CAHAYA
AIDILFITRI
Fazni
memerhatikan gelagat orang ramai yang
sedang beratur membeli juadah untuk
berbuka nanti. Baazar ramadhan yang
menyediakan pelbagai menu juadah membuatkan Fazni mula rambang mata. Kalau boleh semua yang tersenarai di anak
tekak ingin dibelinya. Namun
memandangkan dia cuma dua ‘mulut’ terpaksa juga dia buat short list. Apa yang benar-benar yang ingin dirasa. Pak Ishak masih lagi mengikut Fazni dari
belakang. Dia juga turut rambang mata.
Namun murtabak yang berada di tangan di kirinya adalah juadah wajib
untuk dia berbuka.
“Pak Ishak, nak makan apa ni?” Tanya
Fazni sambil memandang ke arah tepung pelita yang menggamit seleranya.
“Terpulanglah pada Encik Fazni nak
makan apa. Kuih tu pun nampak macam
sedap je.” Ujar Pak Ishak.
“Kak, minta kuih tu empat ringgit.”
Fazni menundingkan jarinya ke arah kuih Tepung Pelita.
“Banyak sangat tu Encik Fazni. Nak
buat apa?” Tanya Pak Ishak kehairanan.
Fazni tersenyum dan lantas memandang kepada Pak Ishak.
“Pak Ishak bawak balik rumah separuh.”
Ujar Fazni.
“Eh, tak payalah susah-susah. Pak Ishak makan murtabak ni pun dah
cukup. Lagi pun Mak Mah kamu dah masak
nasi kat rumah tu.” Tolak Pak Ishak lembut.
“Ala…. Ambik jelah Pak Ishak. Bawakan untuk Mak Mah. Mana tau dia teringin nak makan kuih ni.” Pak Ishak merasa
serba-salah. Akhirnya dia mengalah.
“Yelah….” Pak Ishak menyambut kuih
dari tangan Fazni. Bak kata orang rezeki
jangan ditolak dan musuh jangan pula dicari.
Akhirnya Fazni tiba di rumah jam 700
malam dan masih lagi berbaki 20 minit sebelum umat islam berbuka puasa. Pak Ishak pula segera pulang ke rumah setelah
menghantar Fazni pulang. Kuih tepung
pelita yang dibelikan oleh Fazni dibawanya sekali. Fazni segera turun ke ruang makan setelah
masa kian menginjak waktu berbuka. Dia kelihatan
santai dengan berbaju t-shirt dan berkain pelikat. Fazni memberi salam kepada ayahnya, Dato’
Malik yang dari tadi menantikan Fazni untuk berbuka bersama-sama. Aroma gulai ayam masak lemak cilia pi mula
menjamah hidungnya yang agak mancung itu.
Dia melabuhkan punggung di hadapan Dato’ Malik dan segera menyenduk nasi
ke dalam pinggan.
“Bila masa pulak Mak Mah masak ni.
Nampak macam sedap je.” Tegur Fazni.
“Nampak sedap ye. Yang sebenarnya abah yang masak.” Fazni tegas berpaling. Hah?
Boleh percaya ke ni?
“Fazni tak percayalah abah yang
masak. Selama ni tak pernah pun nampak
abah masak. Hari ni pulak rajin masuk
dapur.” Fazni menggelengkan kepala. Tak percaya ianya adalah hasil tangan
ayahnya itu.
“Tak percaya tak apa. Cuba Fazni rasa dulu sama tak dengan masakan
Mak Mah. Yang sebenarnya abah dah lama tinggalkan dunia memasak ni. Masa abah bujang dulu memang abah pandai
memasak. Masa belajar kat oversea dulu
abah yang jadi ketua chef masa raya tau. Cubalah rasa.” Dato’ Malik
tersenyum.
“Nampak macam sedap.” Fazni sudah
tidak sabar untuk menikmati hidangan berbuka itu memandangkan menu kegemarannya
sudah jelas diruang matanya. Mana boleh
dia menolak lauk gulai ayam itu.
Tatkala azan mangrib berkumandang,
kedua beranak itu menikmati hidangan berbuka tanpa suara. Dato’ Malik memerhatikan sahaja anak
terunanya itu sehingga selesai membasuh tangan.
“Raya tahun ni Fazni nak keluar
negara juga ke?” Tanya Dato’ Malik memecah keheningan senja itu. Fazni mendiamkan diri. Dengan perlahan dia mencapai air dihadapannya
dan diteguk puas. Fazni senyum
seketika. Mungkin ada maksud ayahnya itu
memancing dia dengan gulai ayam itu.
Pasti ada sesuatu yang ingin disampaikan.
“Fazni nak ke switzeland.” Ringkas
dan padat sahaja jawapan yang dilemparkan oleh Fazni.
Memang
begitu dia untuk sepuluh tahun kebelakangan ini. Dia tidak betah untuk menyambut hari raya
kerana pada saat itu insan kesayangan meninggal dunia. Dan untuk melupakan masalah itu Fazni sering
membawa diri bila saat tibanya hari raya.
Jika tahun lepas Rome menjadi pilihan hatinya dan tahun ini dia memilih
swizeland untuk membawa diri.
“Beraya dengan abah tahun ni.” Fazni
memadang kepada Dato’ Malik untuk mendapatkan penjelasan dan kepastian.
“Abah rindu nak berhari raya dengan anak abah ni.” Farhan
senyap. Cuba untuk mengamati kata-kata
ayahnya itu. Atau lebih menjurus kepada
permintaan.
