DOA SEORANG KEKASIH
HAMPIR sebulan hubungan cinta Nia dan
Nasrun terputus.Nia masih ingat lagi kata-kata Nasrun.
"Nia,hampir 3 bulan saya dipondok ini,begitu banyak
sekali perkara yang saya belajar.”
Ketika itu jam menunjukkan pukul 12.05 tengah malam.Bagi
Nasrun dia perlu beterus-terang pada Nia,tentang hubungan yang tidak sepatutnya
ini.
”Nia,disini saya
ada belajar sesuatu tentang cinta.Cinta manusia.Apa yang kita lakukan selama
ini,sebenarnya salah.Cinta kita pasti tidak direstuiNya. Terlalu banyak masa
yang kita habiskan untuk bermesej,walaupun mesej-mesj kita diselitkan dengan
kata-kata nasihat. Walaupun kita hanya berjumpa tidak lebih tiga kali dan
ditemani mahram,namun kita hanya manusia biasa Nia. Saya takut sesuatu yang
tidak sepatutnya belaku antara kita.”
Nia membisu.
”Nia,saya faham
perasaan awak,kerana saya juga merasainya. Saya akan sambung pengajian saya ke
Jordan.Ketika itu saya tidak tahu berapa lama saya akan di sana.Dan saya juga
tidak tahu kebarangkalian yang akan berlaku terhadap saya. Nia,cakaplah
sesuatu.”
”Apa lagi yang boleh Nia katakan?”dengan nada
tertahan-tahan. Nasrun faham Nia seorang yang amat sensitif dan mudah
mengeluarkan air mata.
”Sekarang ini saya
ada minta pandangan ustaz di sini.Saya telah menceritakan tentang hubungan
kita.Dan minta pendapatnya.Dan dia mengatakan hanya ada dua jalan untuk
kita.Sama ada putus atau pun kita nikah,”Nasrun diam tanda meminta penjelasan
Nia.
”Awak saya terima semua keputusan awak kecuali awak jangan
tinggalkan saya,”Nia benar-benar menangis.Dia tidak mampu lagi menahan air
matanya yang sudah lama bertakung.
Nasrun menarik
nafas panjang. ”Saya tak boleh berjanji,saya sayangkan awak, tetapi sayang saya
ini tidak menjamin bahawa kebahgiaan milik kita.Nia,saya nak awak solat 2
rakaat,mintalah petunjuk dariNya dan mintalah Dia menenangkan hati awak.Saya
rasa terlalu panjang kita berbual,cukuplah sampai di sini saja.Hari pun sudah
jauh malam.”
Nia masih tersedu di hujung telefon.Seraya Nia cuba
mencekalkan hatinya agar tidak terlalu sedih. ”Baiklah awak,awak jaga diri,jaga
pandangan dan semoga awak berjaya mempelajari ilmu yang baik di
sana.Assalammualaikum”.
”Waalaikummussalam.Baiklah,awak pun sama.Jaga
pemakaian,jaga juga kesihatan,jangan terlalu mengikut nafsu makan,awak bukannya
berapa sihat.Jangan banyak berjalan keluar,lagi banyak berjalan,lagi banyak
penyakit yang datang kerana awak seorang perempuan.” Lantas panggilan
dimatikan.
Nia begitu sebak.Dia begitu yakin bahawa hubungan ini
pasti akan putus seperti mana yang pernah dilaluinya dulu.
Nia terus ke kamar mandi,lalu membasahi kan dirinya dengan
wudhuk.Lalu menunaikan Solat Sunat Hajat.Di akhir solatnya,dia memanjatkan doa.
