Cerpen : WNT 143
Oleh : Isha Idiaz
*****
MUKA
ni yang paling aku malas nak hadap sepanjang aku hidup dua puluh lapan tahun. Tak ada ke muka mamat lain yang lagi handsomedaripada muka dia ni? Aku ukir
senyum segaris bila nampak dia melambai-lambai tangannya dari jauh. Lambaian tu
memang bukan untuk orang lain melainkan untuk aku yang dah lama duduk tersadai dekat
kedai mamak ni dekat sepuluh minit tunggu mamat seorang ni.
Dia berlari-lari kecil datang ke
arah aku. Aku rasa macam nak jerit dari jauh, janganlah datang dekat aku. Sebab
kaulah, tak ada lelaki nak dekat aku ni. Tapi mulut aku macam kena gam. Aku
tetap senyum sampai dia tarik kerusi depan aku dan duduk.
“Hah, awal kau sampai.” Ayat ni pun
aku dah biasa dengar dan aku dah hafal. Hati aku menjerit nak cakap, pleasebagi aku ayat lain.
“Aku datang macam biasa. Kau tu yang
lambat,” tulah ayat yang keluar daripada mulut aku. Dia sengih mintak simpati.
Gelas aku yang berisi air teh tarik, dia tarik bawa depan dia dan dia sedut sampai separuh.
Aku besarkan mata pandang dia.
“Sikit je pun. Tu pun nak berkira,” tu kata dia.
Aku tarik balik gelas, miringkan sedikit,
tengok berapa banyak lagi air aku yang tinggal dalam gelas besar tu. Dia pulak
senyum macam biasa.
“Kau tahu tak, perangai kau ni memang
tak pernah berubah dari dulu Wan,” aku berkata seolah-olah aku memang kesal
dengan perangai dia yang suka minum air aku sesuka hati. Dia bukan tak tahu aku
ni jenis yang tak boleh nak share
gelas dengan orang.
“Mamak, teh tarik dua,” dia jerit
sekuat hati. Saja nak bagi aku dengar perkataan dua tu bagi jelas. Konon macam
dia ganti baliklah air aku yang dia dah sedut separuh gelas tadi. Mamak tu pula
pandang aku pelik semacam, macam aku ni alien yang baru turun dari angkasa
lepas. Bukan aku yang ordersampai
dua teh tarik tu. Mamat tamak depan aku ni yang order.
“Apasal
kau ajak aku jumpa?” soal Wan terus kepada pokok perbincangan. Aku main tolak straw dalam gelas ke kanan dan kiri. Nak
cakap ke tak nak cakap? Tak nak cakap nanti, takut bila dia tahu daripada orang
lain dia mengamuk pulak.
Aku tarik nafas dalam. Aku kena
beritahu dia juga. “Aku dah jatuh cinta Wan.” Dan waktu tu, aku tengok mulut
dia terlopong pandang aku dengan pandangan kau-biar-betul?
AKU dengan
Wan bercinta? Tak mungkin. Aku kenal dia daripada aku kecil. Aku masih ingat
masa aku jatuh waktu senaman, dia yang tolong lap darah dekat lutut aku. Bila
aku menangis, dia yang kesat hingus aku yang meleleh keluar waktu tu. Tu belum
masuk bila aku lupa bawak buku teks, dia bagi pinjam buku teks dia dekat aku
sampai dia pulak kena rotan dengan cikgu. Aku dengan Wan dah macam adik-beradik.
Antara kami tak ada rahsia.
“Kau suka lelaki macam mana Tia?”
soal Wan satu hari pada aku.
Aku pandang Wan dengan wajah serius.
Tiba-tiba keluar soalan macam ni. Waktu tu, kami tengah jalan-jalan di gigi
air. Konon nak tengok sunsetsama-sama.
“Yang penting bukan lelaki macam
kau,” ujar aku selamba sambil sepak cangkerang macam nak jaringkan gol bola
sepak.
Waktu tu dia pandang aku, diam tiga
saat dan dia ketawa. Aku pun ketawa sama. Sebab pada aku, jawapan tu jujur.
Kalau aku nak pilih kekasih, aku tak nak yang macam Wan ni.
“Sebab apa kau tak nak yang macam
aku?” Giliran dia pula sepak cangkerang tadi. Dia sepak sekuat hati. Sampai dua
tiga cangkerang lain ikut sama terpelanting jauh dari kami.