“Maafkan Fazni, abah. Fazni sudah pun tempeh tiket. Lagi pun tiada apa yang tinggal untuk Fazni
berhari raya di sini.”
“Fazni masih ada abah. Abah perlukan Fazni.” Fazni mengeluh. Dato’
Malik masih lagi memandang dengan penuh harapan. Harapannya amat tinggi dan sepuluh tahun juga
dia menanti dengan penuh sabar.
“Abah sunyi kalau Fazni pergi
nanti. Ayah juga yang termenung seorang
diri kat sini. Nasib baik ada Pak
Ishak. Nampaknya tahun ni abah kena
beraya dengan dia lagi. Bilalah abah nak merasa nak berhari raya dengan anak
sendiri.” Ada nada sedih dan kesal yang diucapkan oleh Dato’ Malik.
“Kalau macam tu abah ikut Fazni
sajalah.” Cadang Fazni. Dia juga kasihan
melihat ayahnya keseorangan.
“Tidak Fazni. Abah tak boleh buat macam tu. Setiap tahun abah akan kunjungi pusara ibumu
nak. Abah tidak akan tinggalkan tanah ni
pada waktu yang mulia itu.” Fazni terdiam di saat ayahnya mula menyebut tentang
ibu. Entah mengapa hatinya mula
sebak.
“Maafkan Fazni ayah. Fazni masuk naik dulu. Fazni nak sembahyang maghrib.” Fazni tidak
dapat berkata apa lagi. Dia mematikan
perbualan dengan meninggalkan sisa harapan bagi seorang ayah.
Fazni berteleku di meja dengan
kerja-kerja yang masih tertangguh. Dia
tidak mengendahkan suara bising dan riuh di luar. Dia membiarkan para pekerjanya menikmati
suasana menjelang hari raya. Keriuhan
yang di luar sedikit pun tidak membuat dia terganggu. Cuping telinganya jelas menangkap suara Farah
yang nyaring.
“Kalau nak kuih bayar dulu. No pulus
no kuih, okey?” Begitulah kata-kata Farah yang dapat ditangkap oleh Fazni. Fazni tersenyum dengan gurauan Farah
itu. Farah si penjual kuih semasa
raya. Tiap tahun ada sahaja tempahan
yang diterimanya.
“Oi! Tudung yang kau ambik hari tu
kau tak bayar lagi tau. Ini buku hutang aku yang jadi bukti. Bila masa nak bayar. Order hari tu bukan main lagi.” Kali ini
suara Fariha pula yang memetir.
Mangsa-mangsa yang kebanyakkannya
adalah lelaki yang sudah pun sedia mengenepilkan duit untuk persiapan hari
raya. Nak belikan untuk emaklah, nak
belikan untuk isterilah da nada juga yang ingin belikan untuk tunang dan buah
hati. Yang pasti Farah dan Fariha senyuman mereka sampai ketelinga. Mahu tidak, untung mereka berganda. Duit gaji pun tak terusik. Raya sakan mereka tahun ni.
Fazni memberi peluang kepada
pekerjanya untuk menikmati suasana hari raya.
Lagi pun tidak lama lagi umat islam akan menyambut hari raya. Insyaallah dalam tempoh 3 hari lagi. Fazni memerhatikan gambar yang amat dirindui selama ini. Wajah ibunya kian jelas diruang matanya. Lagu raya kemudiannya berkumandang di corong radio yang dikawal oleh pusat
kawalan membuatkan hatinya kian sayu.
Dia kemudiannya mendail nombor Muhammad.
“Mad, tolong offkan radio di dalam
bilik saya. Saya tengah buat kerja
ni.” Ujar Fazni yang cuba menutup rasa
getarnya. Akhirnya dia menghela nafas
lega apabila lagu yang tadinya berkumandang senyap dengan tiba-tiba. Erm…. Bolehlah buat kerja lepas ni.
Fazni bangkit dari duduknya dan
segera meninjuau keluar bilik.
Kosong. La… mana perginya semua
orang dalam pejabat ni? Fazni melirik jam di tangan kanannya. Hah?
Sudah pukul 630? Dah lambat ni.
Patutlah rasa lenguh badan bukan main.
Farhan mengemas segala di atas meja dan menutup semua lampu dan
komputer. Dia harus berada di KLIA sebelum pukul sembilan untuk
penerbangan ke Switzeland. Dia mencapai kot dan briefcase dan segera keluar
dari pejabat.
Bagus! Hujanlah pulak. Mesti jalan jammed punyalah. Tambahan lagi
waktu orang ramai yang mahu keluar dari kota untuk pulang ke kampung
halaman. Fazni berlalu dan menghidupkan
enjin kereta. Belum sempat dia membelok
ke jalan besar dia telah terlanggar seseorang.
Fazni keluar dari perut kereta untuk mendapatkan pertolongan.
“Awak tak ada apa-apa ke?” Fazni
cuba untuk membantu gadis berbaju kurung biru itu. Dia menyalahkan diri sendiri kerana tidak
melihat kiri dan kanan. Inilah kalau dah
kalut. Ada sahaja yang tak kena.
“Kaki saya sakit.” Air mata Qalesya
mula mengalir menahan sakit. Orang lagi
nak cepat ke stesen bas ada pula bala yang menimpa. Qalesya menyeka air mata
yang masih berbaki. Nak marah pun tak
ada gunanya. Perkara dah terjadi. Terima sajalah takdir yang telah ditentukan.
