Home Novel Cinta Takdir Cinta Kita
Bab 34

Majlis perkahwinan Aril dan Arra berlangsung dengan meriah. Arra berasa begitu bahagia apabila majlis respsi berjalan dengan lancar. Kehadiran rakan-rakan sekuliahnya, kawan-kawan Aril dan saudara mara turut memeriahkan lagi majlis pada hari ini. Arra berasa segan pula apabila berhadapan dengan kawan-kawan ibu bapa mertuanya yang bergelar datok dan datin. Arina dan Arisa juga turut pulang ke Malaysia bagi meraikan majlis perkahwinannya.

"Tahniah Aril," ucap Rafiq sambil bersalaman dengan Aril yang segak memakai baju pengantin berwarna biru gelap.

Aril melemparkan senyuman kepada Rafiq dan para tetamu yang menyapanya. "Terima kasih semua."

"Tahniah Arra. Dah berapa bulan?" ujar Melysa lalu menghulurkan hadiah kepada Arra.

"Terima Mel. Baru tiga bulan," balas Arra lalu mengambil hadiah yang diberikan oleh Melysa. 

"Alhamdulillah," balas Melysa dengan gembira atas kehamilan Arra.

Arra mengusap bahu Melysa perlahan. "InsyaAllah nanti adalah rezeki Mel dan Rafiq pulak," balas Arra sambil tersenyum kepada Melysa.

"Amin," balas Melysa.

"Mel dah makan ke?"

"Belum lagi. Kami baru sampai," jawab Rafiq.

Aril menepuk bahu Rafiq perlahan. "Pergilah makan dulu. Nanti kita ambil gambar."

"Okey," balas Melysa lalu meninggalkan Aril dan Arra yang menyambut para tetamu yang hadir.

Aril melihat wajah Arra yang mula berpeluh. Tanpa membuang masa dia mencapai tisu diatas meja lalu mengelap peluh pada wajah Arra. "Sayang duduklah diam," pinta Aril apabila Arra cuba menepis tangannya.

"Tanggallah make up sayang nanti," balas Arra lalu mengambil tisu dari tangan Aril.

Aril tersengih. "Make up je. Abang nampak sayang macam rimas aje."

Arra melemparkan senyuman. Walaupun dia sudah letih melayani para tetamu sejak pagi tadi. Dia terpaksa bertahan demi menjaga hati ibu bapa mertuanya. Ramai kenalan mereka yang ingin berjumpa dengannya. Disebalik rasa letih melayani para tetamu yang menghadiri majlis perkahwinannya terselit rasa bahagia di dalam hatinya.

Aril memeluk bahu Arra agar merapati tubuhnya. Dia melihat jam sudah menunjukkan angka tiga petang. "Mari kita rehat di dalam bilik."

Arra memandang wajah Aril. "Awal lagi. Nanti apa kata mama?"

Aril mengusap pipi Arra. "Mama mesti tak kisah. Mari kita jumpa mama dulu," ujar Aril lalu menarik tangan Arra menghampiri Datin Sri Aida yang berada tidak jauh daripada tempat mereka.

"Meriahlah rumah nanti dengan kehadiran cucu baru," usik Datin Zarida.

Datin Sri Aida mengukirkan senyuman mendengarnya. "Alhamdulillah rezeki anak-anak," balasnya sambil tersenyum ke arah Arina yang sedang sarat mengandung anak ketiga.

"Dah berapa bulan Arina?"soal Puan Sri Afifah sambil mengusap perut Arina.

"Sudah lapan bulan aunty," balas Arina dengan ramah.

"Maknanya tinggal sebulan lagi nak bersalin?" ujar Datin Zarida pula.

Arina menganggukkan kepalanya. "InsyaAllah bulan depan bersalin lah."

"Tak lama dah ni. Sebulan tu sekejap aje. Arina bersalin di mana nanti?"

"Mestilah kat US kan macam sebelum ni?" teka Puan Sri Afifah

Arina tersenyum mendengar soalan itu. Dia memandang wajah ibunya, Datin Sri Aida. "Alang-alang dah balik Malaysia ni. Takkanlah nak kembali ke US aunty," kata Arina perlahan lalu memeluk lengan ibunya. "Arina plan nk bersalin di Malaysia. Nak mama jaga Rina masa berpantang nanti."

