Jodoh
Di Aidilfitri
Amy melangkah masuk ke dalam pejabat
sambil menyanyi kecil. Helmet di tangan
kirinya dihayun ke depan dan belakang.
Dia kemudiannya singgah di meja Sofiah tetapi kosong tidak berpenghuni. Lantas Amy melirik jam di tangan
kanannya. Patutlah… awal lagi
rupanya. Ini mesti tengah bergossip
dekat kedai Mak Senah lorong hujung tu.
Aduh! Takkan nak tunggu dia orang
tu. Hish! Laparlah pulak. Melantak best juga ni. Amy melangkah ke dalam
pantry. Nasi lemak dan helmet di
letakkan di atas meja. Dia kemudiannya
menyelongkar apa sahaja di dalam pantry untuk dia membuat air.
‘Cantik. Nescafe dengan susu ada. Buat nescafe Tarik best juga.’ Omong Amy
sendiri. Setelah dia membuat air, dia
lantas membuka nasi lemak yang dibelinya tadi.
Hari ni kena makan puas-puas. Esok dah nak puasa. Bila dah masuk bulan puasa nanti susah pulak
nak cari nasi lemak.
Belum sempat dia menyuapkan nasi
lemak ke dalam mulutnya pintu bilik dikuak orang. Amy terhenti.
Dia sedaya upaya untuk tidak memandang ke belakang. Jangan pandang belakang, nanti lain pulak
yang datang. Hello! Siang-siang macam ni mana ada hantu.
Manusia bertopengkan hantu adalah.
Amy menelan air liur yang tersekat dikerongkong.
“Amy!” Terkejut Amy apabila dia disergah
begitu.
“Bos… hilang semangat saya. Kenapa bos tak beri salam dulu. Hish! Bos
ni.” Bebel Amy sambil memandang kepada Zarif yang juga merupakan penolong
pengarah di syarikat itu.
Amy melemparkan senyuman kepada
Zarif. Walaupun Zarif seorang penolong
pengarah namun dia tidak kekok untuk bersama-sama dengan pekerjanya. Pada Zarif, setiap pekerjanya adalah nadi di
dalam syarikatnya. Amy pun yang juga
seorang despatch pun dia boleh masuk group.
“Makan nasi lemak nampak. Tak pelawa
saya langsung.”
“Yelah bos… Takkan nasi lemak boleh
tukar jadi spaggeti pulak. Ada sebungkus je.
Bos nak tak?” Zarif tersenyum dengan usikan Amy itu.
“Dari jauh saya tercium bau nescafe
awak tu. Itu yang buat saya kemari. Awak buat satu cawan saja ke? Saya punya
mana?”
“Bos ni…. Dah saya seorang je. Takkan saya nak buat sepuluh cawan pulak.”
“Awak ni Amy…”
“Yelah… saya tengok seorang pun tak
ada jadi saya makanlah dulu. Nanti si
Sofiah tu bagi saya segunung surat tak sempat pulak saya nak makan. Ni…. Nak raya… dengan kad raya lagi… mahu
termuntah saya.” Luah Amy.
Zarif tersenyum dengan kata-kata Amy
itu. Dia memandang sekilas kepada Amy,
seorang despatch wanita. Tegas, brutal, suka membebel tetapi dia sebenarnya
seorang yang lemah lembut. Lagak macam lelaki tetapi kalau membebel terserlah
sifat kewanitaannya.
“Awak buatkan saya secawan.” Pinta
Zarif. Berbular biji mata Amy
mendengarnya. Betul ke apa yang dia
dengar sebentar tadi? Oh! Tidak. Belum
pekak lagi. Buatnya nanti kena muntah
darah macam mana? Jangan Amy. Untuk
tekak sendiri bolehlah.
“Ala bos…. Air panas tak ada. Saya masak air pun cukup-cukup untuk saya.”
Amy memberi alasan agar dia terlepas dari membuat air untuk Zarif. Amy kemudiannya menyuap nasi lemak masuk ke
dalam mulut tanpa memandang kepada Zarif.
Nanti kalau pandang sekali lagi mahu dia dipaksa untuk membuat air.
“Ye
ke? Saya tengok kejap.” Zarif berlalu
dan menuju ke arah meja menempatkan kettle.
Zarif menjengah. Dia memandang
kepada Amy. Nak bohong pun
agak-agaklah. Dia bercekak pinggang.
“Ni… apa? Bukan air panas?”
“Er…. Susu dengan nescafe dah
habislah bos. Lupa nak beli. Nanti saya beli… eh, lupa. Esok dah puasa. Okey,
nanti lepas raya saya belikan.
Bolehlah ye bos.” Helah Amy lagi.
