Home Novel Cinta Takdir Cinta Kita
Takdir Cinta Kita
Andayu
5/12/2021 16:48:33
34,566
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 35

Arisa bangkit dari tempat duduknya. Tas tangan disangkut pada bahunya. "I akan bertolak ke UK petang esok. Bila I dah kembali ke Malaysia nanti. I harap pintu hati you dah terbuka untuk menerima I dalam hidup you."

Hairi melemparkan senyuman. "InsyaAllah jika jodoh itu milik kita."

Arisa membalas senyuman Hairi. "I balik dulu. Semoga kita bertemu lagi di masa akan datang."

"Okey Arisa. Hati-hati memandu," balas Hairi sambil melambaikan tangan ke arah Arisa.

Kring! Kring! Kring!

Deringan telefon bimbit menyedarkan Hairi dari lamunannya. Dia segera menjawab panggilan telefon itu. 

"Eh... kau nak pesan apa-apa tak? Aku ada kat kedai ni?" soal Amir di hujung talian.

"Kau ada kat mana?"

"Ada dekat pasaraya ni. Manalah tau kau nak beli sesuatu ke?"

"Ermm... belikan aku me sedap sebungkus dengan air kotak milo cukup lah."

"Okey bos. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam," jawab Hairi lalu mematikan talian.

Jam pada skrin telefon menunjukkan pukul lima petang. Hari ini dia masuk datang awal ke kampus setelah melihat Arisa menaiki kapal terbang pulang ke London. Galeri foto di dalam telefon dibuka. Beberapa keping foto Arisa telah diambil ketika keluar bersamanya semalam.

Satu keluhan kecil dilepaskan. Dia tidak pernah menyangka Arisa masih menyimpan perasaan terhadap dirinya sehingga kini. Foto Arisa ditatap. Hatinya masih belum mampu menerima kehadiran insan lain buat masa ini. Walaupun rupa paras Arisa tidak kurang cantiknya. Entah mengapa jauh di sudut hatinya masih menyimpan nama insan yang telah bergelar isteri orang. Walaupun cintanya hanya bertepuk sebelah tangan, namun tidak mudah untuk dia melupakan gadis bernama Arra.


"COMELNYA," ujar Arra sambil bermain-main dengan bayi Ian Ya'cob yang baru berusia lima hari.

"InsyaAllah anak Arra pun mesti comel jugak nanti?" ujar Arina sambil tersenyum.

"Amin. Arra rasa berdebar pulak."

"Normallah tu. Tapi jangan difikirkan sangat. InsyaAllah urusan Arra nak bersalin dipermudahkan."

Arra meletakkan bayi Ian Ya'cob diatas tilam. Wajah Arina dipandang. "Pengalaman Kak Long melahirkan tiga orang anak macam mana? Semua okey ke?"

Arina tersenyum mendengar soalan Arra. Dia mengusap bahu Arra perlahan. "Setiap orang berbeza Arra."

"Arra cuma ingin tahu pengalaman Kak Long aje."

"Arra tak boleh sama kan diri kita dengan orang lain," ujar Arina sambil bertungku. "Bersalin normal mungkin mudah bagi ibu yang tiada komplikasi semasa ingin melahirkan."

"Arra tahu. Arra ada baca tentang cara nak bersalin macam mana. Walaupun enam bulan lagi. Hati ni tetao rasa berdebar," ujar Arra sambil mengusap perutnya yang semakin membesar.

Arina memegang tangan Arra. "Jangan fikir sangat. Bimbang Arra stress nanti," ujar Arina perlahan. "Pengalaman Kak Long melahirkan anak-anak semuanya sakit dan perit. Terutama masa melahirkan Iris kerana terpaksa bersalin secara pembedahan. Dua-dua pengalaman melahirkan ini Kak Long dah lalui."

"Allah kan Maha Adil. Dia bagi rasa dua-dua pengalaman itu."

"Ya, Arra. Sebab itulah Kak Long ambil masa jarak kehamilan ni."

"Perancangan keluarga itu kan bagus. Bukan sekadar untuk keluarga sahaja tapi untuk kesihatan diri jugak."

"Arra pulak plan berapa lama jarak kehamilan nanti?" soal Datin Sri Aida lalu melabuhkan punggung di atas katil.

Wajah Arra kemerahan mendengar soalan itu. "Soal itu biarlah Arra selamat bersalin anak dalam kandungan ni dulu mama."