Giliran aku pula yang diam. Aku tak
tahu nak jawab apa. Wan ni bukan tak kacak. Malah, kalau letak sepuluh lelaki
kacak dekat Malaysia ni, aku rasa dia lelaki yang paling kacak yang pernah aku
tengok.
“Sebab kau ni over sensitive. Tengok cerita Hindustan pun nak menangis bagai nak
rak.” Aku dah bersedia nak lari sebelum aku kena tibai dengan pelepah kelapa
yang Wan usung dari tadi. Aku tahu Wan paling tak suka kalau aku sebut dia
menangis bila tengok cerita Hindustan. Tapi betul. Aku ingat lagi waktu kami
lepak tengok cerita Kuch Kuch Hota Hai, Wan menangis lagi teruk daripada aku.
Sampai hujung-hujungnya, aku yang terpaksa belikan aiskrim untuk dia sebab nak
pujuk dia punya pasal.
Nasib baik juga aku ni pelari pecut
sekolah. Sempat jugalah aku lari dan menjarakkan diri 50 meter dari Wan yang
masih lagi standby nak belasah aku
pakai pelepah kelapa. Aku cuma ketawakan dia.
Macam itulah kami. Sebelum balik tu,
sempat Wan tarik aku pakai pelepah kelapa tu bawak betul-betul depan gigi air
dan kami sama-sama duduk pandang matahari yang mahu meninggalkan siang.
“Betul kau tak suka aku Tia?” soal
Wan sekali lagi. Kali ini aku dengar intonasi suaranya macam lain sedikit dari
tadi.
Aku tak terus menjawab. Aku ambil
ranting pokok yang patah dan aku tulis nama Wan atas pasir. Aku tulis nama aku
bawah nama Wan. Dan tak lama lepas tu, ombak datang. Nama Wan yang aku ukir
tadi hilang. Tinggal nama aku seorang atas pasir tu.
Aku pandang Wan sambil tersenyum.
“Kau tengok Wan, ombak pun tak suka dekat kau. Selamba je dia padam nama kau. Padahal tadi aku nak cakap, aku suka jugalah
dekat kau. Ombak pun tak setuju kalau kita bersama.”
Aku tengok wajah Wan terus berubah.
Dia senyap tak cakap apa lepas tu. Aku pun diam. Tak berani nak cakap apa.
Takut nanti Wan bagi aku soalan lagi serius daripada dekat pantai tadi.
WAN
tutup mulutnya yang ternganga bila dengar aku cakap aku cinta dekat seseorang. Dia luruskan badan dan sandar pada kerusi.
Matanya yang dah sedia sepet, dia kecilkan lagi. Pandang mata aku dalam-dalam.
“Siapa?” soal Wan tiba-tiba.
Aku sedut air teh tarik tadi dua
kali. Bagi tekak ni basah sikit. Rasanya menghadap ayah aku beritahu aku dah
ada calon menantu untuk ayah lagi baik daripada aku menghadap Wan beritahu
benda ni. Menyesal pun tak guna dah sekarang ni. Gaya Wan dah macam Detective
Conan dah aku tengok.
Aku telan liur. Tiba-tiba aku jadi nervous yang amat. Aku kumpulkan balik
tenaga yang aku dapat dari minum dua sedut teh tarik tadi. Gula sekarang mahal.
Untung mamak ni buat teh tarik masih manis.
“Budak tempat kerja aku,” akhirnya
aku bersuara. Malas nak tahan cerita lama-lama.
“Doktor?” Wan tanya lagi. Hah. Ni
aku tak suka. Aku beritahu sikit dia nak suruh aku cerita banyak-banyak. Malas
nak cakap, aku angguk jedua kali.
Wan masih dengan wajah serius
pandang aku. Macam aku pesalah besar pula bercinta dengan mamat lain.
“Berapa lama dah kau kenal dia?”
soal Wan lagi.
Aku rasa tahap kesabaran aku macam
dah hilang melayan satu-persatu soalan Wan ni. Maka, aku pun sandarkan badan
dekat kerusi, pandang muka Wan, tenung mata dia dalam-dalam.
“Look
Wan. Aku kenal dia sejak aku jadi HO dekat hospital tu sampailah sekarang ni.
Dah lama aku berkawan dengan dia dan dia pun berkawan dengan aku. Sampailah
semalam dia cakap dekat aku, dia cintakan aku,” ujar aku sepatah sepatah supaya
Wan dengar penjelasan aku.
“Lelaki kau tak boleh percaya sangat
Tia,” Wan mengingatkan aku.
