapa.

       Tetiba "keeedeeebbooommm!" Chaca terjatuh lagi.Kali ni sapa pula yang dia langgar.Dalam hatinya "naya aku kali ni." 

Daniel terkejut "laaa...Chaca lagi.kenapa lah awak suka langgar saya ni?...badan saya yang sado ni awak tak nampak."kata Daniel.

 Lega hati Chaca dengar suara Daniel. " laaa..sorry...sorry.saya nak cepat tadi takut awak tertunggu so saya jalanlah laju sikit sampai tak perasaan awak."jawab si chaca."issshhh...awak ni.nasib saya tau,kalau orang lain tak taulah apa jadi ngan awak.itulah jalan tengok jalan."pesan Daniel. 

Chaca pun cuba bangun,sikit lagi nak jatuh balik mujur Daniel tarik tangan Chaca terus ke dangkapannya. Berdebar hati Chaca. Masing-masing berdiam diri. Chaca masih dipelukkan si Daniel. "awak,lain kali hati-hati.kalau awak sakit,saya yang susah tau." bisik Daniel pada Chaca. Chaca rasa tenang dipelukkan Daniel. "saya suka awak." tertiba terpancul ayat tu dari mulut Chaca. Daniel tersenyum "I love U too Chaca."

        Chaca bagaikan tersedar dari mimpi lalu dia tolak Daniel untuk lepaskannya dari pelukkan. Kemudian Chaca berlalu pergi tinggalkan Daniel. Dia terus balik ke hostel jumpa Rina.Sampai kat hostel Chaca terus peluk Rina. Terkejutlah Rina.

 " Wei,kenapa ni beb?...buang tabiat ke?" tanya Rina. Chaca leraikan pelukkannya. "tadi aku terlanggar si Daniel,then aku trylah nak berdiri,aku hampir terjatuh balik so dia tariklah tangan aku.Terus dia peluk aku."terang Chaca. Rina pun "then?.." "aku rasa tenang dalam pelukkan dia so aku tak sengajalah tercakap aku suka kat dia. Dia pun jawab ' I love u too.' Aku terkejutlah terus aku tinggalkan dia." explain Chaca lagi. 

Rina pun happylah "maknanya cinta kau berbalas beb.untungnya kau." Chaca tersipu malu. Dia bagaikan bermimpi yang Daniel pun sukakan dia. "congrats beb.gud luck for your love.anyway tugasan kita dah siap,so bolehlah kau copy kan untuk sayang kau.lepas tu dah boleh hantar." kata Rina pada Chaca. 

"Woi, terbaik kau beb.laju juga kau siapkan." jawab Chaca."well you know Rina.Otak tip top sikit. Tanggungjawab manusia jer kot." balas Rina pada Chaca. Chaca pun peluk temannya itu."aku macam bermimpilah Rina yang Daniel suka juga kat aku." "kau tak mimpilah.ini realiti tau." ucap Chaca.

 Keesokkannya Daniel jumpa Chaca kat kolej. Lalu dia melutut depan Chaca. Terkejut Chaca dibuatnya nasiblah Rina ada kalau tak memang pengsan dah dia. "Puteri Chaca sudi tak awak jadi pasangan seumur hidup saya?." lamar Daniel. 

Semua pelajar kolej perhatikan mereka. Chaca dan Rina terkedu seketika. Pelajar yang lain pun "jawablah yes." macam mereka pula yang dilamar.Rina pun tepuk bahu Chaca,"jawablah,students tengok tu.malu lah lama macam ni." Chaca pun malu-malu "Yes,I do." Daniel pun kucuplah tangan Chaca. 

Dia pun bangun lalu peluk Chaca. "thanks so much dear." Semua pelajar kolej bertepuk tangan. Chaca macam tak percaya yang Daniel lamarnya di dalam kolej. Daniel pun leraikan pelukkannya lalu mereka beriringan ke kelas.Rina tumpang happy untuk temannya itu walaupun nasib dia tak baik macam Chaca. 

Madam Mira pun masuk ke kelas. "Sudah siap tugasan yang saya berikan?..." tanya nya pada pelajar."sudah."jawab mereka serentak. "bagus. Kalian boleh hantarkan ke bilik saya. Tadi saya ada ternampak drama kat depan. so congrats both of you." kata Madam Mira ditujukan khas pada Chaca dan Daniel. "and jangan lupa jemput saya ke Majlis nanti." sambungnya lagi. "ok madam.semestinya." jawab Daniel lalu dicubit Chaca dipahanya.

* Inilah kehidupan.sangat indah kalau dihargai. Percintaan Chaca dan Daniel pun berjalan lancar. Setakat ni tak da pertelingkahan antara mereka.Rina pun sudah berisi tapi dia terus juga ke kolej untuk tamatkan semesternya tahun ni. 

"sayang..." bisik Daniel pada Chaca. Mereka berdua kat library."ada apa?..." tanya Chaca malu-malu. Daniel pun duduklah disebelahnya. "hujung sem nanti ada surprise untuk sayang." kata Daniel. Chaca tertanya. "apa pula yang dia nak bagi?..." katanya dalam hati. Daniel tersenggih-senggih. "itu nanti tanda abang sayang Chaca sampai akhirat abang.ikhlas." Terharu Chaca dengar. 