“Awak boleh bangun tak?” Tanya Fazni
lagi. Qalesya cuba bangun namun
gagal. Dia jatuh semula. Beg pakaian yang berada tidak jauh dari sisinya
ditarik. Kakinya begitu sakit untuk dia bangun semula. Macam mana nak jalan ni? Wa….. nak balik kampung. Ternyata wajah Qalesya mula berubah.
“Saya minta maaf. Saya betul-betul tak nampak awak tadi. Saya minta maaf. Awak nak pergi mana? Biar saya hantarkan awak.” Fazni cuba untuk
membantu Qalesya. Dia cuba untuk
bangunkan Qalesya.
“Saya nak balik Melaka ni.”
Gulp! Bagai tersekat dikerongkong anak
tekak Fazni mendengarkan kata-kata Qalesya itu.
Melaka? Berguarau ke dia ni?
“Alamak…. Kalau macam ni terlepaslah
bas saya.” Dengan perasaan yang agak bersalah, Fazni memasukkan beg pakaian
Qalesya di dalam bonet kereta.
“Tak mengapalah. Saya akan hantar awak ke stesen bas.” Pelawa
Fazni sambil membuka pintu kereta. Qalesya tiada pilihan lain dan segera masuk
ke dalam kereta milik Fazni.
“Saya minta maaf Encik Fazni kalau
saya ni agak menyusahkan.” Fazni tersentak apabila Qalesya tahu akan
namanya. Dia kenal aku?
“Macam mana awak boleh kenal saya?”
“Encik Fazni adalah CEO
syarikat. Kalau ada pekerja yang tidak
kenal dengan CEOnya jangan kata bekerja kat syarikat tu.”
“Tapi saya tak kenal dengan awak.”
“Seorang pekerja kenal akan
majikannya. Tetapi Encik Fazni nak kenal
akan 2,000 pekerja saya tak pasti Encik Fazni boleh lakukan.” Qalesya
tersenyum. Dia tidak meyangka dapat
menaiki satu kereta dengan majikannya.
Ianya bagaikan di dalam mimpi dan mimpinya menjadi realiti. Bukan senang untuk dia berjumpa dengan
majikannya. Dalam setahun dia hanya
berjumpa dengan Fazni cuma dua kali. Pertama semasa pembentangan kewangan
syarikat dan juga majlis Beramah Mesra Aidilfitri. Itu pun dia memandang dari
jauh.
“Benar kata awak tu. Eh,
pukul berapa bas awak?” Tanya Fazni.
“Lapan.” Ringkas sahaja jawapan yang
dilemparkan oleh Qalesya.
Fazni memandang jam di dashboard
keretanya. Sudah hampir dengan waktu
berbuka. Dia menguatkan radio KLFM dan
suara gemersik ayat-ayat Al-quran menyapa di cuping telinga. Begitu mendamaikan. Tidak kemudiannya azan maghrib mula
berkumandang. Kini baru dia sedar tiada
apa untuk dia berbuka. Nampaknya telan
air liur sajalah waktu sekarang ni. Nak
berhentikan kereta kasihan pula dengan Qalesya.
Nanti terlepas pula bas untuk pulang ke kampung. Kemudiannya dia
tersentak apabila Qalesya memberikannya air kotak dan roti. Fazni memandang kepada Qalesya. Malu pula untuk dia menyambut pemberian dari
Qalesya itu.
“Encik Fazni ambillah. Kebetulan saya ada beli lebih. Alas perut tu dulu.” Akhirnya Fazni
akur. Dia menyambut roti dan air dari
pemberian dari Qalesya. Bukan itu
sahaja. Qalesya dengan senang hati
membantu membukakan plastik roti dan air.
Fazni mula rasa tidak senang apabila
jam telah pun menunjukkan ke angka 745 malam.
Lima belas minit lagi Qalesya akan terlepas basnya. Keadaan jalan raya kian sesak. Untuk menyampaikan satu kilometer pun mahu
hampir setengah jam. Dan dia pula perlu
sampai ke KLIA sebelum pukul 900 malam untuk chek-in.
“Alamak…. Jalan sesaklah
pulak.” Kata-kata Fazni itu membuatkan
Qalesya berubah riak wajahnya. Takut dan
gelisah kerana dia tidak dapat gambarkan sekiranya dia gagal sampai di stesen
bas sebelum pukul 800 malam.
“Sabarlah Encik Fazni.” Pujuk Qalesya untuk menutup rasa gelisah dan
tidak mahu Fazni turut rasa perasaan yang sama.
Dia pasti jika ada rezeki dia akan sempat sampai.
“Tak pun Encik Fazni turunkan saya
di stesen LRT. Saya pasti Encik Fazni
pun nak balik beraya di kampung.” Kampung? Tidak pernah terlintas di fikirannya
untuk mempunyai kampung. Kuala Lumpur
adalah kampungnya. Di luar negara adalah
tempat dia menyambut hari raya semenjak 10 tahun yang lalu.
Akhirnya Qalesya agak gementar. Lagi 5 minit bas akan bertolak dan stesen bas
TBS masih belum jelas diruang matanya.
Buatnya bas akan terlepas nak buat macam mana? Qalesya tekad. Kalau dia terlepas bas, esok hari dia akan
naik tren komuter ke Seremban dan naik bas kemudiannya. Kalau tiada bas ekspress dia akan naik bas
sambut-sambut. Itu adalah
penyelesaiannya jika dia terdesak. Nasib
baik juga kampungnya di Melaka. Buatnya
jauh di utara mahu menangis tak berlagu.