Aku angguk. Ya, memang betul cakap
Wan tu. “Tapi sampai bila aku kena duduk bawah ketiak kau je Wan? Sampai bila aku kena hidu bau Polo Black kau tu? Aku nak
juga bau Dark Obsession.”
Wan kuak anak rambut depan dia yang
jatuh ke dahi ke belakang. Keningnya bertaut rapat pandang aku. Aku harap Wan
dapat terima apa yang aku beritahu dia tadi. Kalau dia tak dapat terima pun aku
nak buat macam mana. Aku dah memang cintakan si Syed Fariq tu.
“Jadi sekarang kau nak cakap kau dah
bosan bau Polo Black aku ni? Atau kau nak suruh aku tukar pakai Dark
Obsession?” Kali ini Wan pula yang sedut air teh tarik mamak tu laju-laju.
Habis lagi separuh gelas.
“Kalau kau tukar sekalipun Polo
Black pada Dark Obsession aku tetap akan suka si Syed Fariq tu. Aku tahu aku yang
suruh kau pakai Polo Black tu dulu sebab aku suka bau dia. Tapi tu sembilan
tahun dulu Wan. Sekarang ni, kau boleh je
nak tukar pakai Armani Code ke, Boss ke.”
Wan bangun tanpa cakap sepatah ayat pun
dengan aku. Dia berjalan ke arah kaunter sambil hulur not dua puluh ringgit
pada mamak untuk bayar air teh tarik yang dia dan aku pesan.
“Keep
the change!” laung Wan dari jauh bila mamak tu kejar nak pulangkan duit
baki dia. Aku pula jadi macam orang bodoh pandang Wan pergi dan masuk dalam
kereta Toyota Vios dia dengan nombor pendaftaran WNT 123 tu. Lepas tu, kereta
tu pun laju je jalan tinggalkan aku
dekat kedai mamak ni seorang diri.
Sungguh,
tiba-tiba aku rasa Wan dah tak faham aku lagi. Tak macam dulu. Dia bukan macam
Wan yang aku kenal dulu.
“KAU
beli kereta baru ke Wan?” aku cakap dah separuh menjerit. Gembira macam apa
bila tengok Toyota Vios tu parking
depan rumah aku tiba-tiba. Aku ingat siapa datang. Mak ayah pun sibuk keluar
ingat siapa datang. Rupanya si Wan dengan kereta baru dia. Saja datang rumah
aku sebab nak berlagak katanya.
“Well.
Aku angkat satu yang barulah. Jemu pulak naik kereta lama tu,” ujar Wan sambil
buka pintu sebelah driver bagi aku
masuk. Aku pun dengan muka tak malu, masuk dalam kereta tu, duduk dah macam
kereta tu aku yang punya.
“Cantik,” komen aku sepatah. Aku
tengok Wan angkat kening double jerk.
Banggalah tu aku puji kereta dia cantik.
“Nak aku bawak jalan-jalan tak?” Wan
bagi cadangan tak bernas pada aku petang tu.
Aku geleng tanda tak setuju. Tapi
Wan cepat-cepat tutup pintu kereta dan dia dah duduk dekat tempat driver,dah siap-siap masuk gear reverse.
“Wan, kau ni kan. Selamba badak je kan nak usung aku ke sana ke mari
dengan kereta baru kau ni. Kau tengok tak aku pakai baju apa sekarang ni?” Aku
sendiri rasa malu berjalan pakai baju macam ni.
Wan toleh pandang aku dekat sebelah.
Dia ketawa kecil. Muka aku rasa macam dah kebas. Tak lama lepas tu, Wan cakap,
“Comellah tu pakai baju gambar beruang dengan seluar polka dot.”
Sebab aku pakai baju beruang dengan
seluar polka dot tulah, Wan tak boleh bawak aku merayau jauh-jauh. Wan kata dia
tak kisah je nak bawak aku pergi shopping malldengan baju macam tu. Tapi
aku yang menolak sebab malu. Tak ke haru bila aku jalan ke mall dengan baju macam tu dan lelaki dekat sebelah segak bergaya
dengan seluar slackdan kemeja hitam
dan tali leher merah.
Dan kami masih melepak dekat pantai
yang sama zaman kami budak-budak dulu. Tengok matahari terbenam lagi. Dah jadi
semacam tradisi aku dengan Wan pula bila datang ke pantai ni mesti nak tengok
matahari terbenam. Selagi tak tengok tak boleh balik.
