Home Novel Cinta Takdir Cinta Kita
Bab 14

"Terima kasih Encik Farid," kata Aril lalu menghulurkan tangan.

Farid menyambut salam Aril. "Sama-sama. Saya berharap projek ini akan berjalan lancar."

"InsyaAllah," kata Aril sambil tersenyum.

Farid melihat jam pada tangannya. "Masa begitu mencemburui kita."

"Tak apa. Nanti ada masa kita berjumpa lagi."

"Okey, saya minta diri dulu," kata Farid lalu melangkah meninggalkan Aril.

Aril juga melangkah meninggalkan cafe. Dia melangkah masuk ke dalam keretanya. Jam baru menunjukkan pukul 5.00 petang. Dia memulakan pemanduannya. Fikirannya tiba-tiba teringatkan kata-kata Melysa.

"I akan buat isteri you merana!"

Aril beristighfar di dalam hati. Dia segera menepis segala perasaan bimbang di dalam hatinya. Dia yakin Melysa tidak akan melakukan perkara diluar jangkaannya. Melysa yang dikenalinya adalah seorang gadis yang lembut dan manja. 

InsyaAllah Arra baik-baik saja, bisik hati kecilnya

Aril tersenyum apabila mengingati Arra. Hatinya terasa bahagia apabila Arra mengaku bahawa dia adalah suaminya. Walaupun dia tahu itu hanyalah satu penipuan. Tapi jauh di dalam sudut hatinya amat berharap apa yang dikatakan menjadi kenyataan.

Keluhan kecil dilepaskan. Aril sedih mengenangkan hubungannya dengan Arra yang masih lagi dingin. Rumah yang dulu ceria dengan usikannya. Tetapi kini kembali sepi.

Aril melihat sebuah kedai kek. Dia mengukirkan senyuman lalu memberhentikan keretanya. Tanpa berlengah dia segera masuk ke dalam kedai itu. Aril buntu tidak tahu ingin membeli apa. Terlalu banyak pilihan.

"Encik nak cari apa?"

"Apa yang special ya?"

"Erm... maksud encik?"

Aril ketawa kecil. "Saya nak belikan untuk kawan saya. Tapi saya tak tahu dia suka apa?"

Jurujual itu tersenyum. "Boleh saya bagi cadangan?"

"Sure!"

"Okey. Hari ni ada cheese tart, kek, coklat and tart telur yang baru siap." ujar jurujual itu sambil menunjukkan pelbagai jenis makanan. "Encik pun boleh grab kek satu slice jika tak nak beli satu biji." cadangnya lagi.

Aril sekadar menganggukkan kepalanya. "Bagi saya dua slice blueberry cheese cake dan enam biji cheese tart mix flavour."

"Okey." balas jurujual itu lalu membungkuskan pesanan Aril.

Aril tersenyum sendirian. Dia berharap Arra menyukainya. Kek bukanlah salah satu makanan kegemarannya. Tapi dia tahu Arra menyukainya. Fikirannya mula melayan teringatkan sesuatu.


PETI SEJUK dibuka. Aril mencari sesuatu yang boleh dimakan. Dia menjuihkan bibir apabila melihat hanya ada buah epal sahaja di dalam peti. Dia memegang perutnya yang terasa lapar. 

Matanya terpandangkan kotak kecil. Aril tersenyum melihat sepotong kek. Dia mengambil tempat duduk lalu menikmati kek itu.

"Wah. Sedap rupanya," kata Aril setelah merasai kek perisa blueberry.

"Sejak bila mama suka makan kek?" 

Aril tidak pernah mengetahui ibunya meminati kek. Datin Sri Aida jarang membeli makanan yang manis. Aril memejam mata dengan rapat menikmati kelazatan kek itu.

"Hurmmm... sedapnya."

"Apa yang sedap?" soal Arra sambil membetulkan ikatan rambutnya.

"Kek." jawab Aril sepatah.

Arra terkejut mendengarnya. Dia pantas menghampiri Aril dan melihat kek yang dimakan olehnya. "Argghhh!!!"

"What?" soal Aril pelik dengan sikap Arra tiba-tiba menjerit.

"Kenapa Arra?" soal Datin Sri Aida panik apabila mendengar suara Arra menjerit.

"Aunty. Aril dah makan kek Arra," kata Arra dengan nada sedih. 

"Arra punya ke? Ambiklah ada sikit lagi ni?"

"Huh?" Datin Sri Aida hairan. "Bukan Aril tak suka makan kek ke?" 

"Tak suka tak bermakna tak boleh makan."

Arra melihat hanya tinggal sedikit sahaja lagi kek di dalam kotak. Dia mendengus geram. "Nah makan sampai habis," kata Arra sambil menyuap kek ke dalam mulut Aril. Krim kek yang melekat pada tangan disapu pada wajah Aril.

"Manh-i meogda," kata Arra lalu meninggalkan ruangan dapur.

Aril terkejut dengan tindakan Arra tiba-tiba menyuapnya dengan kasar.


BIB! Bib! Bib!