Datin Sri Aida tersenyum mendengarnya. Dua orang cucunya telah lahir di United States Amerika Syarikat. Dia tidak menjangka kepulangan Arina kali ini akan tinggal di sini sehingga bersalin anaknya yang ketiga. 

"Mama," sapa Aril perlahan.

Datin Sri Aida tersenyum memandang Aril dan Arra. Dia menarik tangan Arra lalu diperkenalkan kepada kawan-kawannya. "Inilah kawan-kawan mama."

"Patutlah Aril jatuh hati. Cantik orangnya," puji Puan Sri Afifah

"Aaalah. Manis aje," tambah Datin Zarida pula.

"Orang yang manis mestilah berjaya memikat hati adik lelaki Rina aunty," tambah Arina pula.

"Mana ada kak long," dalih Arra bagi mengelakkan rasa bangga diri apabila dipuji begitu.

"Inilah menantu baru Aida tu?" soal Puan Hasnah.

"Ya, Hasnah. Inilah isteri Aril. Arra namanya," ujar Datin Sri Aida.

Arra tersipu malu apabila dipuji begitu. Dia bersalaman dengan kawan-kawan ibu mertuanya. "Mana ada aunty. Kecantikan itu milik Allah. Kita semua cantik disisi Allah," kata Arra dengan ramah.

"Amboi sopan aje orangnya."

"Ermm... ma."

"Ya, Aril?" Datin Sri Aida menoleh ke arah Aril.

"Aril nak ajak Arra rehat dalam bilik. Kesian dia dari tadi tak berehat lagi?" ujar Aril perlahan.

"Baru pukul 3.30 petang Aril. Takkan dah nak tinggalkan majlis," ujar Datin Zarida.

"Aaalah. Majlis ni bukan selalu pun. Bagilah aunty bersembang dengan wife dulu," ujar Puan Sri Afifah

"Arra kan sedang berbadan dua. Takkan tak faham. Di awal kehamilan mesti mudah letih," ujar Puan Hasnah yang memahami perasaan Arra ketika ini. Dia mengusap belakang Arra dengan perlahan.

"Aaa aunty. Rina pun nak minta diri juga. Berdiri lama-lama ni mudah rasa lenguh. Kaki pun dah mula sembat."

"Pergilah duduk Rina," ujar Datin Sri Aida.

Arra melemparkan senyuman kepada kawan-kawan ibu mertuanya. Terasa segan pula apabila mendengar mereka berkata begitu. 

Datin Sri Aida mengusap belakang Arra. Dia memahami perasaan Arra ketika ini. "Arra pergilah berehat," ujarnya perlahan.

"Tak apa ke?"

"Pergilah Arra. InsyaAllah ada masa datanglah ke rumah aunty," ujar Puan Hasnah sambil tersenyum.

"InsyaAllah aunty," balas Arra perlahan. "Arra minta diri dulu. Terima kasih sudi datang meraikan majlis kami," ujar Arra sambil bersalaman dengan kawan-kawan Datin Sri Aida. 

"Nanti Aida bawalah Arra berjalan ke rumah saya," ujar Puan Sri Afifah setelah Arra meninggalkan mereka.

"InsyaAllah," balas Datin Sri Aida. "Jom kita makan."

"Dah kenyang. I pun nak minta diri dululah," ujar Datin Zarida.

"Terima kasih sudi datang."

"Sama-sama," balas Datin Zarida lalu meninggalkan dewan Hotel Primula.


SUASANA di dalam Dewan Hotel Primula begitu meriah dengan kehadiran para tetamu yang meraikan majlis perkahwinan Aril dan pasangannya Arra. Satu keluhan kecil dilepaskan oleh Hairi apabila melangkah masuk ke dalam Dewan itu. Dari jauh dia dapat melihat Amir serta rakan-rakan sekuliah Arra turut menghadiri majlis itu.

