Sebuah kereta proton
saga lama berwarna merah menyusuri lorong kampung dengan bunyi enjin yang
tersangkut-sangkut. Pemandu yang berkupiah putih menguatkan bunyi radio yang
mengumandangkan lagu-lagu dari corong radio klasik FM. Bunyi yang seiring
dengan bunyi kereta itu boleh didengar hingga ke rumah-rumah jiran di sepanjang
laluan. Berdendang dendang lelaki tua itu mendengarkan lagu nyanyian S.M Salim.
“Assalamualaikum..senang
hati nampak Pak Yob" Salleh yang berselisih dengan basikalnya menegur.
“Waalaikumsalam, senang
hati la, …Anak aku balik!” Balas Pak Yob.
“Anak yang mana?”
“Asmawi!" jawab Pak
Yob sebelum keretanya memecut menusuri jalan kampung.
“Balik jugak kau Mawi!”
Salleh memusingkan basikal menuruti laluan kereta Pak Yob dari belakang.
Salleh memberhentikan
basikalnya dibawah pohon mempelam di hadapan rumah Pak Yob. Sebuah van putih
dengan tulisan “Paranormal Zone" terpampang di kiri dan kanan van. Lambang
sebuah stesyen televisyen tempatan turut tertera.
“Dasyat juga kau Mawi,
sampai dapat masuk tivi" ujar Salleh sendirian.Dia mengintai-intai
kalau-kalau terlihat kelibat sahabat sekampungnya itu.
“Oppocot!” latah Salleh
sebaik bahunya ditepuk dari belakang. Macam nak terlucut jantungnya kerana
terkejut. Mawi tergelak.
“Menyorok macam pencuri
!..aku bukan bawa balik anak dara pun” Mawi menyapa Salleh yang masih
terpinga-pinga.
“Jom masuk dulu"
ajak Mawi.
“Aku nak ke kedai dulu.
Barang yang mak aku kirim tadi pun tak terbeli lagi" balas Salleh
mengelak. Dia tahu sangat lama mana dia boleh tersangkut di situ.
“Eleh..sombong"
“ Sungguh Mawi, aku tak
boleh lama. Kalau aku masuk nanti, sah sah Pak Yob ajak aku pekena kopi. Sejam
pun tak cukup kalau bersembang dengan dia"
“Suka hati kau
lah"
“Kau kerja apa sekarang?”
“Aku kerja bawak van
dengan stesyen tv. Sekarang ni aku follow team ParanormalTeam, geng yang memburu tempat-tempat berhantu kat Malaysia
ni"
“Kau tak takut?”
“Apa nak takutnya.
Bawak van je kut. Bukan bawak hantu. Satu van tu penuh barang diaorang. Dua
orang kru diaorang, member aku jugak, pun ikut aku balik sekali. Petang esok
kami bertolak ke Penang. Ada satu rumah kat balik pulau yang kami nak buat
pengambaran.”
“Bagus juga tu. Bangga
juga aku, kau dapat masuk TV. Aku nak blah dah ni"
“Alah..bukan apa
pun..tumpang nama aku masa habis siaran tu ja..kau boleh tengok nama Asmawi
keluar part tulisan-tulisan mereka yang terlibat dalam pengambaran tu. Tak
glamer pun"
“Walau apa pun, aku
tumpang bangga.” Salleh menongkah basikalnya ke arah dia datang tadi.
Salleh menyengetkan
basikal sebelum mengayuh ke arah tingkap belakang kedai makan Syarifah. Matanya
tertancap pada tukang masak yang sedang menggoreng sesuatu di dapur.
“masak apa tu bang?” Tegurnya
dengan suara perempuan yang dibuat-buat.
“Leh, kau jangan kacau
aku boleh… Banyak order aku nak buat ni. Kakak aku masuk petang nanti" Adu
Sobri sambil tangannya ligat menggaul mee di dalam kuali.
“Tak kan kerja sikit
pun dah nak komplen..aku saja nak beritahu kau yang Mawi dah balik"
“Hah..balikjugak dia.
Aku dah cakap. Lama mana sangat Mawi tu boleh tahan kerja kat bandar"
“Dia balik sekejap je
la. Bawak balik van orang televisyen" cerita Salleh bangga.
“Hah..dasyat kalu
camtu..aku pun tumpang bangga"
“Petang esok dia ke
Penang. Ada pengambaran untuk Paranormal Zone”
Sobri memasukkan mee
yang digoreng tadi ke dalam pinggan. “Eh, Berani pulak dia"
“Mawi tu dah banyak
berubah lah sejak kerja di bandar ni. Makin berani, dressing pun dah lain
sikit"
“Baru enam bulan tu,
kalau setahun lagi banyak la yang berubah. Aku hantar mee Pak Zainal ni
kejap" Pesan Sobri.
Sobri membawa mee tadi kepada
Pak Zainal di ruang meja makan.
“Beri, kau buat aku
kuew tiaw kung fu satu lagi. Milo ais pun sama” Pesan Bob dengan muka mencuka.
“Kenapa Bob?”
“Kau tengok tu!” tunjuk
Bob ke arah pemuda berambut pendek yang sedang makan di meja.
“Awalnya Meon sampai
hari ni" Sobri menggaru kepala sambil tersenyum.