"Betul tu ma," kata Arina.

"Mama tahu saja usik Arra. Sekurangnya tiga tahun."

Arra tersenyum. Dia tidak kisah jika Allah ingin mengurniakannya zuriat yang ramai. Namun, jauh di dalam sudut hatinya masih berharap mampu mencapai impiannya walaupun telah bergelar isteri dan juga seorang ibu.

"Aril mana? Mama tak nampak pun dia dari tadi? Dia ada dalam bilik ke?"

"Abang Aril keluar sekejap ma."

"Bila? Kata tak sihat?"

"Mama ni macam tak kenal angah tu macam mana? Isteri tolong rawatkan. Mestilah cepat sembuh."

"Demam dia dah kebah ma. Arra dah larang tadi. Tapi mana nak dengar bila dah rasa sihat."

"Bertuah sungguh anak. Dah sihat sikit terus keluar! Bila sakit mengalahkan budak kecil!" omel Datin Sri Aida lalu bangkit dari tempat duduknya.

"Sekejap lagi dia balik lah tu," ujar Arra cuba menenangkan hati ibu mertuannya.

"Assalamualaikum," ujar Aril lalu melangkah ke arah Arra.

"Hah! Panjang umur! Pergi mana?" soal Datin Sri Aida dengan nada marah.

Aril tersengih. Dia menunjukkan plastik yang berisi makanan pada tangannya. "Aril keluar carikan Arra jagung bakar."

"Baru sihat sikit dah merayap ke sana sini. Sakit nanti nak mama usung ke kampus Arra ke?"

Aril menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Alhamdulillah Aril dah sihatlah ma."

Datin Sri Aida mendengus marah. "Hurmm... yelah. Mama ni risaukan dia. Boleh pulak dia keluar rumah tanpa bagi tau kita."

Aril mendekati Datin Sri Aida. Dia merangkul ibunya. "Aril tiada niat pun nak buat mama risau. Aril pun ada belikan makanan kesukaan mama," ujar Aril lalu memberikan kuih seri muka kepada Datin Sri Aida. "Aril belikan jagung ni sebab Arra teringin. Kesian anak Aril nanti kempunan nak rasa jagung bakar," jelasnya lagi.

Datin Sri Aida mengambil plastik makanan yang diberikan oleh Aril. "Terima kasih," balasnya lalu ke dapur.

Arina yang sedang menyusukan bayinya tersenyum. "Alah sweetnya angah. Gemuklah Arra nanti."

Arra ketawa mendengarnya. "Arra ni dah memang gemuk Kak Long sejak berbadan dua ni."

"Anak yang lahir pun mesti tembam nanti," usik Arina lagi.

Arra memandang wajah Aril. "Sayang tak suruh pun abang beli sekarang."

"Habis tu bila lagi? Bukan sayang cakap tak sempat makan ke semalam?"

"Angah bimbang anak dia meleleh air liur bila ibu tak dapat makan apa yang dihajati," ujar Arina sambil ketawa kecil.

"Hah betul apa yang Kak Long cakap."

Arra mengambil plastik berisi jagung dari tangan Aril. "Sayang bukan teringin sangat pun. Beli untuk semua orang. Bila dah habis Arra tak kisah pun. Nanti ada masa boleh beli lagi lain kali," kata Arra lalu ke dapur.

"Yahya dengan Iris mana? Boleh makan sekali."

"Mereka keluar dengan daddy dia. Aril dan Arra makanlah dulu."

"Okey," balas Aril lalu ke dapur. Dia tersenyum melihat Arra sedang menikmati jagung bakar yang baru dibelinya.

"Amboi makan tak tunggu abang dulu ke?" ujar Aril lalu duduk disebelah Arra.

Arra tersengih. "Tadi suruh makan," jawab Arra dengan mulut yang penuh.

Aril mengosok kepala Arra. "Makanlah sayang. Abang belikan untuk sayang ni." 

Arra menikmati jagung bakar serta makanan lain dengan sungguh berselera. Hatinya berasa gembira kerana Aril amat perhatian dengan apa yang dinginkan olehnya. Wajah Aril dipandang lalu melemparkan senyuman. Dia mengucapkan rasa syukur apabila melihat suami tersayang kembali sihat.