“Ya Allah,kini aku begitu tertekan,sehingga tidak mampu melakukan apa-apa.Ya
Rabbi,tenangkan lah hatiku.Berikan lah aku petunjukMu.Aku begitu
menyayanginya.ya Allah suburkan lah jua cintaku padaMu ke jiwaku.Aku tidak mahu
menyayanginya lebih daripada mencintaiMu.Aku begitu malu,malu kerana sibuk
mendapatkan cintanya dan hampir melupakanMu.Padahalnya aku banyak waktu untuk
bersamamu.Ya Allah ampunkan lah aku.Ya Allah aku minta andai hubungan kami ini
bukan lah yang sepatutnya,Kau berikan lah jalan pada kami.Agar kami tidak sesat
ke lautan cinta ini ya Allah.Aku bermohon denganMu ya Allah,kabulkanlah doaku
ini.Amin ya Rabbal a’lamin”.
Nia menyambung dengan membaca kalam-kalam Allah.Dia
membaca surah Al-Mulk dan surah An-Nur.
Hampir 3 bulan Nasrun tidak membalas mesejnya dan
menghubunginya.
Pada suatu hari,sedang Nia sibuk mengemas kamar tempat dia
beradu,telefon bimbitnya berbunyi lagu Wanita dari De Hearthy.Nia terasa
seperti mimpi,kerana lagu itu di setkan untuk Nasrun,kerana Nasrun pernah
mengirimkan lagu ini kepadanya melalui email.
Apabila sudah masuk kali kedua telefon itu berbunyi barulah
Nia mencapai telefonnya yang diletakkan di atas meja komputer.Lalu ditekan
punat hijau.
”Assalammualaikum,”suara lelaki itu hampir
saja dia tidak kenal kerana agak garang nadanya.
”Waalaikummussalam”,Nia menjawab perlahan. ”Nasrun
bercakap ni.
”Awak sihat?”,suara Nasrun kembali seperti yang dulunya.
Hati Nia menjerit kecil kegembiraan.
”Saya sihat. Awak
sihat?Kenapa baru sekarang ‘call’ saya?Awak pergi mana?”bertalu-talu soalan Nia
terjahkan kepada Nasrun.
”Erm..Saya
sihat.Saya tak ada pergi mana-mana dan masih di pondok ini.Maaf buat awak susah
hati.Saya telefon ni,nak beritahu tentang saya nak ke Jordan.Dan saya harap
awak sabar,dan tak marah pada saya.Rasa ada baiknya,kita putuskan hubungan kita
ini." Nasrun mencuri nafas pendek.
"Mana mungkin saya boleh teruskan hubungan
ini,sedangkan saya sendiri tahu hubungan ini dilarang dalam Islam.Cinta yang
suci adalah selepas nikah.Saya betul-betul minta maaf bukan saya tidak mahu
menikahi awak,tapi awak sendiri tahu saya tak punya pekerjaan.”
”Saya kan boleh
kerja dan bantu awak”,Nia mencelah.Dia sedikit tertekan.
”Awak tak
sihat,awak tak boleh kerja berat.Jika saya bawa awak pergi Jordan pun,saya
takut awak tak boleh biasakan diri awak dengan keadaan dan suasana di sana.Saya
risau.Saya tak mahu berlaku apa-apa pada awak”,Nasrun sedikit tegas.
”Awak langsung tak
bertanya saya,dan awak boleh mengatakan itu dan ini tentang saya.Semua kuasa
Tuhan kan.Kalau saya nak sakit sekalipun,dekat mana-mana saya boleh sakit
meskipun pergi buat selama-selamanya.Awak kejam!"
"Awak muncul tiba-tiba,lepas tu,terus mintak putuskan
hubungan ni.Sebenarnya saya tahu,awak tak suka saya dari dulukan? Maklumlah
saya budak KL. Budak KL mesti awak fikir yang tak baik ajekan.Saya sedar siapa
saya.Ilmu agama saya tidak setinggi awak,”Nia melepaskan geram.