“Aku bangun sekejap jer
nak ke kaunter ni ambik tisu. Tup..tup..dia dah duduk situ, sambung makan kuew
teow kung fu aku. Air milo ais aku pun dia belasah sekali..Meon..Meon"
jelas Bob.
“ Kau sabar sekejap
Bob, aku buat yang lain. Semua dah faham sangat perangai Meon. Sapa-sapa yang
tinggalkan makanan, confirm dia akan tolong habiskan kalau terserempak. Kau
sabarlah sekejap" jelas Sobri sebelum masuk semula ke dapur.
Pelanggan lain yang
melihat Meon hanya tersenyum dan menggelengkan kepala.
“Kau nak order apa?”
Tanya Sobri pada Salleh yang masih tercegat di tingkap.
“Menu apa yang free
hari ni?”
Sobri menuang air suam
dan diserah kepada Salleh.
“Yang ni je yang
free" Katanya seraya menuang minyak ke dalam kuali. Rencah-rencah untuk
masakan kuew teow kungfu diceduk satu persatu.
Salleh meneguk air suam
sehingga habis. Gelas diletakkan semula diatas birai tingkap.
“Kau tak terasa ke nak
buat aktiviti paranormal macam dalam tv tu..guna kamera dan alat-alat canggih
untuk buktikan kewujudan hantu..”
“kau cakap ni macam
budak U nak buat assignment jer. Mana nak cari semua benda tu..setakat kamera
hanset tu, bolehlah dapat" Balas Sobri yang rancak menggoreng.
“Kita pau la alat-alat
dalam van yang mawi bawak"
“Kau ingat senang..dia
bukannya CEO stesyen tv tu. Driver cabuk jer"
“kau tak tanya lagi,
dah cakap macam tu. Bagi aku tanya dulu"
“Kalau kau yang tanya,
kebarangkalian nak dapat tu, tipis sangat. Tapi kalau Miah yang mintak. Gerenti
jadik. Kalau Miah suruh bakar van tu pun, Mawi masih sanggup rasanya"
“Takkan hal macam ni
pun nak libatkan Miah!”
“Kau nak benda ni jadi
ke tak?”
“Nak jadi la. Bukan
senang nak rasa pengalaman cari hantu ni"
“Kalau nak kau pergi
cari Miah sekarang!”
“Ok..aku pergi. Lepas
hantar barang mak aku ni, aku gi rumah Miah. Apa-apa aku hello kau nanti"
“Hmm ..ok"
“Assalamualaikum Mak
Nah, Miah ada?” Salleh melaung dari halaman. Dia perasan Mak Nah ada di dapur.
“Waalaikumsalam Salleh,
buat apa tengah hari rembang ni cari anak dara orang" Tegur Mak Nah.
“Hal penting Mak Nah,
antara hidup dan mati"
“Siapa yang hidup,
siapa yang mati ni?”
“Mak Nah hidup, ikan
dalam kuali tu mati!” jawab Salleh tersengih.
“Boleh tahan jugak
punchline kau Salleh. Miah ada dalam bilik tu.Asyik dengan Whatapps, insta dan
facebook la tu. Nak tolong aku pun tak. Kau jerit kuat sikit tu keluarlah dia.”
Balas Mak Nah.
Salleh mula melaung
nama Miah dan mula mengetuk dinding luar bilik gadis itu.
“Apa halnya kau ni
Salleh" Miah yang keluar dengan bertudungkan tuala.
“Mawi dah balik la!”
“Laa…lantak la dia nak
balik. Aku bukan ada apa-apa pun dengan dia.”
“Kau jumpa la dia
dulu…dah banyak berubah la kawan kita tu"
“Ah..ada aku
kesah"
“Tolong jumpa dia
boleh. Ada benda la aku nak kau tanya dia"
“Hal kau dengan dia,
jangsn libatkan aku boleh" Miah mulai cengeng.
“Kau suka tak kalau
kita buat rakaman paranormal macam dalam tv tu"
Miah terdiam seketika. Memang
ada terdetik dihatinya untuk merasai pengalaman di tempat-tempat yang dikatakan
berhantu. Ada juga cerita yang boleh dikongsi dengan kawan-kawan di insta dan
facebook. Biar semua tahu yang dia bukan calang-calang gadis kampung.
Dia turun dan duduk di
tangga untuk mendengar lebih lanjut penerangan Salleh.Pemuda itu riang kerana
umpannya berjaya menarik minat Miah.
“Mawi sekarang kerja
dengan stesyen tv yang buat rancangan paranormal tu. Satu van yang dia bawak
penuh dengan alat-alat diaorang. Kalau kau boleh pujuk dia pinjamkan alat-alat
dalam van tu, malam ni jugak kita jalan projek ni"
“Nak ke Mawi dengar
cakap aku?”
“Tak cuba Miah, mana
kita nak tahu?”
“Eh, kalau jadi projek
malam ni, aku ajak Biah sekali tau. Takkan aku pompuan sorang-sorang. Confirm
bapak aku tak kasi keluar"
“Alah, dah ramai la
pulak. Kalau ajak Biah tu, sama macam kau ajak budak jantan la. Kau kan tahu
dia tu cammana?”
“Tak baik la Salleh kau
cakap macam tu. Dia tu keras sikit jer..”
