Cerpen : Bukan Cinta Biasa
Oleh
: Isha Idiaz
*************
DARRIS Eng memecut keretanya dengan
kelajuan 100km/j. Kereta proton perdana hitam itu membelah jalan raya dengan
megah. Semegah pemandunya yang cukup segak mengenakan kemeja putih dan slack
dengan warna yang sama. Tali leher bewarna hitam putih terlilit kemas di kolar
bajunya. Jam Rolex yang dipakai di pergelangan tangan kirinya dijeling sekilas.
Tujuh lima minit. Kelajuan kereta di tambah lagi dengan menekan pedal minyak.
Kereta Perdana itu terus meluncur laju di atas jalan raya.
Lagu Can’t Wait dendangan Yuki Hsu dan Yoo
Seung Jun bergema didalam kereta itu menandakan ada pesanan ringkas yang masuk
di dalam telefon bimbitnya.
Darris melihat sekilas telefon bimbit yang diletakkan di
tempat duduk penumpang disebelahnya. Pandangannya kembali menala ke hadapan.
Namun otaknya ligat memikirkan siapakah yang menghantar pesanan kepadanya
waktu-waktu sebegini. Dia baru sahaja pulang daripada pejabat. Mustahil jika
rakan sekerja yang menghantarkan pesanan kepadanya.
Sekali lagi lagu Can’t Wait bergema. “Siapa
pula ni. Sudah dua message yang masuk. Urusan pentingkah?,”
hati kecilnya tertanya-tanya. Kini fokusnya untuk memandu sudah lari. Dipandang
telefon bimbit itu sekali lagi. Dicapai dan di tekan butang buka untuk melihat
pesanan yang masuk sebentar tadi.
Di hadapan, kenderaan masih berhenti memandangkan lampu
isyarat masih menunjukkan warna merah. Pedal minyak dilepaskan sedikit
dan Proton Perdana itu meluncur perlahan dan berhenti di atas jalan raya.
Isyarat lampu kuning sudah menyala di lorong bertentangan memberi isyarat kini
pemandu-pemandu di lorong itu harus bersedia untuk berhenti. Namun, pedal
minyak dipulas dan motosikal itu memecut di lorong yang sama ketika lampu
isyarat sudah menunjukkan warna merah.
“Boooooom!!” Dilihat sekujur tubuh telah terlantar di
atas jalan raya berlumuran dengan darah. Pemandu kereta yang tadi disebelahnya
sudah keluar daripada kereta. Jelas, kereta itu yang melanggarnya kerana
percikan darah kelihatan di atas bonet Proton Waja putih itu. Bunyi hon
kedengaran daripada kereta yang bersusun-susun di belakangnya. Darris tidak
peduli. Pantas dia menarik break tangan dan bergegas keluar
daripada kereta.
Darris berlari menuju ke pemuda yang sedang terlantar di
atas jalan itu. Di pangku kepala anak muda itu di atas ribanya. Bercucuran
darah keluar daripada kepala pemuda tadi. Pantas Darris mengeluarkan sapu
tangan dari kocek seluarnya dan menekup kepala pemuda itu. “Telefon ambulans
cepat!” Darris memberikan arahan kepada salah seorang yang berdiri mengerumuni
pemuda itu. Lantas pemuda itu memegang tangannya.
“Bang, ajar saya mengucap bang,” pintanya penuh lirih.
Dilihat air mata menitis jatuh dipipi anak muda itu. “Tolong ajar saya
mengucap,” pintanya lagi.
Darris terdiam di situ. Bagaimana dia mahu mengajar jika dia
bukan seorang muslim. Dia tahu anak muda itu memerlukan seseorang untuk
mengajarnya. “Tapi abang bukan…” Kata-katanya terhenti di situ apabila
tiba-tiba muncul seorang gadis yang mengajar pemuda itu mengucap dua kalimah
syahadah.
Ikut akak sebut ni adik.
“Asyhadu Alla Ilaha Illallah wa Asyhadu Anna
Muhammadar-Rasulullah…” Gadis itu menyebut satu-satu kalimah syahadah. Pemuda
tadi dengan mudah mengikut kalimah syahadah yang diajarkan satu-persatu oleh
Dhia Diana.
