Home Novel Cinta Plan Dendam jadi CINTA
Plan Dendam jadi CINTA
ayubalqishah
8/4/2016 18:09:54
3,397
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 2

Bab 2

"GILA...Sedap doh. Hilang terus perasaan aku kat mamat tu," keterujaan Fiqah merasai nasi arab yang dimasak Tasya langsung tak dipedulikan. Kedua-dua teman setianya itu sedang enak menikmati kambing lembut diperap bersama rempah ratus terpilih, yang dipanggang cantik di atas kuali ajaib milik tuan rumah juga.

"Wei kau orang, dengar tak ni?" Fiqah cuba lagi mengganggu dua temannya itu.

"Apa?" Soal Tasha dengan wajah rakus.

"Ni... Sedap gila nasi arab kau ni. Asal kau tak pernah nak masak sebelum ni? Yang kau selalu buat asam pedas ayam je... Macam tak ada lauk lain."

Aku dah masak pun cukup baik, dari kau tu asyik mencekik. Ni nak mengomel suruh masak itu ini. Tasya cakap dalam hati.

"Haruslah sedap, tengok tumitlah," Tasya buat muka bangga tahap dapat piala sukan sea.

"Ni bukan harus dah ni. Dah jatuh wajib sedapnya ni," ucap Fiqah beriya-iya. Tangan sempat lagi mencedok nasi di periuk. Nasi putih dan sedikit kuning itu sungguh sedap ditekak Fiqah. Mana tidak sedapnya, kuningnya pun guna zaffron bukan pakai pewarna. Beras basmathi Faiza pula tu digunanya.

"Haisy kau ni. Kalau sedap pun tak payah lah sebut harus wajib bagai. Tukan hukum-hukum dalam Islam. Tak baik tahu," tiba-tiba Airis bersuara. Pelik benar rasanya bila mendengar ayat yang begitu.

"La... Kita orang bukan nak sendakan agama pun. Tukan sekadar perkataan. Lainlah aku bersumpah. Ha... Yang tu ya tak boleh." Lancar mulut Fiqah menjawab.

Nasib baik aku ingat apa yang Ustaz Badli Shah beritahu dalam cinta ilmu hari tu. Tak boleh senang-senang main sumpah. Nabi tak suka. Bisik Fiqah sendirian.

"Mm... Yalah. Sorry. Aku cuma takut kalau kita tersalah cakap. Tu je," Airis teguk air oren Twisteryang dibelinya tadi. Dah makan benda panas, kena turunkan sikit dengan air oren. Kalau tidak, pakai tak boleh tidurlah jawabnya.

"Kau dah okay ke ni?" Soal Airis lagi. Hairan pula melihat Fiqah yang meroyan siang tadi ditinggalkan kekasih tiba-tiba sekarang ni macam tak ada apa yang berlaku.

"Aku okay, bolehlah. Kau tak payah risau." Acuh tak acuh sahaja Fiqah memberi jawapan, maklumlah dalam mulut dah penuh dengan kambing. Sekejap lagi mengembek la tu.

"Kau orang baru aku tahu. Kita ni orang perempuan, kalau sakit hati ke, sedih ke, makan banyak-banyak boleh lega doh," sambung Fiqah lagi yang tak habis-habis lagi dok mengunyah.

"Aku lama tahu dah. Memang aku standby tepi roti lebah sebelah lappy.Tension sikit aku 'ngap' sebiji. Geram sikit ambil sebiji lagi." Airis membuka rahsia. Patutlah Fiqah selalu nampak Airis mengunyah roti je, rupanya ada udang balik spagetti.

"Patutlah pipi macam pau," Tasya sengaja usik Airis. Airis pantang diusik mesti buat muka kelat tahap pisang abu muda.

"Biarlah pipi aku kot. Dengkilah tu," Airis buat memet muka yang dijangka. Tasya langsung tak peduli.

"Jadi apa planyang gempak sangat tu?" Entah berapa kali Fiqah makan bersulam air.