PUAN RAFIDAH menyarungkan cincin pada jari manis Ain. Tangan Puan Rafidah dicium oleh Ain. Sekeping foto diambil oleh Aril sebagai kenangan. Ain tersenyum kepada para tetamu yang hadir bagi menjayakan majlis pertunangannya dengan Hanif. Debaran dihati semakin menghilang. Kini perasaan bahagia yang dirasainya.

"Alhamdulillah," ucap Dato' Fahmi setelah acara menyarung cincin selesai.

"Mari makan semua," ajak Datin Sri Aida setelah sesi bergambar selesai.

Semua tetamu yang hadir menikmati hidangan yang telah disediakan. Majlis pertunangan Hanif dan Ain telah dilangsungkan di rumah kediaman Dato' Sri Zainuddin atas permintaan Ain kerana kekangan masa. Majlis ini diadakan secara sederhana sahaja. Tetamu yang hadir hanya ahli keluarga yang terdekat sahaja.

"Nampaknya hujung tahun nanti dapat menantu barulah," ujar Dato' Sri Zainuddin.

"InsyaAllah," balas Encik Hafiz bapa kepada Hanif. "Terima kasih juga buat keluarga Din yang banyak membantu keluarga saya."

Dato' Sri Zainuddin menepuk belakang Encik Hafiz. "Din hanya bantu apa yang termampu. Tidak perlulah berterima kasih kepada saya. Semua yang Din lakukan anggap itu bantuan daripada Allah."

Encik Hafiz tersenyum mendengarnya. 

"Abah jemputlah makan," ujar Hanif apabila melihat ayahnya masih belum mengambil makanan.

"Sekejap lagi abah makan lah. Hanif nak makan tu dah ajak Ain sekali."

"Ain tengah makan dengan Arra."

"Tak lama lagi dah nak jadi suami orang. Ingatlah tanggungjawab seorang suami bukan senang tau."

"Hanif tahu abah."

Dato' Sri Zainuddin mengusap belakang Hanif. "Hanif budak pandai kan. Tahulah dia bagaimana menjalankan tangungjawab sebagai ketua keluarga."

Hanif tersenyum mendengarnya. "InsyaAllah uncle," balas Hanif perlahan. 


MELYSA mematikan enjin kereta. Dia melangkah keluar dari dalam perut kereta. Pintu rumah ditolak perlahan. Suasana di dalam rumah sepi. Jam pada pergelangan tangannya dilihat. Pukul dua petang ibunya masih berada di butik.Tanpa berlengah dia melangkah meniti anak tangga menuju ke tingkat atas. 

Pintu bilik dibuka. Beg tangan diletak atas meja. Melysa duduk diatas katil. Laci dibuka lalu mengambil panadol yang berada di dalam laci. Tanpa membuang masa dia menelan dua biji panadol bagi menghilangkan rasa sakit pada kepalanya. Setelah makan ubat dia merebahkan badannya diatas katil. Kepala yang berasa begitu sakit dipicit perlahan. Matanya dipejam cuba menahan kesakitan yang kuat terasa. Akhirnya dia terlena seketika.


CINCIN yang tersarung pada jari dilihat. Ain tersenyum ke arah Hanif yang sedang rancak berbual mesra dengan ayah saudaranya dan bakal bapa mertuanya. Dia tidak menyangka Hanif mahu mengikat tali pertunangan dengannya secara mengejut. Mujurlah persiapan untuk majlis ini telah dibantu oleh ibu saudaranya.

"Tahniah Ain," ucap Arra sambil tersenyum. Puding jagung dinikmatinya dengan perlahan.

"Terima kasih Arra. Tak sangka kau boleh buatkan baju secantik ni," ujar Ain sambil meneliti baju yang dipakainya.

Arra melemparkan senyuman. "Okey ke? Aku buat simple aje tu."

"Simple kau cakap. Aku rasa kalau pensyarah tengok mesti dah bagi kau 'A' tau."

Arra tergelak mendengarnya. "Kau janganlah puji aku lebih-lebih. Aku buat ni suka-suka aje. Manalah tahu ukuran saiz baju aku tu sepadan dengan kau."

"Kau dengan aku mana ada beza. Cuma sekarang ni bezanya perut kau yang makin membesar," ujar Ain sambil mengusap perut Arra perlahan.

"Masa aku buat baju ni aku tak tahu yang aku sedang mengandung. Jadi bila dah siap itu yang aku minta kau cuba pakai," jelas Arra perlahan. "Tapi tak sangka kau nak pakai semasa majlis pertunangan kau dengan Hanif."