Nasrun menarik nafas.”Astarafirullah hal azim...Kenapa
begitu sekali awak fikir tentang saya? Inilah masalah awak,awak selalu terlalu
merendahkan diri. Dan awak selau fikir perkara yang tak pernah langsung saya
fikirkan mahupun terlintas dihati. Niaalisya,jika kita ada jodoh 10,20 tahun
lagipun pasti akan ditemukan semula. Kita sebagai hambaNya perlu berdoa dan
tawakal.Awak amat baik pada saya.Jika saya perlukan pertolongan,awak tak pernah
mengeluh mahupun menolak permintaan saya.Awak sentiasa bersedia membantu
saya.Jika kita bernikah sekarang pun,dan saya tinggalkan awak di Malaysia ianya
sama sahaja seperti kita tidak berkahwin.Saya tak tahu apa yang awak lakukan di
sini,apa yang awak makan,apa yang awak pakai atau pun ke mana awak
pergi.Semuanya adalah tanggungjawab saya.Nia,awak perlu faham situasi saya
sekarang.Ya saya rasa bersalah kerana buat awak sedih.Saya juga sedih.Kita
hanya perlu berdoa selebihnya kita serahkan pada Allah.”
Panggilan tiba-tiba terputus mungkin nasrun kehabisan
kredit. Air mata tidak tertahan lagi.Berguguran bagai hujan lebat yang ditemani
guruh berdentum.Nia cuba melawan pergolakan perasaannya,namun semakin ditahan
semakin lebat dan mencurah-curah membasahi pipi.
Kali ini di benar-benar tersungkur dek cinta.Apakah ini
cinta?Bercintakah kita selama ini?Berjumpa pun hanya tiga kali,itupun bersama
teman,tidak pernah berdua seperti yang lainnya.Hampir setahun hubungan cinta
yang terjalin,namun hubungan cinta mereka tidak seperti hubungan cinta remaja
seuisa mereka.Apa yang amat menyakitkan bagi Nia tiada lelaki sebaik Nasrun.
Sebelum ini pernah Nia menjalinkan cinta,tapi hubungan itu
terputus ditengah jalan kerana teman lelaki Nia sebelum ini mengatakan Nia
tidak mahu mengikut katanya supaya saling berpimpin tangan ketika berjalan
berduaan,meminta Nia menyalaminya dan mencium tangannya selepas keluar bersama
dan banyak lagi permintaan bekas teman lelakinya itu,namun tiada satu pun yang
Nia laksanakan.Bagi Nia, cinta seperti itu hanya nafsu serakah semata,baginya
selepas Syam,yang berlandaskan nafsu bercinta dengannya,dia tidak mahu lagi
menjalinkan cinta dengan mana-mana lelaki.
Namun pada tanggal 20 Julai 2007,ketika Nia khusyuk
melayan ‘friendster’,Nia terperasan akaun ‘friendster’ seseorang yang pernah
membuat dia jatuh cinta pada pandangan pertama ketika dia berumur 13
tahun,ketika itu dia bersekolah di salah sebuah sekolah agama di Perak.Hampir
setengah jam dia membeleknya,Nia semakin yakin pemilik akaun itu adalah jejaka
yang pernah digilainya dulu,tambahan lagi akaun itu siap ada foto yang
benar-benar membuktikan pemiliknya adalah Nasrun.Dengan pastas Nia mengklik
kotak ‘send message’ di akaun ‘friendster’ tersebut,
”Assalammualaikum,hai nama saya Nia,yang
pernah satu kelas dengan awak dulu, masa di sekolah maahad kelas 3 Umar
Al-Khattab.Meja tempat duduk saya betul-betul dibelakang awak,harap-harap
awaklah orang yang saya cari.Jika betul awak ‘add’lah saya
[email protected]”,lalu Nia terus mengklik kotak ‘send’ yang tertera. Hati
Nia begitu berbunga-bunga,dia yakin pasti pemilik nya akan membalas ‘message’
tersebut.Masih Nia ingat lagi bagaimana cinta mereka mula berputik.Sejak itu
mereka mula rapat.
