Home Cerpen Cinta Cik Tutor, Tolong Aku
Cik Tutor, Tolong Aku
Zhar Aruzi Hairi
19/10/2016 13:37:27
5,590
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

Cik Tutor, Tolong Aku..


Oleh : Zhar Aruzi Hairi


Atikah mendakap beg lutsinar berwarna kehijauan dan menggalas beg sandang di sisi. Dia bercadang untuk ke perpustakaan dengan Rohana setelah solat Zohor. Dia dan sahabat karibnya itu merancang untuk mengumpul bahan bagi assignment yang diterima dari lecturer semalam.

Memang dia tidak suka menangguhkan kerja-kerja berkaitan pelajaran lama-lama. Kalau diperam nanti, berminggu-minggu pula dia akan mengambil masa untuk menyiapkannya. Sebab tu dia membenci tugas berkumpulan, sebab selalunya dia seorang sahaja yang menyiapkannya.

Prinsip hidup Atikah sangat jelas “ Belajar sampai berjaya, Masa depan pasti terjamin”. Jika dia lalai dalam pelajaran pada masa sekarang, kemungkinan besar biasiswa yang diterimanya akan ditarik balik. Dia juga sangat-sangat berharap untuk mendapat pekerjaan yang baik setelah tamat belajar nanti. Niatnya adalah untuk menyara keluarga dan menyuruh ibunya berhenti menjual di gerai nasi lemak mereka.

Panggilan dari Prof. Husaini sebentar tadi agak mengejutkannya. Semestar ini dia langsung tidak ada kelas dengan pensyarah tersebut. Cuma sebagai Dekan fakulti kejuruteraan, dia mengenali Prof. Husaini kerana namanya tersenarai sebagai salah seorang calon penerima anugerah dekan. Mungkin ada hal yang berkaitan dengan pelajaran agaknya! Fikir Atikah.



Pintu bilik Prof. Husaini diketuk.

“Masuk!” Suara lelaki dari dalam bilik memberi arahan.

“Assalamulaikum Prof.” Ucap Atikah sebaik memandang Prof. Husaini. Ada seorang lagi lelaki yang kelihatan sebaya dengan Prof. Husaini di bilik tersebut. Dia tersenyum memandang Atikah.

“ Dato’, Saya kenalkan ini Atikah. Pelajar yang saya maksudkan tadi” Prof Husaini memperkenalkan Atikah kepada lelaki tersebut. “ Dan Atikah, Ini Dato’ Syed Muzammil, Sahabat saya semasa belajar di UK dahulu”

Atikah tersenyum sambil menunduk sedikit tanda hormat. Dato’ Syed Muzammil turut tersenyum.

“Atikah duduk dahulu. Ada perkara yang saya dan Dato’ nak bincangkan dengan kamu” Prof. Husaini memulakan bicara. Atikah mengambil tempat duduk bersebelahan Dato’ Syed Muzammil.

“Atikah kenal pelajar lelaki yang bernama Syed Muslim?” Tanya Dato’ Syed Muzammil.

“Maaf Dato’. Saya tak kenal”

“Kalau si Ringgo, pemain bolasepak universiti ni, awak kenal?” Tanya Dato’ Syed Muzammil lagi.

“Ringgo, Kapten pasukan bola Universiti kan. Kenal sangat. Kami pernah sekuliah beberapa kelas” Jawab Atikah.

Akalnya mula mencerna sifat dan perilaku rakan sekuliah yang bergelar Ringgo itu. Lelaki tinggi lampai yang menjadi kegilaan ramai pelajar wanita. Selain aktif dalam sukan, dia juga mempunyai kedai peralatan sukan di Kompleks Perniagaan universiti.

Walaupun tidak pernah bertegur sapa, Atikah yakin yang lelaki tersebut seorang yang sombong dan suka meninggi diri.

“Ringgo tu anak lelaki tunggal saya” Jelas Dato’ Syed Muzammil. “Dalam sukan memang dia bagus, tapi dalam hal akedemik, hancur. Resultdia semester lepas pun cukup-cukup makan sahaja. Bukannya dia tak pandai, tapi dah malas nak belajar. Runsing saya dibuatnya!”

“Sahabat saya ni cadangkan kamu untuk menjadi tutor kepada Ringgo!”

Aku nak kena mengajar si keras kepala tu!. Dah la pemalas, selalu pulak ponteng kelas. Memang mencari bala kalau aku terima tawaran ni!

“Saya tahu, Atikah adalah antara pelajar terbaik fakulti. Dan Atikah pun boleh mengajar dengan baik. Semua pensyarah yang pernah mengajar Atikah memberi respon macam tu” Prof. Husaini menokok.

Mata kedua-dua mata lelaki separuh baya merenung Atikah, menanti jawapan untuk cadangan mereka tadi. Kalau diikutkan, Atikah memang banyak membuat kelas-kelas percuma bagi membantu rakan-rakan yang lemah dalam subjek tertentu. Itu pun diadakan sekali-sekala mengikut kekosongan jadualnya dan masa yang ada.

