Cerpen : Cintaku pada
Nur Muhammad
Oleh : Isha Idiaz
*****
“ANTARA banyak-banyak
benda dalam dunia ni, apa yang kau tak nak buat?” Ilia bertanya soalan yang
entah bila terlintas di otaknya itu kepada sahabat baiknya Zarina. Bertaut
kening Zarina mendengar pertanyaan Ilia tadi.
Otaknya
juga ligat memikirkan apa yang dia tidak mahu lakukan di dunia ini. Setelah
berfikir beberapa ketika, akhirnya Zarina bersuara.
“Aku tak nak kahwin.”
Ringkas
namun padat jawapannya. Terlopong mulut Ilia apabila mendengar jawapan Zarina tadi.
Bukan Zarina tidak tahu hukum. Malah, boleh dikatakan, Zarina lebih arif
bab-bab hukum ini.
‘Pintu
hati Zarina masih belum terbuka agaknya,’ bisiknya dalam hati.
******
PAGI Isnin
itu, pihak sekolah menerima lagi dua orang guru pelatih yang baru sahaja
menamatkan pelajaran di Ma’ahad Tahfiz. Seperti biasa, jika ada guru baru yang
masuk ke sekolah itu, maka mereka akan diperkenalkan sewaktu perhimpunan.
“Assalammualaikum semua,” ujar Ustaz
Shahir selaku guru besar Sekolah Agama Bandar. Salamnya disambut oleh para
pelajar. Setelah dewan kembali sunyi, Ustaz Shahir memulakan ucapannya pada
pagi itu.
“Alhamdulillah, hari ini kita
menerima dua orang lagi guru baru,” ujarnya membuka bicara. Kedua-dua guru
pelatih itu dipandang dengan senyuman. Para pelajar sudah berbisik-bisik sesama
mereka. Tidak ketinggalan Zarina dan Ilia.
“Siapa?” bisik Zarina kepada Ilia di
sebelah. Ilia sekadar menjungkitkan bahunya.
“Ustaz,
sila perkenalkan diri,” ujar Ustaz Shahir kepada dua orang guru baru tersebut.
Serentak kedua-dua mereka mengangguk dan berdiri menuju ke podium untuk
memperkenalkan diri.
“Assalammualaikum. Nama saya, Zamri
bin Zainuddin,” ujar salah seorang ustaz muda itu. Penampilannya ringkas pagi
itu. Hanya memakai baju melayu bewarna hijau dan juga seluar slack bewarna hitam. Songkoknya terletak
kemas di atas kepala.
“InsyaAllah
saya akan mengajar Munakahat,” tambahnya lagi.
“Munakahat
je?” Tak mencabar langsung ustaz ni,”
ujar Zarina seraya mencebikkan bibirnya.
“Aku
ingat dia ajar jenayah. Sekali tu munakahat je,”
ujar Ilia sedikit kesal. Perwatakan ustaz itu menampakkan dia punya kepakaran
dalam hal yang lebih daripada Munakahat.
Ustaz
Zamri yang mendengar kata-kata daripada Zarina dan Ilia yang duduk di barisan
hadapan hanya tersenyum manis memandang mereka. Zarina pula segera memalingkan
wajahnya ke arah lain.
******
NAFAS
yang terasa berat dihela sebelum kakinya melangkah masuk ke kelas itu. Hari ini
hari pertamanya mengajar dan memegang status sebagai seorang guru atau lebih
tepat lagi ustaz. Sedikit sebanyak, Ustaz Zamri agak risau dengan penerimaan
pelajarnya terhadap cara pengajarannya nanti. Dikuatkan hatinya melangkah masuk
di kelas itu.
“Assalammualaikum,” ujarnya
sekaligus menuju ke meja guru di hadapan kelas tersebut. Sebuah senyuman diukir
di bibir nipis miliknya.
“Waalaikummussalam ustaz,” jawab
pelajar di kelas itu serentak sambil berdiri. Setelah itu mereka semua duduk di
tempat masing-masing.
Kapur yang terdapat di papan hitam
itu dicapai dengan tangan kirinya lalu Ustaz Zamri menulis sesuatu dengan
tulisan jawi di papan yang masih bersih itu.