Tapi kini hubungan ini hanya lah tinggal kenangan tidak
mungkin akan berulang. Nia sudah mengambil keputusan untuk menyambung
pelajarannya di salah sebuah kolej swasta di ibu kota.Nia tidak mahu lagi
bercinta.Biarlah cinta yang akan datang ini adalah cinta selepas kahwin.Nia
memilih ‘cos’ farmasi setelah berbincang dengan keluarganya.Dia berharap agar
dia boleh melupakan lelaki itu.Dan dia sudah bertekad untuk mendalami ilmu
agama dengan lebih dalam lagi.Terlalu banyak yang dia ketinggalan.Meskipun
pernah bersekolah di maahad dulu,itu hanya lah ‘basic’ sahaja.
Itu pun masih ada yang belum diketahui nya.Nia sering
mengunjungi dan pergi mendengar ceramah-ceramah yang banyak dianjurkan oleh
persatuan tempat tinggalnya.Kadang-kala dia mengikuti kelas fardhu ain dan juga
kelas belajar tajwid,meskipun dia lah yang paling muda mengikuti kelas tersebut
kerana yang hadir adalah hampir sebaya dengan ayah dan ibunya.Setiap hari masa
lapang Nia diisi dengan perkara yang berfaedah.
Walaupun begitu Nia,tidak pernah lupa kepada
penciptaNya.Dia sering melakukan solat sunat Tahajjud,Hajat dan juga
Taubat.Jika siangnya dia akan menunaikan solat sunat Dhuha.Petangnya jika tiada
aktiviti Nia akan membaca Al-Mathurat.Nia ada juga membaca buku-buku
ilmiah.Terbaru dalam bacaan Nia adalah 111 Wasiat Rasulullah SAW Untuk Wanita
Solehah oleh Drs.Kasmuri Selamat.
Panas terik di
luar,membuat Nia betul-betul kehausan bagai cacing kepanasan.Dia membuka peti
ais yang terletak di tepi sudut dapur rumahnya.Matanya melilau mencari sesuatu
yang boleh menghilangkan dahaganya.
Nia masih lagi di situ. ”Adapun..Siapalah yang siap nyorok
lagi air mangga kegemaran aku ni”,hatinya menyanyi kegembiraan,dia yakin ini
pasti milik adiknya yang gemuk itu.Nia masih tidak berubah,mengambil air yang
bukan simpanannya adalah hobinya.
Ketika Nia asyik meneguk air mangga dari botol tanpa
menggunakan cawan mahupun gelas,dia tidak sedar ada sepasang mata yang merenung
tajam ke arahnya.Tidak salah lagi,mata itu kepunyaan si gemuk yang digelarnya.
Nia masih dilambung kesedapan air
mangga,”Glup..Glup”,bunyi yang terhasil adalah bunyi dari anak tekaknya yang
memberi isyarat bahawa air mangga ini perlu dihabiskan.
Sepantas kilat botol yang berisikan cecair dari buah
mangga bertukar tangan.Nampaknya Nia tidak sempat menghabiskan air
tersebut,”Glup..Glup..”,adiknya Tamar yang digelar gemuk itu kerana kegemukkannya
telah merampasnya lalu terus diteguk tanpa mempedulikan jeritan Nia.Nia hampa.
”Ee.. sikit agaklah,senang-senang je tarik,kalau nak
mintak jelah bukan orang tak nak bagipun”,pekik Nia dengan nada geram.
”Banyaklah akak
bagi,ni Tamar yang beli,sesedap hati je die minum”,Tamar membalas tanda tidak
puas hati di atas tuduhan yang dilempar kakaknya.
”Tamar punya ke,
ingatkan akak punya,”Nia membalas dengan senyuman yang membuatkan kesakitan
hati Tamar.
Namun Tamar tidak boleh berbuat apa-apa,kerana baginya Nia
adalah kakaknya,dia perlu menghormati kakaknya.Dia tidak akan memukul atau
memaki kakaknya hanya kerana perkara yang remeh-temeh,lagipun memang selama ini
dia tidak pernah bersikap biadap pada kakak sulungnya itu.