“Oh, ye ke?” sekali lagi Zarif menyelongkar. Ke sana ke sini dia mencari apa yang boleh
dibuat air.
“Ini apa? Ini bukan nescafe dengan susu ke?” Tunjuk Zarif kepada Amy. Amy tersenyum.
“Ha… apa kata alang-alang bos dah
pegang benda tu bos buatlah sendiri.”
Zarif lantas memandang kepada Amy.
Kita suruh dia, kita pulak yang
kena suruh.
“Saya suruh awak buat. Awakkan perempuan. Tak pernah saya rasa air yang awak buat. Please Amy…. Awak buatkan air untuk saya.”
Tercekik Amy mendengarkan kata-kata
Zarif itu. Aduh bos ni! Dia guna perkataan keramat itu yang buat dia
kalah. Potong stim betullah nak makan
pun tak senang. Hilang langsung nafsu
nak makan. Tapi kalau tak ikut nanti
kata tak ikut arahan. Akhirnya Amy
kalah. Amy bangkit dan terus menuju ke
arah Zarif yang masih lagi memegang nescafe dan juga susu.
“Dahlah bos. Duduk jelah.
Kalau jari ni kena air panas saya claim insuran dengan bos nanti.” Bebel
Amy sambil menyiapkan air buat Zarif.
Zarif tersenyum melihatkan riak wajah Amy yang masa itu. Dia kemudiannya duduk semula ditempat tadi
dan menantikan Amy yang sedang membuat air.
Setelah siap semuanya Amy kemudianya meletakkan air nescafe itu
dihadapan Zarif.
“Sedap air yang awak buat ni. Nampak gayanya dah boleh kahwin.” Usik
Zarif. Dia kemudiaanya menantikan
balasan dari Amy. Sudah tentu dia kena
‘tembak’ dengan Amy.
“Bos jangan nak banyak bunyi. Nanti saya buatkan air satu teko bagi bos
minum baru tahu kembung air nanti.” Zarif tersenyum dengan kata-kata Amy
itu. Ha, kan dah kata.
“Sebelum terlupa. Saya nak beritahu yang pagi ni ketua pengarah
kita akan mulakan tugas.”
“Siapa nama dia bos?”
“Shahzlan. Juga abang saya. Saya harap awak selesa kerja dengan dia.”
“La… kenapa pulak bos cakap macam
tu? Bukan ke dia tu abang bos. Mesti macam mana adik dia, macam tu juga
abang dia.” Zarif tersenyum lagi.
“Awak belum kenal dengan dia. Nanti kalau awak dah kenal tahulah awak. Belum apa-apa lagi semua setiausaha yang kita
orang temuduga semua tak nak kerja bawah dia.” Terang Zarif.
“Oh!
Ye ke?”
Amy diam.
“Eh, maksud bos?”
“Awak tunggu dan lihat sajalah.”
Ujar Zarif dalam memberikan senyuman yang penuh bermakna dan bererti. Sekali lagi Amy tercekik.
“Despatch!” Laungan itu membuatkan
Amy melompat. Terkejut dia dengan
jeritan suara yang memetir itu. Dia
kemudiannya berlari menghampiri suara itu.
Oh! Ini ke Encik Shazlan? Ketua
pengarah?
“Bos…”
“Awak siapa?” Tegas sahaja suara
yang dilontarkan oleh Shazlan.
“Despatch bos.” Jawab Amy tanpa
memandang sedikit pun kepada pemilik suara itu.
“Awak ni lelaki ke perempuan.” Sudah!
Tadi suara tak ada volume low note.
Sekarang ni mata pulak yang ada masalah.
Sampai tak kenal lelaki atau pun perempuan.
“Er…”
“Simple question. Lelaki ke perempuan?”
“Perempuan bos.”
“Agaknya dah tak ada lelaki ke yang
nak buat kerja ni sampai nak ambil perempuan bekerja?” serta-merta Amy
mendongakkan kepala. Wah! Ini dah melampau.
“Amboi! Galaknya bos cakap. Apa?
Ada undang-undang ke yang kata perempuan tak boleh buat kerja ni?” Tegas sahaja suara Amy berbunyi.
Ah!
Berani betul budak ni.
“Menjawab. Awak bawa surat-surat ni ke alamat yang
tertera. Urgent! Mesti sampai sebelum pukul tiga.”
Amy memandang ke arah jam
dinding. Pukul satu.
“Tapi bos… sekarang pukul satu. Tengah makan.
Takut dia orang tak ada kat pejabat je.” Shazlan membesarkan
matanya. Kecik besar dia memandang
kepada Amy. Inilah padah ambil orang perempuan bekerja. Ada je alasan.