"Baju ni cantiklah. Aku rasa kau bolehlah buka butik lepas ni.

"InsyaAllah. Kau doakanlah semoga impian aku nak buka butik tercapai."

"Amin."

"Eh makanlah. Tak baik membazir tau," tegur Arra apabila melihat Ain sekadar menguis-guis makanan di dalam pinggannya.

"Kau tak rasa majlis perkahwinan aku cepat sangat ke?"

Arra memandang wajah Ain. "Tak pun? Kenapa?"

"Aku berdebarlah. Rasa macam singkat aje tempoh pertuangan aku dengan Hanif."

"Jika diikutkan hati. Hari ini juga saya ingin memperisterikan awak, Ain" ujar Hanif lalu duduk dihadapan Ain.

Ain menjeling marah. "Buat apa kat sini? Pergilah sembang dengan Aril."

Arra tergelak mendengarnya. "Encik tunang ingin melepaskan rindulah tu," ujar Arra lalu bangkit dari tempat duduknya.

"Kau nak ke mana?"

"Encik tunang kau dah ada depan mata. Takkan aku nak jadi pengacau pulak."

"Aku tak habis cakap lagilah."

"Alah dekat hostel nanti kita boleh sembang lagi," balas Arra lalu memandang Hanif. "Sembanglah dulu ya. Arra nak pergi tambah makanan."

"Baru habis makan nak tambah lagi ke?" soal Ain. Dia segan apabila ditinggal berdua dengan Hanif. Jantungnya berasa berdebar pula.

Arra mengusap perutnya perlahan. "Sejak berbadan dua ni. Baru makan pun mesti akan rasa lapar lagi dan lagi. Nanti bila kau dah kahwin dan mengandung. Kau rasalah sendiri," ujar Arra lalu meninggalkan Ain dan Hanif di taman.

Ain hanya mampu memandang Arra melangkah meninggalkannya bersama Hanif. Entah kenapa perasaan janggal mula timbul apabila berdua begitu. Walaupun pernah keluar berjalan berdua sebelum ini. Setelah bergelar tunang perasaan lain pula yang hadir di dalam hatinya.


"SAYANG!" panggil Rafiq perlahan. Selimut yang menutupi badan Melysa ditarik.

Melysa mengerutkan keningnya. Dia membuka matanya. "Abang."

"Bangunlah dah nak maghrib ni?"

"Dah pukul berapa?" soal Melysa lalu mengiringkan badannya ke arah Rafiq.

"6.30 petang. Pukul berapa sayang balik tadi?" soal Rafiq lalu mengelus lembut pipi Melysa.

"Sayang sampai rumah pukul dua petang tadi."

Wajah Rafiq mula cemas apabila merasakan suhu badan Melysa panas. "Sayang demam ke?"

Melysa menggelengkan kepalanya. "Sayang rasa sakit kepala aje."

Rafiq menyentuh dahi Melysa. "Badan sayang panas ni," ujarnya lagi. "Jom abang bawa sayang ke klinik," ujar Rafiq lalu membantu Melysa bangun daripada pembaringan.

"Nak pergi sekarang ke?"

"Habis nak tunggu bila lagi sayang oi."

Melysa tersenyum walaupun terasa badannya amat lemah. "Abang kata nak maghrib tadi. Kita solat dulu lah baru pergi klinik."

Rafiq membalas senyuman Melysa. "Okey, sayang. Jom mandi dulu."

"Abang nak mandikan sayang ke?"

"Apa salahnya. Sayang tengah tak sihat. Abang risau sayang jatuh dalam bilik air nanti."

Wajah Melysa kemerahan mendengarnya. "Gatallah abang ni," ujar Melysa lalu menyiku lengan Rafiq.

Usai menunaikan solat maghrib. Rafiq membaca doa. "Ya, Allah ampunilah dosa-dosa kami. Ya, Allah berilah kesembuhan kepada isteriku. Lindungilah di mana jua kami berada. Sesungguhnya hanya kepada-Mu kami meminta pertolongan. Amin."

"Amin," ujar Melysa mengaminkan doa.

Rafiq menghulurkan tangan kepada Melysa. "Sayang dah okey ke?" 

Melysa mencium tangan Rafiq. "Alhamdulillah rasa sihat sikit."

"Pergilah bersiap. Kita pergi klinik dulu. Malam ni kita dinner kat luar."