“Sikit je apa kalau
pokok kelapa tu dia boleh turun naik macam sarkas"
“Kau ni, dah la. Tak
ada Biah, aku pun tak jadi la"
“Alah..sikit-sikit nak
merajuk, Biah pun Biah la.. janji jadi”
“Jom, kita pergi
sekarang. Aku ikut kau dengan moto dari belakang"
“ Aku bonceng sekali
la. Cepat sikit sampai dari kayuh basikal ni"
Miah menggepal penumbuk
dan dihulur betul-betul di hadapan muka Salleh. Cepat-cepat pemuda kurus itu lari
mengayuh basikal.
Berpeluh juga Salleh
mengayuh basikal untuk sampai ke rumsh Pak Yob. Malu dia kalau Miah mengatakan
dia mengayuh terlalu perlahan, macam pondan. Kayuhannya kena laju macam orang
sedang berlumba.Sekurang-kurangnya Miah boleh menunggang motor laju sedikit
dengan mengejar dari belakang.
“Miah!” Hampir sahaja Mawi
melompat turun dari tangga sebaik perasan Miah sudah terpancul di halaman
rumahnya. Hujung bajunya yang dilepaskan diselit ke dalam seluar. Sempat juga
dia mengerling ke arah biasan pada cermin tingkap, untuk membetulkan alur
rambut. Bukan senang gadis idamannya itu untuk berkunjung ke rumahnya.
“Apa khabar Miah?” tegur
Mawi sambil menelan air liur. Gugupnya masih seperti selalu.
“Sihat je. Salleh yang
cakap abang dah balik, tapi Miah tak percaya. Sebab tu Miah datang nak tengok
dengan mata kepala sendiri"
“Alang-alang dah dekat
sini, Abang singgah la tengok mak ayah dekat rumah"
“Van tu abang bawak
ke?”
“Ya. Van company jer"
“Tu macam nama siri kat
tv jer"
“Memang kami buat
cerita tu la. Ada dua lagi kawan abang, technichian yang setup alat tu. Dah
tertidur agaknya kat atas rumah"
“Oooh" Miah pun
hilang punca untuk memujuk Mawi. Apa yang yang harus digunakan pun dia tak
terfikir lagi.
“Miah nak tengok ke
alat-alat dalam van tu"
“Nak sangatt!” jawab
Miah dengan mata membulat. Salleh yang hanya melangut dari pun mengangguk.
“Abang Mawi, kalau Miah
nak cuba guna kamera dan sensor tu boleh tak?” Pinta Miah dengan suara paling
menggoda. Mawi mula menggaru kepala.
“Tak boleh Miah, semua
yang ada barang mahal-mahal ni. Kalau jadi apa-apa, susah abang nanti.”
“Abang ni kan, kalau
dengan Miah pun nak kedekut, baik Miah balik jer. Menyesal pulak Miah datang
sini. Kot-kot nak cari pengalaman jumpa hantu pun susah…iye la, orang tu kan
dah kerja kat bandar. Siapa la sangat orang kat sini" Rajuk Miah. Dia
melangkah keluar dari van.
“ Nanti Miah, abang
bukan macam tu la..Bagi abang cakap dengan technician yang
ada tu..tunggu kejap"
Hati Miah berbunga
penuh harapan. Dia mengerlip mata pada Salleh yang mengangkat ibu jari tanda
bagus.
“Sini Miah!” Mawi turun
ke tanah, diekori dua rakan yang datang bersama.
“Kawan abang dah setuju
la nak buat pengambaran sikit. Diaorang nak cari footage untuk siaran musim
baru. Nanti Miah bagi la cadangan nak buat kat mana?”
“Best la abang Mawi,
petang ni Miah datang ngan kawan-kawan. Kita bincang nak buat kat mana"
Mawi tersenyum panjang.
Petang itu, seperti
yang dijanjikan, semua bertandang ke rumah Pak Yob.Salleh membonceng motosikal
Sobri dan Miah dengan Biah pula berdua. Mereka
berkumpul di pankin bawah pokok rambutan depan rumah Pak Yob.
“Ramai ni!” Mawi tidak menyangka
yang Salleh dan Sobri pun ikut serta. Kalau boleh, dia nak Miah sahaja yang
datang. Barulah peluang untuk dia mengayat awek itu terbuka luas.
“Ai, dengan kawan
sekampung pun nak berkira" Tingkah Sobri. “Baru kerja dengan stesyen tv
sikit dah nak menyombong.”
Mawi merapatkan kening
dengan pandangan tajam. Memang dia berseteru dengan Sobri dari dulu. Puncanya
dari Miah. Dua-dua mahu berebutkan gadis yang seorang ni.
“Kalau nak bergaduh kat
sini, baik Miah balik!”ugut Miah.
Kedua-dua seteru yang
panas tadi mulai beralah. Kalau Miah merajuk, mereka juga yang rugi.
“Dah..dah..tadi kata
nak bincang tempat yang nak kita terjah malam ni. Sapa ada idea!" Salleh
cuba meredakan keadaan.
“Apa kata kita buat
dekat rumah lama Bidan Siah, tempat tu memang keras sangat!!!” Cadang Biah.
Dari tadi dia menunggu peluang untuk bercakap.
“Rumah lama Bidan Siah,
kau hilang akal ke apa? Rumah tu kalau pergi, gerenti tak balik-balik
dah..segala saka mak nenek ada kat sana tau" Bantah Salleh. Dia nampak
gementar bila nama bidan itu disebut.
“tempat macam tu la
kita nak cari!" Sampuk Mawi.