Sampai sahaja di Terminal Bersepadu
jam telah pun menunjukkan ke angka 815 malam.
Hati Qalesya berdebar. Dia segera
ke kaunter untuk bertanyakan tentang bas yang akan dinaiki. Telahannya benar. Qalesya hampa. Bas yang bakal dinaiki baru sahaja
berlepas. Memang dia sudah menggagak
bahawa dia akan ketinggalan bas. Ah,
dugaan apakah ini? Qalesya melangkah
perlahan dari terminal itu dengan perasaan sedih. Dia terpaksa berdikari esok. Yang penting dia mesti pulang ke kampung esok
untuk menyambut hari raya. Wajah ibu dan adik-adiknya silih berganti.
Belum sempat dia menelefon
keluarganya dikampung, raut wajah Fazni jelas di pandangan matanya. Fazni masih belum pulang? Apa pula dia buat
di sini?
“Encik Fazni? Apa encik buat kat sini. Kenapa tak balik lagi?” Fazni tersenyum seperti
kerang busuk. Baju kemeja biru yang
dipakainya semenjak pagi tadi bagaikan tidak terurus. Tali lehernya sudah dilonggarkan.
“Saya minta maaf kalau saya
membuatkan Qalesya terlepas bas tadi.
Ada apa yang boleh saya bantu?” Qalesya menyeka air mata buat kali
kedua. Hati lelaki Fazni ternyata rasa
gelisah. Dia pasti dia perlu untuk
membantu Qalesya.
“Tak mengapalah Encik Fazni. Saya boleh
naik tren esok. Yang penting
sekarang ni baik encik balik. Nanti
lambat pulak sampai ke kampung.” Ujar Qalesya untuk tidak membebani Fazni dan
dalam erti kata yang sama dia juga sedang memujuk dirinya juga.
“Ada tren ke Melaka ke?” Qalesya
tertawa mendengarnya. Nampak sangat
Fazni tidak pernah menaiki pengangkutan awam.
“Memang le tak ada. Esok saya kena naik tren ke Seremban. Lepas tu kena naik bas ke Tampin. Lepas ke
Tampin saya ke naik bas ke Melaka. Sampai di Melaka saya kena ambil bas untuk
ke kampung saya. Esok pagi saya kena
bangun awal.” Terang Qalesya. Terbuntang
biji mata Fazni mendengarnya. Sampai
begitu sekali? Payahnya.
“Saya hantar Qalesya balik kampung.”
Entah mengapa pelawaan itu laju meluncur dari bibir Fazni. Tercenggang Qalesya mendengarnya. Biar betul.
“Encik Fazni ni biar betul. Tak payahlah susah-susah. Saya boleh balik esok. Jangan bimbang. Esok masih ada. Lusa barulah kita beraya.” Qalesya cuba
menolak pelawaan Fazni. Dia tidak mahu
menyusahkan majikannya itu.
“Saya hantar awak balik kampung….
Please….” Qalesya mula rasa serba-salah.
“Tapi….” Qalesya agak berat dengan
tawaran oleh Fazni itu. Walau pun dia
tahu Fazni adalah majikannya namun dia merasa agak curiga. Namun begitu dia terdesak.
“Minta saya telefon awak.” Hah?
Melopong mulut Qalesya mendengarnya.
“Nak buat apa?”
“Bagi je….” Telefon bimbit yang
berada di tangan Qalesya dicapai tanpa Qalesya memberi keizinan. Fazni bertanyakan tentang nombor telefon di
kampung sebelum dia mendail.
“Makcik jangan bimbang. Saya akan
hantar Qalesya sampai depan pintu rumah.
Kalau kami tak sampai sebelum sahur, makcik boleh panggil polis.”
Qalesya binggung.
“Awak jangan bimbang. Saya akan hantar awak balik kampung. Lagi pun saya tiada kampung untuk berhari
raya.” Tanpa sedar Fazni menarik tangan Qalesya. Qalesya terhenti.
“Encik Fazni….” Fazni berpaling. Alamak! Dia malu sendiri. Hish! Tarik tangan anak dara orang.
“Sorry… tak sengaja.” Qalesya
tersenyum sendiri. Dia kemudiannya
mengikut Fazni sehingga ke kereta.
“Saya tak faham dengan Encik
Fazni. Kalau Encik Fazni tak ada kampung
masakan bawa beg besar. Habis tu dalam
bonet tu?”
“Saya bukan nak balik kampung tapi
saya nak ke luar negara.” Perlahan sahaja kata-kata yang dilontarkan oleh Fazni. Dia tidak mahu Qalesya memikirkan yang
bukan-bukan tentang dirinya.
“Ke luar negara pada bulan yang
mulia ini? Encik Fazni memang rugi
besar. Orang bandar semuanya nak pulang
ke kampung bertemu dengan sanak-saudara sedangkan Encik Fazni lari dari semua tu? Saya memang tak faham dengan Encik
Fazni. Kita dihari mulia ini adalah masa
untuk kira bersama-sama yang tersayang. Memang sejak kecil lagi ke Encik Fazni
berhari raya di luar negara? Bagaimana
pula dengan Dato’?” Fazni tidak segera menjawab persolan itu. Dia tenang dengan pemanduan dan meleparkan
pandangan ke luar tingkap sambil membariskan ayat untuk jawapan kepada Qalesya.
