Home Novel Cinta Takdir Cinta Kita
Bab 20



"ARRA dah kahwin?"

Ain menggaru kepalanya yang tidak gatal. Berita yang baru didengarinya begitu memeranjatkan. Tiada angin atau ribut tetiba ibu saudaranya memberitahu Arra telah selamat diijabkabulkab dengan Aril. Sudah tiga hari dia gagal menghubungi Arra.

"Pelik? Kenapa tiba-tiba?" kata Ain dengan hairan. Telefon bimbitnya dicapai. Nombor telefon Aril segera dihubunginya. 

"Hello, ada apa Ain?" soal Aril dihujung talian.

"Apa dah jadi abang Aril?" soal Ain inginkan penjelasan bagaimana sahabat baiknya dikahwinkan dengan sepupunya.

"Jadi apa?" balas Aril pura-pura tidak tahu apa yang disoal oleh Ain.

"Arra dah kahwin dengan abang Aril lah. Tak Ain pulak yang dah kahwin," sempat lagi Ain berseloroh.

Aril tersenyum mendengarnya. Sempat lagi Ain nak bergurau. "Bukan Ain sepatuntnya gembira ke, bila sahabat baik dah kahwin."

Ain tersengih. "Ya. Syukur alhamdulillah. Tapi yang Ain pelik kenapa tiba-tiba aje."

"Panjang ceritanya."

"Ringkaskan."

"Ingat exam Bahasa Melayu ke nak kena buat ringkasan," usik Aril.

"Alah... seriuslah abang Aril," kata Ain sambil menghentak kakinya diatas lantai.

"Kita orang kena tangkap khalwat. Then abah Arra suh kita orang kahwin. The end," kata Aril seolah-olah sudah habis ceritanya.

"Seriuslah sikit," ujar Ain masih tidak berpuas hati dengan penjelasan Aril.

"Seriuslah ni," balas Aril.

"Tapi takkan Arra sorang aje ada kat rumah tu? Mak long, Pak Long dan Cik Nah ke mana?"

Kedengaran Aril mengeluh perlahan. Akhirnya Aril menceritakan apa yang telah menimpa ke atas diri Arra sebenarnya dan bagaimana mereka telah ditangkap khalwat. Kini Ain mengerti. Arra tidak akan mendiamkan diri jika tiada perkara buruk yang berlaku. Dia turut bersedih mendengar sahabatnya berada dalam keadaan yang tidak sihat.

"So macam mana dengan Arra. Dia okey ke?"

"Alhamdulillah dah semakin sihat. InsyaAllah esok dah boleh keluar hospital."

"Abang Aril ada kat hospital ke sekarang ni?"

"Ada kat ofis. Baru aje balik dari melawat Arra tadi."

"Kenapa tak temankan. Dia dah jadi isteri abang Aril tau!" ujar Ain dengan nada agak marah.

"Ibu yang nak temankan. Biarlah Arra lepaskan rindu dekat ibu dia dulu."

"So apa plan abang Aril lepas ni?"

"Plan apa?" soal Aril tidak mengerti apa yang dimaksudkan oleh Ain.

"Honeymoonlah," kata Ain sambil tersenyum. Terasa bagai dia pulak jadi pengantin baru. "Kan dah kahwin. Takkan tak ada rancangan nak pergi bercuti kot," tambah Ain lagi.

"InsyaAllah nanti Ain jadi mak cik tahun depan," balas Aril. Dia layankan aje sikap nakal Ain yang cuba mengusiknya. Walaupun ada sesuatu yang mengganggu fikirannya.

Ain ketawa. "Ain dah lama dapat gelaran Cik Su tau. Kat sini anak sedara dah berderet."

"Okeylah Ain. Abang Aril ada kerja ni?"

"Okey. Frustlah Hairi nanti bila dapat tau buah hati kesayangan dah dimiliki orang," kata Ain sambil ketawa.

Tak dapat digambarkan bagaimana lerasaan Hairi nanti. Mungkin terkejut seperti menyangka dirinya adalah Arra sewaktu memakai baju yang sama.

"What? Who Hairi?"

"Takda sapelah. Bye," kata Ain lalu mematikan talian. 

Nombor telefon baru Arra disimpan. Dia mengukirkan senyuman. Foto Arra di dalam galeri dilihatnya.

