Home Novel Cinta Menentang Perjodohan
Menentang Perjodohan
ayubalqishah
20/3/2016 02:39:33
5,571
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 4

Bab 4

PANGGILANdari ibu mertuanya sebentar tadi, membuatkan Nia Adriana termangu memikirkannya. Hati dan jiwanya ketika ini menjerit pekik, meronta kesakitan yang amat sangat. Namun tidak tergagah lidahnya untuk membantah.

"Aku sanggup berpatah arang, berkerat rotan. Kamu fikirkanlah semasak-masaknya, sebelum kamu nak katakan tidak pada Kamarul." Kata-kata yang keluar dari mulut Mak Timah bagaikan racun berbisa yang mematikan semangatnya yang selama ini cuba ditahan agar segar bugar.

Akhirnya air bendungan matanya pecah jua. Nia menekup wajahnya dengan kedua-dua belah telapak tangan. Rintihan suaranya makin kuat dan mendayu. Perasaannya kini bercampur-baur. Tidak dapat diungkap dengan bait kata.

Buk! Buk!

"Ibu..."

Nia menoleh ke arah suara yang memanggil di muka pintu bilik yang terbuka luas. Lekas-lekas dia menyeka air mata yang basah di pipi. Senyuman palsu dilemparkan pada Dalili.

"Ada apa sayang?" Lalu mendepangkan sebelah tangannya. Dalili yang faham mendekati Nia yang menyandar di kaki katil, duduk di lantai.

"Kenapa ibu ketuk kepala tadi?" Soal Dalili sambil melemparkan raut wajah hairan kepada Nia.

Nia rangkul pinggang anak kecilnya, lalu tersenyum nipis. Nafas ditarik dalam-dalam, dan dilepaskan perlahan. ALLAH... bagaimana aku boleh tak perasan yang Dalili nampak kelakuan aku tadi? Pasti dia takut melihat aku sebegitu...

"Emm... ibu sakit kepala tadi sayang, sebab tu ibu ketuk-ketuk kepala ibu bagi angin jahat keluar," bohong Nia pada Dalili yang sangat mentah untuk diceritakan perjalanan hidupnya yang terasa semakin pahit itu.

"Anak ibu ni, dah mandi ke belum? Bau masamlah," Nia kipas-kipas hidung guna tangan.

"Dalili baru aje mandi. Agaknya bau ibu ni yang masam. Sebab tu ibu sakit kepala, ibu tak mandi lagi..." ujar Dalili lalu senyum sumbing pada Nia. Nia balas senyum nakal anaknya itu dengan menggeletek perut Dalili, sehinggakan anaknya itu, termengah-mengah menahan tawa.

"Bijaknya... anak siapalah ni ya," Nia picit hidung Dalili sampai mengaduh budak tu dibuatnya.

Betullah kata orang, seorang perempuan apabila bergelar seorang ibu, dia bisa menjadi sesiapa sahaja. Dia bisa melakonkan watak apa sahaja, tanpa meminta dibayarkan dengan wang. Cukuplah sekadar si anak melihat dia sentiasa berada di dalam keadaan bahagia meskipun ada awan kelam di dalamnya. Kerana anaklah yang menjadi ubat penenang buat para ibu disaat duka.

"Sekejap lagi, ayah balik kita makan sama-sama ya. Sayang boleh tunggu tak? Atau perut kecil anak ibu ni, dah nyanyi lagu keroncong?" Nia gosok perlahan perut anaknya. Dalili lekas-lekas menggeleng tanda belum lapar dan masih boleh menunggu kepulangan si ayah. Nia tersenyum senang.

"Dalili tunggu sini." Nia angkat tubuh anaknya, lalu di letakkan perlahan ke atas katil.

"Ibu nak mandi sekejap," lalu singgah satu ciuman di dahi Dalili. Dia tersenyum riang, saat bibir Nia menyentuh sekejap di situ. Serentak dia mengangguk faham.

"BANYAKbetul sayang masak malam ni, ada apa-apa ke?" Soal Kamarul lalu mengambil senduk dari tangan kanan si isteri, dan memberi isyarat pada Nia agar duduk di sisinya. Dalili yang duduk bertentangan dengan mereka hanya tersengih-sengih melihat peha ayam goreng di pinggan.

Meliar mata Kamarul melihat lauk-pauk bermacam jenis terhidang di meja. Tidak tahu yang mana satu harus diambilnya dulu. Sekejap-sekejap dipegangnya sudu kari daging bersama cendawan sisir, sekejap-sekejap beralih pula pada mangkuk ayam masak lemak cili api. Tidak lama selepas itu matanya beralih pula ke piring pekasam nasi ikan puyu. Digaru-garu kulit kepala yang tidak gatal.

"Sampai pening abang dibuatnya, tak tahu nak pilih yang mana satu," ujar Kamarul yang kini menggaru batang hidungnya pula.

"Abang cuba ajelah semua, mana tahu lepas ni abang dah tak lalu nak makan masakan saya lagi dah," jawab Nia tanpa memandang suaminya yang sudah terlongo mendengar akan kata-katanya itu. Kamarul yakin, pasti ada sesuatu yang tidak kena.

"Emm... Jom makan," akhirnya Kamarul memilih pajeri nenas sebagai pembuka selera.

Habis sahaja Kamarul membacakan doa makan, Nia terus bangun dari duduknya terus menuju ke dapur. Tidak sanggup untuk dia terus tegar berlama-lama di situ. Perasaannya semakin rapuh sejak menerima berita yang tidak terjangka petang tadi.

Air paip dibuka kuat. Sangat sakit dirasakan saat memandang wajah si suami yang bakal dikongsi. Nia menumbuk-numbuk perlahan tebing singki dan akhirnya awan mendung yang bergayutan di pelipis matanya pecah jua. Nia terduduk di sudut dinding batu yang mendukung singki. Air paip yang mengalir, sengaja dibazirkan agar tiada siapa dapat mendengar tangisannya yang kian lebat.

Tanpa disedari esakannya diperhatikan tekun oleh gadis kecil dari muka pintu dapur. "Ayah... kenapa dengan ibu?"

Tergocoh-gocoh Nia menyeka air mata yang sudah membasahi pipi gebunya itu, saat mendengar suara anak kecilnya. Celapak dia berdiri lalu memulas laju kepala paip dan di tutup dengan kemas.

"Ibu okaylah sayang... Ibu basuh tangan tadi," bohong Nia lalu berjalan perlahan merapati Dalili.

"Awak betul-betul okayke ni?" Soal Kamarul saat isterinya duduk semula di kerusi makan bersama Dalili didukungannya. Dia yang tadi sudah berdiri mahu mendapatkan Nia, duduk semula.

"Dalili duduk sini, sebelah ibu ya. Ibu suapkan." Tanpa menjawab soalan si suami, Nia terus mencedok kuah kari ke dalam pinggan Dalili yang ada ayam goreng tadi.

"MANAborang-borang yang saya perlu signtu?" Soal Nia sedikit keras tetapi masih ada hormat pada suaminya. Telekung dilipat rapi, seusai solat Isyak dan memanjatkan doa. Kebiasaannya Nia menanti suaminya untuk solat jemaah bersama, tetapi tidak pada malam ini. Rajuk di hati masih lagi menganggu gugat keimanannya.

"Borang apa pula ni sayang?" Kamarul menyoal dengan nada mengada-ngada. Kedua-dua keningnya dijungkitkan berkali-kali.

"Abang sukalahkan?" Nia Adriana membuat penilaian sendiri. Punggungnya dihempas kuat ke atas tilam springmereka. Mujur Kamarul punya kekuatan menahan diri, jika tidak pasti dia sudah terpelanting mencium lantai, paling tidak pun tersangkut kepalanya ke dinding bilik.

Kamarul menutup mulut menahan gelak. Entah kenapa rajuk isteri yang tidak diketahui puncanya itu, menggeletek perasaannya. Comel betul! Itu sahaja yang mampu dia ucapkan. Marah? Langsung tidak ada walaupun sekelumit. Seharian penat membuang keringat menggantikan tempatnya menguruskan rumah dan anak, bagi Kamarul, Nia berhak meluah dan berkongsi rasa. Lagi pula, bukan selalu Nia berperangai sedemikian.

"Sayang..." Kamarul sebut sayang secara berbisik ke telinga Nia Adriana.

"Apa?" Nia menyahut dan berpaling arah Kamarul, dengan renungan tajam menikam. Tidak semena-mena hinggap satu ciuman ke bibirnya.

"Abang! Nia tengah merajuk ni..." Nia menjerit manja. Dicubit-cubitnya lengan Kamarul sehinggakan suaminya mengaduh kesakitan. Cubit serupa ibu ketam, mahunya tak sakit.

"Abang tengah pujuklah ni," ujar Kamarul lalu tangannya pantas merangkul pinggang isterinya.

Kini Nia Adriana terbaring sambil dipeluk dari belakang oleh suaminya yang tersayang. Esok lusa dia akan berkongsi semua rasa sayang ini bersama perempuan lain.

Nafasnya dihela kuat. Tiba-tiba sahaja pelukan Kamarul ditepisnya kuat.

"Aku benci semua ni! Aku benci semua orang! Kenapa sangat sukar untuk aku pertahankan kebahagiaan kita? Kenapa!" Nia memeluk lutut di kepala katil. Dia benar-benar penasaran. Ikutkan rasa, dia mahu menamatkan sahaja riwayat hidupnya. Mungkin waktu itu, dia boleh bertemu ibu dan ayahnya yang sangat dia rindui.

"Sayang... Pleasejangan macam ni. Abang buat semua ni, untuk kita. Bukannya untuk abang. Percayalah, hanya sayang yang abang cintakan di dunia ini selepas mak." Kamarul merangkak perlahan-lahan mendekati Nia Adriana, dia yakin rajuk isterinya kali ini pasti sukar untuk dipujuk.

Kamarul memberi pelukan hangat buat isterinya. Dibetulkan kedudukan Nia agar membelakanginya, lalu dibenamkan wajahnya ke rambut Nia yang panjang mengurai. Tidak lama selepas itu, Kamarul mengelus lembut bahu Nia,"Sudahlah sayang, percayalah... abang buat semua ni, dengan harapan mak akan tutup mulut tentang sayang. Abang tak sanggup dah dengar mak bercakap yang bukan-bukan tentang sayang. Abang..."

"Tak apalah abang. Nia terima untung nasib diri Nia. Nia sedar kedudukan Nia. Mungkin Allah nak uji, cinta Nia yang mana satu lebih hebat. Pada DIA atau suami Nia yang satu ni," Nia Adriana angkat muka. Akhirnya, hati yang rawan cuba dirawat sendiri. Kamarul menyeka perlahan sisa air mata yang membasahi pipi isterinya.

Moga ALLAH sentiasa memberi perhatian kepada kita. Cinta kita sampai syurga. Bisik Kamarul di dalam hati.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.