“Saya tak nak ada sebarang alasan
dari mulut awak tu. Kalau nak buat kerja
tu buat cara nak bekerja. Ke saya yang
nak kena ajarkan?”Jerkah Shazlan.
Uh! Macam langit dan bumi mereka
adik beradik. Agaknya kurang kasih
sayang mamat seorang ni.
“What
ever.” Amy berlalu.
“Excuse
me?”
“What
ever!” Laung Amy sekali lagi. Kali
ini Amy kian menjauh. Shazlan
membulatkan matanya. Tak hormatkan
majikan langsung.
Wajah Amy masam saat dia masuk
semula ke pejabat setelah selesai menghantar surat seperti yang diminta oleh
Shazlan. Nasib baiklah dia pergi
menghantar surat dengan menaiki motosikal.
Kalau naik kereta mahu kematu dibuatnya.
Silap haribulan pukul berapa pula dia akan sampai ke pejabat. Amy melabuhkan punggung di atas sofa sambil
menghela nafas lega.
“Kenapa lambat?” Terkejut Amy
apabila dia sergah begitu. Ha, yang ini
memang sama perangainya. Suka nak sergah
orang.
“Ala bos…. Sepuluh minit je. Bukannya lama sangat.”
“Awak ni kalau tak menjawab memang
tak sah ke? Wajib ke nak menjawab?”
“Dah fungsi mulut adalah untuk
bercakap. Bukannya fungsinya untuk
melihat.” Lancang sahaja Amy menjawab.
Jelingan tajam milik mata Shazlan tidak dipeduli. Ada aku kisah. Memang betul apa? Mulut untuk bercakap.
“Apalah malang nasib saya dapat
despatch perempuan macam awak ni. Kalau
dah perempuan tu perempuan juga.” Bebel Shazlan. Amy tidak mendengar akan bebelan Shazlan itu
sebaliknya dia bermain dengan handphonenya.
Layan candy crush lagi best!
“Awak dengar tak apa yang saya
cakapkan ni?” Tekanan darah Shazlan kian memuncak. Kalau macam ni memang senang kena darah
tinggi. Macam cakap dengan tunggul
je. Dia boleh buat tak tahu je.
“Em…” Jawab Amy acuh tak acuh.
Baru hari pertama mulut tak boleh
nak nak rendahkan volume tu. Asyik nak
tinggi je pitching tu. Buat sakit
telinga je. Nasib baik esok dah start
berpuasa. Harap-harap panas baran dia
pun berpuasa juga. Tenang dunia ni
sekejap.
“Ini…. Surat perlu dihantar.”
Hah? Melopong mulut Amy mendengarkan
arahan dari Shazlan itu.
“Bos… saya baru je balik. Dah nak pergi lagi? Kenapa tak bagi terus je tadi?” Amy merasa bengang
melihatkan wajah Shazlan seperti tidak bersalah. Mahu sahaja dia menelan Shazlan
bulat-bulat. Tak pun cicang halus baru
padan muka.
“Dah saya baru siapkan proposal
tu. Dah!
Kerja awak adalah menghantar surat.
Jangan nak banyak bunyi. Tunggu
apa lagi? Pergilah. Lagi lambat awak
pergi lagi lambatlah awak balik.” Argh!!!!! Rasa ingin menjerit pula!
Amy bangkit dengan mempamerkan wajah
yang masam. Surat yang berada di tangan Shazlan disambut kasar. Menunjukkan tanda protes terhadap
Shazlan. Dia berlalu tanpa sebarang kata
tetapi hatinya bagaikan mendidih, geram, marah dan sakit hati. Semuanya bersatu menjadi satu. Menyampah!
Benci!
Untuk
hari-hari berikutnya Amy merasakan tekanan bekerja di bawah seliaan
Shazlan. Dengan Zarif dia tiada masalah
langsung. Tetapi dengan Shazlan? Uh! Macam anjing dengan kucing. Tanggapan Amy
pada bulan puasa seperti ini kuranglah runner dia untuk keluar pejabat. Namun semuanya hampa. Semakin galak pula Shazlan mengerahkan
ke sana dan kemari.
“Along! Apa yang kalut sangat ni?”Tegur Zarif saat
dia keluar dari biliknya. Dari dalam dia
mendengarkan suasana kecoh. Adegan
bertegang leher antara Amy dan Shazlan menarik perhatiannya.
“Encik Shazlan.” Shazlan memperbetulkan. Zarif mengangguk. Terlupa pula dia berada di pejabat. Dia memang kenal akan abangnya itu. Dulu dia tidak seperti itu. Tetapi saat pulang dari belajar di luar
negara perangai dan tingkahlaku abangnya berubah. Semenjak dia ditinggalkan kekasih hati. Puas juga dan dan mamanya menasihati abangnya
itu. Namun hatinya sudah kian menjauh.