"Semoga berbahagia selalu. Selamat pengantin baru Arra. Aku doakan kau bahagia dengan abang Aril. Aku yakin abang Aril akan jaga kau dengan baik," kata Ain sambil tersenyum.


PUAN ANISAH meletakkan beg pakaian milik Arra di atas kerusi. Dia melabuhkan punggung diatas katil. Bahu Arra digosok perlahan. "Anak ibu kan kuat. Ibu yakin Arra mampu hadapi semua ujian ini."

Arra melentok kepalanya diatas bahu Puan Anisah. "Tapi Arra tak sekuat yang ibu sangkakan," kata Arra perlahan. Air mata yang mula menitis segera disapu dengan hujung jarinya. "Arra masih belum bersedia menjadi seorang isteri."

"Ibu yakin semua yang berlaku ada hikmahnya," ujar Puan Anisah cuba menenangkan hati anaknya. "Mungkin jodoh aArra dengan Aril dah tertulis dekat Luht Mahfuz."

Arra menoleh ke arah Puan Anisah. "Tapi ibu...?"

Puan Anisah meletakkan jari telunjuknya pada mulut Arra. Dia tidak ingin Arra meneruskan bicaranya. "Berfikirlah secara positif. Ibu tahu apa yang berlaku hanya salah faham," ujarnya perlahan. Kepala Arra diusapnya. "Arra fikir baik-baik demi masa depan Arra. Ibu yakin anak ibu boleh buat keputusan yang bijak. Arra dah cukup dewasa untuk menilainya yang mana baik dan buruk. Anggaplah ini jodoh yang terbaik buat Arra," kata Puan Anisah lalu menggenggam erat tangan anaknya.

Arra hanya mampu mengeluh perlahan. Terlalu sukar baginya menerima apa yang telah berlaku. Walaupun dia menyukai Aril dalam diam. Namun bukan begini cara dia diambil sebagai isteri. "Arra dengarlah nasihat ibu. Jadilah isteri yang baik buat Aril. Belajarlah menerima kenyataan bahwa Aril kini suami Arra. Hormatilah dia kerana Aril adalah syurga Arra."

"Baik ibu," balas Arra dengan lemah.

"Ibu dan abah adakan kenduri majlis perkahwinan Arra dengan Aril dekat kampung," ujar Puan Anisah memberitahu hasratnya. Dia pasti akan meraikan perkahwinan Arra seperti anak-anaknya yang lain. 

Arra hanya mendiamkan diri mendengar hasrat ibunya. Pelbagai perasaan timbul di dalam hatinya. Fikirannya masih memikirkan perasaan Aril terhadap dirinya.

Daun pintu wad dibuka. Encik Sufian tersenyum memandang ke arah mereka. "Dah siap kemas. Jom abah hantar Arra," ujar Encik Sufian lalu mengambil beg pakaian milik Arra. 

Arra dan Puan Anisah bangkit dari tempat duduknya. Mereka meninggalkan kawasan hospital.


"HONEYMOON?"

Perkataan ini mula mengganggu fikirannya. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya ingin pergi bercuti berduaan dengan Arra. Baginya penerimaan Arra tentang perkahwinan mereka lebih penting. Dia menyandarkan badannya pada kerusi. 

Aril memusikan telefon bimbitnya diatas meja. Tentang siapa Hairi buat Arra turut mengganggu fikirannya. Tanpa membuang masa nombor telefon Ain didail. Tidak tenang hatinya selagi tidak mengetahui perkara sebenar. Dia bimbang jika Arra sudah mempunyai teman lelaki.

"Assalamualaikum, pengantin baru nak apa lagi?" kedengaran suara Ain yang ceria dihujung talian mengusik Aril.

"Waalaikumussalam. Ain tahu tak siapa Hairi?"

"Hairi?" soal Ain pelik.

"Ya. Ain cakap semalam, mesti Hairi kecewa bila tau Arra dah kahwin?"

"Owh... pasal tu. Ingat apalah tadi."

"Cakap ajelah. Hairi tu siapa buat Arra?" desak Aril tidak sabar lagi.

"Kawan aje. Kenapa?"

"Betul mereka kawan aje."

"Ya, abang Aril. Hairi tu kawan kita orang aje."

Aril mula menarik nafas lega mendengarnya. "Takpalah kalau macam tu."

"Risaulah tu bimbang isteri tersayang dah ada yang punya," ujar Ain menyakat Aril. "Tapi peliklah. Kenapa Arra cakap bukan-bukan hari tu?"