"Okey abang," balas Melysa lalu bangkit dari tempat duduknya. Sejadah dilipat. Telekung disangkut pada almari.

Tanpa membuang masa dia mencapai beg tangannya lalu melangkah keluar dari dalam bilik. Dia melangkah menuruni anak tangga dengan berhati-hati. Dari jauh dia melihat Rafiq setia menunggunya di hadapan pintu utama rumah.

"Mel nak ke mana?" soal Datin Naziah apabila melihat Melysa mendekati Rafiq.

"Rafiq nak bawa Mel ke klinik," jelas Rafiq kepada ibu mertuanya.

"Kenapa? Mel tak sihat ke?"

"Demam aje sikit," jawab Melysa sambil tersenyum ke arah ibunya. "Mummy janganlah risau. Mel bukannya sakit teruk sangat."

Wajah Datin Naziah mula terpancar kerisauannya. "Mummy tak tahu pun Mel tak sihat. Kenapa tak cakap tadi." 

Melysa mengusap lengan Datin Naziah. "Mel balik awal tadi. Kepala pening sangat. Tak sempat bagi tahu siapa pun. Rafiq pun baru tahu. Itu yang dia nak bawa Mel ke klinik ni."

"Ya, mummy. InsyaAllah Mel okey."

"Hati-hati memandu," pesan Datin Naziah setelah Rafiq dan Melysa masuk ke dalam kereta.

"Okey mummy," balas Rafiq lalu memecut laju keretanya membelah jalan raya.

Wajah Melysa yang kelihatan pucat dipandang sekilas. Dia menyentuh dahi Melysa perlahan. "Kepala sayang sakit lagi ke?"

Melysa menepis tangan Rafiq. "Tak sangat."

"Alhamdulillah,"ujar Rafiq lalu mematikan enjin kereta. "Jom. Kita dah sampai."

Melysa menanggalkan tali pinggang keselamatan. Pintu kereta dibuka. Rafiq membantunya melangkah. "Sayang rasa dah sihat ni. Tak perlulah jumpa doktor."

Dahi Melysa disentuh. "Badan sayang tak panas dah. Tapi abang risau wajah sayang nampak pucat lagi."

"Tadi kan dah makan panadol. InsyaAllah nanti baiklah," ujar Melysa sambil tersenyum.

Rafiq mengelus pipi Melysa lembut. "Alang-alang dah sampai depan klinik ni. Kita jumpalah doktor sekejap. Baru lega hati abang ni."

"Okeylah abang," balas Melysa terpaksa akur dengan permintaan Rafiq. 

Mereka melangkah masuk ke dalam Klinik Husna. Melysa duduk diatas kerusi yang telah disediakan sementara menunggu Rafiq mendaftar namanya. Di dalam klinik Husna tidaklah ramai pesakit yang datang pada malam ini. Setelah hampir setengah jam namanya dipanggil oleh doktor. 

Ucapan tahniah diucapkan oleh doktor setelah membuat pemeriksaan ke atas Melysa. Mereka mengucapkan rasa syukur. Mereka melangkah keluar daripada klinik dengan perasaan gembira dengan berita kehamilan Melysa yang kini baru berusia dua bulan.


PINTU kereta ditutup setelah memastikan semua barang telah dimasukkan ke dalam kereta. Arra menghampiri Ain yang sedang menyusun barang di dalam kereta milik Hanif. Dia menepuk bahu Ain perlahan.

Ain menoleh ke arah lalu tersenyum. "Kenapa?"

"Betul ke kau nak balik terus ke KL?" soal Arra dengan nada sedih.

Ain memegang tangan Arra. "Janganlah sedih. InsyaAllah ada masa lapang aku balik lah ke Terengganu lagi."

"Aku ingat kau nak stay dulu dekat rumah mama dua tiga hari?"

"Plan asal memang nak tidur dulu rumah Mak Long. Tapi Aril cakap kau nak balik rumah ibu."

"Huh?" Arra menoleh ke arah Aril di belakangnya. "Abang nak balik rumah ibu ke?" soal Arra  dengan perasaan hairan.

Aril menggaru kepalanya. "Aaa... tapi kita singgah tempat lain dulu."

Arra mengerutkan keningnya. "Abang nak balik rumah mama ke atau rumah ibu?" soal Arra menginginkan kepastian. Dia merasakan ada sesuatu yang disembunyikan oleh Aril.