Dia meletakkan Hadiah yang dibelikan untuk perlahwinan Arra diatas meja yang telah disediakan. Niatnya ingin turut meraikan majlis ini. Kini sebaik sahaja berada di dalam dewan hatinya terasa sayu melihat insan yang dicintainya telah menjadi milik orang lain. Walaupun berkali-kali dia berusaha cuba melupakan Arra, namun wajah gadis itu seolah-olah semakin menghantui fikirannya. 

Tanpa membuang masa dia melangkah keluar daripada dewan itu. Secara tidak sengaja dia telah melanggar tubuh seseorang dihadapannya. Dadanya terasa sejuk apabila air telah mengenai bajunya.

"Allah," ujar Arisa terkejut. "Maaf ya," pinta Arisa dengan spontan mencapai tisu di atas meja. Dia mengelap baju Hairi yang terkena air minumannya.

Hairi mula rimas dengan tindakan gadis itu. Dia memegang tangan Arisa agar berhenti mengelap bajunya. "It's okay," ujar Hairi lalu melepaskan tangan Arisa.

"I'm so sorry. Tak sengaja. Kenapalah I boleh cuai sangat tadi," omel Arisa lagi lalu mengelap kembali baju Hairi yang terkena air.

"Saya cakap tak apa. Salah saya yang langgar awak tadi," balas Hairi lalu memegang tangan gadis yang masih sibuk mengelap bajunya.

Arisa memandang wajah Hairi. Jantungnya tiba-tiba berdegup laju. Senyuman mula terukir diwajahnya. Dia tidak menyangka akan bertemu kembali dengan lelaki yang pernah mencuit hatinya pada zaman sekolah dahulu.

"Cik," sapa Hairi lalu melepaskan tangan Arisa.

Arisa membetulkan rambutnya. "Hai, lama tak jumpa kan," ujarnya perlahan.

Hairi mengerutkan keningnya tanda tidak mengerti. "Maaf saya minta diri dulu," balas Hairi lalu melangkah meninggalkan Arisa.

"Wait!" Arisa mengejar langkah Hairi lalu memaut lengan lelaki itu.

"Apa!" marah Hairi lalu menarik kasar tangannya.

Tindakan Hairi menarik kasar tangannya menyebabkan Arisa mula hilang imbangan. Badannya hampir terjatuh namun sempat disambut kembali oleh Hairi.

"Awak okey?" soal Hairi. Dia seakan mengenali wajah gadis dihadapannya.

Arisa menganggukkan kepalanya. Dia membetulkan kedudukannya. "Ermm... saya nak pastikan aje. Betul ke awak, Zul?" ujar Arisa perlahan.

"Zul?" ujar Hairi agak terkejut mendengarnya. Sudah lama tiada orang memanggilnya dengan panggilan nama itu. Hanya rakan sekolahnya sahaja yang memanggilnya Zul. Selebihnya dia dikenali dengan nama Hairi.

Arisa memandang tepat ke arah Hairi. "Awak Zulhairi kan?"

"Ya. Tapi itu masa zaman sekolah aje. Sekarang kawan-kawan semua panggil saya Hairi," ujar Hairi dengan teragak-agak ingin menjelaskannya. "Tapi siapa awak? Macam mana awak tahu nama saya?" soalnya.

Arisa ketawa kecil. "After five years. I tak sangka akan jumpa you kat sini?" ujar Arisa dengan lerasaan teruja.

"What? Maaf saya tak faham?" kata Hairi dengan perasaan keliru dan tertanya-tanya siapakah gadis dihadapannya ketika ini. "Saya bukanlah komputer yang ada memori boleh simpan semua nama dan wajah kenalan saya?" ujar Hairi sekadar bergurau.

"Pandai kan you buat lawak. Tapi betullah apa yang you cakap tu. Mungkin I ni tiada lagi dalam ingatan you," ujar Arisa dengan nada sedih.

Hairi tersenyum sumbing. "Dah memang tak ingat. So nak buat apa tipu kan?"

"Mestilah you lupa. I bukan kekasih hati you pun. Maaflah membuang masa you. Bye," ujar Arisa lalu melangkah meninggalkan Hairi dengan tanda tanya siapakah dirinya.