“Saya tak beranilah Dato’. Nanti saya syorkan beberapa senior dan rakan lelaki yang boleh mengajar Ringgo” Balas Atikah. Dia memang tidak mahu mengambil risiko.

“Jangan macam tu Cik Atikah. Saya tahu sangat perangai anak saya tu macammana. Tapi saya dah fikirkan kaedah untuk mengawal si Ringgo tu. Cuma sekarang ni saya nak persetujuan awak sahaja. Saya pilih awak sebab awak yang terbaik di Universiti ni !” Dato’ Syed Muzammil memujuk sambil tersenyum.

“Bukan itu sahaja, awak akan dibayar RM 2000.00 sebulan sebagai gaji awak mengajar Ringgo, sehingga habis pengajian awak. Syaratnya, awak kena pastikan dia mendapat keputusan yang baik selepas menghabiskan pengajian nanti”

Atikah menelan air liur memikirkan jumlah yang ditawarkan itu. Lebih dari cukup untuk dia menampung kos pembelajaran di sini. Ada juga baki untuk dia kirimkan kepada ibunya di kampung. Namun dia masih sangsi untuk menerima tanggungjawab ini.

I know, tengok muka awak pun dah tahu yang awak memang tak sukakan si Ringgo tu. Tapi saya minta tolong sangat bagi pihak sahabat saya ni. Terimalah tawaran dia. Saya akan bantu awak untuk menangani perangai si Ringgo tu. Apa-apa hal boleh terus hubungi Dato’ atau saya” Prof Husaini memberikan jaminan.

“ Saya tak nak janjikan apa-apa dahulu, Dato’. Bagi saya masa untuk fikirkan hal ini!” Atikah mengambil jalan tengah untuk menghadapi perkara ini. Apa yang dibimbanginya adalah si Ringgo akan mengheret dia dan CGPAnya ke dalam longkang. Makhluk parasit macam Ringgo tu boleh membuatkan hidupnya huru-hara.

Prof. Husaini menggelengkan kepala. Dato’ Syed Muzammil pula hanya tersenyum.



“Papa datang tak cakap. Buat sport check ke ni!” Ringgo menyambul kedatangan ayahnya ke kedai sukan miliknya. Tangan Dato’ Syed Muzammil dicium sebelum dia mendakap kemas tubuh ayahnya.

“Papa sihat?” Sambungnya. Dato’ Syed Muzammil mengangguk. Perlahan-lahan pelukan pada Papanya dilepaskan. “Mama Sihat?”

“Mama kirim salam. Dia tak dapat datang. Ada charity dinner yang di kena organize dengan Datin Hanisah”

“Papa dah lunch. Jom Ringgo belanja” Ajak Ringgo sebaik Papanya duduk di bangku.

“Tak apalah Ringgo. Papa dah lunch dengan Uncle Husaini.”

“Dah agak dah. Papa mesti jumpa dia dulu. Mesti banyak perkara yang Uncle Husaini report kat Papa pasal Ringgo”

“Kamu takut ke kalau dia report hal kamu di sini?”

“Apa yang nak ditakutkan Papa. Semuanya OK. Ringgo tak buat apa-apa salah pun”

“Result kamu Semester ni macam mana?” Tanya Dato’ Syed Muzammil. Ringgo tersenyum.

“Result semester ni sakit sikit sebab banyak subjek tough. Cukup-cukup makan jer Papa. But I’ll do my best this semester.”

“Papa yakin kamu akan dapat result yang cukup-cukup makan jugak. Masa kamu banyak dengan sukan, bisnis ni dan berfoya-foya kan!” Tingkah Dato’ Syed Muzammil dengan nada tegas.

“Come on Pa. Ringgo kan anak tunggal Papa dan Mama. Masa depan Ringgo dah tertulis yang Ringgo akan hidup senang macam Papa dan Mama. Lagipun Ringgo dah buktikan yang Rinngo boleh running business dengan berjaya!!. Papa nampak kan profit Margin Kedai Sport Garaj ni, yang Ringgo submit tiap-tiap bulan. Ringgo suka sukan dan suka habiskan masa dengan kawan-kawan. Muda hanya sekali Papa ”.

Ringgo merasakan yang Papanya cuba untuk mengongkong dirinya.

You’re wrong, my son. Sebab Ringgo anak tunggallah Papa mahu Ringgo berjaya dalam semua bidang. Terutama dalam pelajaran. Papa tak ada orang lain dah untuk buat semua tu. Jangan didik minda tu jadi malas. Kamu tu cerdik!. Ilmu akedemik tu akan bantu kamu untuk maju ke hadapan. Kesungguhan kamu untuk belajar akan jadi asas untuk kamu berjaya pada masa akan datang. Papa tak nak kamu jadi Boss yang bodoh bila Papa wariskan syarikat kepada kamu nanti. Semua ni yang kamu ada sekarang ini bukan jaminan untuk kamu berjaya. Tengok sekeliling kamu, ramai yang berhempas pulas untuk berjaya di sini. Kamu patut contohi mereka kerana iulah sebab Papa hantar kamu belajar di sini.” Leter Dato’ Syed Muzammil. “Belajar jadi orang, jangan jadi virus yang merosakkan cara hidup pelajar-pelajar lain kat sini”

“Habis, sekarang ni Papa nak Ringgo buat apa?”