Aril tersedar daripada lamunannya apabila mendengar bunyi telefonnya menandakan mesej masuk. Keluhan kecil dilepaskan setelah mengetahui Melysa yang menghantar pesanan ringkas kepadanya. 

"Encik dah siap ya."

"Terima kasih," kata Aril setelah membuat pembayaran.

Aril melangkah masuk ke dalam kereta. Plastik yang berisi kek disangkut pada kerusi belakang. Enjin kereta dihidupkan. 

Bib! Bib! Bib!

Aril mengeluh lagi. Kali ini dia membuka mesej yang dihantar oleh Melysa. Aril terkejut melihat gambar Arra. 


I akan bunuh isteri you.


Nombor telefon bimbit Arra segera dihubungi. Panggilannya tidak dijawab. Aril mula gelisah. Tanpa membuang masa kereta dipandu dengan laju. Degupan jantungnya berdegup laju. Dia bimbang akan keselamatan Arra.

Sebaik sahaja tiba di hadapan rumah. Tanpa membuang masa Aril segera melangkah keluar daripada keretanya. Langkah kakinya menuju ke dapur. Namun, Arra tidak kelihatan di situ.

"Arra mana Cik Nah?" soalnya dengan cemas.

"Keluar pergi kedai."

"Kedai mana? Dah lama ke?"

"Kedai dekat simpang jalan ni aje. Lama lah jugak dalam setengah jam. Kenapa?"

Aril segera melangkah keluar dari rumahnya. Ibu bapanya baru sahaja sampai di depan rumah. Aril memakai selipar. 

"Aril dah lama sampai?" soal Datin Sri Aida.

Soalan Datin Sri Aida tidak dijawab. Aril tergesa-gesa masuk ke dalam kereta dan meninggalkan rumahnya. 

Datin Sri Aida hairan dengan sikap Aril. "Nak ke mana pulak tu?" omelnya perlahan. 

"Aril nak ke mana tu?" soal Dato' Sri Zainuddin lalu melangkah masuk ke dalam rumahnya.

"Entah? Saya tanya pun tak jawab." kata Datin Sri Aida lalu melabuhkan punggungnya diatas sofa.

"Arra takda cakap apa-apa dengan Aida."

"Cakap apa?"

"Abang tanya aje. Manalah tau dia ada cakap apa-apa tentang Aril ke?"

Datin Sri Aida hanya menggelengkan kepalanya. "Arra senyap aje dua tiga hari ni. Kenapa Abang tanya?"

"Abang tengok Aril tu macam dah lama kenal Arra," kata Dato' Sri Zainuddin sambil tersenyum. "Abang tengok Aril happy sejak Arra ada kat sini. Tapi sejak dua tiga hari ni murung aje."

"Aida pun perasan. Arra pun tak seceria dulu," kata Datin Sri Aida sambil tersengih. Dia teringatkan waktu Aril memberi coklat kepada Arra. "Abang rasa dia orang bercinta ke?"

Dato' Sri Zainuddin menganggkat bahunya. "Entahlah. Ni senyap aje. Arra mana?"

"Arra keluar ke kedai sekejap Din," jelas Maznah sambil menghidangkan menu petang di atas meja. 

Dato' Sri Zainuddin melemparkan senyuman kepada Maznah. Dia yang meminta Maznah memanggil namanya sahaja. Walaupun bergelar Dato, dia tidak sombong dengan para pekerjanya.

"Aril tu ke mana pulak?" soal Datin Sri Aida pula.

"Tak tahulah. Dia sampai aje tanya Arra mana? Lepas tu keluar balik." kata Maznah lalu melangkah ke dapur semula.

Dato' Sri Zainuddin dan Datin Sri Aida hanya tersenyum mendengarnya. Mereka menikmati hidangan menu petang yang telah disediakan. 

Kereta milik Aril memasuki garaj. Suara Aril dah Arra bercakap mula kedengaran. Mereka kehairanan apabila melihat Arra pulang bersama Aril. Suara Aril bertengkar dengan Arra di dapur turut didengari oleh mereka. Dato' Sri Zainuddin dan Datin Sri Aida hanya mampu menggelengkan kepala mendengarnya. 


ARRA berjalan sendirian. Dia sengaja keluar mencari sedikit bahan untuk membuat kuih.

Dia mencari resepi di dalam Facebook semasa dalam perjalanan pulang ke rumah majikannya. 

Pon!

Terperanjat Arra mendengar hon kereta. Sebuah kereta Honda City berwarna hitam berhenti ditepi jalan. Seorang lelaki melangkah keluar daripada kereta dan menghampirinya.

Arra melepaskan keluhan apabila melihat Aril kini berada dihadapannya. Dia meneruskan langkahnya. Namun, dihalang oleh Aril.

Kenapa pulak dengan mamat ni? desis hati Arra. 

"Nak apa?" 

Aril diam. Barang-barang yang dibeli oleh Arra diambilnya. Dia mengucapkan rasa syukur apabila melihat Arra berada dalam keadaan yang sihat. Tangan gadis itu ditarik menghampiri kereta. Arra kebingunggan melihat sikap Aril ketika ini.

"Masuk," pinta Aril setelah membukakan pintu kereta buat Arra.