Budak ni, kalau buncit baru tahu langit tinggi rendah. Sempat lagi Tasya mengerling ke perut Fiqah yang agak kempis itu. Kempis betul ke kempis cover.

"Kalau ya pun, biarlah makanan ni turun dulu. Esokkan cuti. Kita banyak lagi masa kot. Aku ingat untuk naikkan mood yang baru ni, apa kata kita kemas satu rumah. Nak?"

"Nak... Nak... Dah lama kita tak kemas rumahkan. Aku jenis percaya, kalau kita ubah kedudukan perabot, pastikan rumah kemas, rezeki senang masuk. Aura positif pun akan selalu kelilingi kita," dengan mata sengaja dikecil-kecilkan dan senyuman sampai ke telinga lebarnya, Airis memberi tahu tentang kepercayaannya yang satu itu.

"Mm... Ya tak ya juga tu. Aku pernah juga baca dalam internet.Lepas makan ni, kita jalankan misi. Okay?" Tanya Tasha.

"Cun... Aku setuju. Lepas mengketedarah ni, kita siap siaga," jawab Fiqah bersemangat.

Yalah tu, mula-mula semangat bagai nak rak. Lastnya,aku juga yang kena habiskan semua kerja separuh jalan kau orang. Gerutu Airis dalam hati. Tapi nak tak nak dia memang kena setuju, daripada dia kena melakukan seorang lebih baik buat sekarang.

Habis makan, Fiqah dengan rajinnya mengemas semua yang ada di dapur dan di meja makan. Airis siap-siap air untuk mop. Tasya dah keluarkan vacum,dalam banyak-banyak barang rumah itu sahaja yang dibeli mereka sendiri. Selebihnya hak milik tuan rumah. Sewaktu menyewa mereka hanya perlu cuci kaki sahaja. Semua sudah tersedia. Mujur juga tuan rumah, kawan baik ayah Airis, jadi sewa pun tak perlu deposit,tinggal bayar sewa bulanan je. Untung kalau jadi tiga dara pingitan macam dia orang ni.

"Sebelum tidur nanti, kita bincang," Tasya bersuara kuat. Lagu dari handphone Honor 4x Airis berdendang rasa mahu pecah gegendang telinga. Mana tidak kuatnya, Airis sambung pada JBL speaker yang baru sahaja dimenanginya hasil contest yang selalu dia masuk. Airis memang kaki contest, asal ada peluang dia akan sertai. Dua orang lagi tu, cuma tahu cakap," tak adanya menang, entah-entah yang menang tu semua, pemenang terancang," kuat betul sangkaan negatif dia orang. Bila Airis dah buktikan yang kalau kita berusaha lebih, pasti ada hasilnya, barulah melopong mulut memasing.

Di saat luka kau tak ada

Di saat duka kau tak setia

Cinta seharusnya tak begitu...

Fiqah berjalan laju ke arah speaker lalu merendahkan volume.

"La... Asal?" Soal Airis merujuk kepada lagu yang sangat dia gemari. Siang malam pagi petang, kalau boleh lagu itu sahaja yang diputar berulang kali.

"Kuat sangat, aku takut jiran mengamuk pula nanti. Lagi pun nak tengah malam dah ni," dua-dua melihat jam bulat yang tergantung di dinding. Hampir 11 malam. Langsung tak perasan, ralit membuat kerja.

"Ya tak yalah kan. Aku ingat kau tak boleh dengar lagu tu," fikir Airis.

"Ish! Tak adalah. Insya Allah aku tak fikir lagi fasal dia. Aku janji kat kau orang berdua, aku takkan kembali lagi pada dia." Fiqah hempas nafas panjang. Mungkin lega agaknya.

"Terima kasih Tasya, masak untuk aku, untuk kita semua. Kau pun Airis, thanks.Nasib baik kau orang ada, bagi semangat, kalau tidak..." Mata Fiqah mencerlung. Di buang pandang ke dinding. Tahan air mata yang bertakung.

"Kau nak menangis, kau menangis sekarang Fiqah. Lepaskan semuanya. Bila lega, esok lusa jangan ingat lagi. Mulakan hidup baru," cantas Tasya sambil menyengih nampak gigi.

"Asal kau sengih sampai macam tu?" Soal Airis dengan muka menyampah.

"Sebab aku ada plan..." Suara Tasya separa berbisik. Tasya toleh kiri kanan, gaya James Bond. Seolah ada orang lain yang mampu mendengar perbualan mereka di balik dinding.

"Jom!.."

"Opocot mak kau!" Fiqah terlatah tanpa sengaja. "Kau ni kan... Ee..."

"La apasal? Aku tak habis cakap lagi kau dah terkejut. Fokus sangat pun," Tasya gelak lepas.

"Entahnya kau ni. Itu pun nak terkejut. Boleh jadi bahan ni. Kikiki." Airis ketawa nakal. Fikiran dah melayang rancang yang bukan-bukan. Orang melatah memang senang kena kacau.

"Yalah aku beriya tengah dengar bisikan ala-ala seram kau tu, tiba-tiba kau terus tinggi suara. Mahu aku tak terenjat." Fiqah lap tangannya yang masih lembab dek air basuh pinggan pada baju.

"Apalah... Kita habiskan kerja dulu, nanti aku beritahu planbaik punya," sambung Tasya dengan gelak yang masih berbaki.

SELESAIsemua pekerjaan, mereka bertiga melepak santai di bilik. Fiqah siap bawa mamee dalam cawan dengan air mineral yang dah sejuk mengeras. Airis siap-siap pakai baju tidur satin warna merah jambu, dah baring pun atas katil. Sedap menyandar sambil peluk bantal kartun stitch kesayangan. Tasya belum muncul keluar dari bilik. Katanya nak mandi, tapi ini dah masuk satu jam, mengalahkan orang buat sauna lagi dah.

"Apa jugalah idea bernas si Tasya ni. Aku pula tak sabar nak dengar," Airis memecah hening.

"Aku pun. Ni mandi sikit punya lama." Fiqah toleh arah bilik air.

"Woi! Hang mandi ka, berkubang? Berjanggut dah ni kita orang tunggu."

"Entahnya kau ni. Aduh cepat la weh! Kalau tanam serai ni, berbunga dah kot," sambung Airis pula. Selesai babak tempik-menempik, Airis rebahkan badan atas tilam sambil peluk bantal.

"Trylah tanam, aku nak tengok tumbuh ke tidak," balas Tasya dari dalam.

Aku nak mandi pun tak senang. Takkan tak tahu yang aku ni baru je beli shower gel blossomkat Body Shop. Mestilah aku nak rasmikan dulu. Nak cepat-cepat pun nak ke mana. Esok pun hari minggu. Bebel Tasya sambil tenang disimbahi air yang turun dari paip shower.

"Haisy kau ni, agak-agaklah. Pokok serai kalau berbunga maknanya mesti ada batu serai. Nak ambil kena cepat-cepat kalau tak dia hilang," bisik Fiqah perlahan, sambil memandang tepat ke arah tubuh Airis terkujur.

"Oo... Yeke. Bukan ke dekat kampung kita, ada serai yang berbunga. Kau tak perasan ke?" Fiqah buat muka bingung. Meleret-leret pula cerita Si Airis ni.

"Betul ke ada?" Soal Fiqah yang sudah mula teruja tahap dewa. Memet muka tak ingat dunia.

"Tak... Aku tipu. Tu bunga kantan sebenarnya. Mak aku tanam tepi sungai," jawab Airis selamba, bikin bengkak hati Fiqah.

"Kau ni nak buat lawak pun, tak berpada-pada. Gunalah IQ sikit," seloroh Fiqah.

"Apanya IQ-IQ? Aku punya IQ ni ha... Tinggi melambung-lambung, kejap lagi aku curahkan kat kau orang." Tasya keluar dari bilik air, rambut basahnya dibiar tidak berlap.

"Kau ni Tasya, laplah rambut tu bagi kering. Tak rimas ke?" Soal Airis selamba yang geli melihat air rambut menitik hingga ke lantai.

"Tahu... Kejaplah aku pakai baju. Aku bungkus terus jadi sarang tebuan."

TASHAduduk bersila berhadapan Fiqah dan Airis. Kedua-kedua mereka nampak seakan sudah hilang sabar menunggu planyang kononnya kebabomlah sangat. Kertas dan pen dipegang Tasya. Masing-masing melihat sesama sendiri. Sesekali Airis berdecit geram. Fiqah pula asyik menggaru hidung yang gatal. Sah resdung! Tapi setiap kali dicadangkan cari ubat sinus, sekerasnya Fiqah menafikan yang dia langsung tak ada keturunan resdung.

"Okay, standby?"Tanya Tasha yang dah mula buka mulut.

"Semalam lagi dah kita orang siap sedia, kau tu je yang lembab." Fiqah jawab dengan muka selamba badak.

"Misi kita kali ni memang besar dan agak merbahaya kerjanya. Kau orang okayke?" Tasha tanya satu perkara yang amat sukar diterima akal. Belum sebut lagi apa perancangannya, tiba-tiba tanya okayke tidak? What the rock is cooking ?Fiqah dan Airis balas pandang sambil jungkit bahu. Airis lagilah siap geleng kepala, kerut dahi.

Tasha balas pandang mintak jawapan pada Fiqah dan Airis. "Kita nak buat apa sebenarnya ni? Kira bulu harimau ke apa?" Soal Airis dalam nada melepas geram.

Tasya ni pun satu, terus-terangkan senang. Apalah yang payah sangat. Detik Fiqah sendiri sambil buat muka sepuluh sen.

"Lagi bahaya dari itu," jelas Tasya dengan muka gaya nak terkam tambah seram.

"Alah... Aku malas cengginilah. Terus-terangkan senang. Nak berteka-teka buat apa?" Airis soal lagi. Kali ini dia meniarap pula, bantal diletakkan sebagai alas dibawah dada.

"Macam ni... Misi kita cari lelaki idaman." Tasya habiskan cakapnya di situ. Air laici kotak yeos diteguk laju. Glup! Glup!

Entah berapa kotak lagi yang ada dalam peti ais. Semua gara-gara Airis yang kaki contest. Tahun lepas dia menang tiga ribu, tahun ni entah apa lagi nak dimenangnya.

"Tu je?" Fiqah bersuara lantang. Ikutkan hati mahu je dia ketuk kepala Tasya yang buat muka dungu tu. Ee... Geramnya. Cakap pun sikit-sikit.

"Belum lagi. Sabar."

Kali ini, Tasya mencapai browniespula, lalu disumbat ke dalam mulut. "Kita cari seorang lelaki, nama dia mestilah bermula sama huruf dengan pangkal nama kita.Then ,kita pikat. Bila dah terpikat, cukup 9 bulan kita blah r!"

"Kau gila ke? Dah mengandung 9 bulan, lepas tu kita blah?" Hampir terkeluar biji mata Airis mendengar cadangan gila Tasya. Fiqah urut dada. Tak habis-habis nak terkejut. Apa punya pesyen pun tak tahulah.

"Kau ingat apa. Sabarlah. Aku tak cakap habis lagi," Tasya controlgelak. Rasa nak dipelangkung sekor-sekor kawannya yang tak reti bersabar. Dia bukan gila tahap itu, nak serah body.

"Memandangkan kita bertiga pernah putus cinta sampai separuh mereng. Kali ini kita buat dia orang pula separuh mereng kat kita," cadang Tasya dengan penuh yakin.

"Fuh..." Airis menghempas keluhan panjang. Sah! Perempuan depan dia ni sudah disampuk.

"Kau betul-betul ke ni Tasha? Aku macam ngerilah," Fiqah membuat muka serba tak kena. Lantas liur ditelan hingga berbunyi.

"Kitakan teman sejati. Selama ini ku mencari-cari teman yang sejati... Ha... Masa nilah tunjukkan kesejatiannya. Kali ni je. Please. Lepas ni aku takkan ajak lagi buat kerja-kerja tak senonoh macam ni," rayu Tasya tak fasal-fasal.

Tasya ni pun, macam kemaruk sangat nak balas dendam. Kalau tak dituruti boleh putus kawan ni. Airis mengembungkan pipi ala-ala ikan buntal. Tak lain tak bukan, dia tengah kusut. Hanya kekusutan sahaja bisa buat Airis bertukar spesis.

Fiqah pula dah berdiri. Ke hulu ke hilir macam cacing kepanasan. Sekejap-sekejap pegang kepala. Aku boleh jadi biul kalau ikut cakap Si Tasya ni. Aduh... Susah betullah. Fiqah cakap sendiri, nak luah nanti ada pula yang makan hati.

"Sudahlah. Aku bagi dah cukup mesra alam tahap dewa-dewi. Kau orang tak nak ikut. Lepas ni, jangan cerita lagi masalah cinta kau orang tu kat aku," Tasya dah buat muka minta pujuk.

Fiqah pandang Airis. Airis lawan pandang dengan Fiqah. Lepas itu, dua-dua tenung Tasya. Bingung. Hilang dah kata-kata nak lawan cakap dengan dia. Nanti lain diluah, lain yang difahamkan.

"Mm... Bagi kita orang, satu malam untuk fikir. Kita tak boleh main sebat je. Silap hari bulan boleh ke dalam kita," Fiqah beri pendapat. Tasya garu kepala cuba hadam kata-kata tersirat Fiqah.

"Kau faham tak apa Fiqah ni cakap?" Soal Tasya pada Airis yang masih belum sedarkan diri kembali menjadi manusia normal.

"Mm..." Kelihatan Airis tetap kekal dengan pipi kembungnya. Kepala digeleng laju-laju tanda tidak faham. Atau mungkin otak dah jadi tepu selepas mendengar cadangan tak betul Tasya.

"Maksud aku, kalaulah kan salah seorang dari lelaki yang kita tinggalkan tu buat report, macam mana? Tak ke kita boleh masuk penjara?" Bersungguh benar muka Fiqah. Dengan harapan Tasya membatalkan sahaja rancangan tidak sihatnya itu.

"Apa hal pula nak masuk penjara. Kita bukan tipu duit dia orang. Bunuh? Lagi lah tak. Tapi bunuh lain adalah," Tasya buat memet muka jahat.

"Bunuh apa?" Soal Airis terkejut dengan mata membutang.

"Kita bunuh hati dan perasaan dia orang," Tasha gelak jahat. Bergema satu bilik.

"Kau nikan. Ee... Dah lah jom tidur. Esok kita orang bagi kata muktamad. Nak join ke tidak MLM kau ni," ajak Airis sambil buat-buat menguap dengan mulut terbuka luas.

"MLM?" Tanya Fiqah lurus.

"Multi Level Marketing,takkan itu pun tak tahu, payah eh, lagu ni," Airis tepuk dahi terus lompat atas katil.

"Yalah. Akukan tak pandai. Buta tuli. Buta huruf. Segalanyalah aku tak pandai," Fiqah sudah mula merepek.

"Dahlah tu Fiqah, dari meracau tak tentu hala baik tidur. Esok aku nak tahu jawapan kau orang," Tasya mencelah. Dia juga turut lompat atas katil. Sudahlah tilam spring, nasib baiklah tak melantun Airis dibuatnya.

Masing-masing sudah pun merebahkan diri ke tilam empuk mereka. Penghawa dingin dipasang kuat. Comforterditarik menyelimuti paras dada.

"Kau orang..." Panggil Airis.

"Apa?" Jawapan diterima serentak.

"Senang ke nak jumpa nama lelaki yang sama pangkal dengan nama kita?" Soal Airis.

"Esok kita bincang. Apa yang aku nak esok jawapan ya atau pun tidak," jelas Tasya terus terang.

"Tapi aku nak lelaki yang bekerjaya, wajah sedap mata memandang, tak tinggal solat, baik hati, setia..."

"Itu dah macam nak cari calon suami. Dah... Dah... Tidur." Belum sempat Fiqah menghabiskan cakapnya, Tasha sudah memotong.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.