Seorang pelajar perempuan yang berpakaian agak seksi memasuki kedai Sport Garaj. Dia berjalan terus dan memeluk Ringgo dari belakang.

“Oh sorry, you ada customer ke?” Tegurnya sebaik melihat Dato’ Muzammil di bangku.

“ Tu bukan customer, Papa I lah. Lain kali datang, please bagi salam” Rinngo berasa malu dengan tingkah Arianna di hadapan Papanya.

“Sorry dear, jangan emo sangat boleh tak. Anyway, let me introduce myselt Dato’. Saya Syarifah Arianna, best friend Ringgo. Anak Dato’ Syed Abu Bakar, Pengarah Gemuruh Holding” Arianna menghulurkan salam pengenalan kepada Dato’ Syed Muzammil.

Nice to meet you, Arianna.Inilah rupanya anak Dato’ Bakar. Anyway, boleh tak Arianna bagi time tak untuk uncle sambung sembang dengan my son” ujar Dato’ Syed Muzammil lembut.

“Oklah Uncle. Arianna minta diri dulu. Dear, I ke boutique dulu. Nanti you cari I kat sana tau.” Pesan Arianna sambil berlalu keluar.

“Is that girl your future wife?” Soal Dato’ Syed Muzammil.

“Taklah Papa. Kawan jer”

“Yang Papa nampak, macam lebih dari kawan je. Jangan nak mainkan perasaan perempuan tau. Papa tak suka!.”

“ Dia yang perasan Papa. Ringgo tak ada apa-apa pun. Cuma kalau Papa fikirkan businesswise, dia tu calon terbaik untuk buat connection dengan Dato’ Bakar.”

“Kamu ingat Papa jenis yang fikirkan duit sampai mati ke. Hal masa depan kamu, kamu sendirilah yang tentukan.” Dato’ Syed Muzammil bertegas. Tangannya mencapai buku akaun diatas meja Ringgo dan menelitinya.

“Apa yang Papa nak Ringgo buat pasal pelajaran tadi?” Tanya Ringgo semula.

“Papa dah jumpa seorang pelajar yang bagus dan boleh mengajar dengan baik. Prof. Husaini yang rekemankan. Tapi feedback dari dia tak begitu baik. Mungkin dia takut untuk mengajar kamu”

“Nanti Ringgo cari sahaja kawan-kawan yang Ringgo yang bagus dalam akedemik untuk ajar Ringgo.”

“You can do that, tapi kamu tak akan dapat guru dan mentor yang terbaik. Or else dia pulak yang terpengaruh dengan sikap kamu. Find the best tutor, please!. Kalau tidak sia-sia sahaja Ringgo habiskan masa untuk belajar. Papa nak result yang bagus semasa Ringgo graduate nanti. Kalau Ringgo gagal, prepare yourself untuk bekerja di Ladang Purnama. Jaga sawit, pokok jagung dan pelihara lembu dan kambing”

“Papa kan tahu, Ringgo tak sukakan pertanian. Kotor dan busuk. Kalau Papa dah bagi assignment macam tu kat Ringgo. Ringgo akan pastikan budak tu nak mengajar Ringgo”

“Nama budak perempuan tu Atikah. Junior dari kamu, tapi dah tersenarai sebagai calon untuk dean list. She’s tough. Good luck to you untuk pujuk dia”

“Ringgo terima cabaran Papa!”



Ringgo berdiri dengan merapatkan badan ke dinding. Dua orang rakannya bertinggung sambil memerhatikan orang yang lalu-lalang.

“Lu tunggu sapa Bro, dekat lima belas minit dah ni. Perut aku pun dah bernyanyi ni” Zack bersuara sambil mengurut perut.

“Kalau dah lapar, pergi jer ke kantin. Aku tak mintak pun korang tunggu sekali!”

“Sebenarnya Bro, kami nak tahu jugak awek mana yang lu nak tackle kali ni. Dari semalam lagi gua nampak lu cari detail budak ni dalam net” Ujar Bandi, yang duduk bersebelahan Zack.

“Sebenarnya aku pun heran, kalau ikutkan semua kelas dah habis waktu ni. Kenapa minah ni tak keluar-keluar dari dewan kuliah”

“Lu sure ke ni kelas dia. Ada lu nampak dia masuk kelas?”

“Ada. Aku pasti sebab aku dah contact classmate dia, Adi tadi”

“Kenapa lu tak terjah masuk jer kelas tu. Mungkin dia tengah ada aktiviti dengan boyfriend kat situ”

“Hmmm…” Ringgo terus menapak ke arah dewan kuliah.