"Hai Arisa," sapa Zamila sepupunya.

"Hai Mila," balas Arisa.

Hairi baru sahaja ingin meneruskan langkah kakinya terdengar nama gadis itu dipanggil. Dia menoleh ke belakang.

Arisa. Satu nama yang tak pernah asing dalam kalangan kawan-kawannya ketika zaman sekolah dahulu.

"Eh awak tunggu!" panggil Hairi lalu menghampiri Arisa. "Arisa Zainuddin?"

Arisa berpaling ke belakang apabila mendengar namanya dipanggil. "I ingat you takkan panggil nama I lagi?"

Hairi mengukirkan senyuman. "Maaf tadi I betul-betul lupa."

"You buat apa kat sini?"

"Wedding kawan? You pulak?"

"Ini wedding family I. Lama tak jumpa you. Nanti ada masa free jomlah keluar jalan sama-sama."

"InsyaAllah. Student kan mana ada masa nak jalan-jalan selalu."

"Tak habis belajar lagi?"

"Tahun depan InsyaAllah tamatlah."

"Samalah," balas Arisa dengan teruja.

"Aunty Su," sapa Iris lalu memegang tangan Arisa.

Arisa memandang Iris. "Ya sayang? Ada apa?"

"Mummy panggil," jawab Iris. Walaupun membesar di US namun Iris tetap fasih berbahasa Melayu.

"Siapa ni comelnya," sapa Hairi lalu mencuit pipi anak kecil itu.

"My name is Iris Fatimah uncle."

"Wah pandai speaking," ujar Hairi dengan nada terkejut. 

Arisa tersenyum mendengarnya. "Anak saudara I ni membesar di luar negara. Itu yang fasih bercakap dalam bahasa Inggeris," jelas Arisa.

Hairi menganggukkan kepalanya tanda faham. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam poket seluar. "I ada hal. Bagi nombor phone you, nanti I call next time."

"Sure," balas Arisa lalu memberikan nombor telefonnya kepada Hairi.

"I pergi dulu. Assalamualaikum," ujar Hairi lalu meninggalkan Hotel Primula.

"Waalaikumussalam," jawab Arisa. Setelah bayangan Hairi hilang dari pandangan matanya. Dia kembali melangkah masuk ke dalam dewan. Entah kenapa hatinya berasa sangat bahagia apabila bertemu kembali dengan Hairi, lelaki yang telah lama disukainya dalam diam.


SEBULAN KEMUDIAN.

Ain melihat cincin yang diberikan oleh Hanif. Cincin itu kelihatan amat cantik apabila tersarung pada jarinya. Walaupun telah sebulan berlalu, dia masih belum dapat memberi kata putus kepada Hanif tentang perasaannya. Ain keliru dengan perasaannya sendiri.

"Wah cantiknya cincin," sapa Arra lalu menarik tangan Ain. "Cincin baru ke?" soal Arra lalu duduk di atas kerusi.

Soalan Arra dibiarkan berlalu tanpa jawapan. Ain menyimpan kembali cincin ke dalam kotak. Wajah Arra dipandang. "Apa pendapat kau tentang Hanif?"

Arra mengerutkan keningnya. "Hanif?"

"Ya."

"Kenapa dengan dia?"

Ain mengeluh perlahan. "Dia okey. Cincin ni dia yang bagi?"

Arra tersenyum. "Alhamdulillah. Tak lama lagi kawan aku nak kahwin," ujar Arra dengan rasa teruja.

Ain menepuk bahu Arra. "Hisy kau ni. Aku tanya seriuslah. Boleh pulak kau main-main kan?" 

Arra berhenti ketawa. "Okey Ain. Aku tumpang gembira aje dengan berita ini. Maklumlah sahabat baik aku bakal mendirikan masjid."

Ain tersenyum sinis. "Aku tak cakap pun nak kahwin? Aku tanya pendapat kau tentang Hanif aje?"

Arra menyentuh dagunya sambil membayangkan wajah Hanif. "Aku rasa Hanif tu handsome. Tak ada pun cacat cela di mata aku. Apa yang kau runsingkan?"

