" bang..bangun bang..dah pagi ni..tak nak pergi kerja ker?..."tegurku pada suamiku tersayang. Dia kemudian pusingkan badanya menghadap aku. " bangunlah bang..dah lambat ni."pintaku lagi. Dia buat tak tahu jer. Aku pun bagi cubitan berbisa padanya. " adoh..sakitlah sayang...kejap lagilah abang bangun." Aku pun biarkan dia tidur. " biarlah, bukan aku yang lambat pun."bebelku sendiri. Bergegas ku turun ke bawah sediakan sarapan.
Pukul 7.30 pagi, tak juga nampak suamiku turun sarapan. " jangan jangan dia masih tidur lagi ni " kataku sendiri. Bergegas ku ke atas. " abang..bangunlah..cepat siap. dah 7 setengah ni." bisingku. Dia pun tarik aku ke pelukkan nya. " kejaplah sayang..."jawapnya. Aku pun geli hati dengan pelukkannya. " dahlah..jum bangun. mandi. lepas tu turun sarapan." Suamiku pun mengalah akhirnya.
Dia pergi ke bilik air tetiba " oh...tidak!!!!....tolong!...sayang...."jeritnya.
Aku pun paniklah, terus melulu ke bilik air. " ada apa ni bang?..."tanyaku. Mana tak suspens aku dibuatnya. Suamiku terus peluk aku, aku bawanya keluar dari bilik air tersebut sambil tak habis habis " tolonglah...geli..geli lah..." Aku kehairanan terus mencari tetiba aku nampak seekor cicak. Tak tertahan lalu berderai ketawa aku.
" hahahahaaaa...hahahahaa...takut dengan cicak..hahahaaa..."ketawaku sampai senak perutku dibuatnya.Suamiku sakit hati lalu " ketawalah puas puas...ketawa.."merajuknya. Aku mendekatinya " naaahhh..ni dia..."sengaja aku takutkan dia lagi. Terlompat lompat suamiku ketakutan dan kegelian. " buanglah cepat...geli abang ni.."rayunya. Ketawa aku melihat nya sedemikian. Aku pun buangkan cicak tu ke luar rumah. Ketawaku masih bersisa lagi.
" dah dah, tak da..g mandi cepat. dah lambat ni."kataku pada suamiku. Berhati hati dia masuk ke bilik air. " abang..cicaklah.."jeritku. Terus dia melompat lompat lagi didalam bilik air. Aku ketawa melihat karenahnya. Seronok juga permainkan suamiku yang takut cicak.
Begitulah kehidupanku dengan suamiku Amirul. Aku menikahinya sudah 4 tahun. Aku sungguh bahagia dengan dia. Aku tidak tahu yang rupanya dia takutkan cicak. Kami ada 2 orang anak. Yang perempuan namanya Riana dan yang lelaki namanya Khairul.
Selepas dia pulang kerja. Dia terus berjumpa dengan anak anakku. " hai anak anak Papa, buat apa ni?.."tanyanya. Riana terus peluk papanya. " Riana rindu Papa..."ujarnya. " alaa..Papa pun rindu Riana juga." jawap suamiku. Khairul sibuk dengan mainan nya. " khai..khai..buat apa tu?.."tanya suamiku. Pantas Khairul tunjukkan mainannya. " ni haa...lipas mainan.. kawan Khai bagi kat sekolah tadi."jawapnya. " eaaa...gelilah papa tengok."sahut suamiku lagi.
Tengah sibuk melayan karenah anak anak..suamiku terjerit lagi sampai nak pengsan dia. " sayang...tolong...cicak...tolong.. Papa geli.." sambil meloncat loncat macam kera.Terkocoh kocoh aku pergi dekatinya. Cicak tu jatuh dari lampu kebetulan melekat kat atas bahunya. " cepatlah sayang...buang..." rayunya. Anak anakku ketawa melihat reaksi Papa mereka. Aku segera ambilkan cicak tu lalu buang ke tong sampah. Suami ku menggigil ketakutan. " abang ni..cicak pun takut."perliku. Ketawa Riana mendengarnya.
" kenapalah dengan Cicak pun takut?.." kataku dalam hati. Tersenyum aku sendiri.
Keesokkannya aku kemas rumah. Suamiku pun tak pergi ke pejabat. " abang, tolong ambilkan tong sampah didalam stor kat belakang tu."pintaku. Amirul pun ke belakang. Dia mencari cari tetiba ternampak seekor cicak apalagi terpekik terlolonglah jawapnya.
" mak..cicak mak...tolong...sayang ..tolong ada cicak ni..."dipukul pukulnya cicak tu sampai mati. Aku yang melihat gelagatnya ketawa sampai keluar air mataku. " dah lah tu..dah mati cicak tu." kataku pada nya. Suamiku pun berhenti. " eaaa....banyaknya cicak kat rumah kita ni. gelilah."jawapnya.
Inilah keadaan suamiku yang takut cicak. Hari hari ada jer karenah nya yang mencuit hatiku. " ingatkan perempuan yang takut cicak, laki pun ada juga." kataku sendiri.