“Saya berhari raya semenjak sepuluh
tahun yang lalu. Cuma ayah saya sahaja
yang masih setia berhari raya di sini.” Ternyata pengakuan dari Fazni itu
memeranjatkan Qalesya. Fazni tidak
membalas pandangan Qalesya sebaliknya dia meneruskan pemanduannya.
“Saya yang singgah di R & R
sekejap. Saya nak mandi, solat dan makan
sekali. Sudahlah saya tertinggal maghrib
tadi.” Fazni terus mengubah tajuk. Dia
sebenarnya tidak mahu bersoal jawab dengan Qalesya sekirnya gadis itu bertanyakan
tentang dirinya.
Qalesya akhirnya mengangguk
setuju. Dia kemudiannya merasa
serba-salah kerana mencampuri urusan peribadi majikannya itu. Qalesya turun dari kereta dan turut
menunaikan solat. Usai solat dia
kemudiannya membeli makanan untuk dirinya dan juga Fazni tanda terima kasih
yang tidak terhingga untuk majikannya.
Dia kemudiannya pulang ke kereta untuk menantikan Fazni.
Penantian Qalesya berakhir apabila
melihatkan kelibat Fazni yang sudah pun menukar baju. Ah, orang lelaki memang senang dan sempoi
je. Kali ini Fazni agak lebih santai
dengan memakai t-shirt dan berseluar jeans.
Yang jelas Fazni lebih tampak kacak.
Sepanjang perjalanan Qalesya lebih banyak membisu. Dia tidak mahu bertanya lebih lanjut tentang
apa yang berlaku memandangkan Fazni sendiri tidak selesa dengan pertanyaanya.
“Macam mana dengan kaki awak? Dah okey dah?” Fazni bertanya memecah
kesunyian malam. Sudahlah jalan
sesak. Melayani lagu hari raya yang kerap
berkumandang di corong radio membuatkan Fazni kian tidak selesa. Dan penyelesaianya dia cuba untuk berbual
dengan Qalesya.
“Dah okey dah. Kurang sikit masa saya letakkan minyak panas
tadi.”
“Kalau tak okey saya hantarkan pergi
klinik.”
“Tak mengapalah Encik Fazni. Saya
dah okey dah.” Tolak Qalesya. Sudahlah
Fazni mempelawanya untuk hantar pulang ke kampung. Itu pun sudah cukup untuk dia berterima
kasih.
“Sekarang memanglah tak sakit. Esok
baru terasa.” Qalesya memandang kepada Fazni yang luar biasa tindakannya.
“Tak apa…. Saya okey. Encik Fazni hantarkan saya balik ni pun dah
cukup. Tak payahlah susah-susah.” Tolak
Qalesya.
“Saya yang langgar awak. Dan sudah jadi tanggungjawab saya untuk
pastikan awak selamat.” Ujar Fazni. Qalesya diam. Memang dia masih terasa sakit di kakinya
tetapi dia yakin semuanya itu tidak lama.
Namun apa yang penting pada ketika ini adalah dia ingin cepat sampai ke
kampung untuk bertemu dengan keluarganya.
Mereka kemudiannya sampai di Melaka
tatkala jam menunjukkan ke angka 2.00 ekoran dari jalan yang agak sesak di lebuh
raya . Fazni mula rasa letih.
Maklumlah…. Perjalanan yang biasanya 2 jam menjadi 5 jam memang memenatkan. Namun dia perlu gagahi juga untuk dia pulang
ke Kuala Lumpur. Apa yang penting kini
dia sudah pun menunaikan amanah yang telah dijanjikan olehnya untuk pastikan
yang Qalesya selamat sampai di kampung.
“Assaalamualaikum….” Laung Qalesya
nyaring. Namun belum sempat dia memberi
salam yang kedua, salamnya bersambut.
Lesar senyuman sang ibu apabila melihatkan anak gadisnya selamat sampai.
“Maafkan saya makcik. Jalan sesak tadi. Saya minta maaf juga sebab saya Qalesya
terlepas bas dia.” Terang Fazni sambil
bersalaman dengan wanita yang sudah melepasi separuh abad itu.
“Tak mengapa. Makcik faham.
Makcik senang bila Qalesya selamat sampai. Jemputlah masuk dulu. Rehatkan badan. Tak pun sahur dulu kat sini. Bila dah segar badan tu bolehlah balik.”
Pelawa Puan Halijah manis. Fazni rasa
serba-salah.
“Buat susah makcik saja. Tak mengapalah makcik…. Saya boleh drive.” Fazni cuba menolak. Dia tidak mahu menyusahkan keluarga itu. Dalam erti yang sama dia perlu ke KLIA untuk
mencuba nasib sekiranya ada flight untuk dia terbang Switzeland.
“Tak ada susahnya. Marilah masuk. Makcik senang kalau Fazni sudi.” Melihatkan kejujuran ibu Qalesya itu
membuatkan Fazni akur. Dia masuk ke
rumah milik keluarga Qalesya dan duduk di atas kerusi rotan dan lantas dia
mencari kelibat Qalesya. Ah, mungkin dia sudah masuk ke biliknya.
“Encik Fazni, bangun sahur.” Fazni tersentak apabila dia dikejutkan. Dalam samar lampu dia melihatkan senyuman
Qalesya yang berganti dengan panggilan namanya.
“Macam mana saya…” Fazni melihatkan dirinya berselubung dengan
selimut.
“Angah yang selimutkan Encik Fazni
tadi. Jom makan.”