Ketika itu juga laungan azan kedengaran di masjid
berdekatan. Saat kalimah syahadah dilaungkan dalam seruan azan, dada pemuda
tadi berombak kencang. Akhirnya, pemuda itu menghembuskan nafasnya yang
terakhir dengan menyebut lafaz Allah.
“Innalillah hiwainnailaihirajiun,” perlahan Dhia Diana
menuturkan. Seorang lagi hamba Allah pulang ke Rahmatullah. Menyambut panggilan
Ilahi. Moga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Benarlah
kata-kata Allah didalam Surah Ar Rahman, ayat 26 hingga 27. “Semua
yang ada di bumi itu akan binasa. Dan tetap kekal Dzat Tuhanmu yang mempunyai
kebesaran dan kemuliaan.”
Dhia Diana sudah mahu meninggalkan tempat kejadian setelah
ambulans datang dan membawa pergi jenazah untuk bedah siasat. Darris yang
menyedari pantas memanggil Diana.
“Excuse me miss.”
Diana berpaling memandang Darris. “Yes?”
Darris cuba mengukirkan senyuman. “Thanks for
helping me.”
Segaris senyuman juga diukirkan di bibir nipis milik Diana.
“It’s my responsibility as a Muslim,” tuturnya.
“Your name please?” Darris menyoal kembali.
“Diana. Dhia Diana.” Diana membuka tas tangannya dan
mengeluarkan sekeping kad. Dihulurkan kad itu kepada Darris.
“This is my card. Get to go now Mr?”
“Darris. Darris Eng.”
“Ok Mr. Darris. See you next time.” Diana
menuturkan dan kakinya mengorak langkah ke kereta yang diparkir di bahu jalan
tadi.
************
KEPALANYA dirasakan bergegar saat derapan
tapak kaki itu semakin hampir. Semakin lama semakin kuat. Terasa seperti
kepalanya mahu pecah. Kini Darris dapat melihat dua lembaga datang
menghampirinya.
Lembaga itu mula bertanya, “Siapakah Tuhan kamu?” Darris
mahu menjawab tetapi suaranya tidak kedengaran.
Lembaga itu terus menyoal lagi, “Siapakah Nabi kamu?”
Sekali lagi Darris tidak mampu mengeluarkan suaranya. Lembaga itu memandangnya
dengan muka bengis.
Kedua-dua lembaga tadi masih terus menyoal
Darris. “Apakah agama kamu?” Darris sudah dibasahi peluh. Jika tadi dia
masih bisa membuka mulutnya, kini mulutnya langsung tidak bisa terbuka.
Lembaga yang sememangnya bengis itu kini mula mununjukkan
reaksi marah. Darris mahu melarikan diri namun kakinya tidak bisa bergerak. Dia
kaku di situ. Dia menjerit meminta pertolongan. Namun tiada sesiapa di situ.
Saat lembaga itu mahu mengheretnya, datang seorang
gadis menyelamatkannya. Gadis itu. Ya, dia pernah melihat gadis itu. Diana.
Diana yang menyelamatkannya.
Akhirnya Darris tersedar dari tidurnya. Dahinya dibasahi
peluh. Dicapai gelas berisi air masak yang terletak di atas meja sebelah
katilnya itu. Diteguk air beberapa kali sehingga kerongkongnya berasa lega.
Dilihat jam yang tergantung di dinding bilik. Jam menunjukkan pukul tiga pagi.
Sudah seminggu mimpi ini mengganggu tidurnya sejak peristiwa
kemalangan itu. Apa yang menjadi tanda tanya kepada Darris adalah mengapa mimpi
ini terus berulang dan mengapa Diana yang menyelamatkannya. “Adakah mimpi ini
membawa maksud tertentu?,” bisik hati kecilnya. “Apa hubungnnya dengan Diana?”
Otaknya berfikir ligat.
Pantas tangannya membuka laci meja dan mengeluarkan
dompetnya. Di cari kad Diana yang disimpan di dalam dompetnya. Tertera nombor
telefon Diana di atas kad itu. Darris bertekad untuk menghubungi Diana esok
untuk mencari tahu apakah maksud mimpi itu.
**************
DERINGAN
telefon di pejabatnya membuatkan Diana yang mahu keluar untuk makan tengah hari
kembali semula ke tempat duduknya. Diangkat gagang telefon.
“Hello.” Kedengaran suara lelaki di hujung talian.