“Kau cuba baca nombor plat kereta
aku tu,” ujar Wan sambil menuding jarinya pada plat hitam pada depan kereta.
Aku pandang dan ikut je permintaan Wan tadi. Aku sebut
satu-satu nombor plat kereta baru dia. “WNT 143,” ujar aku pelan-pelan. Wan
angguk.
“Kau tahu apa maksud dia?” soal Wan
pula. Gaya Wan bertanya dah macam pengacara rancangan Who Wants To Be A Millionair. Agak-agak kalau aku dapat jawab
soalan dia tu, dapat tak kereta Toyata Vios baru dia tu?
Aku geleng kepala. Angkat bahu. Ada
pulak nombor plat main maksud maksud pulak. Yang aku tahu, kalau kereta tak ada
nombor plat tu, maknanya kereta curi. Kalau tengah jalan kena tahan dengan JPA,
alamatnya, masuk lokaplah kau.
“WNT tu maksudnya Wan N Tia. 143 tu
maksudnya I Love You,” ujar Wan
dengan senyuman meleret pada bibir.
Waktu pertama kali aku dengar Wan
cakap ayat tu, aku rasa macam nak tersedak pun ya jugak. Aku tahu Wan ni memang
romantik. Tapi bab bab macam ni aku tak suka kalau dia buat main. Mata aku dah
bulat pandang Wan. Dia masih senyum tayang gigi dia yang putih.
“Kau mesti tak percaya kan?” soalnya
lagi dan membawa aku kembali ke alam nyata. Sebab tadi aku rasa aku baru je dengar alien macam cakap ayat yang
aku tak dapat nak digestdengan otak
normal aku ni.
Aku angguk dua kali. Kami tengok
matahari tenggelam dan Wan hantar aku balik. Sepanjang perjalanan kami
masing-masing diam. Yang aku dengar cuma lagu I Want To Spend My Lifetime Loving
Younyanyian Mark Anthonyyang
berkumandang dalam Toyota Vios tu. End of the story untuk hari itu.
PEDAL
minyak aku tekan sebaik sahaja aku dapat pesanan ringkas daripada Wan. Aku cuma
berharap aku dapat jumpa dengan dia sebelum dia pergi. Earbud aku sumbat dalam liang telinga. Aku tekan nombor Wan dan
talian bersambung. Cuma tunggu Wan terima sahaja.
Lampu isyarat menunjukkan warna
merah sebaik sahaja aku dengar suara Wan memberi salam ditalian. Rasa macam nak
menangis pun ada sekarang ni. Aku tengok jam pada dashboard. Dah pukul lima petang. Wan kata flight dia berlepas jam
lima setengah nanti.
“Kau memang tak nak bagi aku jumpa
kau ke apa?” hanya ayat itu yang keluar daripada mulut aku. Tangan aku dah mula
ketuk stering kereta. Geram lampu isyarat
ni tak bertukar-tukar warna. Cepatlah hijau!
Wan diam. Aku dengar dia mengeluh.
“Mana ada Tia,” ujar Wan lemah.
“Dah tu, kau beritahu aku last minute ni apa hal? Nak bagi aku
mati tengah jalan sebab nak bekejar ke airport
jumpa kau?” Aku tak tahu kenapa waktu tu aku dah tak boleh cakap manja-manja
macam selalu bila aku dengan Wan. Mungkin sebab aku tak pernah rasa Wan jauh
dari aku selama aku hidup dua puluh lapan tahun dekat muka bumi ni.
“Aku tak mintak kau datang Tia,”
ujar Wan dalam nada kesal.
Lampu isyarat akhirnya hijau. Aku
tekan pedal minyak. Kereta aku yang kecil ni berdesup laju atas jalan raya
mengalahkan kereta gah yang lain.
“Kau beranilah pergi tak jumpa aku
Wan. Aku sumpah tujuh keturunan kau akan rindu aku bila kau sampai dekat Paris
tu,” aku ugut Wan dengan ugutan yang entah apa-apa.
Wan diam dan memutuskan talian.
AKU nampak
Wan lambai tangan pada aku sewaktu melepasi pintu pemeriksaan imigresyen. Waktu
itu aku baru sahaja sampai di situ dengan nafas yang masih tecungap-cungap. Aku
nampak Wan cuba senyum pada aku.