“Dah pukul berapa ni?” Tanya Fazni
dalam keadaan separa sedar.
“Dekat pukul 5.00. Bangunlah Encik Fazni. Nanti lewat pulak.” Fazni bangkit. Badannya mula terasa setelah lena dari
tidurnya. Dia mengikut Qalesya dari
belakang. Sampai sahaja di dapur
alangkah terkejutnya dia melihatkan adik-beradik Qalesya yang begitu
ramai. Satu… dua… tiga… empat….lima… dan
enam termasuk Qalesya?”
“Ini tak termasuk kak long
saya. Saya ada 7 orang
adik-beradik. Ramaikan? Kalau dah berkumpul tu Encik Fazni jangan
terkejut dengan telatah mereka.” Ujar
Qalesya sebelum Fazni bertanya. Hish!
Macam tahu je apa yang nak ditanya.
Fazni malu sendiri.
Berada di kelompok keluarga Fazni
entah mengapa Fazni leka dengan telatah adik-beradik Qalesya. Ibarat seperti dia sudah lama kenal. Begitu juga dengan ibu Qalesya yang tidak
kekok melayaninya. Namun hanya satu
persoalan yang bersarang di dalam fikirannya.
Di manakah ayah Qalesya?
Usai bersembahyang subuh Qalesya
menghantar Fazni sehingga di pintu rumah. Melihatkan Fazni yang sudah bersiap
sedia untuk pulang ke Kuala Lumpur membuatkan hati Qalesya bagai diulit seribu
perasaan. Kenangan semalam kian menerjah
di kotak fikirannya. Dan selepas ini
sudah tentu dia tidak akan bertemu dengan majikannya itu. Kalau ada pun mungkin dari kejauhan
sahaja.
Fazni masuk ke perut kereta dan
segera menghidupkan enjin kereta. Namun
sudah puas dia memulas kunci keretanya namun senyap dan sunyi. Pelik!
Semalam okey je. Keretanya masih lagi tidak mahu hidup. Dia kemudianya keluar dari kereta dan melihat
keadaan enjin keretanya. Dia menggarukan
kepalanya yang tidak gatal. Macam mana
dia ingin pulang ke Kuala Lumpur kalau keretanya meragam?
“Kenapa Encik Fazni?” Qalesya
berlalu menuju ke arah Fazni yang sudah mula berputus asa.
“Entahlah. Kereta ni meragamlah pulak.” Qalesya
tersenyum.
“Mungkin Encik Fazni kena beraya kat
sini kot? Mana nak cari mekanik sekarang ni.” Fazni mengeluh sekali. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan
sekarang ini. Halijah yang berada di
dalam bilik setelah bersembahyang subuh turut keluar untuk melihat Fazni yang
ingin pulang ke Kuala Lumpur. Namun dia
melihatkan Fazni masih lagi setia di kereta sambil riak wajah yang bermasalah.
“Kenapa Qalesya?”
“Ini mak…. Kereta Encik Fazni ni….
Segan nak hidup.” Ujar Qalesya
melawak. Semenjak semalam dia tidak pun
melihat segaris senyuman dari bibir majikannya itu.
“Nampaknya Fazni kena beraya dengan
kami. Lagi pun Qalesya kata Fazni tak
ada kampung nak beraya. Apa salah beraya dengan kami. Boleh merasa raya dikampung. Dah alang-alang
sampai sini. Lagi pun esok dah
raya.”Kali ini Puan Halijah pula yang mempelawa. Fazni memandang wajah Qalesya dan Puan
Halijah dengan silih berganti. Bagaimana
harus dia memberitahu bahawa dia sedikit pun tidak membuat persiapan.
“Maafkan saya, makcik. Lagi pun saya tak buat sebarang persiapan
pun. Baju raya pun saya tak beli. Seganlah saya makcik. Tak apa.
Nanti matahari naik saya cuba cari mekanik.” Ujar Fazni.
“Alasan saja tu mak. Mustahil Encik Fazni tidak beli sebarang
persiapan untuk hari raya?” Fazni menggeleng.
Qalesya tersenyum lagi.
“Masih belum terlambat lagi, Encik
Fazni. Nanti saya minta tolong adik saya
Sukri temankan Encik Fazni beli semua tu.
Lagi pun ada banyak barang nak beli.
Nanti boleh beli baju melayu.”
“Tapi…”
“Tak payah nak bertapi lagi,
Fazni. Besar tapak tangan nyiru kami
tadahkan. Dah, masuk. Banyak kerja nak buat ni. Nanti boleh tolong kami.”
Entah mengapa dengan hati yang
terbuka Fazni menerima ajakan dari ibu Qalesya itu. Dia mengangkat beg dan terus menuju ke bilik
Sukri untuk dia menyalin baju. Esok
adalah hari raya. Mungkin ada sesuatu
dia boleh lakukan untuk keluarga itu kerana menerima kedatangannya. Akhirnya dia mengikut Sukri ke pekan untuk
membeli barang dan persiapan untuk hari raya esok.
Suasana sebelum hari raya di kampung
membuatkan dia lupa seketika. Kesibukkan
masing-masing dengan tugas sendiri membuatkan dia merasa riang. Qalesya yang dari tadi sibuk di dapur bersama
ibunya sering diusik oleh adik-adiknya yang kecil. Sehinggakan Qalesya tidak senang untuk
memasak. Fazni tersenyum dengan telatah
adik-adik Qalesya yang suka mengusik itu.