"Bukan itu maksud aku?" ujar Ain lalu bangkit dari atas kerusi dan merebahkan badannya diatas katil. "Kau rasa Hanif tu sesuai ke dengan aku?"

"InsyaAllah. Jodoh itu kan milik Allah."

"Aku rasa tak bersedia lagi nak galas tanggungjawab sebagai seorang isteri," ujar Ain perlahan. Fikirannya kusut ketika ini.

"Aku dulu pun rasa begitu jugak. Tapi siapalah aku nak melawan takdir Tuhan. Jadi aku terimalah apa yang terjadi dengan hati yang terbuka. Alhamdulillah kini hidup aku rasa lebih bahagia," ujar Arra dengan tenang. Jelas terpancar kebahagiaan diwajahnya sejak bergelar seorang isteri.

Ain meletakkan tangan diatas dahinya. "Aku tengah fikirkan lagi. Tentang lamaran Hanif aku belum bincang lagi dengan parents aku."

Arra menutup komputer riba miliknya. Wajah Ain dipandang. "Bagi aku Hanif itu orang yang jujur. Lagipun dia sahabat baik Aril. Aku tak rasa dia akan mempermainkan kau?"

"Itulah yang aku fikirkan Arra. Hati ini berbelah bagi ingin memberi kata putus. Sebelum kahwin bulan bintang boleh dijanjikan. Selepas kahwin belum tentu janji yang ditabur dapat ditunaikan. Perkara inilah yang membimbangkan hati aku."

"Berdoalah. InsyaAllah dipermudahkan. Tak pun kau solat sunat istikharah. Sesungguhnya Allah maha memberi petunjuk. Daripada kau minta pendapat aku lebih baik kau minta petunjuk dari Allah," ujar Arra lalu melangkah keluar meninggalkan Ain sendirian di dalam bilik.

Ain diam. Kata-kata Arra ada betulnya. Tanpa membuang masa dia segera bangkit daripad pembaringan. Dia menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk. Usai mengambil wuduk dia segera menunaikan solat sunat istikharah.


PINTU kereta ditutup. Aril melangkah masuk ke dalam rumah dengan lemah. Kepalanya yang berasa pening dipicit perlahan. Dahulu suasana di dalam rumah sepi kini riuh dengan suara anak kecil. Tangisan bayi jelas kedengaran di vuping telinganya. Arina baru saja selamat melahirkan seorang anak lelaki beberapa hari yang lalu. Aril meniti anak tangga ingin berehat di dalam kamarnya.

"Awal Aril balik hari ni?" sapa Datin Sri Aida sambil mendukung bayi kecil.

"Kepala rasa pening. Itu yang balik awal. Aril nak rehat dalam bilik dulu," ujar Aril lalu melangkah ke tingkat atas.

"Kak Nah!"

"Ya, Aida."

"Kak Nah tolong ambil Ya'cob," ujar Datin Sri Aida lalu menyerahkan cucu yang baru lahir kepada Maznah. "Minta Arina susukan. Saya nak tengok Aril sekejap."

"Baik Aida," kata Maznah lalu ke bilik tetamu di bahagian bawah.

Pintu bilik dibuka. Dari jauh Datin Sri Aida melihat Aril berselimut diatas katil. Dia melabuhkan punggung dibirai katil lalu membuka selimut yang menutupi badan Aril. "Kenapa berselimut ni? Tak panas ke?"

"Hurm... sejuklah ma," balas Aril lalu menarik kembali selimut.

"Sejuk?" Datin Sri Aida menyentuh dahi Aril. "Panasnya. Aril demam ke?"

"Sikit aje. Sekejap lagi makan ubat okeylah ni."

"Aril tak pergi klinik ke?"

"Aril okey. Kepala aje rasa pening sikit."

"Kata nak ke Pinang hari ni?"

"Tak jadi. Aril dah minta papa gantikan orang lain untuk ke sana."

"Ubat dah makan ke?"

"Belum lagi ma. Aril nak tidur dulu."

Datin Sri Aida membuka selimut. "Pergilah mandi dulu segarkan badan ni. Lepas tu makan ubat baru tidur."