Aril bangkit dari tempat duduknya. "Arra cakap apa?"

"Tiga hari lepas sebelum abang Aril cakap phone Arra rosak," ujar Ain mula bercerita. "Ain ada call Arra. Tapi dia cakap pasal Hairi?"

"Cakap pasal apa?"

"Dia ingat Hairi yang call dia. Lebih kurang macam tu lah. Minta Hairi amik dia kat rumah abang Aril lah. Padahal Hairi tak tau pun dia kerja kat mana?" jelas Ain lagi. "Lepas tu siap nak pergi tengok wayang bagai. Semua tu tipulah. Arra bukan suka pun dekat mamat poyo perasan handsome tu," ujar Ain dengan nada geram.

"Really. Tapi cara Ain cakap macam frust aje," kata Aril mula perasan nada suara Ain berubah apabila berbicara mengenai Hairi.

"Betul. Hairi aje yang suka Arra. Ain berani potong jarilah yang Arra sikit pun tak sukakan Hairi tu. Menyampah adalah."

"Ain pulak macam mana?" soal Aril sambil tersengih. Aril berjalan mundar mandir di dalam ruangan pejabatnya. 

Ain diam.

Aril ketawa. "Kantoi."

"Hurmm... Arra kan cantik. Siapalah nak pandang Ain ni," kata Ain dengan nada sedih.

"Janganlah sedih. Ain pun cantik tau."

"Hurmm... okeylah. Ain ada kerja nak buat ni."

"Kerja apa? Makan or tidur aje kerja Ain kan?"

"Sudah gaharu cendana pula. Sudah tahu bertanya pula," balas Ain sambil ketawa dihujung talian. Aril hanya mampu menggelengkan kepalanya. "Ain doakan abang Aril dan Arra bahagia selalu. Jangan risau soal hati Arra semestinya milik abang Aril tau."

Aril terkejut mendengarnya. Jantungnya tiba-tiba berdebar. Dia sendiri masih ragu-ragu dengan kata hatinya. Pelbagai perasaan timbul apabila memikirkan Arra. "Maksud Ain?"

"Ain tahu Arra pun sukakan abang Aril dalam diam. Arra selalu text dan call Ain time dia gaduh dengan abang Aril tau."

Aril duduk diatas sofa. "Arra selalu cakap apa dekat Ain?"

"Macam-macam. Ada suka ada sedih. Ain ingat satu aje dia sedih sangat kalau abang berbaik semula dengan Mel. Tapi dia happy giler mengaku sebagai isteri abang Aril masa jumpa Mel dekat Mesra Mall," kata Ain dengan ceria sambil membayangi wajah Arra ketika berbicara dengannya.

Aril tersenyum mendengarnya. "Betul ke?" soal Aril seolah-olah tidak percaya dengan apa yang telah didengarinya.

"Ain hanya cakap apa yang betul aje. Kalau dulu menjadi rahsia antara Ain dan Arra. Tapi sekarang tak lagi bila abang Aril dah jadi suami dia. So Ain harap abang Aril jadilah suami yang terbaik buat sahabat saya. Jangan sesekali sia-siakan perkahwinan ni. Walaupun perkahwinan ini tak seperti yang dirancang seperti pasangan lain," ujar Ain dengan panjang lebar.

"InsyaAllah."

"Janji tau jangan buat my best friends nangis lagi. If Ain tau Arra sedih siap abang Aril ain kerjakan. Ain  cincang abang Aril lumat-lumat tau."

"Amboi sayang betul Ain dekat Arra kan?"

"Messtilah. Arra satu-satunya best friend yang Ain ada tau."

"Okey. Thanks Ain. Assalamualaikum."

"Welcome. Waalaikumussalam."

Talian telefon dimatikan. Senyuman mula terukir diwajah Aril. Kini dia tahu hati Arra hanya miliknya. Dia melihat jam pada pergelangan tanggannya. Jam sudah menunjukkan pukul 4.00 petang. Tanpa berlengah dia segera mencapai kunci kereta. Dia bergegas pulang ingin menemui isterinya. Wajah Arra mula terbayang diruang matanya. Perasaan rindu mula menerpa sudah dua hari dia tidur bersendirian tanpa Arra disisinya. Kini dia yakin takdir telah mempertemukan jodoh yang tepat buat dirinya.

Previous: Bab 19
Next: Bab 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Andayu