Aroma rendang dan kuah kacang mula menusuk di ruang hidungnya. Sudah lama dia tidak merasa rendang dan kuah
kacang.
Fazni mula mencari kerja. Dia segera menuju ke arah Sukri yang sedang
menjaga ketupat. Sambil itu dia juga
mengapak kayu bagi memenuhkan kayu api di dalam bangsal. Fazni mencapai kapak dari tangan Sukri.
“Tak mengapalah Encik Farhan…. Biar
saya yang buat. Encik Farhan kan tetamu
kami.” Sukri mencapai kembali kapak dari tangan Fazni. Payah nanti.
Silap haribulan kapak pulak yang melayang nanti. Kalau kena orang tak ke haru nanti.
“Tak perlulah panggil Encik
Farhan. Panggil abang pun dah
cukup. Seganlah abang je yang tak ada
kerja.”
“Tak adapalah bang. Abang duduk je.” Namun Fazni merasa tidak
selesa. Akhirnya dia membantu Sukri
menyusun kayu api. Sambil itu dia berbual
panjang. Berborak dengan Sukri dia
merasa amat seronok. Bagaikan dia sudah
lama mengenali anak muda itu.
“Lepas habis kita rebus ketupat ni
kita pergi balik ke pekan. Kak ngah kata
abang tak ada baju melayu lagi. Nanti
ikut Syuk. Kita pergi beli baju melayu
dengan songkok sekali. Mesti abang
handsome kalau pakai baju melayu, kan?” Fazni tersenyum mendengarkan ajakan
itu. Betapa hatinya tenang ketika
itu. Sambutan Qalesya sekeluarga begitu
bermakna buat dirinya. Dia begitu selesa sekali.
Azan isyak mula berkumandang
kemudian disusuli dengan takbir raya.
Fazni masih lagi memandang keluar jendela dengan pemandangan kanak-kanak
riang yang sedang seronok bermain bunga api.
Lamunannya begitu jauh. Semenjak
kecil lagi dia tidak pernah merasai aidilfitri yang begitu bermakna seperti
ini. Betapa dia aman dan bahagia di desa
yang begitu mendamaikan jiwanya. Namun
jauh di sudut hati Fazni masih lagi merintih.
Pemergian ibunya di malam aidilfitri bagaikan berlaku semalam.
Tanpa
disedari perilaku Fazni diperhatikan oleh Qalesya dari belakang.
“Kak ngah, pergilah tengok abang
Fazni tu. Dari tadi asyik termenung je.”
Bisik Malina perlahan di cuping telinga Qalesya.
“Encik Fazni…” Fazni tersentak dan
berpaling. Kali ini Qalesya terkejut
dengan senyuman yang dilemparkan oleh Fazni.
Hati Qalesya mula rasa debarannya.
Ya Allah… kau tetapkanlah hati ini. Patutlah ramai yang meminati CEO
muda ini. Dengan wajah bersih ala cina
dan rambut ikal dan berlesung pipit patutlah Rohana tak tidur malam. Hati kecil Qalesya tertawa apabila
teringatkan rakan sekerjanya.
“Saya nampak Encik Fazni termenung
panjang dari tadi. Kenapa? Encik Fazni tak selesa tinggal di sini ke?” Fazni
tersenyum lagi.
“Ada apa yang boleh saya
bantu?”Fazni senyap. Qalesya masih lagi
berdiri dan menantikan kata-kata dari
Fazni.
“Bukan…. Saya memang seronok di
sini. Tapi…. Qalesya tahu mengapa saya
berhari raya di luar negara selama sepuluh tahun ini?” Qalesya senyap. Menantikan bicara lanjut dari Fazni.
“Ibu menyayangi saya dengan menatang
minyak yang penuh. Berkongsi kegembiraan
dan juga kedukaan saya. Saat saya
dahagakan lagi kasih-sayangnya, Allah telah menjemputnya di malam aidilfitri
kerana barah yang dihadapinya. Semenjak
dari itu, setiap malam raya saya akan memikirkannya. Saya keluar negara untuk tidak
memikirkannya.” Qalesya menghampiri Fazni.
Minyak wangi berjenama polo menerawang mencecah hujung hidungnya.
“Encik Fazni bukan melupakan
masalah, tetapi Encik Fazni ingin melarikan diri dari masalah. Encik Fazni beruntung kerana sudah tahu akan
pemergiannya. Saya, kehilangan ayah saat
kami adik-beradik perlukan kasih-sayangnya.
Di malam raya juga ayah terlibat kemalangan jalan raya semasa ingin ke
masjid. Dengan keadaan kami adik-beradik
yang ramai, saya terpaksa mengharungi cabaran itu. Setiap yang hidup perlu teruskan kehidupan. Lagi pun Encik Fazni punyai ayah.”
“Saya buntu Qalesya.”
“Masih belum terlambat, Encik
Fazni. Encik Fazni mempunyai ayah
yang perlukan kasih sayang dari seorang
anaknya. Dan Encik Fazni perlu mengambil
kesempatan ini sebelum dia pula yang meninggalkan kita. Kita tidak tahu akan ajal kita yang akan
menjemput. Saya yakin dengan Encik Fazni.
Encik Fazni boleh lakukan.”