"Tak naklah. Sejuk."

Datin Sri Aida menepuk bahu Aril. "Hisy budak ni. Orang suruh mandi tak nak pulak. Dah nak jadi bapak budak pun masih liat lagi nak mandi bila demam," omelnya. Begitu sikap Aril ketika tidak sihat.

"Aril mandilah dulu, nanti mama bawakan makanan dengan ubat."

Aril mula merindui masakan isterinya. "Rindunya dengan masakan Arra. Dia mesti masakan bubur untuk Aril waktu tidak sihat."

"Arra dah tahu ke Aril demam?"

Aril menggelengkan kepalanya. "Tak. Aril tak nak buat dia susah hati. InsyaAllah esok okeylah ni."

"Aril rehatlah dulu. Mama ambilkan ubat," ujar Datin Sri Aida lalu melangkah keluar dari dalam bilik Aril.

Aril melihat foto Arra diatas meja. Dia memeluk foto itu. Hatinya mula digigit kerinduan. Arra pasti akan memasakan bubur buatnya. Terasa diri ini amat dihargai apabila dimanjai oleh isteri tercinta. Akhirnya dia terlena sambil memeluk bingkai foto Arra.


SETELAH sesi kuliah berakhir, Arra mengeluarkan telefon bimbitnya. Tanpa berlengah dia mendail nombor telefon Aril. Hatinya mula gelisah apabila sudah dua kali cuba menghubungi Aril namun panggilannya tidak dijawab. Aril selalunya akan menghubunginya kembali walau sesibuk mana dia bekerja. Kini dia masih menanti panggilan daripada Aril sejak pagi tadi.

"Ya Allah mana abang ni?" omel Arra lalu mematikan talian.

Nombor telefon ibu mertuanya didail. Tidak sampai seminit panggilannya dijawab. "Assalamualaikum, mama."

"Waalaikumussalan. Ada apa Arra call mama?"

"Arra nak tahu Aril dah ke Pinang ke?"

"Aril ada aje kat rumah ni. Dia tak jadi ke Pinang semalam."

"Kenapa? Aril tak kerja ke?"

"Aril tak sihat. Semalam pun balik awal kerja."

Jantung Arra berdegup laju mendengar khabar itu daripada Datin Sri Aida. "Tak sihat? Demam ke ma?"

"Ya."

"Ya Allah. Teruk ke? Arra call nak tanya dia okey ke tak? Tapi Aril tak jawab phone."

"Aril ada aje kat bilik. Semalam dah makan ubat. Tapi makan, mandi tu susahlah sikit. Macam-macam alasan dia bagi."

"Mama tolonglah tengok kan ya. Abang Aril bila demam mengalahkan budak kecil."

"Mama tahu sayang. Aril tu anak mama. Faham sangat dengan ragamnya."

Arra ketawa kecil. "Okeylah ma. Arra ada hal. Nanti Arra cuba call abang Aril pujuk dia makan."

"Okey, Arra take care. Soal Aril janganlah risau. Mama takkan biarkan anak mama sakit lama-lama."

"Terima kasih ma tolong jangan Aril untuk Arra. Assalamualaikum," ujar Arra dengan nada perlahan. Talian telefon dimatikan. 

Nombor telefon Aril didail semula. Namun panggilannya masih tiada jawapan. Secara tidak sengaja dia terlanggar tubuh seseorang dihadapannya.

Hairi menoleh ke belakang. Dia melemparkan senyuman pada Arra. "I will call you back," ujar Hairi lalu mematikan talian.

"Maaf tak sengaja," kata Arra.

"Tak Apa. Arra okey ke?"

Arra membetulkan tudungnya. "Saya okey aje. Kenapa?"

"Awak nampak cemas aje."

Arra tersenyum pahit. "Isteri mestilah risaukan suami bila tahu dia tak sihat kan?" ujar Arra lalu memasukkan telefon bimbitnya ke dalam tas tangannya.

"Aril tak sihat ke?"

Arra menganggukkan kepalanya. "Deman. Tapi tak tahulah teruk ke tak? Itu yang saya bimbangkan."