Dia hanya melihat keletah kakaknya,begitulah Nia,dia
dengan muka ‘blur’ tanpa menunjukkan ciri-ciri orang bersalah dengan longlainya
terus menuju ke kamar tidurnya,lalu merebah diri ke katil.Inilah satu-satunya
sikap yang tidak boleh dibuang oleh Nia,iaitu menganggu adiknya.Lebih-lebih
lagi jika Tamar ada membeli sesuatu yang menjadi kesukaannya.Namun hubungan
mereka tidak pernah tercalar dek perangai masing-masing,malahan merapatkan lagi
hubungan mereka.
Tubuhnya masih di pembaringan.Terasa nyaman ditambah angin
sepoi-sepoi bahasa yang masuk melalui jendela.Sekali-sekala bau harum
‘lavender’menusuk ke hidung hasil dari lilin ‘aromatheraphy’ yang dinyalakan
sejak dari tadi,ditambah dengan instrument dari kiroro,bunyian ombak yang
dihasilkan sungguh menakjubkan,bagai kita berada hampir dengan ombak yang
memukul pantai.Serasa bagai di dalam spa melakukan ‘sensory’.Sensory adalah
teknik yang digunakan untuk menenangkan fikiran yang bercelaru,dengan
menggunakan wangian dan diiringi bunyian alam semulajadi yang telah dirakam
lalu dimainkan semula.
Amat tenang sekali.Nia hampir terlelap dalam kemewahan
semulajadi ciptaannya.
Nia bahagia sekarang.Cuma yang merimaskannya adalah
seorang lelaki yang bernama Syadan ini.Sibuk menganggu.Ada sahaja alasan dicari
si lelaki ini untuk bercakap dengan dirinya.Kadang-kadang mahu meminjam
nota,kadang-kadang bertanyakan soal kuliah,macam sudah tidak ada lelaki yang
boleh di buat kaunter pertanyaan.
Paling menyampah adalah bila Nia tanya kenapa asyik tanya
soalan-soalan pada dia,dengan ‘slumber’ lelaki itu menjawab ”Sebab suara awak
begitu lunak dan saya begitu teruja nak mendengarnya setiap hari”.
Nia senyum lalu menjawab”Adalah lebih baik awak
perdengarkan halwa telinga awak dengan ayat-ayat suci Al-Quran,dapat pahala.”
Nia terus berlalu membiarkan Syadan tercengang-cengang di perhentian bas
berhadapan dengan kolejnya.Ikutkan hati ingin saja dia menampar mulut si lelaki
yang dianggapnya durjana itu.Nia tidak tahu mengapa dia begitu benci bercakap
dengan lelaki.Jika dia terserempak dengan mana- mana lelaki pasti dia akan
menudukkan pandangannya.
Sekarang Nia bahagia dengan kehidupan ‘baru’nya.Begitu lah
hari-hari yang menemani Nia,pergi dan balik dari kolej,belajar agama dan masa
lainnya diisi dengan aktiviti keluarga.Dia tidak mahu lagi berpaling ke
belakang,biarlah Allah SWT sahaja yang menentukannya.Meskipun sebaik mana
perancangan kita,Tuhan lebih mengetahui apakah yang terbaik untuk
kita.Sebaik-baik rancangan adalah rancanganNya.Namun begitu Nia sering berdoa
agar di jauhi perkara terlarang ke atasnya dan juga kepada ahi keluarganya.Dan
Nia tidak pernah lupa agar Tuhan memberikannya teman hidup yang baik
agamanya,kerana baik agamanya insyaAllah pasti baik keluhurannya,bila baik
keluhurannya pasti dia boleh memberi sesuatu yang terbaik untuk Nia dan mampu
mendorong Nia kearah kebaikan. ”Semoga segala yang baik-baik adalah
milikku”,cetus hati kecil Nia.