“Zamri bin Zainuddin.” Zarina
membaca perlahan.
Ustaz Zamri menoleh apabila
mendengar namanya disebut oleh Zarina. “Itu nama saya,” ujarnya seraya
tersenyum.
‘Isy, tak habis-habis dengan senyum
dia,’ getus Zarina dalam hati. Zarina menayang muka tiada perasaannya. Ustaz
muda itu tersenyum lagi. Entah kenapa dirasakan pelajarnya ini betul-betul
menarik minatnya sejak dia menjejakkan kaki ke sekolah ini sejak pagi tadi
sebelum perhimpunan.
“Munakahat. Apa yang anda tahu
tentang munakahat?” Ustaz muda itu mula menyoal.
Memandangkan subjek ini adalah
subjek yang paling dibenci oleh Zarina, maka dia sedikit pun tidak ambil pusing
kata-kata ustaz itu. Dia sedang sibuk melakar gambar seseorang di buku tulisnya
waktu itu. Pelajar yang lain hanya menikus.
“Yang saya tahu, munakahat ni pasal
kahwin ustaz,” jawab Nazmi yang duduk di barisan hadapan sebelah kanan.
“Kahwin je?” soal Ustaz Zamri inginkan kepastian.
“Dah tu? Nak pasal apa lagi?”
Akhirnya, ayat itu keluar juga daripada mulut Zarina. Dia mendengus perlahan.
Banyak tanya pula ustaz ni. Ajar jelah.
Nak tanya-tanya pula.
Ustaz Zamri tersenyum lagi.
Pelajarnya seorang ini memang berani. Dia menghela nafas.
“Munakahat bukan setakat
membicarakan soal kahwin tetapi kita menyentuh semua perkara tentang pernikahan
termasuklah hukum mendirikan rumah tangga, hikmah mendirikan rumah tangga
hinggalah ke tanggungjawab suami dan isteri,” terang Ustaz Zamri panjang lebar.
Melihat seisi kelas hanya mendiamkan
diri, Ustaz Zamri bertanya lagi.
“Ada sesiapa yang tidak mahu bernikah?”
Zarina yang sedang meneguk air
mineral itu terus tersedak. Segera Zarina menekup mulutnya untuk mengelakkan
air yang diteguk tadi tersembur ke arah Ustaz Zamri yang kebetulan sedang
berdiri di hadapannya.
‘Eheh.
Macam tahu-tahu jeustaz ni aku tak nak
kahwin.’
Ilia
segera menudingkan jari telunjuknya ke arah Zarina yang duduk di sebelah
apabila Ustaz Zamri memandang ke arah mereka. Ustaz Zamri tergelak kecil.
Zarina yang baru perasan perbuatan Ilia tadi pantas membesarkan matanya dan
menarik muka masam.
“Ibnu
Majah ada meriwayatkan, Rasullullah pernah bersabda, nikah itu adalah sunnahku,
maka sesiapa yang benci sunnahku maka sesungguhnya ia bukan dari golonganku,”
ujar Ustaz Zamri. Satu-persatu wajah pelajarnya dipandang.
“Namun perlu kita ingat,
pernikahan harus didasarkan pada agama, ibadah, dan menjalankan sunnah Nabi,
dan bukan didasarkan pada nafsu belaka atau didasarkan tujuan lain yang tidak
sesuai dengan ajaran agama Islam. Di sinilah kita harus memainkan peranan.
Kerana itulah kita diajarkan dengan mata
pelajaran Munakahat ini,” terang Ustaz Zamri panjang lebar.
Semua pelajarnya
menganggukkan kepala tanda faham. Hanya Zarina yang membatukan dirinya saat
itu.
******
“ZARINA,
ayah mahu kamu bernikah hujung tahun ini,” Encik Zafir memulakan bicara.
Zarina terpempam. Gila. Kahwin dalam
usia sekarang ni? Aku baru mencecah usia lima belas tahun.
“Ina masih muda ayah. Baru tingkatan
tiga. Tak logik sungguh ayah nak Ina kahwin dalam usia macam ni,” bantah Zarina
senafas.
“Sebab mudalah ayah nak kamu berkahwin.