“Hello. Selamat tengah hari. DD Enterprise. Siapa bercakap
di sana?” Diana sudah mengambil buku nota. Kini, pen sudah berada di tangannya.
“Selamat tengah hari. Saya Darris. Boleh saya bercakap
dengan Diana?” Suara itu bertanya.
“Ya, Diana di sini. Boleh saya tahu Encik Darris daripada
syarikat mana?” Diana menjawab mesra. Namun otaknya cuba mengingati nama itu. Berkerut-kerut
dahinya. Seolah-olah dia pernah mendengar nama itu.
“Ya. Saya bukan daripada mana-mana syarikat. Cik Diana masih
ingat kemalangan tempoh hari. Saya Darris.” Darris cuba mengingatkan Diana
tentang pertemuan pertama mereka.
Pantas Diana menepuk dahinya. Ya, Mr. Darris. Bagaimana dia
boleh lupa.
“Ya Encik Darris. Ada apa-apa yang saya boleh bantu?” Diana
bertanya inginkan kepastian.
“Saya memang memerlukan bantuan Cik Diana sekarang. Boleh
kita lunch bersama? Ada hal penting yang saya ingin tanyakan kepada Cik Diana
berkenaan kejadian tempoh hari.” Suara Darris kedengaran gusar.
“Kebetulan saya mahu keluar makan tengah hari di Restoran
Kebayan. Boleh Encik Darris ke sana?”
“Boleh.
Kita jumpa di sana.” Lega hatinya Diana tidak menolak pelawaannya.
“Ok Encik Darris. See you there in ten minutes. Bye.”
Gagang telefon diletakkan. Otak Diana masih berfikir. Apakah pertolongan yang
mahu diminta oleh Encik Darris kepadanya. Seingatnya, Encik Darris tidak pernah
menghubunginya sejak peristiwa itu. Namun hari ini, tiba-tiba jejaka cina itu
menghubunginya dan meminta pertolongan. Enjin kereta dihidupkan. Kereta Myvi
itu mengambil jalan yang menghala ke Restoran Kebayan yang terletak sepuluh
minit daripada DD Enterprise.
*************
SEORANG gadis berbaju kurung biru
dengan selendang biru lembut dikepalanya melangkah masuk ke Restoran Kebayan.
Darris yang sejak tadi sudah berada di situ pantas memanggil nama Diana.
“Miss Diana. Here.” Darris melambai-lambaikan
tangannya setelah melihat Diana memandangnya dengan senyuman.
“Hello Mr. Darris. Sorry lambat. Jalan jam.”
Diana menerangkan mengapa dia sampai lewat walaupun tidak di tanya oleh Darris.
Dia tidak mahu Darris menganggap dia tidak menghargai masa.
“It’s ok. Saya yang sampai awal, Have a seat
Diana.”
Diana menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya di atas
kerusi empuk itu.
“So, what is the matter Mr. Darris?” Diana mula
mengajukan soalan kepada Darris.
“Just call me Darris. Can we order first?” Darris
memberikan cadangan.
Diana tertawa kecil lalu menganggukkan kepalanya. Namanya
pun keluar makan tengah hari. Masakan mereka hanya berbicara tanpa makan.
Darris memanggil pelayan dan memesan makan tengah hari
untuknya dan Diana. Setelah pelayan itu pergi, Darris menarik nafas panjang.
“So?” Diana menyoal.
“Lately... "Darris berhenti disitu. Dia
berasa serba salah untuk memberitahu masalahnya kepada Diana.
"Yes
Darris. Please continue. I'm here with you. You may trust me."
Diana bersungguh-sungguh ingin mendengar masalah yang menimpa diri
Darris.
Setelah yakin Diana benar-benar mahu membantunya,
Darris kini mula membuka cerita.
"Lately, I mean since that accident, every
night i had the same dream.” Sebuah keluhan dilepaskan oleh Darris.
“Really? Mimpi apa?” Diana bertanya penuh minat.
“Saya bermimipi dua lembaga besar menghampiri saya. Mereka
menyoal saya soalan yang sama setiap hari,” terang Darris.
“Soalan apa Darris?” Diana hairan. Soalan apakah yang
dimaksudkan oleh Darris itu.
“Siapa tuhan kamu? Siapa nabi kamu? Apa agama kamu? Itulah
soalan yang ditanya oleh lembaga itu,” Darris menambah lagi.