3 TAHUN BERLALU SUDAH
Nia sudah menamatkan pengajiannya.Dan kini dia bekerja di
salah sebuah farmasi berdekatan dengan rumahnya sebagai ‘Pharmacist’.Nia
memilih untuk bekerja berdekatan dengan rumahnya adalah supaya senang untuk dia
berulang dari rumah ke tempat kerja.Satu perkara yang penting ialah ibunya yang
semakin meningkat umur dan sudah pun tidak bekerja,Nia risaukan keselamatan
ibunya.
Ayahnya masih lagi bekerja,maklumlah orang
kerajaan,ayahnya memilih untuk bekerja hingga pencen.Duduk dirumah sahaja
membuatkan ayahnya berasa cepat letih.Nia seorang yang amat berhati-hati.Apa
yang dia risaukan adalah,takut-takut ada perompak yang akan memasuki ke
rumahnya,bukan lah kehilangan harta benda yang utama,paling utama adalah
keselamatan ibunya dan adiknya si Tamar.Walaupun adiknya sudah besar tetapi itu
belum menjamin yang dia mampu tangani sesuatu permasalahan seorang diri.Dalam
hidup Nia,aset paling berharga adalah ibu,ayah dan adiknya.Harta benda boleh
dicari,nyawa insan tersayang tidak boleh ditukar ganti seperti mana perabot
lama yang diganti dengan perabot yang lebih cantik dan baru.
Ibunyalah tempat dia mengadu,bergurau senda dan teman
dikala suka dan duka. Hari ini Nia mengambil cuti,walaupun hari Sabtu dia perlu
juga ke farmasi namun dia sudah awal-awal lagi memohon cuti untuk majlis
perkahwinan sahabat karibnya Farhana.
Pagi-pagi lagi dia sudah sampai ke rumah teman baiknya
itu.Nia memandu sendiri dari Kuala Lmupur ke Ipoh.Dia sudah biasa memandu
sendiri dari menaiki bas kerana baginya memandu sendiri adalah lebih baik
kerana tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkan kenderaan lain untuk ke satu
tempat,jika banyak tempat bagaimana pula?
Contohnya jika dia naik bas ke Ipoh pasti dia perlu
mengambil teksi untuk ke suatu destinasi pilihan.Jika tidak ada teksi ,pasti
dia perlu menelefon temannya untuk mengambilnya dari terminal,sudah pasti akan
menyusahkan.Dan dia tidak suka menyusahkan orang walaupun dengan kawan baik
sendiri dan dia juga tidak suka menunggu kerana baginya penantian adalah satu
seksaan perasaan.
Setiba di rumah temannya,Nia sudah ternampak kemeriahan
yang akan disaksikan besok.Ia jelas terpampang menerusi apa yang dia
lihat.Begitu ramai sanak-saudara yang datang membantu.Mereka nampak begitu
mesra sekali.Ada juga yang Nia kenal di situ,maklumlah nama lagi teman baik.Dan
semasa zaman persekolahan Nia selalu ke rumah Farhana untuk mengulang kaji
pelajaran.Akibat keseringan kedatangannya itu,maka Nia hampir mengenali semua
sanak saudara teman baiknya.Cuma ada segelintir yang tidak dikenali,barangkali
saudara jauh,pepatah melayu kata’ bau-bau bacang.’
Farhana namapak begitu teruja apabila melihat Nia sedang
memankir kereta di ruang yang telah dikhaskan untuk Nia.Seri wajah pengantin di
wajah Farhana begitu jelas sekali. ”Assalammualaikum,sahabat lama”,sengaja Nia
mengatakan begitu,kerana dia begitu rindu dengan perkataan itu.Nia sering
ucapkan begitu pada Farhana jika mereka bercuti sekolah panjang dan tidak dapat
menghabiskan masa bersama.
”Waalaikummussalam,ish kau ni ingat
lagikan,perangai tak berubah-rubah,macam tu juga”,Farhana mempelawa Nia masuk.
Nia melihat keliling warna ‘silver’ dan ‘pink’ pilihan Farhana begitu cocok
sekali.Nia menghulurkan tangan untuk bersalam dengan ibu Farhana. ”Wah,dah
cantik sekarang,Cuma berisi sikit”,spontan saja ibu Farhana melontarkan
kata-kata.