"InsyaAllah Aril kuat. Demam nak jadi ayah tak lama lagi kan," ujar Hairi dengan nada perlahan.

"Harapnya begitulah."

"Hai Arra. Hai Hairi," sapa Bazilah.

"Hai Ila. Saya minta diri dulu," balas Hairi lalu meninggalkan kawasan makmal komputer.

"Jom keluar jalan-jalan petang ni?"

"Nak pergi mana?"

"Esok kuliah tak ada. Pensyarah baru tak jadi masuk."

"Aaalah Arra. Petang ni boleh lah keluar leoak hilangkan stress," kata Zarina pula.

"Jomlah Arra. Bukan selalu pun," kata Aminah.

"Kau orang nak pergi mana?" soal Ain.

"Ain nak join sekali pun boleh. Kami plan nak pergi pantai Kemasik."

"Maaflah rasanya tak dapat join," ujar Ain perlahan.

"Ain nak ke mana?" soal Bazilah.

Ain senyum penuh makna.

"Mesti buah hati kesayangan nak datang kan?" teka Zarina.

"Maaflah. Dah janji nak jumpa petang ni," balas Ain.

"Pergilah Ain. Tiada siapa halang," ujar Aminah pula.

"Arra?" sapa Ain apabila melihat Arra termenung.

"Maaflah Arra pun tak dapat join. Kau orang pergilah berseronok. InsyaAllah Arra join lain kali jika berpeluang," kata Arra lalu menarik tangan Ain menjauhi kawan-kawannya.

"Kenapa Arra?" soal Ain hairan dengan tindakan Arra.

"Esok kuliah memang tak ada dari pagi sampai petang ke?"

"Esok hari rabu. Kelas ada satu aje sepatutnya. Itu pun dah dibatalkan. Kenapa kau tanya?"

"Aku nak balik rumah lah."

"Nak balik? Bila? Sekarang ke?" soal Ain.

Arra angguk.

"Kenapa? Kau sakit ke?" soal Ain lalu menyentuh dahi Arra.

"Eh taklah," balas Arra lalu menepis tangan Ain. "Aku sihat aje. Aril yang tak sihat," jelas Arra.

"Owh patutlah kau nampak murung aje."

"Jom balik ke hostel. Aku nak kemas apa yang patut," ujar Arra lalu melangkah pulang ke hostel.

"Tapi kau nak balik naik apa?"

"Teksi."

"Kau nak naik teksi balik ke rumah Mak Long?"

Arra menganggukkan kepalanya. "Siapa lagi yang nak hantar aku? Jarak dari kampus ke bandar Terengganu bukannya dekat. Lebih kurang hampir dua jam."

Ain duduk diatas kerusi. "Aku risaulah kau balik seorang ni."

Arra mengambil beg sandangnya. "Apa yang nak dirisaukan?" soal Arra lalu mengemas barang-barang keperluannya.

"Kau kan sedang berbadan dua. Pemandu teksi zaman sekarang bukan boleh percaya sangat," ujar Ain perlahan. Dia mengeluh kecil risau akan keselamatan Arra.

"Hisy ke situ pulak kau fikir. Sepatutnya doalah yang baik-baik," kata Arra lalu menggalas beg sandangnya. 

"Hurm... yelah."

Ain menghantar Arra sehingga ke depan pagar hostel. Sebuah teksi telah sedia menunggu Arra.  "Dah sampai rumah nanti bagi taulah."

"Okey."

"Encik hati-hati memandu ya. Kawan saya tengah mengandung," pesan Ain.

"InsyaAllah cik."

Arra tersenyum mendengarnya. Dia mengerti kebimbangan Ain tentang dirinya. "Bye Ain. Assalamualaikum," ujar Arra sambil melambaikan tangan kepada Ain. Telefon bimbit diambil dari dalam tas tangan. Jam pada pergelangan tangannya dilihat. Foto Aril yang menghiasi skrin telefonnya ditatap. Dia tidak sabar ingin bertemu dengan suami tersayang.

Previous: Bab 33
Next: Bab 35

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Andayu