“Darris jawab apa?” Diana bertanya lagi.
“Setiap kali saya mahu menjawab suara saya tidak keluar.
Kedua-dua lembaga tadi seolah-olah marah. Malah ketika saya mahu melarikan diri,
saya kaku di situ. Dan ketika lembaga itu datang menghampiri saya dengan wajah
bengis, Diana datang menyelamatkan saya.” Darris bercerita bersungguh-sungguh.
Diana melihat Darris seolah-olah dalam ketakutan.
“MasyaAllah.” Hanya ayat ini yang terkeluar daripada mulut
Diana.
Sesungguhnya Darris antara orang-orang yang diberikan
hidayah Allah. Firman Allah dalam surah Al-Qashash ayat 56, “Sesungguhnya
kamu (Muhammad) tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu
kasihi, tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk kepada siapa saja yang
dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima
petunjuk.”
“Apa maksud semua ini Diana?” Darris bertanya inginkan
penjelasan daripada Diana.
“Darris pernah dengar tentang takdir? Inilah takdir. Takdir
yang akan membawa Darris mengenal Islam” Tenang Diana menjawab. Darris keliru.
Dia memandang Diana. Masih inginkan penjelasan.
“Siapa dua lembaga itu Diana?” soalnya penuh minat.
“Dua lembaga yang datang dalam mimpi Darris itu adalah malaikat
Munkar dan Nakir. Malaikat adalah makhluk Allah yang diciptakan daripada Nur
yang dipercayai kewujudannya oleh semua umat Islam. Malaikat Munkar dan Nakir
itu adalah malaikat yang akan datang saat kita di alam kubur nanti.” Diana
menerangkan secara ringkas.
“Jadi lembaga itu adalah malaikat. Bagaimana pula dengan
soalan-soalan yang mereka tanya?” Darris masih inginkan kepastian.
“Soalan-soalan itu adalah soalan kubur.” Diana
menjawab lagi dengan senyuman di bibirnya.
Pelayan menatang dulang yang berisi makanan dan minuman.
Setelah siap menghidangkan, pelayan tersebut meminta diri dan meninggalkan
Darris dan Diana yang masing-masing tidak berbicara.
Diana menadah tangan membaca doa makan sebelum menikmati
nasi campur yang dipesannya. Darris hanya memerhati Diana. Dia tertarik dengan
cara dan kata-kata wanita dihadapannya ini. Mungkin inilah takdir yang
dikatakan oleh Diana tadi. Bukan sahaja takdir yang membawa Darris mengenal
Islam tetapi takdir yang membawa Darris mengenal seorang wanita muslim.
“Diana boleh tolong saya lagi?” soal Darris ringkas.
“Tolong apa Darris?” Diana menjawab. Matanya memandang
Darris penuh persoalan.
“Boleh tolong ajarkan Darris tentang Islam?” Pertanyaan itu
kedengaran syahdu di telinga Diana.
Di lihat air mata sudah bergenang di kolam mata Darris.
Darris juga tidak tahu kenapa tiba-tiba dia berasa sedih. Bukan sengaja dia
mahu menangis di situ. Cuma perasaan itu yang membuatkan dia berasa sedih.
Perasaan halus yang sukar digambarkan. Walaupun kelihatan dia seolah-olah
bersedih, namun di hatinya timbul perasaan tenang. Itulah Nur Islam.
“Diana tidak boleh mengajar Darris kerana Diana juga masih
belajar. Tetapi Diana boleh carikan seseorang untuk mengajar Darris.” Diana
menuturkan tenang. Bukan dia tidak boleh mengajar Darris. Cuma dia merasakan
dirinya masih belum layak untuk membimbing orang lain. Adalah lebih baik jika
dia meminta seseorang yang memang arif dalam hal ini untuk memberi tunjuk ajar
kepada Darris yang mahu mendalami ilmu tentang Islam.
Darris menganggukkan kepalanya tanda faham. Tenang. Itulah
perasaannya kini. Tenang kerana persoalannya terjawab. Tenang kerana hari ini
dia sudah mengetahui serba sedikit mengenai Islam. Semuanya atas bantuan Diana.