Hanif menyiku lengan Aril. "Buah hati dah marah tu. Pandai-pandailah jawab," ujar Hanif lalu menghampiri keretanya.

"Alah rumah ibu dengan rumah mama bukannya jauh. Balik hari pun boleh lah sayang. Apa yang nak dihairankan."

"Hari tu abang cakap nak balik rumah mama. Kenapa tiba-tiba cakap nak balik rumah ibu pulak?"

"Mak Long tak kisah pun kau nak balik rumah ibu, Arra."

Arra memandang wajah Ain. "Rindulah aku nanti dekat kau?"

"Aku pun. Dah lah jangan sedih lagi. Tak baik untuk baby," ujar Ain sambil menggosok perut Arra perlahan.

"Okey. Nanti mesej lah selalu."

"InsyaAllah," balas Ain lalu masuk ke dalam perut kereta.

"Hati-hati memandu Hanif," pesan Arra.

"InsyaAllah," balas Hanif sambil tersenyum.

Aril memegang bahu Arra. "Kami pun nak gerak jugak. Nanti sampaikan salam dekat Mak ngah dan Ayah ngah."

"InsyaAllah. Abang Aril jaga Arra elok-elok. Baby dah makin besar tu. Jangan bagi dia buat kerja berat-berat."

"Semestinya. Tak perlu pesanlah abang tahulah nak jaga isteri abang yang comel ni," ujar Aril lalu mencuit pipi Arra.

Arra menepis tangan Aril. Dia menjeling marah. "Arra bukan budaklah!" 

Ain tergelak melihat telatah Aril dan Arra. "Bye-bye mama comel. Assalamualaikum," ujar Ain sambil melambaikan tangan ke arah Arra.

"Waalaikumussalam," jawab Arra dengan nada geram. Dia menjeling marah ke arah Aril. Tanpa membuang masa dia melangkah masuk ke dalam kereta.

Aril mencuit pipi Arra. "Mama comel merajuk ke?" usik Aril.

"Cepatlah. Kata nak balik rumah ibu," ujar Arra lalu memakai tali pinggang keselamatan. Telefon bimbit diambil dari dalam beg tangan. 

Aril mengambil telefon daripada tangan Arra. "Tak perlu call ibu?"

"Mana abang tahu sayang nak call ibu?"

"Sayang kan isteri abang. Mestilah abang tahu apa yang sayang fikirkan dan mahu lakukan," balas Aril lalu mengenyit mata kepada Arra.

Arra menumbuk bahu Aril perlahan. Dia menyandarkan badannya pada kerusi. Matanya dipejam. Dia mahu melelapkan mata seketika bagi mengelakkan kemarahannya meletus.


ARIL membuka suis lampu di dalam rumah. Suasana yang gelap kini terang disinari cahaya lampu. Dia meletakkan barang diatas meja. Setelah itu dia kembali ke kereta lalu membuka pintu kereta. Wajahnya terukir senyuman apabila melihat wajah comel Arra yang masih lena.

Pipi Arra diciumnya. "Sayang bangunlah."

Arra menolak wajah Aril menjauhi wajahnya. "Kita dah sampai rumah ibu ke?" soalnya sambil mengenyeh matanya yang masih berasa mengantuk.

"Belum," jawab Aril sepatah.

"Kita kat mana ni?"

"Sayang keluarlah dulu. Nanti sayang tahulah kita ada kat mana?" ujar Aril lalu menarik tangan Arra.

Arra mencapai beg tangannya lalu melangkah keluar dari dalam kereta. Dia memerhati sekeliling. Oleh kerana baru sahaja terjaga dari tidur pandangan matanya masih kabur. Aril memimpin Arra masuk ke dalam rumah.

"Assalamualaikum." Arra memandang wajah Aril apabila tiada sesiapa di dalam rumah itu. "Rumah siapa ni?"

"Cuba sayang tengok gambar dekat dinding," ujar Aril sambil menunding jari ke arah foto yang tergantung pada dinding rumah.

Arra cuba melihat foto itu dari jarak dekat. "Gambar kita," balasnya apabila melihat foto perkahwinannya yang tergantung pada dinding.

Aril tersenyum mendengarnya. Bahu Arra dirangkul. "Welcome to our home," ujar Aril lalu mencium ubun-ubun Arra.