Gedegang!!!!

Pintu dewan kuliah terbuka luas dirempuh Ringgo. Tiga orang pelajar perempuan yang masih ada di situ terkejut dengan kehadirannya.

“Siapa Atikah ?” Soal Ringgo ke arah mereka bertiga.

“Saya Atikah, Kenapa cari saya?” Soal Atikah.

“Saya ada hal nak bincang dengan awak”

“Sekarang saya tak senang. Ain dan Filzah ni tengah belajar dari saya. Tolong bagi saya habiskan kelas ni dan pergi lunch dulu. Then baru kita bincang.”

“Sombong betul awak ni. Saya tak minta masa berjam-jam pun. Lima minit pun tak sampai kalau awak nak dengar apa yang saya nak cakap!” Ringgo mulai meninggi suara.

“Siapa yang nak jumpa siapa sekarang?. Saya dah janji nak mengajar mereka berdua sekarang, dengan awak saya tak ada appoiment apa-apa. So, kalau awak nak bincang, kena la tunggu. Kalau tak, saya tak nak dengar apa-apa!”

Ringgo mendengus sebelum keluar dari dewan kuliah tersebut.

“Kau ada apa dengan budak Ringgo tu. Sanggup dia tunggu kau kat luar” Ain bertanya.

“Tadi kau berdua janji nak belajar kan, so belajar la. Jangan ambik port sangat hal aku dengan mamat tu” Tingkah Atikah.

Atikah melangkah keluar dari dewan kuliah setelah hampir sejam mengajar tadi. Kelihatan kelibat Ringgo yang tidur di bangku berhadapan dewan kuliah itu.

“kau nak kejut ke tak Mamat tu” Tanya Filzah. “Kesian aku tengok dia menunggu. Kalau dia tunggu aku macam tadi, dah lama aku batalkan kelas tau”

“Korang berdua jangan nak mengada-ngada. Ni hal aku dengan dia. Korang ke kantin dulu, kejap lagi aku menyusul.”



Atikah menarik turun kaki Ringgo dari bangku dengan menolak kasutnya jatuh ke lantai. Ringgo yang terkejut dengan tindakan itu tiba-tiba terjaga.

“Dah habis, boleh bincang?” Soal lelaki tersebut yang masih mamai.

“saya nak lunch dulu, lapar” tegas Atikah.

“Saya join sekali boleh tak. Saya pun dah lapar”

“Kalau kita makan semeja, tak lama lagi hebohlah satu kolej yang saya ni girlfriend awak yang terbaru!. Saya nak gi makan dengan Ain dan Filzah. Saya kejutkan awak ni pun pasal takut awak sedar-sedar nanti dah tengah malam. Bukan ada orang pun kat sini nanti”

“Awak tau ke apa yang saya nak bincang dengan awak?”

“Saya dah dapat agak apa yang awak nak. Cuma saya kena jelaskan pada awak masa kita bincang nanti”

“Betul awak tak nak lunch dengan saya. Kita boleh terus bincang”

“Saya lunch dengan Ain dan Filzah sebab diaorang nak belanja. Awak makan dulu sorang-sorang. Tapi saya pasti akan ada yang join awak makan nanti!” Jelas Atikah sambil berlalu.

“Betullah cakap Papa. Minah ni memang keras kepala!!”

“Kenapa kau tak ajak mamat tu makan sekali. Bukan senang nak semeja dengan mamat hensem tu” Filzah merengek sebaik melihat Ringgo duduk berseorangan di meja yang agak jauh.

“Kau jangan gedik sangat boleh tak Pizah. Putus selera aku karang tengok kau merenyam dengan mamat tu kalau dia semeja.” Tegas Atikah.

“Kau ni kan Tikah, dah sampai tahap mak nenek tau. Garang kau, tegas kau. Semacam jer. Siapa lelaki malang yang nak jadi laki kau nanti” sindir Ain pula.

“Ai..ke situ pulak. Aku tegas pun hal-hal pelajaran jer. Kena disiplin sikit. Laki aku nanti aku jaga la dengan kasih sayang” balas Atikah.

“Tengok tu, Suria dan Hana dah duduk dengan mamat tu. Rugi kita tau” Filzah menjuih bibir ke arah meja Ringgo. Dua orang gadis membawa tray makanan mereka ke situ untuk makan sekali.

“Tokey besar tu. Takkan diaorang tak nak try?” Ain pula mengata.

“Korang berdua ni, depan rezeki pun nak mengumpat lagi! makan ajelah. Biarlah apa yang diaorang nak buat pun.” Tegas Atikah.



“Dah sedia untuk bincang?” Ringgo menghampiri meja Atikah.

“Hmm.. Kita ke bangku rehat tu” Atikah menunjukkan ke arah tempat rehat di hadapan kantin.

“Nak ikut” Filzah bersuara manja. Atikah memandang dengan mata yang membulat.

“Eleh..tak bagi ikut pun tak apa. Kami balik balik dulu” Rajuknya.



Ringgo duduk berhadapan dengan Atikah. Matanya memandang tepat gadis yang bertudung biru itu. Atikah pula yang berasa kurang selesa.

“So, tadi kata dah faham tujuan saya panggil berbincang ni. Apa keputusan awak?” Soal Ringgo.

“Sebenarnya saya mengambil keputusan tak mahu mengajar awak, terlalu berisiko untuk saya”

“Maksud awak?”

“Awak tak pernah fokus dalam belajar. Masa depan awak pun dah jelas, mewarisi legasi perniagaan ayah awak. Apa yang perlu sangat dengan akedemik awak tu. Lagipun pencapaian awak dalam bidang sukan pun baik juga. Kalau awak maintain minimun efford dalam akedemik pun dah cukup untuk survival di universiti ni. And awak ada ramai kawan lelaki dan perempuan untuk untuk bantu awak dalam hal akedemik”

“Wow..sampai ke situ penilaian awak. Sayangnya, tanggapan tu tak sama dengan apa yang Papa saya mahukan. Dia nak saya turut cemerlang dalam akedemik. Keluar dari Universiti ni dengan result yang paling baik, at least tidak mengecewakan dia. Dan awak adalah calon terbaik untuk jadi tutor saya. Offer Papa saya taklah teruk sangat kan.”

Offer Papa awak tu memang sangat baik. Tapi saya terpaksa tolak sebab saya tak mampu nak tolong awak!” Tegas Atikah. “Please carilah orang lain!”

“Apa yang perlu saya buat untuk awak terima saya. Please tell me. Nak tambah upah ke, nak buat agreement ke atau apa lagi?” Rayu Ringgo.

“Tolonglah awak. Jangan buat saya macam ni. Hanya pelajaran ni sahaja harapan saya untuk tolong family. Saya tak nak apa yang saya usahakan ni gagal di tengah jalan. Macam-macam boleh berlaku kalau saya jadi tutor awak”

“Awak takut jatuh hati dengan saya rupanya!” Ringgo membuat tafsiran. Kenyataan yang turut membuat Atikah tersentak.

“Bukan macam tu. Banyak perkara lain lagi. Saya harap awak faham!” Atikah bangun sambil menjinjing begnya. Matanya mulai kemerahan.

“Mencabar sungguh perempuan ni. Tak pernah aku kena tolak macam ni” Getus Ringgo.



Petang itu, seperti biasa, Ringgo dan kawan-kawannya menghabiskan masa di tepi padang. Mereka menunggu untuk perlawanan sebentar lagi.

“ Lu kenapa Bro. Monyok je dari tadi?” Bandi menegur. Susah untuk dia melihat rakannya itu bermuram.

Ringgo hanya senyap dan tersenyum. Pandangannya dilemparkan jauh ke tengah padang.

“Kalau hal awek, kena la sabar sikit. Sekejap lagi sampailah si Arianna tu” Zack pula mencelah.

“Bukan hal Ariannalah. Ni mesti kes dengan cikgu tutor tu”

“Cikgu Tutor yang mana pulak?” Arianna yang baru tiba mencelah.

“Cikgu Tutor yang bernama Atikah tu tak nak mengajar Si Ringgo!. Itu yang jadi semacam je tu” Jelas Bandi lagi.

“ Korang semua. Jangan buat hal ni jadi serabut, boleh tak. Hal aku, bagi la aku yang settle, Okey” Bentak Ringgo. Semua yang ada terdiam.



Atikah menghirup air bandung yang dipesannya tadi. Ain pula mahu menikmati air kelapa. Mereka berdua singgah di warung itu itu menghilangkan dahaga selepas penat berjogging tadi. Tiba-tiba sahaja Ariana muncul di hadapan mereka.

“Boleh aku join tak?” Tanya Arianna. Tanpa menunggu jawapan dia terus duduk.

“Dengar sini Cikgu Atikah. Boyfriend aku dah buat hal gara-gara kau tak nak jadi Cikgu dia. Boleh aku tahu kenapa?” Soalnya sebaik duduk.

“Cik Arianna kena faham. Kalau saya ambik si Ringgo tu jadi student saya. Cik Arianna dah tak ada boyfriend tau” Perli Atikah. Ain menelan air liur menahan tawa. Riak muka Arianna yang kemerahan itu langsung tidak mengundang rasa takut.

“Tak ada siapa yang boleh rampas Ringgo dari aku. Cuma aku nak ingatkan kau. Terima sahajalah offer Papa Ringgo tu. Bukan apa pun. Kalau kau ajar sikit-sikit pun tak apa. Yang lain bagi aku sendiri yang ajar Boyfriend aku tu!”

“Ai, Macam tu pulak?. Kalau begitu kau ajelah yang ajar. Tak payah nak libatkan aku. Okey” tingkah Atikah.

“Kau tahu kan yang Papa dia nakkan kau yang mengajar. So buat sajalah. Kau tu pun bukannya orang senang. Orang nak offer duit, ambil sajalah” Marah Arianna.