Dia diam diri sahaja,dia tak nak tanya biarlah hari itu tiba. Sebagai seorang pelajar kolej,exam akhir sem memang perlu gred kalau tak memang tak lepaslah. Chaca tension, dia serabut mana nak fokus ulangkaji nak layan si Daniel lagi. Pening palanya fikir. Kadang kala tak dilayannya text Daniel. 

Adat bercinta memang tak sah kalau tak da gaduhkan. Sebab hal remeh jer dah nak bermasam muka. Itulah jangan bercinta time masih belajar kan dah dapat bala.

Daniel tak tahan dah,Chaca tak balas text dia. Pergi dia cari kat library. Chaca selalunya memang kat situ. "Cha!.." jerit Daniel sikit. Pelajar lain ada yang curi memerhati mereka. "apa?..ni library lah jangan bising sangat." tegur Chaca. 

"kenapa sejak akhir ni Chaca tak contact saya???...why?..ker dah da pengganti." kata Daniel terus terang. Chaca pun naik darah sikit "kita kan hari-hari jumpa kat kolej, kat kelas.tak puas?.." Daniel pun terasa "itu lain wak, kat kolej.ini lepas time kolej.awak dah tak sayang saya lagi cha?.." kata Daniel lagi. Ayat yang menyakitkan. Chaca terus pergi dari situ.

Hujung minggu Chaca keluar ke pantai berhampiran dengan hostel kolej.Saja nak lepaskan tension dia. Kebetulan Daniel pun ada. Lalu Daniel tegur Chaca." sayang...abang rindu kat sayang." Chaca tak tahan terus peluk Daniel. "minta maaf abang." katanya tersedu-sedu. Daniel usap belakang Chaca "kalau sayang ada masalah bagi tau abang.jangan macam ni lagi. Abang sayang Chaca tau." Chaca pun lepaskan pelukkan Daniel. Dia memandang ke arah lautan. 

"Chaca bukan apa.Chaca tension dengan exam akhir sem ni.dah banyak nak ingat. Chaca tak dapat nak bagikan masa untuk abang dan nota Cha." terangnya. Daniel pun paham maksud Chaca. Dia terus peluk Chaça dari belakang. "it's OK dear.abang paham..abang pun minta maaf sebab tak paham Chaca." Chaca hanya berdiam diri saja. Dia tenang sebegitu.

 * Akhirnya exam pun dah tiba. Semua student fokus hadapi tugasan yang diberi. Chaca dan Daniel pun dah berbaik semula.Rina pun belum sarat sangat maybe lepas exam in dia dah boleh ditahan di hospital. 

Seminggu kemudian result exam akan diumumkan. Rina,Chaca dan Daniel berharap yang mereka lulus. Madam Mira pun masuk ke kelas dengan senyuman. " Kat tangan saya ni ada result kalian. yang lulus,tahniah.yang tak,kalian akan ulang lagi semester depan."katanya. 

Result pun disampaikan ke semua student and akhirnya Rina,Chaca dan Daniel dapat keputusan yang cemerlang. Waktu tengahari, Rina tergopoh-gopoh datang jumpa Chaca. 

"Kau jom ikut aku jap.emergency ni." diheretnya tangan Chaca ke bilik persalinan. "Apa ni beb???.." tanya Chaca. Rina pun keluarkan dress pengantin dari belakang pintu yang sudah siap digantung olehnya pagi tadi.

 "nah,cepat pakai ni.Majlis tak lama lagi nak berlangsung ni." ujarnya. Chaca masih binggung. Lalu Rina tolong Chaca pakaikan dress tu. "woww...cantik lah kau beb.tahniah sangat-sangat dari aku.Kaulah kawan sejati aku beb." peluk Rina. Chaca sudah siap,walaupun simple saja tetap anggun.

"ada apa ni beb?...bagi tau lah aku." kata Chaca. Rina tak cakap terus dia bawa Chaca ke Dewan Kirana kolej. 

"surprise!..." kata semua yang ada didalam Dewan tersebut. Rina pun"ini majlis pernikahan kau dengan Daniel.Daniel yang plan semua ni."bisiknya ke telinga Chaca. Chaca masih rasa dia bermimpi. Daniel datang kepadanya lalu " awak tak mimpi sayang.jom semua dah tunggu kita ni." Chaca bagaikan tak percaya yang itulah suprise yang dimaksudkan Daniel.
 
***  Hari ini sahlah mereka sebagai suami isteri.Dan paling tak sangka majlis mereka dibuat di kolej mereka sendiri. Tema pula warna kesukaan Chaca iaitu ungu dan merah muda. Semua persiapan Daniel sudah aturkan. Chaca bukan main lagi nervous saat itu. 

"Terima kasih abang jadikan hari ini kenangan yang tak mungkin sayang lupakan." ucapnya pada Daniel. "I love u so much Chaca." jawab Daniel.Inilah sejarah mereka bersatu didalam kolej."terlanggar terjatuh hati." Dan dia pun gembira sangat sebab dia, Rina dan Daniel dah graduate. Cinta yang dihargai memang banyak kejutan.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.