”Shh...sebenarnya
Nia kalau boleh nak lah berisi lagi sikit,nampak gayanya terpaksalah Nia makan
banyak-banyak malam ni hingga ke esok”,Nia berseloroh.
Nia mengucup pipi ibu Farhana sambil berbisik”Bila makcik
nak buatkan,bihun sup untuk Nia ni,rindulah”. ”Nia duduk lah lama sikit kat
sini,boleh makcik buatkan.mereka hampir terlupa bahawa banyak mata memandang ke
arah mereka.
Akhirnya ibu Farhana perasaan ada mata-mata sedang
memerhati mereka. ”Ini dah macam anak perempuan saya yang kedua,dia kawan baik
dengan Farhana ni.Dulu masa sekolah tak nak berengang,dah macam belangkas.Nia
pergi salam dengan dorang tu semua,semua ni bukannya orang lain saudara makcik
juga. Lagipun ada yang sudah kenal kamu”. Nia turuti saja kemahuan yang
dianggap ibu keduanya itu.
Lalu Nia melarikan diri ke kamar peraduan bakal pengantin.Farhana
di situ. ”Hey!Berangan ke?Dah nak kahwin pun masih berangan lagi?”
Farhana tersedar dari lamunan. ”Eh..Taklah aku fikir kawan
aku sorang ni”,sambil tangannya merangkul bahu Nia.
”Kenapa dengan aku?Kau yang nak kahwin aku pula yang kau
fikirkan”,Nia tersenyum. Sebenarnya dia faham apa yang dimaksudkan Farhana,cuma
dia sengaja tidak mahu ambil pusing.
”Maksud aku,bila lah kau nak kahwin?”Farhana
berterus-terang.
”InsyaAllah,ada tu
jodoh aku,mungkin sedang menanti aku,dan aku pun sedang menanti dia”,Nia cuba
menenangkan hati sendiri.
”Kau tunggu dia lagi ke Nia?”Farhana cuba mengorek rahsia.
”Eh..Taklah maksud aku kalau ada jodoh takkan kemana,kau
janganlah fikir sangat fasal aku,kau fikirkan macam mana nak menambat hati
bakal suami kau tu nanti”,balas Nia sambil tersengih-sengih.
DI HARI MAJLIS PERKAHWINAN
Suasana di majlis perkahwinan begitu meriah sekali.Dengan
kedatangan sanak-saudara ditambah pula jiran tetangga dan teman rapat menambah
keceriaan majlis perkahwian Farhana dan Imran jejaka piihannya.Hampir 5 tahun
mereka bercinta akhirnya ke jinjang pelamin juga.Nia yang menjadi pengapit
Farhana memakai pakaian warna sedondon dengan pengantin.Dia melihat saja
sanak-saudara dan teman rapat pengantin menepung tawar kedua mempelai.
Di celah-celah keramaian Nia terpandang seseorang yang
pernah hadir dalam hidupnya suatu ketika dahulu.Difikiran Nia mungkin, pelanduk
dua serupa barangkali lalu dilupakan saja apa yang terlintas
difikirannya.Setelah tamat majlis bersanding,raja sehari itu di bawa ke meja
santapan.Nia mengambil kesempatan untuk berehat sebentar setelah hampir
seharian menjadi pengapit pasangan bahagia itu.
Dalam kesesakan orang ramai Nia telah terlanggar
seseorang,”Ouch..Maafkan saya”.Nia terkesima sebentar apabila terpandang lelaki
yang dilanggarnya itu adalah lelaki yang dianggap pelanduk dua serupa yang
dilihatnya ketika di atas pelamin tadi.
”Asif”,jelas lelaki itu.Nia senyum tanda memahami apa yang
lelaki itu ucapkan.Asif adalah perkataan bahasa arab yang bermaksud maaf.