Supaya kamu tak buat benda bukan-bukan bila kamu dah semakin tua nanti,” ujar
Encik Zafir tenang.
Ini memang kes kahwin paksa. Ada tak
tempat untuk dia laporkan kes ini? Agak-agak, pihak polis akan terima tak
laporannya nanti? Sampai begitu sekali fikiran Zarina.
“Ina tak nak kahwin,” ujar Zarina
sekaligus mengurungkan dirinya di dalam bilik.
Dia sedih. Kenapa tiba-tiba ayahnya
menyuruhnya berkahwin. Bukannya umurnya sudah lima puluh tahun. Dia baru lima
belas tahun. Hidup pun belum puas lagi. Masak pun tidak tahu. Bagaimana dia
bisa menguruskan rumahtangganya kelak. Buat sekian kalinya, Zarina menangis
lagi.
*****
“BETULKE aku
dengar kau kena paksa kahwin Zarina?” Soal Ilia sebaik sahaja dia melihat
kelibat sahabat baiknya itu melangkah masuk ke kelas.
Zarina
hanya mengangguk lemah. Air matanya merembes keluar lagi. Hatinya walang sejak
berita pernikahannya dikhabarkan oleh ayahnya minggu lepas. Sejak hari itu,
tidur malamnya tidak lena seperti hari-hari sebelumnya.
Lebih
sedih apabila ibunya memberitahu, calon suaminya itu cacat. Penglihatannya
buta, malah suaminya itu pekak serta bisu. Tidak cukup dengan itu, kaki dan
tangannya juga kudung. Tak ke haru namanya tu? Dengan dia yang masih muda,
bagaimana dia mahu mengurus bakal suaminya yang serba kekurangan itu nanti.
“Dia
cacat Lia,” ujar Zarina lemah.
“Hah?”
Melopong mulut Ilia apabila mendengar sebaris ayat itu daripada mulut Zarina
sebentar tadi. Cacat?
*****
“DALAM berumah tangga, kita
akan melalui perjalanan panjang dan sangat melelahkan dengan tujuan untuk
mecapai pantai kebahagiaan yang sakinah dandiredhai Allah,”
ujar Ustaz Zamri sebagai muqaddimah pada pagi itu.
Zarina
menundukkan kepalanya. Dia harus mendengar setiap tutur kata yang keluar
daripada mulut ustaz ini memandangkan dia akan mendirikan rumah tangga tidak
lama lagi. Apa yang dirasakan penting, dicatatnya dalam sebuah buku kecil.
“Maka,
dalam memilih jodoh, kita harus memilih jodoh yang tepat. Allah telah berfirman
dalam surah Ar Rum ayat 21 yang membawa maksud,“Dan diantara tanda - tanda
kekuasaa-Nya ialah dia menciptakan isteri - isteri dari jenismu sendiri supaya
kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya.”
“Ustaz bercerita tentang memilih
jodoh yang tepat sebentar tadi. Jadi saya mahu bertanya, kalau kahwin kerana
terpaksa macam mana ustaz? Kita tak kenal siapa orang tu,” Zarina memberanikan
dirinya untuk bertanya. Ustaz Zamri menganggukkan kepalanya tanda memahami
soalan yang diajukan oleh Zarina tadi.
“Bagus soalan awak tadi tu. Soal
jodoh ni susah ustaz nak jelaskan. Tetapi percayalah, jodoh kita telah
ditetapkan oleh Allah sejak di Luh Mahfuz lagi. Cuma bagaimana cara kita bertemu dengan jodoh kita itulah yang
membezakan kita dengan orang lain. Ada yang langgar bahu je terus boleh jadi
suami isteri. Ada yang bercinta bertahun-tahun tapi akhirnya tidak berkahwin
juga. Jadi soal kahwin paksa ni pada ustaz sendiri, jika itu adalah pilihan orang
tua kita, terimalah seadanya kerana ibu bapa lebih tahu apa yang terbaik buat
kita,” terang Ustaz Zamri panjang lebar.
Jawapan Ustaz Zamri tadi
mengecewakan Zarina. Dia kembali bungkam. Fikirnya dia ada jalan keluar untuk
masalahnya tadi.
Melihat wajah Zarina yang keruh,
pantas sahaja Ustaz Zamri meneruskan kata-katanya.