"Nak ke mana?"

"Masuk ajelah. Jangan banyak tanya?"

Arra melangkah masuk ke dalam kereta dengan penuh tanda tanya. Aril meletakkan barang-barang yang dibeli oleh Arra di tempat duduk belakang. Sebaik sahaja masuk ke dalam kereta. Aril memandu keretanya pulang ke rumah.

"Jangan keluar rumah sorang-sorang lagi lepas ni?"

Arra menjeling. Pintu kereta dibuka. "Kenapa pulak aku perlu bagi tau dia?" omel Arra perlahan.

"Kalau nak keluar bagi tahu abang." kata Aril lalu mengambil kek yang dibelinya tadi.

Abang? Bukan Aril? Hurm... perasanlah tu nak jadi abang aku, detik hati kecil Arra. Dia melangkah keluar daripada kereta.

"Selama ni saya keluar sorang-sorang boleh aje," kata Arra lalu mengambil barang-barang yang dibelinya.

Aril melangkah menghampiri Arra. Kini dia merasakan kata-kata Melysa tidak boleh dipandang remeh. Dia bimbang Arra dicederakan oleh Melysa. "Arra dengar ajelah cakap saya. Takkan itu pun tak boleh."

Arra menjeling. Dia melangkah masuk ke dalam rumah. "Perlu ke saya bagi tau awak?"

"Perlu." kata Aril lalu membontoti langkah Arra. "Bahaya tau tak kalau keluar sorang-sorang macam tu?"

Arra tidak mengendahkan kata-kata Aril. Dia melemparkan senyuman kepada Dato' Sri Zainuddin dan Datin Sri Aida yang berada di ruang tamu ketika itu. 

"Aril dari mana?" soal Dato' Sri Zainuddin.

"Kedai," jawab Aril sepatah. Dia melangkah menuju ke dapur. Dia melihat Arra sedang menyusun barang-barang yang baru dibelinya.

Aril menghulurkan kek kepada Arra. "Untuk Arra?"

"Terima kasih," kata Arra lalu mengambil kek dari tangan Aril. Dia segera menyimpan kek itu ke dalam peti. 

"Boleh tak?"

Arra mengerutkan dahinya. "Apa yang boleh?"

Aril mengeluh perlahan. "Next time nak pergi mana-mana bagi tau abang dulu."

Arra mendengus geram. Dia melangkah kaki menuju ke biliknya. "Awak bukan abang sayalah!"

"Saya majikan awak!" Aril menghalang Arra daripada masuk ke dalan bilik.

"Aunty majikan saya. Sebab dia yang bayar gaji saya."

Aril mengetap bibir. "Susah sangat ke nak dengar cakap saya."

Arra memicit kepalanya. Pening melayan karenah Aril. "Saya tak perlu minta izin dengan awak ke mana saya nak pergi."

Aril menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia mula tertekan apabila bercakap dengan Arra ketika ini. "Salah ke saya nak tahu? Saya bimbangkan keselamatan Arra."

"Bimbang?" soal Arra pelik.

Aril menganggukkan kepalanya. "Just worry. Macam mana tiba-tiba Arra kena ragut me? Excident ke? At least just tell me where are you going?"

Arra mengeluh. "Awak merepek apa ni? Nak risaukan saya kenapa?" kata Arra sambil tersenyum sinis. 

Mel. Dia ugut saya nak cederakan awak. Saya tak nak awak disakiti kerana saya, Aril hanya mampu berkata-kata di dalam hati. Wajah Arra dipandang. Hatinya menjerit.

Arra melihat Aril mendiamkan diri. "Tepilah," kata Arra lalu menolak tubuh Aril yang menghalang laluannya. 

"Arra." panggil Aril perlahan.

Pintu bilik dikunci dari dalam. Arra menyandarkan badannya pada pintu. Senyuman mula terukir di wajahnya. Sikap Aril mula membuat hatinya gembira. Walaupun masih marah namun dia tidak dapat menolak pemberian Aril. Suara Aril memanggil namanya sudah tidak kedengaran lagi. 

"Kenapalah dia prihatin sangat pasal keselamatan aku?" kata Arra lalu melangkah menghampiri kerusi. "Sebelum ni ke mana aku pergi tak ada pulak dia nak ambil tahu. Tetiba aje. Pelik," Arra bercakap dengan dirinya sendiri. Dia masih hairan dengan sikap Aril.

Arra melabuhkan punggung di atas kerusi. Dia menyentuh dadanya. Entah kenapa jantung sering berdegup kencang ketika Aril berada dihadapannya. Hatinya berasa gembira mengaku sebagai isteri Aril. Dia sendiri tidak mengerti apakah perasaan itu. Dia tidak pernah berasa bahagia ketika bersama lelaki lain. 

Arra mengeluh kecil bila memikirkan Melysa. Hatinya terasa sakit apabila meminta Aril berbaik semula dengan gadis itu. Diamenggelengkan kepalanya. Dia menarik nafas panjang. Matanya dipejam rapat. Dia mencuba menepis perasaan sayang yang mula hadir buat Aril di dalam hatinya. 

Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Andayu