“Kau sanggup ke kalau
alat-alat yang beribu-ribu ringgit tu rosak kat situ. Lagi-lagi kalau semua
cabut lari nanti, sapa yang susah" ugut Salleh.
“Yang kau anti sangat
dengan Bidan Siah tu kenapa?, bukan ke dia yang sambut kau lahir" Sobri
pula menambah.
“Sebab tu la aku marah.
Uri aku masa lahir tak tahu ke mana..Bapak aku cadang nak tanam depan sekolah,nak
bagi aku cerdik. Tup..tup uri aku dah hilang. Bidan Siah kata dia dah tanam
awal-awal, takut penanggal masuk rumah…tapi..aku syak la, dia yang makan uri aku tu…sebab tu sekarang
ni, aku jadi macam ni..” Luah Salleh.
“Bersyukur sikit
Salleh, yang dia makan tu uri jer..buatnya dia makan telinga ke..kaki ke..mau
OKU kau sekarang ni" Balas Sobri tertawa. Yang lain pun sama.
“Ah! Pandai la kau
fikir macam-macam. Habis tu kau nak kita buat kat mana?” Tanya Mawi.
“Surau lama hujung
kampung. Tempat tu dah tak ada orang guna. Hantu yang duduk kat kawasan surau,
mesti hantu yang baik-baik kan"
“Ada ke hantu kat surau
lama tu?” Tanya Mawi.
“Baru minggu lepas je, Jefri
anak Mak Senah tersampuk kat surau tu, demam seminggu. Katanya terjumpa pocong.
Si Fazura anak Kak Leha pun kena sama..puas jugak berubat..sampai busung
katanya.. bukan calang-calang jugak hantu kat situ. Jamal dengan Hussein, budak
kampung yang paling berani pun takut ke situ..mencecet diorang lari masa kena
sakat dulu..belakang surau tu kan banyak kubur lama..lepas surau tu tak
digunakan, keluarlah semua jembalang yang ada kat sana" Cerita Salleh
bersungguh-sungguh.
“Bukan kau ke yang kata
tadi hantu surau tu baik-baik" Biah pulak bersuara.
“Baik sikit kot, sebab tak
makan uri orang"
“Yang lain setuju tak
kita ke surau malam ni"
Miah dan Biah
mengangkat tangan serentak. Pelan-pelan baru Sobri mengikut.
“Kalau semua dah
setuju, aku akan bincang dengan dua orang krew kita nanti kejap lagi. Korang
boleh balik, tukar baju, makan siap-siap, prepare apa yang patut. Pukul 5.30
kita jumpa kat depan surau tu. Aku akan pergi dengan dua orang lagi tu terus ke
sana. Ada apa-apa nak tanya" Mawi berpanjang lebar.
Salleh mengangkat
tangan. “Boleh bawak makanan tak?”
“Terpulanglah!, Yang
lain!” Semua menggeleng.
“Nanti kita jumpa
lagi"
Semua berada di depan
surau lama seperti yang dijanjikan. Figura surau lama dengan pohon-pohon besar
disekelilingnya, menambah aura seram. Tambahan pula dengan binaan darikayu yang
semakin mereput.Walaupun sudah sekian lama terbiar, bahagian dalam surau itu
hanya kelihatan berhabuk dan berdebu.
“Selamat ke kita nak
buat pengambaran di sini?” Zack, salah seorang juruteknik yang dibawa Mawi
bertanya.
“ Macam rumah kayu je
ni, tak runtuh ke?” Haikal, juruteknik kedua menokok.
“ Surau ni kukuh bang.
Nanti saya akan masuk dulu untuk buktikan" awal-awal lagi Salleh memberi
jaminan. Dia melangkah ke pintu masuk.
“Patut dibuat surau
baru ni?” tegur Haikal.
“ Bukan tak nak buat
Haikal, tapi tempat tak sesuai. Tiap-tiap tahun air naik. Sebab tu tiang-tiang
surau ni tinggi. Atas dan bawah surau tu kita boleh pasangkan kamera. Luas juga
kawasan yang kita boleh cover.” Mawi
memberikan penerangan.
“Kami taknak pakai
semua. Cuma dua kamera hd, satu infrared dan dua portable kamera je kami nak
guna. Yang lain korang boleh support dengan kamera handphone. Kalau dapat
apa-apa, syer dengan kami nanti" Tokok Haikal.
“Ramai jugak kita ni,
campur kami berdua dah jadi tujuh orang.” Zack mengulas.
“Lagi ramai, lagi
meriah" Balas Salleh tersenyum.
“Takut entiti yang ada
tak munculkan diri la..takut tengok orang ramai sangat"
“Ah..itu tak jadi hal,
tempat ni memang keras. Nanti aku cabar dia keluar" Janji Salleh penuh
yakin.
“Kau jangan riak sangat
Salleh, ni bukan rumah kau. Macam-macam boleh jadi nanti" Miah yang
tadinya diam mula bersuara.
“Aku tau la..”
Mereka mula
membahagikan tugas untuk membuat persiapan. Miah dengan Mawi membuat plan untuk
aktiviti malam nanti. Salleh dan Biah membuat risikan sekitar kawasan surau.
Takut-takut kalau ada gangguan dari binatang berbisa atau haiwan liar. Sobri
membantu Zack dan Haikal memasang kamera di tempat yang telah ditentukan.