**************
KINI, sudah tiga bulan Darris
mempelajari tentang Islam daripada Ustaz Amri. Ustaz Amri merupakan seorang
ustaz daripada Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur. Melalui bantuannya, Darris
kini lebih yakin untuk memeluk agama Islam.
Keputusan Darris untuk memeluk Islam itu dikhabarkan kepada keluarganya. Ibu
dan bapanya menentang keras. Darris yang tekad dengan keputusannya tidak takut
sama sekali apabila ibu dan bapanya menyatakan tidak akan mengaku Darris
sebagai anak mereka.
Darris ingat sewaktu pertama kali Diana
mempertemukannya dengan Ustaz Amri dan menyatakan hasratnya untuk memeluk
Islam Ustaz Amri telah berpesan. Pesanan itu bermain-main di fikirannya.
“Niat kamu ini baik, tetapi suatu saat nanti pasti ada
kesukaran. Pada saat kamu tidak diterima oleh keluarga kamu nanti,
ingatlah Allah itu Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang. Hanya kepada Dia tempat kita memohon pertolongan. Allah
telah berfirman di dalam surah Al-Hadiid ayat 22-23 yang bermaksud, “Tiada
suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri
melainkan telah tertulis dalam kitab (Lohmahfuz) sebelum Kami menciptakannya.
Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang
demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari
kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya
kepadamu.”
Dan kini, Darris sudah bersedia memeluk Islam. Dalam tempoh
ini Diana yang selalu menemaninya dan membimbingnya. Dikhabarkan berita itu
kepada Diana. Mendengar berita gembira itu, Diana membuat sujud syukur.
Akhirnya Darris sudah bersedia memeluk Islam.
*************
HARI ini merupakan pertemuan
terakhir antara Darris dan Diana sebagai insan yang berbeza agama. Esok Darris
akan ke Pejabat Agama Islam Kuala Lumpur, ditemani oleh Diana dan keluarganya
beserta Ustaz Amri untuk tujuan pengislaman dan pendaftaran.
“Assalammualaikum” Diana memberi salam kepada Darris seraya
mengambil tempat duduk di kerusi hadapan Darris.
“Waalaikummussalam Diana” Darris menjawab dengan sopan.
“Sudah bersedia untuk hari esok Darris?” Diana bertanya
dengan segaris senyuman menghiasi bibirnya.
“InsyaAllah. Moga segalanya dipermudahkan esok.” Darris
menjawab tenang. “Tetapi Darris nak minta tolong sekali lagi pada Diana.”
Darris menyatakan isi hatinya.
“InsyaAllah, jika Diana boleh tolong, Diana tolong,” ujar
Diana.
“Tolong pilihkan nama untuk Darris boleh?” perlahan suara
itu menuturkan.
Diana tertawa. “Boleh Darris. Sebab sekarang nama Darris
huruf D, apa kata kita letak nama Darris jadi Dzakwan. Dzakuan maksudnya
harum semerbak.” Diana memberikan cadangan.
“Selain daripada tu?” Darris masih ingin mendengar cadangan
nama yang lain.
“Dzulfikar? Dzulfikar maksudnya pedang Rasullullah.” Diana
masih lagi memberikan cadangan nama yang dirasakan sesuai untuk Darris.
“I want double D. Macam Diana. Dhia
Diana.” Darris meluahkan isi hatinya.
“Owh, nak double D. Mana boleh tiru Diana.”
Sengaja Diana menyakat Darris yang muda enam tahun daripadanya ini.
“Tak kira. Nak double D jugak.” Darris
sudah mula menunjukkan riak tidak puas hatinya.
“Ok. Letak Dzakwan Daaris la kalau macam tu. Dzakwan tu kan
tadi maksudnya harum semerbak. Daaris pula maksudnya orang yang belajar.
Sesuai kot nama tu. Lagipun nama tu dah nak sama dengan nama
Darris sekarang,” Diana menerangkan panjang lebar.
“Dzakwan Daaris. Thank you Dhia Diana.”
Kini Darris sudah menunjukkan giginya. Berpuas hati dengan nama yang diberikan
oleh Diana. Dia tidak sabar menunggu hari esok. Esok dia telah merencanakan
sesuatu buat Diana. Biarlah ia menjadi kejutan buat Diana esok.
**************
“ASYHADU Alla Ilaha Illallah wa Asyhadu Anna
Muhammadar-Rasulullah” Syahdu kedengaran suara itu mengucapkan kalimah
syahadah.