“Hidup
berumah tangga ni tak semudah yang kita fikirkan. Dalam melayari bahtera rumah
tangga, pertama kita harus pastikan rumah tangga itu harus dibangun atas dasar taqwa, cinta, suka sama suka
dan didukung dengan kedua belah pihak keluarga yang merestui serta mengharapkanredha Ilahi.”
“Kedua, suami istri
harus punya tujuan yang sama.Tanpa punya perasaan sehati, mungkin saja tujuan
tidak akan tercapai. Maka dengan dasar ini, suami istri harus tahu keperibadian
masing-masing dan inilah yang dinamakanta’aruf.Dalam
berumah tangga juga, akhlak adalah perkara penting untuk membangun sesebuah
keluarga. Prinsip akhlak disini adalah
saling menghargai, menghormati, menyayangi, penuh dengan senyum. Sifat ini
dinamakantabassumdan sifat inisangat dianjurkan Rasulullah,”
terang Ustaz Zamri panjang lebar.
Wajah
Zarina diilihat sudah mula tenang. Tangannya juga ligat mencatat setiap butir
bicara yang keluar daripada mulut Ustaz Zamri.
“Sebagai pedoman agar tidak tersesat dalam
perjalanan dan ketika
menemukan kesulitan dan keresahan, bacalah al-Qur’an dan kemudian kembalikan
atau pasrah kepada Allah. Suami
dan isteri harus saling mengingatkan dan ta’awun atau bekerjasama dalam menghadapi
kesulitan hidup. Semua persoalan harus diselesaikan berdua dan selalu pasrah
kepada Allah.”
“Harus diingat,
sebahagia manapun rumahtangga yang dibina, pasti akan ada sedikit keraguan
terhadap pasangan masing-masing. Saat itu, kita harus menasihati pasangan kita
dan mengingatkan mereka tentang tanggungjawab mereka. Suami pula harus
menjalankan tanggungjawabnya dengan berkesan agar keluarganya dapat hidup
dengan aman.”
Zarina melepaskan
sebuah keluhan kecil. Jika bakal suaminya itu sudah cacat, maka dialah yang akan
menjadi ketua keluarga kelak. Berat sungguh tanggungjawabnya dalam usia muda
begini.
“Yang terakhir, harus
diingat, suami dan isteri harus dapat bekerja sama untuk melindungi perjalanan
yang panjang, seorang suami tahu keperluan isteri dan begitu sebaliknya istri
tahu keperluan suami. Dengan demikian, akan terbangun sikap saling menghargai
dan toleransi dalam berumah tangga. Sifat ini dinamakantasamuh,” ujar Ustaz Zamri tenang.
*****
Sepuluh bulan
kemudian…
UPACARA akad
nikah akan berlangsung sebentar lagi. Dada Zarina terasa sempit. Ini kali
pertama dia akan bertemu dan bertentang mata dengan bakal suaminya yang cacat.
Majlis yang diadakan cukup sederhana atas permintaan pihak lelaki. Setelah
pengantin lelaki bersedia, upacara akad nikah dimulakan.
“Aku nikahkan engkau Zamri Bin
Zainuddin dengan Zarina binti Zafir dengan mas kahwinnya sebuah Al-Quran,” ujar
Tok Kadi bersaksi walikan ayah kedua-dua mempelai.
Waktu itu, Zarina sudah pelik.
Bagaimana bakal suaminya mahu mengucapkan lafaz akad nikah itu sedangkan bakal
suaminya bisu. Bahkan jika mahu bernikah, pasti Tok Kadi akan berjabat tangan
dengan pengantin lelaki. Namun tangan bakal suaminya dikatakan kodong. Belum
habis dia memikirkan perkara itu, suara seseorang menampar gegendang telinganya
mengucapkan lafaz qabul.
“Aku terima nikahnya Zarina binti
Zafir dengan mas kahwinnya sebuah Al-Quran,” ujar Ustaz Zamri dengan sekali
nafas.
Mungkin telinganya silap dengar.
Masakan bakal suaminya yang bisu tiba-tiba boleh berbicara. Tetapi nama bakal
suaminya tadi, eh silap, nama suaminya tadi macam pernah di dengar. Zamri Bin
Zainuddin. Di mana dia pernah mendengar nama itu?
Zarina kaku di tempatnya. Dia kini sudah sah bergelar seorang isteri.
Walaupun dia sedih kerana suaminya cacat, namun kini dia redha. Teringat
pesanan Ustaz Zamri sewaktu di kelas, redha amat penting dalam berumahtangga.
Entah kenapa saat ini hanya wajah Ustaz Zamri bermain di mindanya. Mungkin
kerana dia sangat terhutang budi dengan ustaz muda itu kerana sedikit sebanyak
telah membuka hatinya untuk menerima suaminya itu.
Ustaz Zamri merapati ke arah Zarina. Bahu gadis itu dipegang erat.
Sebuah kucupan singgah di ubun-ubun Zarina. Zarina terkedu. Di hadapannya kini,
suaminya dilihat sempurna. Punya tangan, punya kaki. Namun Zarina masih tidak
berani mengangkat wajah untuk memandang suaminya.
Ustaz Zamri mendekatkan bibirnya ke telinga Zarina. “Terima kasih
kerana sudi menerima abang dalam hidup Zarina. Terima kasih juga kerana sudi
menyempurnakan cinta abang kepada junjungan besar kita kerana melakukan salah
satu daripada sunnahnya.”
Zarina terkedu saat kata-kata itu menampar gegendang telinganya.
Perlahan dia mengangkat wajahya. Sebaik sahaja melihat wajah suaminya, Zarina
menitiskan air mata. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik
untuk hambanya. Di hadapannya kini, seorang insan yang cukup sempurna. Orang
yang boleh membimbingnya di dunia dan akhirat.
“Cintaku pada Nur Muhammad membawa cintaku kepadamu,” ujar Zarina juga
dalam nada berbisik.
Walaupun pada mulanya Zarina menolak untuk mendirikan rumah tangga
namun kerana cinta Zarina kepada junjungan besar Nabi Muhammad dan sunnahnya,
akhirnya hati Zarina terbuka untuk menerima suaminya kini. Semuanya kerana
hadith yang dibacakan oleh Ustaz Zamri sewaktu kali pertama mengajar di
kelasnya.
" Nikah itu adalah sunnahku,
maka sesiapa yang benci sunnahku maka sesungguhnya ia bukan dari golonganku
". ( Riwayat Ibnu Majah )
*****
“KENAPA abang pilih Ina?” Ustaz Zamri
tersenyum mendengar pertanyaan itu daripada isterinya.
“Sebab suatu masa dulu juga abang macam Ina juga. Tak nak
bernikah. Bila abang dapat tahu Ina juga tidak mahu bernikah, sejak itu abang
terus memasang niat untuk memperisterikan Ina,” ujar Ustaz Zamri tenang.
Sebelum sempat Zarina bertanya di mana Ustaz Zamri
mendapat tahu dia tidak mahu mendirikan rumah tangga, Ustaz Zamri sudah
menyambung bicaranya. “Abang dengar masa Ina beritahu Ilia hari tu.”
Mata Zarina terbuntang mendengar kenyataan Ustaz Zamri
itu. Ustaz Zamri terus tertawa melihat reaksi Zarina ketika itu.
“Tapi kenapa pilih Ina? Ina tak pandai masak tau abang.
Lagi satu, Ina muda dua puluh tahun daripada abang,” ujar Zarina beria-ia ingin
tahu.
“Apa yang nak dipersoalkan tentang umur Ina. Sedangkan
Rasullullah hanya berusia dua puluh lima tahun sewaktu bernikah dengan Siti
Khadijah yang ketika itu empat puluh tahun umurnya. Apa salahnya kalau Ina
lebih muda daripada abang,” ujar Ustaz Zamri perlahan.
Kata-kata Ustaz Zamri tadi ada benarnya. Jika Rasullullah
boleh hidup bahagia dengan Siti Khadijah yang lebih tua daripadanya, masakan
dia tidak boleh hidup bahagia dengan Ustaz Zamri yang lebih tua daripadanya.
Zarina tersenyum sendiri. Dia bahagia kini di samping Ustaz Zamri, suami
merangkap gurunya.
*****
Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz