Hampir
dua minggu sudah berlalu, itulah kali pertama Aina mendengar suara Adam.
Walaupun cuma hanya satu perkataan iaitu kakak, namun bagi Aina ianya adalah
permulaan yang baik. Hana teman baik Aina juga berasa teruja mendengar cerita
Aina.
Pagi
ini Aina sudah bersiap seawal tujuh pagi. Dia sudah berjanji kepada Hana untuk
turut sarapan bersama-sama dengannya dan juga Taufiq. Selepas itu Taufiq akan
hantar Aina ke rumah majikan Aina. Dan mereka berdua akan terus pulang ke kampung
Hana di Kuala Kangsar, Perak. Oleh kerana Taufiq sudah bersedia untuk
meneruskan satu langkah yang pertama dalam perhubungan cinta mereka.
"So,
macam tulah plannya buat masa ni." Hana yang dari tadi tak habis-habis
berceloteh tentang hubungannya dengan Taufiq. Dia juga berharap agar satu hari
nanti Aina akan berjumpa seseorang yang sesuai untuk dirinya.
"Tak
sangka aku, kau dah nak kawinkan. Aku ni bilalah lagi agaknya", Aina juga
ingin merasai apa yang Hana dan Taufiq rasai.
"Belum
nak kawin lagilah. InsyaAllah kami bertunang dulu. Enam bulan lepas tu, barulah
kami bernikah. Then, sebulan lepas tu barulah buat kenduri besar." Jelas
Hana dengan perasaan teruja.
"Alhamdulillah
aku tumpang happy untuk korang berdua." Hana mengerling jam di tangan, 'masih
banyak lagi masa'. Lalu meneruskan suapan Nasi Lemak Pandan yang dipesannya.
"Awak
bila lagi Aina? Cepat-cepatlah buat pilihan." Hampir tersedak Aina
mendengar soalan yang muncul secara drastik dari Taufiq. Aina langsung tak
terfikir yang Taufiq akan bercakap dengannya. Sebab sebelum ni, mereka berdua
jarang sangat bersua, yang terakhir sewaktu mereka di Melaka.
Glup.
"Pilihan?
Macam tak de je lagi. Ada nanti, saya beritahu. Doa-doakanla ya." Segan
sungguh rasanya dihati Aina. Si Hana boleh pulak buat senyum nakal. Mesti ni
kerja dia. Kalau tak kenapa dia sebut tentang pilihan? Macam mana Taufiq boleh
fikir perkara yang sama, macam mana Hana pernah beritahu pada dia sebelum ni.
Huh!
"Kau
okay ke?" Tanya Hana dengan menunjukkan senyuman kambing yang bertaring.
Nak je si Hana cabut gigi taring si Aina tu guna playar. Geram!
"Okay
je", Aina buat muka pasrah. Namun kakinya sempat memijak hujung kasut yang
di pakai Hana. Nasib baik Aina duduk berhadapan mereka berdua, kalau di sebelahnya
sekarang ada Hana, pasti sudah dicubit-cubitnya si Hana guna kuasa penyepit
ketam.
Selesa
sahaja makan. Taufiq pun sudah membayar makanan yang dipesan. Aina yang menawarkan
untuk belanja sahaja mereka ada pagi itu, ditolak mentah-mentah oleh buah hati
Hana. Bila ditanya kenapa jawapannya mudah, dia tak makan duit perempuan.
"Pagi
ni, biar aku belanja korang berdua, okay? Sebagai tanda yang aku tumpang happy
dengan berita baik dari korang." Sambil Aina meneguk sisa Teh Aisnya. Kali
ni pagi-pagi lagi dia sudah minum teh ais. Nak berubah angin katanya.
Sewaktu
Aina memanggil salah seorang pekerja di situ untuk membayar, rupanya si Taufiq sudah
terlebih awal membayarnya. Malahan sebelum pesanan makanan dibuat! Bermakna dia
beri duit dahulu, nanti bila semua dah habis makan, pekerja buat kira-kira, dan
akan pulangkan baki.
"Awalnya
dah bayar, apa pun terima kasih bakal pengantin baru", Aina senyum ke arah
Taufiq.
"Yelah,
saya tak suka perempuan belanja. Lagi pun saya lelaki, sayalah yang kena keluar
duit untuk belanja. Perempuan duit dia simpan je. Buat beli jajan ".
Sambil gelak tertahan-tahan. Tak sangka Aina, teman lelaki si Hana ni boleh
tahan lawaknya. Ingatkan jenis orang yang pendiam je. Kera sumbanglah dalam
konteks orang melayu.
"Dah-dah
jom. Kau jangan nak mulakan angan-angan kau tu. Tak sudah-sudah. Nanti lambat
pulak si Taufiq ni nak masuk merisik aku", sambil ditariknya tangan Aina
menuju ke kereta.
"Aku
ingatkan kau risaukan aku masuk kerja lambat. Rupanya risau kan diri sendiri
ya. Dah mula la tu naik daun", Aina ketawa berselang seli dengan teman baiknya.
Si
Taufiq? Hanya menjadi penonton setia.
Masuk
sahaja ke perut Toyota Vios, kereta Taufiq meluncur perlahan di atas jalan raya.
Macam biasa, bila perlahan tu luncurannya bermakna jalan memang jammed!
**********
"Hai
cik adik, tunjuk tocang nampak", sapa Izhan Rayqal sebaik sahaja Aina
melangkah masuk ke dalam banglo itu. Aina buat-buat tak dengar untuk sementara
waktu. Dia melambai-lambai ke arah Hana dan Taufiq. Dalam hatinya, terdetik
mengatakan, untungnya lah kau Hana.
"Kenapa
lambai sekali? Tak ada kerja ke?" Sebaik sahaja kereta berlalu pergi, Aina
teeperasan yang Izhan Rayqal turut sibuk melambai ke arah kedua-kedua temannya
itu dari dalam rumah.
"Biarlah
tangan sayakan. Suka hati sayalah. Mana tahu boleh ada tocang macam awak".
Izhan Rayqal jeling sebelah mata pada Aina dan terus berlalu ke ruang tamu. Lalu
mencapai alat kawalan jauh dan menekan butang 114.
"Bukan
ke saya pakai tudung, mana pulak datang tocangnya?" Aina sengaja buat-buat
tak faham sambil meraba-raba atas kepalanya kiri dan kanan.
"Eleh
buat tak faham pulak. Ha! Lagi satu kawan awak kan kawan saya jugak. Tak
salahkan saya lambai-lambai kat dia orang?" Izhan Rayqal cuba memancing
perasaan Aina.
"Adam
mana?" Tanya Aina bagi menghilangkan topik pelik yang cuba diwujud Izhan
Rayqal.
"Ada
kat atas kejap lagi turun lah tu", jawab Izhan Rayqal yang sibuk menonton
rancangan ulangan bersama Ustaz Don di TV Al hijrah.
"Kenapa
lambat hari ni? Sebelum subuh dah saya tunggu awak. Tapi awak tak
muncul-muncul", gurauan Izhan Rayqal langsung tidak mencuit hati Aina.
"Maaf,
jalan jammed tadi." Jawab Aina ringkas.
**********
"Next
week ikut aunty bawa Adam jumpa Doktor Malika, dia yang rawat Adam selama ni dan
pantau segala perkembangan Adam. Memandangkan Adam pun rapat dengan Aina, jadi
aunty fikir, eloklah Aina ikut sekali. Jangan lupa bawa sekali buku report yang
Aina buat hari-hari untuk dia tu." Datin Qalsum begitu tidak sabar untuk
memaklumlah pada Doktor Malika tentang perkembangan anak kesayangannya itu.
"InsyaAllah.
Moga semuanya akan bertambah baik", Aina cuba mengelak sehabis mungkin untuk
memanggil Datin Qalsum sebagai aunty. Dia masih lagi ragu-ragu, dan masih lagi
memikirkan apa kata orang.
Adam
anak kecil itu menarik-narik tangan Aina. Dia menuntun Aina naik ke tingkat atas.
"Kita
nak pergi mana ni sayang?" Aina cuba untuk berinteraksi dengan Adam.
Harapannya dapat mendengar lagi suara kecil Adam yang sangat berharga itu.
Adam
hanya mendiamkan diri, dan terus menuntun Aina supaya naik ke atas. Aina dengan
rela mengikut sahaja kehendak anak asuhan kesayangannya itu. Datin Qalsum dan
Izhan Rayqal hanya melihat dari tingkat bawah.
"Sudah-sudahla
tu Iz, kamu pandang si Aina tu semacam je dah kenapa?" Soal Datin Qalsum.
"Pandang
semacam? Semacam yang macam mana pulak tu mama? Iz rasa, Iz pandang Aina tu
sama je macam Iz pandang Adam dengan mama". Izhan Rayqal cuba menyangkal,
bukannya dia tidak tahu apa yang Datin Qalsum maksudkan.