“Aku mengaku aku orang susah. Tapi aku masih lagi ada harga diri. Biar aku tak makan tak apa, jangan sampai aku sekeluarga makan duit haram” Atikah menjawab dengan nada yang agak tinggi.

“Susahlah kalau bercakap dengan orang yang tak boleh fikir ni!” Arianna bangun dan bergerak ke keretanya.

“Sabar Beb. Kau buat benda yang betul” Ain menyokong tindakan Atikah.



Ringgo menepuk belakang Bob yang asyik mengadap skrin Komputer. Bob yang terkejut cepat-cepat menekan butang pause bagi menghentikan game yang sedang dimainkannya.

“Woit, datang tak bagi salam. Bagi aku terkejut jer. Mujur tak habis lagi game ni.” Luah Bob yang memusingkan kerusi sandarnya menghadap kea rah Ringgo.

“Apa yang aku mintak tu ada tak?”

“Kalau kau bagi assignment kat aku, gerenti beres. Tapi, apa yang kau nak buat dengan info ni?”

“Yang tu kau tak perlu tahu. Ambik upah kau ni dan bagi aku benda tu” Ujar Ringgo yang menghulur lima keping note RM 100 kepada Bob.

“Yang ni aku suka berniaga dengan kau ni” Ucap Bob sambil mengira wang ditangannya dengan senyuman.

“Ingat janji kita. Hal ni antara kau dan aku je yang tahu tau” Pesan Ringgo berulang kali.



“Sungguh kau nak buat macam tu?” Zack bertanya seakan tidak percaya.

“Aku tak mahu malu dengan Papa sekali lagi. Tak salah nak buat macam ni kan?” Ringgo memegang kotak ditangannya kemas-kemas.

“Kau nak kami ikut tak?” Tanya Zack lagi. “ Bob dah bagi apa yang kau mintak?”

“ Korang stay sahaja kat sini. Hal ni tak membabitkan korang pun. Apa yang aku nak Bob dah bagi. Cuma aku taknak korang pecah lubang dah la”

“setakat ni aku dan Bandi je yang tahu. Kalau sampai ke telinga Arianna, masak kau dibuatnya nanti”

“ Sebab tu aku nak korang tutup mulut. Biar pecah perut, jangan pecah di mulut” Ringgo mengingatkan dengan serius.

“Ini melibatkan masa depan lu dan masa depan budak tu tau. Lu fikir masak-masak sebelum buat tau” Zack sekali lagi bersuara.

“ Aku janji, aku takkan susahkan korang”



Teksi yang membawa Ringgo dipandu perlahan melalui jalan kampung. Kiri dan kanan jalan dipenuhi pokok-pokok kelapa. Rumah-rumah tradisional dan moden kelihatan di sepanjang jalan. Ringgo turun seketikan di sebuah gerai bagi bertanyakan lokasi tempat yang hendak ditujunya sebelum meneruskan perjalanan.

Dia menepuk belakang pemandu teksi bagi memberitahu lokasi yang mereka telah tiba di lokasi yang dituju. Ringgo turun dan memberi salam. Seorang kanak-kanak lelaki keluar menjawab salam sebelum masuk semula ke dalam rumah. Seorang perempuan separuh baya pula keluar dengan diiringi kanak-kanak tadi.

“ Encik cari siapa?” tanya perempuan separuh umur tadi.

“Saya mencari rumah puan Asiah Binti Osman” Ringgo menjawab.

“Sayalah orangnya” Akui Makcik Asiah.

“Kalau begitu saya tak salah tempat. Saya Syed Muslim, kawan kepada Atikah, anak makcik” Jelas Ringgo.

“Laaa..Atikah tak ada beritahu apa-apa pun. Tiba-tiba sahaja kamu dah sampai.”

“Sebenarnya dia pun tak tahu saya nak ke sini. Cuma saya nak minta izin nak bermalam semalam dua di rumah Makcik. Ada sikit tugasan saya yang melibatkan kawasan kampung. Lepas tu, saya akan balik semula ke Universiti” Jelas Ringgo.

“Kalau macam tu tak apa lah. Kamu masuk dulu. Kejap lagi adik Atikah yang nombor dua tu balik dari kerja, kamu berbual-buallah. Cerita hal kamu dengan dia. Makcik ni orang kampung, tak berapa nak faham”

“Baiklah. Terima kasih Makcik”



Ringgo duduk di ruang tamu di rumah yang serba sederhana. Beg yang dibawanya diletakkan bersebelahan. Kanak-kanak yang menyambutnya tadi menatang dulang dengan secawan kopi dan ubi keledek goreng diatasnya.

“Syed minumlah dulu. Kejap lagi Aidil sampai.” Makcik Asiah melaung dari dapur.

Adil memandang Ringgo dari atas ke bawah dari tadi. Adik-adiknya dari mencuri-curi untuk melihat wajah lelaki yang dikatakan kawan kakak mereka.

“Itu boyfriend Along ke?” terdengar satu suara kanak-kanak perempuan sebelum disuruh senyap oleh seorang lagi.

“Adik-adik saya nakal sikit. Diaorang hairan sebab Along tak pernah bawa lelaki datang rumah” Adil menjelaskan. Dia pun hairan sebenarnya akan tujuan Ringgo berkunjung ke rumahnya.

“Abang sebenarnya nak rasa suasana kampung. Ada assignment yang abang perlu buat berkenaan kampung ni. Sebab tulah abang ke sini” Jelas Ringgo yagn menyembunyikan niat sebenarnya. “Jangan beritahu Along kamu dah lah”

“Saya tak berani sangat Bang nak berahsia dari dia. Teruk kami dikerjakannya nanti” Aidil masih takut-takut dengan saranan Ringgo tadi.

“Apa-apa nanti bagi abang yang tanggung. Berapa lama dah ayah kamu meninggal?”

“ dah lebih sepuluh tahun. Dulu, Along dan Maklah yang berniaga dan bekerja untuk menyara kami sepuluh beradik. Bila Along dapat masuk “U” dan Aidil habis sekolah, Aidil pulak yang tolong.”

“Kamu la yang hantar belanja untuk Along kamu?”

“Taklah, Along sebenarnya yang selalu bagi kami belanja. Duit biasiswa dia banyak” Ringgo mula dapat membaca kenapa Atikah betul-betul menjaga pencapaian akedemiknya. Dia tidak mahu kehilangan biasiswa yang diterimanya selama ini kalau gagal dalam pelajaran.

“Along kamu perangai macam mana?” Tanya Ringgo untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Atikah.

“Along kami tu baik sangat orangnya. Sangat bertanggungjawab kepada kami semua. Kalau dia cuti, dia akan pantau pelajaran kami, solat kami dan semua perkara yang kami buat. Tapi kalau dia dah ke kolej, Adik kami yang nama Amy tu akan whatapps bagi laporan. Dia tu tak makan rasuah. Apa yang kami buat dia akan cerita” Jelas Aidil sambil menunjuk ke arah adiknya yang bersembunyi di balik pintu.

“Along kamu tu ada boyfriend tak?” Aidil tersenyum mendengar soalan dari Ringgo.

“Abang ni macam nak selidik pasal Along jer. Kalau Aidil cerita nanti, mesti Along mengamuk sakan”

“Ini rahsia antara kita jer. Along tak akan tahu. Lagipun Abang ni kan kawan dia, serba sedikit tu kenalah juga tahu pasal dia” jelas Ringgo.

“Along tak pernah ada Boyfriends. Orang yang nak dia ramai, sebab dia cute. Yang masuk meminang pun ramai, tapi semuanya Along tolak. Dia nak jaga kami semua dan Mak dulu, lepas tu baru fikirkan hal dia”

“Kalau Abang lepak di rumah ni dua tiga hari boleh tak?” Aidil menyuarakan hasratnya sekali lagi walaupun Makcik Asiah sudah bersetuju.

“Kalau Mak Ok. Kami ikut jer” Balas Aidil.



Tiga hari dua malam, waktu yang diperuntukkan Ringgo untuk menyiasat kehidupan Atikah. Dia tidur sebilik dengan Aidil dan adiknya Ilham. Masanya banyak dihabiskan dengan melewati kawasan kampung dengan lensa kamera. Minat yang baru diceburinya. Itu pun setelah meminjam kamera dari Bob. Bob jugalah yang mendapatkan alamat rumah Atikah. Banyak perkara dan pengalaman baru yang dirasai Ringgo.

Rasa kagum dan insaf saling berbaur melihat kehidupan keluarga Atikah. Sebagai anak tunggal, Ringgo mula merasakan keseronokan mempunyai adik-adik dengan pelbagai karenah. Semua adik-adik Atikah pun mulai mesra dengannya. Selain disiplin belajar, disiplin beragama juga kukuh diamalkan oleh keluarga ini. Ringgo diangkat sebagai imam jika mereka berjamaah di rumah.

Dari niat mahu mencari kelemahan dan mengumpan keluarga Atikah, kini timbul hasrat untuk menjadi sebahagian dari keluarga ini. Dia juga mahu keluarga yang besar supaya tidak bosan semasa tua nanti. Harta kekayaan yang ada pun tidak terbanding dengan kasih sayang dan ikatan kekeluargaan. Papa dan Mamanya pun mungkin lebih suka dengan keluarga yang besar. Ringgo mula menanam azam baru.



“Apa?” suara Atikah separuh menjerit di hujung talian. Semua cerita berkenaan Ringgo di rumahnya sudah sampai ke telinganya. Makcik Asiah mengalihkan telefon kepada Aidil untuk membuka pembesar suara.

“Kenapa bagi orang yang kita tak kenal tumpang rumah kita?” soal Atikah lantang. Dia dapat mengagak apa tujuan Ringgo ke sana.

“Syed Muslim tu kawan Along kan?” Aidil bersuara.

“Tak kisahlah kawan along ke sapa? Jangan suka-suka buat macam ni”

“Dia pun dah balik pagi tadi. Cuma satu perkara dia nak pastikan” Aidil menyambung.

“Aih, tak cukup ke dia menyusahkan Along. Sekarang nak susahkan keluarga kita. Kenapa tak cerita awal-awal kat Along”

“Bukan macam tu Along. Dia kata dia nak datang lagi. seronok sangat dia kat sini”

“Minta dia tak payah datanglah. Rumah kita bukan ada apa pun. Kalau Along tahu, awal-awal lagi Along bantah dia menumpang di rumah”

“Dia bukan nak datang seorang, ramai yang dia nak bawak”

“Haah ramai. Mana cukup nak duduk kat rumah tu. Kita semua pun dah penuh…Ish mengarut sungguh Si Ringgo ni” Leter Atikah.

“Bukan macam tu Along, Nanti dia datang nak bawak rombongan meminang Along!!”

“Apa?” Suara Atikah terhenti setakat itu.



Sudah beberapa kali dia menoleh kearah jam ditangannya. Jangan-jangan aku ditipunya untuk membalas apa yang aku buat selama ini, bisik atikah di dalam hati. Pandangannya dialihkan ke arah tasik. Kali ini dia yang mengajak Ringgo berjumpa di tasik itu.

“Maaf, saya lambat. Ramai customer kat kedai tadi.” Ringgo yang baru sampai mencungap, seolah baru berlari seratus meter. Keretanya dipakir tidak jauh dari situ.

“Saya minta maaf sebab terpaksa curi masa berniaga awak. Saya harap hal kita selesai di sini. Saya tak mahu awak melibatkan keluarga saya lagi. Offer Papa awak saya terima. Insha Allah saya akan bahagikan masa untuk mengajar awak”

“ Berat rasanya awak nak buat keputusan ni. Kenapa awak berubah fikiran?”

“Saya terpaksa buat keputusan ni…. Orang macam awak tak akan putus asa selagi apa yang awak mahu tak dapat kan…so, saya dah senangkan kerja awak. Beritahu Dato’ yang saya akan mula menjadi tutor awak minggu hadapan. Jadual untuk awak belajar saya akan draf nanti. Please Ringgo, lepas ni jangan libatkan keluarga saya dalam apa-apa hal pun.”

Atikah mengambil tempat duduk di bangku yang menghadap ke tasik. Dia mengesot sedikit selepas Ringgo turut duduk bersebelahan.

“Sebenarnya, saya ke rumah awak dengan niat untuk mencari kelemahan awak dan mengugut awak untuk terima cadangan Papa saya. Saya tak mahu kalah dengan Papa sebab saya dah janji nak pastikan awak yang akan mengajar saya… dan rasanya saya berjaya.” Akui Ringgo.

“Cuma apa yang saya nampak semasa tinggal dengan family awak, bukanlah kelemahan awak, Tapi kekuatan yang tak ada pada orang lain. Itu buat saya kagum. Dan keluarga awak buat saya rasa apa yang saya hilang selama ini. Kesenangan yang saya ada hanya buat saya hidup dalam kesunyian. Kawan-kawan dan awek yang datang pun disebabkan harta dan perniagaan yang saya ada. Kalau hilang semua tu, diaorang pun akan turut hilang. Tapi keluarga awak, bahagia sangat walaupun banyak kekurangan. Masing-masing penuh dengan rasa hormat dan kasih sayang” Ucap Ringgo yang memandang tepat ke arah Atikah.

“Boleh tak awak kongsi kegembiraan itu dengan saya?”. Soalan Ringgo yang membuatkan Atikah kelu untuk menjawab.

“Saya janji yang saya akan sara keluarga awak dengan apa yang saya ada”

“Macam ni lah awak. Saya dan family dah hidup macam ni sekian lama. Apa yang awak tengok tu adalah hasil didikan mak dan ayah saya. Saya tak nak adik-adik saya lalai kalau dimanjakan sangat dengan harta benda. Selama ini kami kuat kerana cabaran yang ada dalam kehidupan kami sekeluarga.”

“Kalau macam tu, saya mahu menumpang hidup bersama awak, dengan cara awak. Boleh tak?” Pinta Ringgo. Wajah gadis dihadapannya ditenung dengan penuh harapan.

To be honest. Saya masih konfius lagi dengan apa yang berlaku sekarang ini. And for your request, kita ada one whole semester untuk buat keputusan!!. Sekarang saya dah officially tutor awak, so by end of this semester, baru kita akan tahu apa resultnya kan”

Ringgo terdiam seketika. Atikah memang keras kepala dan tetap dengan pendiriannya. Cuma peluang untuk dia masih terbuka. Sekurang-kurangnya dia ada banyak masa untuk mengenali isi hati Cik Tutor yang duduk disebelahnya itu.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Zhar Aruzi Hairi