Arra senyum. Tubuh Aril dipeluk perlahan. "Patutlah cakap berbelit-belit. Sekejap nak balik rumah ibu lepas tu nak ajak balik rumah mama pulak? Alih-alih bawa Arra balik rumah kita," ujar Arra lalu memandang wajah Aril.

"Suka tak kejutan yang abang bagi?" soal Aril sambil tersenyum. Sudah lama dia mahu membawa Arra ke rumah ini. Oleh kerana kekangan masa niatnya sering ditangguhkan sehingga tibanya hari ini.

Arra senyum. "Suka," jawabnya sepatah sambil memerhati ruang sekeliling di dalam rumah itu. "Bila abang beli rumah? Semua peralatan rumah ni abang pilih sendiri ke?" soalnya lagi apabila melihat isi di dalam rumah ini telah dilengkapi dengan televisyen, sofa, peti sejuk serta meja makan.

Aril menarik tangan Arra lalu duduk diatas sofa. "Sayang suka tak dengan pilihan abang?"

Arra menyentuh sofa. "Suka," balasnya lalu melentokkan kepalanya diatas bahu Aril.

"Rumah ni abang beli sebelum majlis resepsi perkahwinan kita. Abang dah lama nak ajak sayang datang sini tapi tak berpeluang lagi sebab sayang busy dengan study."

"Owh. Kiranya baru lagilah abang beli. Langsir tu beli kat mana?"

Aril menganggukkan kepalanya. "Lebih kurang begitulah sayang," jawabnya lalu mengusap bahu Arra. "Abang hias yang mana mampu aje. Selebihnya abang serahkan pada sayang pulak. Langsir tu abang beli kat jakel dengan bantuan Ain."

Tangan Aril digengam erat. "Maknanya Ain tahulah tentang rumah ni."

"Tak. Abang cuma tanya apa yang sayang suka aje. Macam warna langsir tu. Cantik tak?"

Arra bangkit dari tempat duduknya. Dia menyentuh langsir. "Cantik. Kain pun lembut aje."

"Jom ikut abang tengok bilik."

"Okey," balas Arra. Setiba dihadapan tangga perutnya mula berbunyi. Arra memandang wajah Aril lalu tersenyum sambil mengusap perutnya.

Aril ketawa kecil. Dia duduk melutut sambil melekapkan telinganya pada perut Arra yang semakin membesar. "Baby papa lapar atau mama yang lapar ni?" soal Aril sambil menekan jarinya pada perut Arra.

"Abang janganlah tekan. Sakit perut sayang."

Aril mendongakkan kepalanya. "Sayang lapar ke?"

"Habis tu abang rasa?"

Aril berdiri. "Jom makan."

"Nak makan apa? Abang dah beli barang basah untuk dimasak ke?"

"Pagi esok kita pergi shopping barang dapur," ujar Aril lalu mengambil makanan diatas meja. "Malam ni kita makan pizza," ujarnya sambil menunjukkan plastik makanan yang telah dibelinya.

"Bila abang beli?"

"Masa sayang tengah tidur tadi," ujar Aril lalu menarik kerusi untuk Arra.

"Sayang letihlah. Abang ajak pergi jalan-jalan kat pantai. Lenguh kaki sayang ni lama sangat berjalan."

"Abang nak gembirakan hati sayang aje. Nampak macam marah tadi," usik Aril.

Arra menjeling marah. "Mana ada?" dalihnya.

"Tu," kata Aril lalu mencium pipi Arra.

"Hisy abang ni suka ambil kesempatan."

"Dengan isteri sendiri tak salah kan?" ujar Aril lalu mengenyit matanya.

Arra menumbuk bahu Aril perlahan. "Abang ni mengadalah."

Aril hanya tersenyum mendengarnya. "Jemputlah makan mama comel," ujar Aril lalu menghidangkan makanan buat Arra.

"Hish abang ni!" marah Arra.

"Abang kan papa comel?" ujar Aril sambil membuat pipinya kembung.

Arra ketawa. "Papa buncit adalah."

"Papa buncit pun sebab mama selalu masak sedap-sedap untuk papa," balas Aril sambil mengusap perut Arra.

Arra memegang tangan Aril. "Betul ke sedap?"

Aril menganggukkan kepalanya. "Betullah. Abang selalu rindukan masakan sayang tau," ujar Aril lalu mencuit hidung Arra.

Arra tersenyum mendengarnya. Mereka menikmati makanan yang telah dihidangkan dengan berselera.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Andayu