Fazni terdiam mendengarkan kata-kata
Qalesya yang begitu menusuk hatinya. Dia
memandang ke arah wajah Qalesya yang tulus dan jujur itu. Qalesya akhirnya meninggalkan Fazni sendirian
untuk melayani perasaannya. Angin malam
membuatkan Fazni meninggalkan jendela itu bersama-sama dengan kenangan
lama. Keriuhan adik-adik Qalesya
membantu menyusun kuih raya membuatkan dia terhibur. Dia melepaskan satu
keluhan beban yang selama ini bersarang di dalam hati dan mala mini dia
benar-benar terasa lapang.
Azan subuh mula berkumandang dan
kemudiannya disusuli dengan takbir raya yang sayup kedengaran. Fazni segera bangkit dan terus ke bilik
air. Setelah mandi sunat aidilfitri
wajahnya tulus disimbahi dengan air wudu’.
Meminta keberkatan dan keinsafan di hari mulia, air mata Fazni mula
tumpah. Setelah sepuluh tahun dia
melarikan diri, inilah kali pertama dia berhari raya di tanah airnya
sendiri. Setelah siap sedia dia terus menuju
ke masjid bersama-sama dengan Sukri dan adik-beradik Qalesya yang lain untuk
menunaikan sunat aidilfitri. Betapa dia gembira dan seronok apabila melihatkan
ramai umat islam yang berlumba-lumba untuk ke masjid. Masing-masing semuanya berbaju baru dan
berwarna-warni.
Selesai bersembahyang sunat
aidilfitri, Fazni bertekad untuk pulang ke Kuala Lumpur dan akan menyambut hari
raya bersama-sama dengan ayahnya.
“Assalamualikum….” Fazni melangkah
masuk ke dalam rumah sambil membuka songkok.
Dia begitu kacak dengan mengenakan baju melayu hijau cekak musang. Namun langkah Fazni terhenti apabila dia
mengenali wajah yang sedang duduk di ruang tamu.
“Ayah?” Fazni terus memeluk Dato’
Malik dengan erat. Air mata Fazni mengalir. Sayu dan terharu.
“Maafkan Fazni, ayah. Selama ini Fazni banyak mengguriskan hati
ayah.”
“Al-hamdulillah…. Hasrat ayah untuk
berhari raya dengan Fazni tahun ini termakbul.”
“Tapi…. Macam mana ayah tahu yang
Fazni ada kat sini?”
“Tu… Qalesya yang beritahu. Kalau dia tak ada, mungkin ayah ingat kamu di
Switzeland.” Fazni berpaling kepada Qalesya yang sedondon dengannya. Detik hati Fazni bagaikan terhentik apabila
melihatkan Qalesya yang melemparkan senyuman.
“Saya minta maaf pada Encik Fazni
kalau saya membuat keputusan tanpa bertanya lagi. Niat saya adalah ikhlas, untuk melihat Encik
Fazni berhari raya dengan keluarga sendiri sebelum terlambat. Betapa indah jika keluarga berada di samping
kita saat ini.” Sekali lagi Fazni kagum dengan kata-kata Qalesya itu.
“Tidak…. Sebenarnya saya yang perlu
mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana menyedarkan saya. Memberikan nasihat dan kekuatan yang selama
ini saya lemah. Terima kasih, Qalesya.” Berbunga hati Qalesya mendengarkan butir
bicara dari Fazni itu. Memang niatnya
untuk menyatukan kedua beranak itu.
“Nasib baiklah kampung Pak Ishak
kamu ni sebelah je. Malam tadi Qalesya
telefon ayah. Beritahu kamu di
mana. Ayah telefon kamu, tak berangkat.”
“Maaf ayah. Telefon Fazni tertinggal di pejabat. Kalut masa nak balik tempoh hari. Mungkin ada hikmahnya apa yang telah berlaku
untuk dua tiga hari ini, ayah.” Fazni sedar jika tidak dia tertinggal telefon,
terlanggar Qalesya dan keretanya rosak mungkin dia tidak dapat menikmati hari
raya yang penuh bermakna seperti sekarang ini.
“Tahun depan nak beraya di mana?”
Saja Dato’ Malik ingin menduga anak terunanya.
Fazni tersenyum dan lantas mengerling kepada Qalesya.
“Saya dah ada kampung.” Tegas Fazni
megah.
Setahun
berlalu…..
Fazni menekan butang intercom dari
biliknya dan telefon di meja Qalesya menyala.
“Sayang… tahun ni kita balik raya
seminggu lebih awal, boleh?” Qalesya ketawa kecil. Dia tidak menyangka semenjak dia berkahwin
dengan Fazni, suaminya itu suka untuk pulang ke kampung.
“Abang, kerja Qalesya belum habis
lagi.” Renggek Qalesya manja di corong telefon.
“Tak apa…. Abang akan releasekan
cuti sayang untuk 2 minggu.” Ujar Fazni dalam nada ceria.
“Habis siapa yang nak siapkan kerja
Qalesya nanti?”
“Abang temankan sayang sampai sayang
siap. Bolehlah ye….”
“Okey, tapi jangan pulak abang yang
tidur nanti.” Fazni ketawa. Kasihnya
kepada Qalesya berbangkit. Cinta buat
Qalesya kian membenih. Cinta pandang
pertama mengubah seluruh hidupnya.
“Sayang….”
“Nak apa lagi bang? Nanti kalau orang dengar malulah.”
“Terima kasih, sayang. Dan tahun ini raya abang lebih bermakna
dengan kehadiran sayang di sisi abang.
Sebagai rusuk abang.” Ucapan itu membuatkan Qalesya tersenyum menahan
malu. Dan kasih sayang untuk Fazni kian
bercambah.