Waktu itu aku rasa aku hilang Wan
buat selama-lamanya. Wan tinggalkan aku tanpa cakap apa-apa. Wan tak beritahu
aku kenapa dia nak pergi Paris. Wan tak beritahu aku kenapa dia beritahu aku
saat-saat akhir masa dia dah nak berlepas.
Aku tidak tahu sejak bila aku
menangis dan Wan jalan terus tanpa berpaling sekalipun untuk pandang ke arah
aku. Kejam sungguh Wan pada aku. Tiba-tiba aku rasa patella aku macam tak masuk
pada soket dia. Cepat-cepat aku cari bangku untuk duduk dan beristighfar di
situ.
Satu pesanan ringkas aku terima
daripada Wan yang buat aku rasa macam nak sambung marah pada dia macam masa aku
tengah memandu tadi.
Kau
tak sumpah aku tujuh keturunan pun aku tetap akan rindu kau bila aku sampai
dekat sana Tia. Jaga diri kau. Aku akan cari perfume paling mahal dekat sana supaya kau suka balik pada aku bila
aku balik dan jumpa kau nanti.
Aku
balas pesanan tu tapi sayang nombor Wan telah ditutup.
KALAU
dulu setiap kali tiba waktu petang, aku dengan Wan selalu habiskan masa
sama-sama duduk tepi pantai tengok matahari terbenam. Tapi sekarang, bila balik
kerja, aku cepat-cepat mandi dan naik atas katil siap sedia tutup tingkap
supaya aku tak tengok matahari terbenam lagi. Matahari terbenam buat aku rindu
pada Wan.
Aku selak balik album waktu aku kecil. Punyalah banyak gambar aku dengan Wan.
Gambar yang satu ni buat aku rasa Wan memang sayang betul dekat aku. Gambar Wan
gendong aku dekat belakang badan dia.
Aku ingat masa tu hari jadi aku yang
ke sebelas tahun. Masa tu ayah dengan mak buat majlis besar-besaran dekat
rumah. Wan datang. Biasalah, kalau namanya birthday
party adalah mak ayah buat gamesegala
bagai.
Maka, aku dengan Wan pun joinlah main kerusi beracun dengan
kawan-kawan yang lain. Nak dijadikan cerita, waktu aku nak duduk tu, kawan aku
tarik kerusi tu dan aku terduduk atas tanah. Soal kalah tu aku tak kisah sangat
sebab aku tahu kalau menang pun cuma dapat gula-gula. Tapi masa tu aku menangis
sebab aku malu aku jatuh atas tanah. Baju gaun aku warna pink cair yang
beropol-ropol tu kotor. Tak nak kawan-kawan ketawakan aku, aku menangis dekat
situ tak bangun-bangun. Aku cakap aku sakit. Tak boleh nak bangun. Dan masa
tulah Wan jadi hero, datang dekat
aku, lap air mata aku dan terus gendong aku belakang badan dia.
Aku tersenyum bila ingat balik
kenangan kami masa kecil. Entah bila pula aku rasa sarung bantal aku dah basah.
Rupanya aku menangis juga. Album tadi aku tolak ke tepi. Tangan capai kalender
di meja sudut. Aku masih menghitung hari bila Wan nak balik dari Paris. Sungguh
Wan jadi manusia paling kejam sekarang. Sudah satu tahun dua bulan aku tunggu
dia. Tapi tak pernah dia e-mail aku
beritahu macam mana khabar dia dekat sana. Dah dapat perfumeyang boleh ganti Polo Black ke belum.
MASUK
kali ini dah berapa kali Syed Fariq tu beritahu aku dia nak datang rumah jumpa
mak ayah aku. Aku pula dah berapa kali cakap aku tak bersedia lagi nak bawak
dia jumpa mak ayah aku. Hidup aku sekarang dah cukup serabut. Si Fariq tu pula
nak menambah-nambah keserabutan aku.
“Awak tak faham ke saya kata nanti
dulu,” ujar aku perlahan menahan sabar.
Syed Fariq sudah buat muka tak puas
hati. Aku dah agak dia akan meroyan sekejap lagi. Sejak aku dah lama kenal dia
ni, banyak perangai dia dah terserlah depan mata aku. Terutama sekali perangai
dia yang panas baran ni.
“Tunggu sampai bila Tia? Sampai ovum
awak dah tak boleh nak keluarkan telur lagi?” ujar Fariq yang kedengaran agak
kurang ajar bagi seorang perempuan yang belajar Biologi macam aku.