Bertemankan Ustaz Amri dan bapa Diana sebagai saksi, kini
Dzakuan Daaris sudah sah memeluk Islam. Air mata jatuh ke pipi Diana yang turut
berada di situ. Tidak pernah dia terfikir Darris yang tidak sengaja dikenalinya
sewaktu kemalangan yang berlaku tiga bulan lalu kini telah memeluk Islam dengan
nama Dzakuan Daaris.
Setelah semua proses pendaftaran selesai, Dzakuan meminta
En. Deris dan Ustaz Amri membawanya ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat
sunat Dhuha. Solat sunat pertama yang mahu ditunaikan setelah memeluk Islam.
Diana juga mengikuti mereka. Sesampai di masjid, mereka menunaikan solat sunat
Dhuha secara berjemaah.
Selesai doa di baca, Dzakuan melakukan sujud syukur. Kini
tibalah masanya Dzakuan memberikan kejutan buat Diana. Tangannya dimasukkan ke
dalam kocek baju melayu yang dipakainya. Sebuah kotak baldu bewarna merah dan
berbentuk hati dikeluarkan.
Pandangan Dzakuan dihalakan kepada Encik Deris. Encik Deris
menangguk tanda memberi izin kepada Dzakuan. Dzakuan sudah memberitahu hasrat
hatinya sejak awal kepada Encik Deris. Encik Deris bersetuju apabila dia yakin
Dzakuan memeluk Islam bukan kerana semata-mata ingin mendapatkan Diana tetapi
kerana kehendaknya sendiri untuk memeluk Islam.
Diana yang melihat hanya diam tidak berkata-kata. Dia juga
tidak tahu apakah yang dirancangkan oleh Dzakuan. Dzakuan duduk di hadapannya.
Diana mengangkat sedikit mukanya. Kini dadanya berdebar kencang. Sandiwara
apakah yang dilakukan oleh Dzakuan saat ini. Dzakuan membuka kotak baldu itu.
Setelah berdehem sedikit, Dzakuan kini bersedia untuk menyatakan hasrat
hatinya. Diunjukkan kotak baldu itu kepada Diana. Jelas kelihatan sebentuk
cincin emas bertatahkan berlian didalam kotak itu.
Diana hanya memandang kotak itu tanpa kata. Dan akhirnya
Dzakuan bersuara. “Dhia Diana, sudikah kamu menjadi isteri saya yang sah?”
Akhirnya keluar juga ayat yang ingin dikatakan kepada Diana itu buat kesekian
kalinya.
Perlahan-lahan Diana mengangkat mukanya. Setitis air mata
jatuh juga di pipinya. Jika dulu, sewaktu Dzakuan mula-mula menyatakan hasrat
hatinya kepada Diana, Diana hanya menjawab, “Bila keyakinan kita berbeza ,
mampukah cinta menyatukan kita?” Nyata, sekarang, cinta kepada Yang Maha Esa
yang menyusupkan keyakinan terhadap Islam di dalam hati Dzakuan sehingga
mendatangkan pula bibit-bibit cinta di hati Diana.
Kotak baldu itu kini telah berada di dalam genggaman Diana.
“Sesungguhnya Allah lebih mengetahui meliputi tiap-tiap sesuatu sama ada
yang Maujud (ada) atau yang Ma’adum ( tiada ),” bisik hatinya.
Kini, usia perkahwinan mereka sudah mencecah tiga tahun.
Mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Muhammad
Dzulfikar. Nama yang diberikan oleh Diana sewaktu
Dzakuan ingin memeluk Islam dahulu. Diana bersyukur kerana dia mempunyai
seorang suami seperti Dzakuan. Berbaloi penantiannya selama ini dalam mencari
pasangan hidup sehingga umurnya menginjak ke angka tiga puluh apabila bertemu
insan yang baik dan bertanggunggjawab seperti Dzakuan . Dzakuan juga bersyukur
kerana mempunyai isteri yang taat seperti Diana. Walaupun jarak umur mereka
berbeza, namun mereka menghormati antara satu sama lain. Benarlah, cinta mereka
BUKAN cinta biasa.
***************
©Hak
Cipta Terpelihara: ~ Isha Idiaz~
20:14,
18.06.2011