Lelaki itu bersuara lagi,”Anti ni Nia kan?Niaalisya?”Nia
sedikit terperanjat bagaimana lelaki ini mengetahui namanya.
”Macam mana awak tahu nama saya?”.Di kotak fikiran
Nia,bermain 1001 macam persoalan.Perwatakkan lelaki ini nampak wara’dari segi
luaran dan tutur katanya.Nia sedikit tersentuh dengan perwatakan tersebut.Lalu
Nia tolak jauh-jauh perasaannya itu.
”Ana Nasrun Hadi.Anti tak kenal ana lagi?” Ketika itu,Nia
merasakan jantungnya berdegup kencang.Setelah hampir 4 tahun Nasrun pergi dari
hidupnya baru kini dia muncul kembali.Nia cuba menenangkan perasaannya yang
sedikit kecelaruan.
”Oh Nasrun?Awak sihat?Macam mana study?”Nia cuba berlagak
seperti tiada apa yang berlaku.
”Oh ana sihat,ana sudah pun menamatkan pengajian ana.Ana
datang sini pun setelah di jemput Farhana.Anti juga tahu kan,rumah ana dengan
teman anti itu tidaklah jauh,hanya selang beberapa buah rumah saja.”
”Mm..Ya”.Awak dah kahwin?”Nia tidak tahu bagaimana soalan
seperti itu boleh terpacul keluar dari mulutnya.
Nasrun sambil tersenyum lalu menjawab,”Ana belum kahwin
lagi,tetapi ana sudah punya calon isteri.”Nia tidak dapat menyorokkan riak
wajah kesedihannya.
”Oh!Ya ke?Tahniah semoga awak berdua diijab kabulkan dan
bahagia dunia akhirat”.
Nasrun tersenyum
lagi lalu menjawab,”Tetapi ana takut jikalau dia sudah berpunya,kerana ana
sudah lama tidak berhubung dengannya”.
Nia mengerutkan dahi tanda kurang faham dengan penjelasan
yang diberi Nasrun. ”Kenapa awak cakap macam tu?”
”Calon yang ana maksud kan itu adalah anti.” Nia sedikit
terpempan.Secara tidak sengaja,Nia terkenangkan kata-katanya pada Farhana
tentang jodohnya yang sedang menanti,kini menjadi kenyataan.
”Maafkan ana diatas perkara yang lalu-lalu.Ana tidak
bermaksud untuk menyakiti hati Nia ketika itu,”sambung Nasrun dengan nada
sedikit kesal.
”Sehingga sekarang
Nia tidak pernah ada hubungan dengan mana-mana lelaki selepas Nas tinggalkan
Nia dulu.”
Nasrun lalu tersenyum dan menjawab,”Sudikah Nia menjadi
penyeri hidup ana?Supaya hubungan ini menjadi halal disisi agama dan di semoga
dirahmati Allah S.W.T.”
“Nia sudi,jika hubungan kita ini direstui oleh kedua
ibubapa Nia”.
Akhirnya mereka diijab kabulkan dengan izin Allah
S.W.T.Nia memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana doanya kini
dimakbulkanNya.
Sabda Rasulullah s.a.w: "Tidak kami dapati pada dua
orang yang sedang bercinta itu (lebih baik daripada) nikah." – Riwayat Ibn
Majah dan diklasifikasikan sebagai sahih oleh al-Busoiri dan al-Albani dalam
al-Silsilah al-Sahihah: 624. Al-Sindi r.h berkata:
"Hadis itu boleh merujuk kepada dua orang atau lebih.
Maksudnya, jika timbul perasaan cinta antara dua manusia yang berlainan jenis,
cinta itu tidak akan bertambah atau bertahan lama tanpa ikatan perkahwinan.
Jika terjadi perkahwinan atas dasar cinta itu, ia akan bertambah kuat dari hari
ke hari. " (Rujuk: Nota kaki Sunan Ibn Majah).
AYUBALQISHAH 26 MAY 2009
JAM 2.OO PAGI