Aku rasa, memang setakat ni jelah hubungan aku dengan mamat muka
arab ni. Walaupun muka macam arab, tapi mulut tak ada lesen. Ada ke patut dia
cakap macam tu dekat aku? Dia tak tahu ke rezeki, jodoh, zuriat tu semua pemberian
Allah? Tak kira umur berapa pun, kalau Allah cakap Kun Fa Ya Kun, boleh jeaku ni nak mengandung walaupun umur
aku waktu tu dah empat puluh tahun.
Aku cepat-cepat bangun dan pandang
muka Syed Fariq. Air suam yang ada dalam gelas tu selamat aku simbah ke muka
Syed Fariq. Puas hati aku. Kalau boleh, nak
je aku suruh dia sedut air yang ada dalam kolam sebelah meja kami waktu itu
sampai kering.
Aku tinggalkan Syed Fariq tercengang
dan basah lencun bajunya di situ. Biar dia rasa. Selama ni aku sahaja yang rasa
bila dia tengking-tengking aku depan orang ramai kalau datang waktu marah dia
tu. Aku tersenyum puas. Tapi tak lama lepas tu, aku teringat balik pada Wan.
Wan tak pernah buat macam tu pada aku.
“Dah tak suka Dark Obsession?” tegur
suatu suara sewaktu aku melintas di hadapan salah sebuah kedai menjual pewangi
badan.
Suara tu macam aku kenal. Tapi bau
tadi tu bukan bau Polo Black. Aku mencari-cari tuan punya suara. Dan sekali aku
terpandang seseorang yang wajahnya tak pernah aku lupa.
“Tak nak cuba bau Armani Code?”
soalnya lagi dan melemparkan sebuah senyuman pada aku. Senyuman yang sama
seperti waktu aku masih kecil dulu.
Aku tak tahu nak cakap apa waktu
itu. Yang aku tahu, macam ada kuasa magnet yang sangat kuat yang membuatkan
kaki aku melangkah menghampiri lelaki itu. Sehingga aku berdiri betul-betul di
hadapannya.
“Bi-bila kau sampai?” soal aku
tergagap-gagap. Air mata yang aku cuba tahan sejak tadi tumpah lagi.
Dia hulur tisu. Belum sempat aku
ambil, dia dah lapkan air mata aku. Dia ajak aku duduk di kerusi panjang
berhadapan kedai itu. Aku pula tak menolak. Ikut sahaja ke mana dia nak bawa
aku.
“Dah cukup kan satu tahun, empat
bulan, tiga hari? Aku baliklah,” ujar Wan selamba.
Aku angkat kening. Tak faham ayat
Wan tadi. Ayat tu memang susah nak faham atau aku yang dah tak boleh berfikir
dengan rasional saat itu pun aku tidak tahu.
“WNT 143,” ujar Wan rendah.
Mengingatkan aku kembali pada nombor plat Toyota Viosnya.
“Apa kena mengena dengan nombor plat
tu?” soal aku pula. Seingat aku, dulu dia cakap 143 tu maksudnya I Love You.
“143 tu bukan maksudnya I Love You sahaja. Aku ingat nak
tinggalkan kau lama-lama supaya aku dapat berfoya-foya dengan minah saleh yang
cun melecun dekat sana. Tapi, bila aku fikir-fikir balik, kesian pula
tinggalkan kau lama-lama. Mana tahu kau rindukan aku. Jadi aku ambil keputusan,
cukuplah aku tinggalkan kau setahun, empat bulan, tiga hari ikut nombor plat
kereta aku tu,” ujar Wan panjang lebar.
Sungguh, aku tak percaya, ada lelaki
dalam dunia ni yang fikiran dia ke laut sampai macam tu sekali. Tapi memang
ada. Dan lelaki tu sekarang tengah duduk sebelah aku, tayang botol minyak wangi
Armani Code tu dekat aku.
“Wangi ke?” soal aku dua patah.
“Nak aku pakai ke?” soal Wan balik
pada aku.
“Tapi aku lagi suka kau pakai Polo
Black Encik Azwan. Serious bau kau
sekarang busuk gila. Minyak wangi apa kau pakai?” soal aku dan bangun
meninggalkan Wan di kerusi panjang itu.
“Hei Cik Atia. Tunggulah. Aku pakai
Armani Code kotsekarang. Ada ke kau
kata busuk? Membazir je aku beli
sebotol lagi Armani Code ni tau,” jerit Wan agak kuat sambil mencium bajunya. Aku
hanya tersenyum melihat gelagatnya.
©Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz