Bab 2
"GILA...Sedap doh. Hilang
terus perasaan aku kat mamat tu," keterujaan Fiqah merasai nasi arab yang dimasak
Tasya langsung tak dipedulikan. Kedua-dua teman setianya itu sedang enak menikmati
kambing lembut diperap bersama rempah ratus terpilih, yang dipanggang cantik di
atas kuali ajaib milik tuan rumah juga.
"Wei kau orang,
dengar tak ni?" Fiqah cuba lagi mengganggu dua temannya itu.
"Apa?"
Soal Tasha dengan wajah rakus.
"Ni... Sedap
gila nasi arab kau ni. Asal kau tak pernah nak masak sebelum ni? Yang kau selalu
buat asam pedas ayam je... Macam tak ada lauk lain."
Aku dah masak pun
cukup baik, dari kau tu asyik mencekik. Ni nak mengomel suruh masak itu ini. Tasya
cakap dalam hati.
"Haruslah
sedap, tengok tumitlah," Tasya buat muka bangga tahap dapat piala sukan sea.
"Ni bukan
harus dah ni. Dah jatuh wajib sedapnya ni," ucap Fiqah beriya-iya. Tangan sempat
lagi mencedok nasi di periuk. Nasi putih dan sedikit kuning itu sungguh sedap ditekak
Fiqah. Mana tidak sedapnya, kuningnya pun guna zaffron bukan pakai pewarna. Beras
basmathi Faiza pula tu digunanya.
"Haisy kau
ni. Kalau sedap pun tak payah lah sebut harus wajib bagai. Tukan hukum-hukum dalam
Islam. Tak baik tahu," tiba-tiba Airis bersuara. Pelik benar rasanya bila mendengar
ayat yang begitu.
"La... Kita
orang bukan nak sendakan agama pun. Tukan sekadar perkataan. Lainlah aku bersumpah.
Ha... Yang tu ya tak boleh." Lancar mulut Fiqah menjawab.
Nasib baik aku
ingat apa yang Ustaz Badli Shah beritahu dalam cinta ilmu hari tu. Tak boleh senang-senang
main sumpah. Nabi tak suka. Bisik Fiqah sendirian.
"Mm... Yalah.
Sorry. Aku cuma takut kalau kita tersalah cakap. Tu je," Airis teguk air oren
Twisteryang dibelinya tadi. Dah makan
benda panas, kena turunkan sikit dengan air oren. Kalau tidak, pakai tak boleh tidurlah
jawabnya.
"Kau dah okay
ke ni?" Soal Airis lagi. Hairan pula melihat Fiqah yang meroyan siang
tadi ditinggalkan kekasih tiba-tiba sekarang ni macam tak ada apa yang berlaku.
"Aku okay,
bolehlah. Kau tak payah risau." Acuh tak acuh sahaja Fiqah memberi
jawapan, maklumlah dalam mulut dah penuh dengan kambing. Sekejap lagi mengembek
la tu.
"Kau
orang baru aku tahu. Kita ni orang perempuan, kalau sakit hati ke, sedih ke,
makan banyak-banyak boleh lega doh," sambung Fiqah lagi yang tak
habis-habis lagi dok mengunyah.
"Aku lama
tahu dah. Memang aku standby tepi roti lebah sebelah lappy.Tension sikit
aku 'ngap' sebiji. Geram sikit ambil sebiji lagi." Airis membuka rahsia.
Patutlah Fiqah selalu nampak Airis mengunyah roti je, rupanya ada udang balik
spagetti.
"Patutlah
pipi macam pau," Tasya sengaja usik Airis. Airis pantang diusik mesti buat
muka kelat tahap pisang abu muda.
"Biarlah
pipi aku kot. Dengkilah tu," Airis buat memet muka yang dijangka. Tasya
langsung tak peduli.
"Jadi apa
planyang gempak sangat tu?" Entah berapa kali Fiqah makan bersulam
air.
Budak ni,
kalau buncit baru tahu langit tinggi rendah. Sempat lagi Tasya mengerling ke
perut Fiqah yang agak kempis itu. Kempis betul ke kempis cover.
"Kalau ya
pun, biarlah makanan ni turun dulu. Esokkan cuti. Kita banyak lagi masa kot.
Aku ingat untuk naikkan mood yang
baru ni, apa kata kita kemas satu rumah. Nak?"
"Nak...
Nak... Dah lama kita tak kemas rumahkan. Aku jenis percaya, kalau kita ubah
kedudukan perabot, pastikan rumah kemas, rezeki senang masuk. Aura positif pun
akan selalu kelilingi kita," dengan mata sengaja dikecil-kecilkan dan
senyuman sampai ke telinga lebarnya, Airis memberi tahu tentang kepercayaannya
yang satu itu.
"Mm... Ya
tak ya juga tu. Aku pernah juga baca dalam internet.Lepas makan ni,
kita jalankan misi. Okay?" Tanya Tasha.
"Cun...
Aku setuju. Lepas mengketedarah ni, kita siap siaga," jawab Fiqah
bersemangat.
Yalah tu,
mula-mula semangat bagai nak rak. Lastnya,aku juga yang kena habiskan
semua kerja separuh jalan kau orang. Gerutu Airis dalam hati. Tapi nak tak nak
dia memang kena setuju, daripada dia kena melakukan seorang lebih baik buat sekarang.
Habis makan,
Fiqah dengan rajinnya mengemas semua yang ada di dapur dan di meja makan. Airis
siap-siap air untuk mop. Tasya dah keluarkan vacum,dalam banyak-banyak
barang rumah itu sahaja yang dibeli mereka sendiri. Selebihnya hak milik tuan
rumah. Sewaktu menyewa mereka hanya perlu cuci kaki sahaja. Semua sudah
tersedia. Mujur juga tuan rumah, kawan baik ayah Airis, jadi sewa pun tak perlu
deposit,tinggal bayar sewa bulanan je. Untung kalau jadi tiga dara
pingitan macam dia orang ni.
"Sebelum
tidur nanti, kita bincang," Tasya bersuara kuat. Lagu dari handphone
Honor 4x Airis berdendang rasa mahu
pecah gegendang telinga. Mana tidak kuatnya, Airis sambung pada JBL speaker
yang baru sahaja dimenanginya hasil contest yang selalu dia masuk. Airis memang
kaki contest, asal ada peluang dia akan sertai. Dua orang lagi tu, cuma tahu
cakap," tak adanya menang, entah-entah yang menang tu semua, pemenang
terancang," kuat betul sangkaan negatif dia orang. Bila Airis dah buktikan
yang kalau kita berusaha lebih, pasti ada hasilnya, barulah melopong mulut
memasing.
Di saat luka kau tak ada
Di saat duka kau tak setia
Cinta seharusnya tak begitu...
Fiqah berjalan
laju ke arah speaker lalu
merendahkan volume.
"La...
Asal?" Soal Airis merujuk kepada lagu yang sangat dia gemari. Siang malam
pagi petang, kalau boleh lagu itu sahaja yang diputar berulang kali.
"Kuat
sangat, aku takut jiran mengamuk pula nanti. Lagi pun nak tengah malam dah
ni," dua-dua melihat jam bulat yang tergantung di dinding. Hampir 11
malam. Langsung tak perasan, ralit membuat kerja.
"Ya tak yalah
kan. Aku ingat kau tak boleh dengar lagu tu," fikir Airis.
"Ish! Tak
adalah. Insya Allah aku tak fikir lagi fasal dia. Aku janji kat kau orang
berdua, aku takkan kembali lagi pada dia." Fiqah hempas nafas panjang.
Mungkin lega agaknya.
"Terima
kasih Tasya, masak untuk aku, untuk kita semua. Kau pun Airis, thanks.Nasib
baik kau orang ada, bagi semangat, kalau tidak..." Mata Fiqah mencerlung.
Di buang pandang ke dinding. Tahan air mata yang bertakung.
"Kau nak
menangis, kau menangis sekarang Fiqah. Lepaskan semuanya. Bila lega, esok lusa
jangan ingat lagi. Mulakan hidup baru," cantas Tasya sambil menyengih
nampak gigi.
"Asal kau
sengih sampai macam tu?" Soal Airis dengan muka menyampah.
"Sebab
aku ada plan..." Suara Tasya separa berbisik. Tasya toleh kiri
kanan, gaya James Bond. Seolah ada orang lain yang mampu mendengar perbualan mereka
di balik dinding.
"Jom!.."
"Opocot
mak kau!" Fiqah terlatah tanpa sengaja. "Kau ni kan... Ee..."
"La
apasal? Aku tak habis cakap lagi kau dah terkejut. Fokus sangat pun,"
Tasya gelak lepas.
"Entahnya
kau ni. Itu pun nak terkejut. Boleh jadi bahan ni. Kikiki." Airis ketawa
nakal. Fikiran dah melayang rancang yang bukan-bukan. Orang melatah memang
senang kena kacau.
"Yalah
aku beriya tengah dengar bisikan ala-ala seram kau tu, tiba-tiba kau terus tinggi
suara. Mahu aku tak terenjat." Fiqah lap tangannya yang masih lembab dek
air basuh pinggan pada baju.
"Apalah...
Kita habiskan kerja dulu, nanti aku beritahu planbaik punya,"
sambung Tasya dengan gelak yang masih berbaki.
SELESAIsemua pekerjaan, mereka bertiga melepak santai di
bilik. Fiqah siap bawa mamee dalam cawan dengan air mineral yang dah sejuk mengeras.
Airis siap-siap pakai baju tidur satin warna merah jambu, dah baring pun atas
katil. Sedap menyandar sambil peluk bantal kartun stitch kesayangan. Tasya
belum muncul keluar dari bilik. Katanya nak mandi, tapi ini dah masuk satu jam,
mengalahkan orang buat sauna lagi dah.
"Apa jugalah
idea bernas si Tasya ni. Aku pula tak sabar nak dengar," Airis memecah
hening.
"Aku pun.
Ni mandi sikit punya lama." Fiqah toleh arah bilik air.
"Woi!
Hang mandi ka, berkubang? Berjanggut dah ni kita orang tunggu."
"Entahnya
kau ni. Aduh cepat la weh! Kalau tanam serai ni, berbunga dah kot,"
sambung Airis pula. Selesai babak tempik-menempik, Airis rebahkan badan atas
tilam sambil peluk bantal.
"Trylah
tanam, aku nak tengok tumbuh ke tidak," balas Tasya dari dalam.
Aku nak mandi
pun tak senang. Takkan tak tahu yang aku ni baru je beli shower gel blossomkat
Body Shop. Mestilah aku nak rasmikan dulu. Nak cepat-cepat pun nak ke mana.
Esok pun hari minggu. Bebel Tasya sambil tenang disimbahi air yang turun dari
paip shower.
"Haisy
kau ni, agak-agaklah. Pokok serai kalau berbunga maknanya mesti ada batu serai.
Nak ambil kena cepat-cepat kalau tak dia hilang," bisik Fiqah perlahan,
sambil memandang tepat ke arah tubuh Airis terkujur.
"Oo...
Yeke. Bukan ke dekat kampung kita, ada serai yang berbunga. Kau tak perasan ke?"
Fiqah buat muka bingung. Meleret-leret pula cerita Si Airis ni.
"Betul ke
ada?" Soal Fiqah yang sudah mula teruja tahap dewa. Memet muka tak ingat
dunia.
"Tak...
Aku tipu. Tu bunga kantan sebenarnya. Mak aku tanam tepi sungai," jawab
Airis selamba, bikin bengkak hati Fiqah.
"Kau ni
nak buat lawak pun, tak berpada-pada. Gunalah IQ sikit," seloroh Fiqah.
"Apanya
IQ-IQ? Aku punya IQ ni ha... Tinggi melambung-lambung, kejap lagi aku curahkan
kat kau orang." Tasya keluar dari bilik air, rambut basahnya dibiar tidak
berlap.
"Kau ni
Tasya, laplah rambut tu bagi kering. Tak rimas ke?" Soal Airis selamba
yang geli melihat air rambut menitik hingga ke lantai.
"Tahu...
Kejaplah aku pakai baju. Aku bungkus terus jadi sarang tebuan."
TASHAduduk bersila berhadapan Fiqah dan Airis.
Kedua-kedua mereka nampak seakan sudah hilang sabar menunggu planyang
kononnya kebabomlah sangat. Kertas dan pen dipegang Tasya. Masing-masing melihat
sesama sendiri. Sesekali Airis berdecit geram. Fiqah pula asyik menggaru hidung
yang gatal. Sah resdung! Tapi setiap kali dicadangkan cari ubat sinus,
sekerasnya Fiqah menafikan yang dia langsung tak ada keturunan resdung.
"Okay,
standby?"Tanya Tasha yang dah mula buka mulut.
"Semalam
lagi dah kita orang siap sedia, kau tu je yang lembab." Fiqah jawab dengan
muka selamba badak.
"Misi
kita kali ni memang besar dan agak merbahaya kerjanya. Kau orang okayke?"
Tasha tanya satu perkara yang amat sukar diterima akal. Belum sebut lagi apa
perancangannya, tiba-tiba tanya okayke tidak? What the rock is cooking
?Fiqah dan Airis balas pandang sambil jungkit bahu. Airis lagilah siap
geleng kepala, kerut dahi.
Tasha balas
pandang mintak jawapan pada Fiqah dan Airis. "Kita nak buat apa sebenarnya
ni? Kira bulu harimau ke apa?" Soal Airis dalam nada melepas geram.
Tasya ni pun
satu, terus-terangkan senang. Apalah yang payah sangat. Detik Fiqah sendiri
sambil buat muka sepuluh sen.
"Lagi
bahaya dari itu," jelas Tasya dengan muka gaya nak terkam tambah seram.
"Alah...
Aku malas cengginilah. Terus-terangkan senang. Nak berteka-teka buat apa?"
Airis soal lagi. Kali ini dia meniarap pula, bantal diletakkan sebagai alas
dibawah dada.
"Macam
ni... Misi kita cari lelaki idaman." Tasya habiskan cakapnya di situ. Air
laici kotak yeos diteguk laju. Glup! Glup!
Entah berapa
kotak lagi yang ada dalam peti ais. Semua gara-gara Airis yang kaki contest.
Tahun lepas dia menang tiga ribu, tahun ni entah apa lagi nak dimenangnya.
"Tu
je?" Fiqah bersuara lantang. Ikutkan hati mahu je dia ketuk kepala Tasya
yang buat muka dungu tu. Ee... Geramnya. Cakap pun sikit-sikit.
"Belum
lagi. Sabar."
Kali ini, Tasya
mencapai browniespula, lalu disumbat ke dalam mulut. "Kita cari seorang lelaki, nama
dia mestilah bermula sama huruf dengan pangkal nama kita.Then ,kita pikat.
Bila dah terpikat, cukup 9 bulan kita blah r!"
"Kau gila
ke? Dah mengandung 9 bulan, lepas tu kita blah?" Hampir terkeluar biji
mata Airis mendengar cadangan gila Tasya. Fiqah urut dada. Tak habis-habis nak
terkejut. Apa punya pesyen pun tak tahulah.
"Kau
ingat apa. Sabarlah. Aku tak cakap habis lagi," Tasya controlgelak.
Rasa nak dipelangkung sekor-sekor kawannya yang tak reti bersabar. Dia bukan
gila tahap itu, nak serah body.
"Memandangkan
kita bertiga pernah putus cinta sampai separuh mereng. Kali ini kita buat dia
orang pula separuh mereng kat kita," cadang Tasya dengan penuh yakin.
"Fuh..."
Airis menghempas keluhan panjang. Sah! Perempuan depan dia ni sudah disampuk.
"Kau
betul-betul ke ni Tasha? Aku macam ngerilah," Fiqah membuat muka serba tak
kena. Lantas liur ditelan hingga berbunyi.
"Kitakan teman
sejati. Selama ini ku mencari-cari teman yang sejati... Ha... Masa nilah
tunjukkan kesejatiannya. Kali ni je. Please. Lepas ni aku takkan ajak lagi buat
kerja-kerja tak senonoh macam ni," rayu Tasya tak fasal-fasal.
Tasya ni pun,
macam kemaruk sangat nak balas dendam. Kalau tak dituruti boleh putus kawan ni.
Airis mengembungkan pipi ala-ala ikan buntal. Tak lain tak bukan, dia tengah
kusut. Hanya kekusutan sahaja bisa buat Airis bertukar spesis.
Fiqah pula dah
berdiri. Ke hulu ke hilir macam cacing kepanasan. Sekejap-sekejap pegang kepala.
Aku boleh jadi biul kalau ikut cakap Si Tasya ni. Aduh... Susah betullah. Fiqah
cakap sendiri, nak luah nanti ada pula yang makan hati.
"Sudahlah.
Aku bagi dah cukup mesra alam tahap dewa-dewi. Kau orang tak nak ikut. Lepas
ni, jangan cerita lagi masalah cinta kau orang tu kat aku," Tasya dah buat
muka minta pujuk.
Fiqah pandang
Airis. Airis lawan pandang dengan Fiqah. Lepas itu, dua-dua tenung Tasya.
Bingung. Hilang dah kata-kata nak lawan cakap dengan dia. Nanti lain diluah,
lain yang difahamkan.
"Mm...
Bagi kita orang, satu malam untuk fikir. Kita tak boleh main sebat je. Silap
hari bulan boleh ke dalam kita," Fiqah beri pendapat. Tasya garu kepala
cuba hadam kata-kata tersirat Fiqah.
"Kau
faham tak apa Fiqah ni cakap?" Soal Tasya pada Airis yang masih belum
sedarkan diri kembali menjadi manusia
normal.
"Mm..."
Kelihatan Airis tetap kekal dengan pipi kembungnya. Kepala digeleng laju-laju
tanda tidak faham. Atau mungkin otak dah jadi tepu selepas mendengar cadangan
tak betul Tasya.
"Maksud
aku, kalaulah kan salah seorang dari lelaki yang kita tinggalkan tu buat report,
macam mana? Tak ke kita boleh masuk penjara?" Bersungguh benar muka
Fiqah. Dengan harapan Tasya membatalkan sahaja rancangan tidak sihatnya itu.
"Apa hal
pula nak masuk penjara. Kita bukan tipu duit dia orang. Bunuh? Lagi lah tak.
Tapi bunuh lain adalah," Tasya buat memet muka jahat.
"Bunuh
apa?" Soal Airis terkejut dengan mata membutang.
"Kita
bunuh hati dan perasaan dia orang," Tasha gelak jahat. Bergema satu bilik.
"Kau
nikan. Ee... Dah lah jom tidur. Esok kita orang bagi kata muktamad. Nak join
ke tidak MLM kau ni," ajak Airis sambil buat-buat menguap dengan mulut
terbuka luas.
"MLM?"
Tanya Fiqah lurus.
"Multi
Level Marketing,takkan itu pun tak tahu, payah eh, lagu ni," Airis
tepuk dahi terus lompat atas katil.
"Yalah.
Akukan tak pandai. Buta tuli. Buta huruf. Segalanyalah aku tak pandai,"
Fiqah sudah mula merepek.
"Dahlah
tu Fiqah, dari meracau tak tentu hala baik tidur. Esok aku nak tahu jawapan kau
orang," Tasya mencelah. Dia juga turut lompat atas katil. Sudahlah tilam
spring, nasib baiklah tak melantun Airis dibuatnya.
Masing-masing
sudah pun merebahkan diri ke tilam empuk mereka. Penghawa dingin dipasang kuat.
Comforterditarik menyelimuti paras dada.
"Kau
orang..." Panggil Airis.
"Apa?"
Jawapan diterima serentak.
"Senang
ke nak jumpa nama lelaki yang sama pangkal dengan nama kita?" Soal Airis.
"Esok
kita bincang. Apa yang aku nak esok jawapan ya atau pun tidak," jelas
Tasya terus terang.
"Tapi aku
nak lelaki yang bekerjaya, wajah sedap mata memandang, tak tinggal solat, baik
hati, setia..."
"Itu dah
macam nak cari calon suami. Dah... Dah... Tidur." Belum sempat Fiqah
menghabiskan cakapnya, Tasha sudah memotong.