Salleh melangkah ke kawasan
perkuburan di belakang surau lama itu dengan berhati-hati. Biah mengikut dari
belakang. Tiba-tiba sahaja langkah Salleh terhenti.
“Kenapa?” Biah
tertanya.
“Aku rasa aku ternampak
sesuatu kat situ” Tunjuk Salleh ke suatu sudut. Biah melangkah ke situ tanpa
ragu-ragu. Berterbangan burung terkukur yang mencari makan di situ.
“Burung jer Salleh
oi..itu pun kau takut sangat"
“Biah oi..kau ni berani
sangat la. Kau ni sebenarnya lelaki ke perempuan?" Tanya Salleh mengejek.
Biah memandang Salleh dengan mata berkedip-kedip. Marah tidak, senyum pun
tidak.
“Kalau Salleh nak tau
Biah ni lelaki ke perempuan, masuklah meminang Biah. Lepas nikah nanti Biah
buktikan kat Salleh, Biah ni lelaki ke perempuan.” Salleh menelan air liur
dalam-dalam. Biah yang tadinya keras macam kayu mulai berjalan meliuk-liuk
macam ular. Salleh cepat-cepat berjalan ke arah Zack dan Haikal yang tengah
memasang kamera. Dia takut kalau-kalau ular betina tadi melilit kakinya.
Sobri yang dari tadi
melilit wayar gelisah sangat melihat Mawi yang semakin rapat dengan Miah.
Menyesal juga dia kerana mencadangkan pada Salleh untuk menjadikan Miah sebagai
umpan memujuk Mawi tadi. Mulanya dia merasakan yang Miah Cuma jinak-jinak
merpati sahaja dengan Mawi. Sekarang jinaknya dah semacam anak kucing, lama tak
jumpa pun masih mengiau dan meliuk menggosok badan di kaki. Cuba Miah setakat
meliuk-liuk sahaja.
“Mawi, tolong ambil set
wayar dekat dalam van kejap" Suara Zack melaung dari bawah rumah. Mawi
mengeluh kerana terpaksa meninggalkan Miah keseorangan seketika. Kesempatan
yang ada digunakan untuk Sobri mendekati Miah.
“Miah tak takut ke nak
tengok hantu malam ni?” Tanya Sobri.
“Taklah, ramai kan kat
sini. Bukan senang nak dapat pengalaman macam ni"
“Mak dengan Ayah Miah
bagi pulak datang sini,”
“Sshhhh… jangan cakap
kuat-kuat. Diorang ingat Miah tidur rumah Biah"
“Bijak jugak Miah ni,
otak bergeliga. Sebab tu Abang suka"
“Ye la tu..alang-alang
abang sobri kat sini, Miah ada satu soalan nak tanya"
“ Tanyalah,”
“Kenapa nama kedai Abah
Sobri tu kedai makan Syarifah, padahal tak seorang pun ahli keluarga perempuan
Sobri yang namanya Syarifah. Ke ada yang Miah tak tahu" Sobri tersenyum
mendengar soalan itu. Kepalanya yang tak gatal digaru.
“Macammana nak cerita
ek..Sebenarnya abang pernah tanya abah abang hal ni, Cuma dia tanya abang balik
dengan satu soalan.”
“Soalan apa?”
“Miah pernah makan di
restoran Mc Donalds"
“Pernah"
“Ada tak sapa-sapa
dalam restoran tu yang nama Mc Donalds.”
“Setahu Miah tak ada”
“ kesimpulannya jangan
tanya tu dari nama siapa. Abah cakap tu kedai dia, suka hati dia nak letak nama
apa"
“Eh..macam tu ka"
“Abang Sobri nak pakai
nama tu ka kalau buka kedai lain..”
“ Tak lah…Abang letak
kat papan tanda tu Mi Sup sahaja"
“kenapa?”
“Mi untuk Miah, Sup tu
ringkasan untuk Sobri"
Terangkat bahu Miah
mendengar pick up line Sobri.
“Kenapa tak letak
restoran Brim jer, Bri untuk Sobri, M untuk Miah…” Celah Mawi yang hangat bila
mendengar pick up line tadi.
“Dah..dah Miah nak buat
ketja. Kejap lagi dah malam..” Luah Miah yang berserabut dengan dua jejaka yang
hendak menjadi teman tapi mesra dengannya.
Malam mulai mencecah
jam sembilan. Awan hitam pekat tanpa secalit cahaya. Hanya suara unggas dan
cengkerik melengkapkan suasana malam ini.
Mereka berjanji sekali
lagi untuk berjumpa di surau. Dari tadi, Cuma Mawi, Zack dan Haikal yang
menunggu di situ. Mereka bimbang kalau alat-alat yang dipasang tadi dicuri.
Miah datang bersama
Biah. Itu pun sebab emak dan ayahnya menyangka dia menumpang tidur di rumah
Biah. Salleh pula datang bersama Sobri. Dia seorang sahaja yang menggalas beg ke situ.
“Semua ada. Ingatkan
ada yang nak tarik diri. Tak sangka anak-anak kampung Rebung ni semuanya
berani" Mawi memulakan taklimat. Secara tidak langsung dia mengangkat
dirinya sebagai ketua operasi malam itu.
“Ingat semua..Niat kita
cuma satu, nak bertemu dengan makhluk lain yang turut sama dengan kita di alam
ini. Bukan untuk riak dan takbur. Kalau bertemu sekalipun, anggaplah itu
sebagai tanda persaudaraan dari alam lain" Mawi menyusun kemas
kata-katanya. Kalau diberi peluang, masa perhimpunan sekolah pun dia mahu
berucap. Semua ini gara-gara Miah ada bersama. Dia nak buktikan, walau berdepan
Pak Mahat, Ayah Miah. Dia tak akan gugup.
“Kalau ikut perancangan
tadi. Setiap orang akan berpeluang bersendirian di dalam gelap nanti.Cuma
sekarang kita minta persetujuan, siapa dulu, lelaki ke perempuan.”
“Bagi Miah dengan Biah
dulu..lewat malam nanti, aku dengan Salleh" Sobri memberikan keputusan
yang dipersetujui semua.
Miah memilih untuk
duduk di dalam kegelapan surau.Dia ditemani bunyi cicak dan ranting serta daun
kayu yang jatuh di atas bumbung. Dengan berbekalkan walkie-talkie, topi yang
dipasangkan kamera dan lampu suluh, Miah diminta untuk duduk di kerusi yang telah
disediakan. Kamera infra red turut terpasang tidak jauh dari tempat dia duduk.
Baru lima minit
pertama, peluh sudah mencurah di dahi Miah. Ini kerana suasana di dalam surau
itu panas tanpa saluran udara dan tiupan angin.
“Kalau Miah nak keluar,
cepat-cepat beritahu tau.” Suara Mawi kedengaran di walkie talkie.
“Baik" Balas Miah
ringkas. Dia sudah mula dapat mendengar bunyi lantai yang berkeriut dipijak.
Tapi kelibat yang memijak tidak kelihatan!. Miah masih diam menanti sebab dia
memang nak tengok hantu.
Biah yang dari tadi di
bawah rumah hanya menampar nyamuk. Lagipun dia boleh nampak kelibat semua yang
berada di pusat kawalan dari situ. Cuma mereka sahaja yang tidak nampak dia
kerana terlindung dalam gelap.
“Siapa punya plan la
ni, hantu mana yang nak datang sini" Rungut Biah.
“Jom, tukar orang
pulak" Suara Mawi dari walkie talkie.
“Tunggu sampai saya
nampak hantu boleh tak?” Balas Miah. Walkie talkie di tangan Mawi dirampas
Salleh.
“Miah, aku dah tak
sabar nak duduk kat sana pulak. Kalau kau nak, lepas aku nanti kau ulang
balik!” jerit Salleh.
Mawi, Haikal dan Salleh
ke situ untuk membawa Miah keluar dan digantikan dengan Salleh. Biah awal-awal
lagi keluar kerana sudah tidak tahan digigit nyamuk.
“Apa yang kau bawak tu
Salleh?” Tanya Miah sebaik perasan ada bungkusan di tangan Salleh.
“Nasi Lemak dan air
mineral. Bekal aku” Jawab Salleh yang meletakkan bungkusan tersebut tidak jauh
dari tempat dia duduk.
“Kau Ok Salleh!” tanya
Mawi. Mulut Salleh terkumat-kamit membaca doa sebelum dia membuat ibu jari
naik, tanda bagus.
Sabri pula memilih
untuk duduk di bahagian belakang berhampiran tandas dan tempat mengambil wuduk.
Dia memasang ubat nyamuk lepas dinasihatkan Miah tadi.
Salleh menahan nafas
sebelum menyedutnya kembali dalam-dalam. Inilah pengalaman pertama dalam
hidupnya untuk berhadapan dengan entiti paranormal. Walaupun dia pernah
dilabelkan penakut, kerana tidak berani keluar rumah selepas senja. Aktiviti
malam ini akan membuktikan sebaliknya.
Bunyi lantai dipijak,
seperti yang didengar Miah tadi berulang lagi. Bulu roma Salleh meriding
tiba-tiba. Pundi kencingnya pula terasa penuh!. Tangannya menggenggam kemas
walkie talkie. Terlalu awal untuk dia membuat panggilan kecemasan.
Dalam kegelapan itu, Salleh
dapat melihat satu kelibat hitam yang bergerak ke arah penjuru bilik. Dengan
degup jantung yang turun naik dan peluh jantan yang membasahi dahi, Salleh
memberanikan diri untuk membuka dua langkah ke arah kelibat tersebut. Tiba-tiba
sahaja dia ternampak tangan menyelongkar ke dalam bungkusan yang diletakkan di
situ. Bungkusan nasi lemaknya kemudiannya berada di atas lantai. Dalam
kesamaran Salleh melihat nasi lemak disuap ke mulut kelibat itu.
Salleh cuba untuk
menambah satu langkah lagi ke situ sebelum..
Huarghhh!!!
Jeritan marah dari
kelibat itu membuatkan pundi kencing Salleh berfungsi secara automatik.
Bahagian hadapan seluarnya lencun. Dan dalam masa yang sama Salleh berlari
keluar dan melanggar semua peralatan dan kamera yang diletakkan di laluan ke
luar.Walkie talkie di tangan turut
dicampakkan.
“Hanntuuu…makan nasi
lemak” Jeritnya sambil lalu di meja kawalan dan terus berlari ke jalan luar.
Mawi dan yang lainnya tidak sempat menahan. Masing-masing turut terbau hancing.
“Ada yang tak kena kat
dalam tu” Getus Mawi. Dia dan Haikal memasang lampu suluh dan segera ke tempat
Salleh menunggu tadi. Sobri yang terdengar jeritan tadi dan suara Salleh pun
turut sampai ke tempat itu.
“Aaaaa ghhhhhh!!!” Mawi
pun hampir lari sebaik tersuluh kelibat yang sedang asyik membaham nasi lemak.
Mujur sempat ditahan Sobri.
“Laaa..Meon rupanya”
Ujar Sobri yang kenal sangat dengan susuk itu. Meon yang tidak berbaju dan
berdebu itu sedang makan dengan lahapnya.
“siapa suruh bawak
makanan. Meon ni kalau lapar, apa pun dia makan” Jelas Sobri. Dia mengangkat
nasi dan memimpin Meon keluar ke tempat yang lebih cerah.
“Meon ke tadi?” Tanya
Miah. Pecah ketawa mereka sebaik mengenangkan lagak Salleh tadi.
“Kau nak teruskan tak?
“ tanya Mawi pada Sobri.
“Entahlah.. Hilang mood
aku tengok Meon ni. selama ni memang dia tidur kat sini. Kalau nak tengok hantu
surau ni, dah ada depan mata sekarang !!!” Jelas Sobri tersenyum.
“Takkan nak balik. Aku
belum dapat apa-apa ni. bising produser kang. Dia dah bagi kebenaran untuk
kita. At least ada something untuk kita bawa balik malam ni” Rungut Zack.
“Kita belum masuk lagi
kat area kubur lama tu. Kat situ orang pun pernah nampak kelibat jugak” Celah
Biah.
“Siapa yang berani nak
ke situ?” tanya Mawi. Masing-masing kelu. Selepas apa yagn terjadi tadi, semua
mulai merasa ragu-ragu.
“ Macam ni la. Kalau
semua takut, kita bagi orang yang paling berani kat sini pergi” Jelas Sobri.
“Aku!” Kata Mawi. “
Mintak simpang la. Jaga depan ni aku boleh, kalau ke sana mintak maaf”
“Bukan kau, kita suruh
Meon”
“Meon?”
“Meon ni bukan tak
faham arahan. Cuma dia lembam sikit jer. Kalau kita suruh ke sana, gerenti dia
boleh buat”
“Ada yang nak bantah!”
Tanya Mawi. Semua diam bersetuju. Meon pula hanya tersengih-sengih sebab
namanya disebut-sebut tadi.
Meon yang tidak berbaju
dipakaikan set kamera infrared di kepala. Kamera itu dihubungkan ke monitor
yang ada di pusat kawalan berhampiran van. Earpiece dipasang di telinganya
supaya arahan dari Sobri terus dapat di dengar.
“Meon boleh dengar apa
Sobri cakap tak?”
Meon mengangguk.
“Meon nak makan nasi
ayam tak?”
Dia mengangguk lagi.
Kali ini lebih laju.
“Kalau nak, siang nanti
Sobri belanja. Dua pinggan tau. Tapi sekarang ni Meon dengar baik-baik…Lepas ni
Meon pergi pusing-pusing kat belakang kubur lama sana tau. Kalau Meon dengar
suara Sobri suruh buat apa-apa, Meon buat tau..” Pesan Sobri.
“Baik..Nasi ayam dua
pinggan tau" Meon mengangkat tangan dengan jari telunjuk dan jari tengah
ditegakkan, tanda dua pinggan.
“Ok, Sobri janji"
Sobri memandang Haikal
yang memantau monitor. Sebaik Haikal mengangguk, bahu Meon ditepuk dan dia
segera menghilang ke belakang surau.
“Hiap!!!!!”
Semua mata yang ada di
situ beralih ke arah Mawi yang tiba-tiba membuka langkah silat di belakang.
“ Kenapa?” Zack
melaung. Dia bimbang kalau-kalau Mawi dirasuk entiti di situ.
“Ada orang cuit bahu
aku" Jelas Mawi yang bersedia dengan kekuda lebih kemas. Matanya meliar
memerhati sekeliling.
Zack mengambil belantan
diatas meja dan berjalan ke belakang van.
“Kau rupanya"
Jerkah Zack. Semua yang ada berlari ke belakang van.
“Salleh, kenapa kau
datang balik" Tanya Mawi. Salleh datang semula. Cuma kali ini seluar dia
diganti dengan guni baja yang disarung macam kain pelikat.
“Aku takut nak balik.
Kiri kanan hutan..kat depan sikit tu kubur..” Jelas Salleh malu-malu.
“Mana seluar kau?”
Tanya Miah.
“Ada kat kebun depan
tu. Aku bukak sebab tak tahan gatal-gatal. Mujur ada guni ni kat situ"
“Tak malu sungguh la,
Salleh ni" Miah menyambung lagi.
“Aku nak mintak jasa
semua yang ada, jangan cerita apa yang jadi kat aku malam ni kat sapa-sapa
tau..aku mintak tolong sangat-sangat.” Rayu Salleh.
Snappp!!
Bunyi flash yang datang dari handset yang dipegang Biah.
“Abang Salleh nampak
seksi la!” Lain pulak komen dari Biah. Matanya tak lepas memandang Salleh atas
bawah. Bulu roma Salleh lagi meremang dari tadi.
“Dah, jom tengok
Meon" Masing-masing ke monitor untuk melihat perkembangan pergerakan Meon.
“Apa tu?” ayat yang
keluar dari mulut Haikal membuat semua terpaku. Masing-masing mula meriding
bulu roma. Angin sejuk mula menyapa tubuh mereka dan pokok-pokok sekeliling
terbuai lembut. Salleh pula merasa pundi kencingnya penuh semula. Satu objek
putih seakan lutsinar berlegar-legar di kaca monitor.
“Meon….Meon!!!” Suara
dari Sobri tidak mendapat sebarang respon. Semua yang ada saling berpandangan.
Meon seakan dipaku di situ dan tak bergerak-gerak.
“Kita kena pergi tengok
Meon"Sobri membuat keputusan. Dia merasa bersalah kerana menyuruh Meon ke
kawasan itu tadi.
“Siapa nak pergi dengan
aku?” Seorang pun tidak menyahut seruannya.
“Kita pergi
ramai-ramai. Aku tahu kita semua ni penakut. Lagipun kita tak tahu apa benda
yang kita nampak di monitor tadi" Ujar Mawi.
“Haikal boleeh tunggu,
jagakan alat-alat kat sini"
“Ah! Aku pun nak ikut.
Tak berani aku tunggu sorang-sorang.
“Oklah..cepat"
Mawi mencapai lampu suluh dan Zack menggenggam semula belantan.
Semasa mereka berjalan
ke tempat Meon berdiri, angin yang bertiup semakin laju. Bunyi daun tingkap
surau yang dipukul angin, semakin laju dan menyeramkan. Bunyi burung hantu
tiba-tiba kedengaran.Pokok-pokok yang dibuai angin semakin kasar. Bunyi
daun-daun dan ranting yang bergeseran jelas kedengaran. Masing-masing dihantui
ketakutan. Miah cepat-cepat menangkap tangan Biah dan memegang erat. Salleh
yang dibelakang sekali pun sama. Tangan kanan Biah cepat-cepat dipegang. Dalam
takut-takut Biah masih mampu tersenyum!.
“Meon!!!” Jerkah Sobri.
Semua yang ada tertumpu kepada Meon yang
berpaling perlahan-lahan. Tubuhnya membongkok sedikit dari biasa dengan muka
yang menunduk.
“Hmmmm….mmm" Gumam
mulut Meon yang masih bertutup.
“Arghhhhh….” Hampir
semua yang ada menjerit. Salleh mengepit paha kerana takut kejadian tadi
berulang. Meon yang mengangkat muka kelihatan sangat menyeramkan. Bola matanya
semuanya keputihan dengan muka pucat kebiruan.Anak matanya merenung tajam ke
arah semua yang ada.
“Basuh!!!!!!!” Suara
yang keluar dari tenggorok Meon kedengaran kasar dan menakutkan. Hampir sahaja
Salleh pengsan kerana menahan air di dalam pundi kencingnya.
“Apa yang nak dibasuh
tok!” Sobri sudah dapat meneka apa yang merasuk tubuh Meon. Dia juga faham yang
makhluk itu sedang marah.
“Basuh kencing dalam
surau tu..Aku nak beribadat nanti !!!!” Hampir tercabut jantung kalau mendengar
tempikan sebegitu.
Lembut lutut Salleh
mendengar ayat tersebut. Lemah longlai sebelum dia rebah pitam. Cepat-cepat
Zack dan Haikal menyambut dari belakang.
“Kami basuh sekarang
tok. Tok ni siapa?” Mawi cuba untuk berkomunikasi. Alat perakam suara didalam
poketnya dikeluarkan.
“Atuk orang dekat
sini.. atuk juga yang jaga surau ni lepas terbiar. Sayang, tak ada yang nak
pelihara surau lama ni…banyak jasanya” Makhluk itu bersuara dengan nada yang
lebih lembut.
“Atuk ke yang selama
ini menggangu orang-orang yang datang ke sini..” Soalan berani dari Mawi yang
semakin yakin untuk bertanya.
“Bukan aku sahaja yang
ada kat sini, ramai lagi…kalau yang niat tak tak memang kami usir. Yang nak
isap dadah..yang bawak anak dara bunting nak buat maksiat…semua kami halang”
Tegas suara itu.
“Fazura tu bunting
rupanya" bisik Miah perlahan. Biah mengangguk bersetuju.
Suasana yang seram tadi
semakin berkurangan.
“Maafkan kami tok,
sebab ganggu tempat ni” Sobri pula menyampuk. “Kami nak tahu je kalau-kalau ada
makhluk lain kat sini”
“Hmmm…atuk paham. Dari siang
tadi kami perhatikan apa yang kamu buat. Cuma satu atuk nak mintak
tolong..sampaikan pada orang kampung untuk makmurkan juga surau ni sekali
sekala, macam dulu-dulu. Tak selalu pun tak apa. Atuk tak suka kalau tempat
ibadah dibiarkan terbiar macam ni…”
“Baiklah tuk!. Kejap lagi
kami basuh tempat yang kena kencing tadi. Lepas tu kami buat jemaah subuh dekat
sini” Janji Sobri. Yang lain mengangguk bersetuju.
“Assalamualaikum..”
Suara kasar tadi terus menghilang.
“Waalaikumsalam” sahut
semua.
Meon yang tersedar, tersengih melihat mereka semua di situ. Dia
menggaru-garu kepala.
“Mmmm…mana nasi ayam??”
P/S : Karya saya Enigma
( Prolog dan Bab 1 ) di bahagian novel. Jemput baca dan komen.