“Zarif! Nasihatkan staff you jangan
nak kurang ajar dengan bos sendiri.” Zarif menangguk lagi.
“Kenapa ni Amy?”
“Ini bos. Bukan saya yang tak nak
buat buat. Sekarang dah pukul 430
petang. Mana sempat saya nak runner ke
Shah Alam. Jauh tu bos. Esok sajalah bos.” Kali ini Amy merayu kepada Zarif agar dia
diberi pelepasan.
“Encik Shazlan, rasanya sudah lewat
sangat dia nak ke sana.” Zarif pula yang
merayu. Namun Shazlan tidak mendengarkan
kata-kata Zarif itu.
“No excuse. Saya kata pergi! Pergi sajalah. Lepas tu balik semula ke pejabat. Saya bayar gaji awak supaya awak kerja. Bukan nak goyang kaki.” Ha! Sebab itu Amy
mula naik angin. Sudahlah diberi surat
last minute, lepas tu nak ke pejabat pulak.
Ada kerja gila!
“Nak buat apa patah balik?”
“Saya nak spot check awak sama ada
awak sudah hantar surat tu ke belum.” O…. memang dia ni kurang ingatan agaknya.
“Saya tahu yang bos belajar tinggi. Tapi IQ tu pun kena tinggi juga. Apa guna orang cipta telefon. Apa susah? Call sajalah.
Tanya dia orang dah terima ke tidak.”
Shazlan terdiam. Zarif pula
menyembunyikan tawanya. Ha! Ambik kau.
Kena terus sebijik.
“Saya tak kira. Saya nak awak balik juga.” Tegas Shazlan. Tinggi betul ego mamat lidah pedang ni.
“Yelah!yelah! ikut suka hati bos lah. Layan pun buat darah
tinggi je.” Amy berlalu meninggalkan
Shazlan. Berbuku hatinya dengan kerenah
Shazlan itu. Tak perikemanusiaan langsung! Hati kering!
“Along ni, keras sangat dengan si
Amy tu.” Tegur Zarif. Sekali lagi Shazlan menjeling. Zarif menutup mulutnya. Ah!
Terlepas lagi!
“Siapa? perempuan kayu tu? Jangan
nak bagi muka sangat dengan dia tu.
Nanti naik lemak pulak. Sebab kau
manjakan sangat dia sampai tak hormatkan aku.” Zarif ketawa dengan kata-kata
Shazlan itu.
“Sungguh pun dia kayu kalau buat air
sedap tau. Kalau kena penangan air yang
dia buat gerenti nak lagi.”
“Perempuan macam kayu tu pun pandai
buat air? Setakat buat air masak semua
orang pun boleh buat.” Zarif menggelengkan kepala bila mendengarkan kata-kata
itu.
“Pelik betullah dengan Encik Shazlan
ni. Dengan staff lain tak ada pula
garang macam ni. Dengan Amy pantang
bertemu ada je yang tak kena dengan mata tu.
Kesian tengok dia. dia dahlah
penat hantar surat tadi. Lepas tu nak
suruh hantar lagi. Ke Shah Alam pula
tu.”
“Yang kamu ni dah tak ada kerja lain nak buat selain nak membebel? Kenapa?
Nak gantikan tempat dia pulak?” Zarif berlalu saat Shazlan menjeling
tajam sekali lagi. Lepas ni kalau dia
tidak berganjak juga mahu dia kena makan pasir cukup bulan.
Serta-merta wajah Amy menjelma di
ruang matanya. Entah mengapa dia begitu
dingin dengan Amy. Bila bertemu dengan
pekerjanya itu intonasi suaranya tidak pernahnya rendah. Mungkinkah penampilan gadis itu menjengkelkan
hatinya? Entah! Dia sendiri tiada jawapannya.
Amy menyerahkan buku despatch ke
tangan Shazlan. Waktu itu sudah hampir
untuk berbuka. Geram dan sedih melingkar
di segenap hati Amy. Dia juga punyai
hati dan perasaan. Perasaan seorang
wanita. Dia juga sensitif jika dia
diperlakukan sedemikian. Kalau beginilah setiap hari di bulan puasa boleh
berhenti kerja dibuatnya.
“Awak nak pergi mana pula?” Amy
mengeluh keras. Ni…. Nak apa pulak ni?
“Bos nak apa lagi? Sekarang dah lepas waktu kerja. Lagi pun dah nak berbuka ni. Apa? Bos
tak puasa ke?” Shazlan tergamam dengan keberanian Amy itu.
“Awak ni, saya tak habis lagi
bertanya awak dah ‘tembak’ saya macam mesin gun. Cubalah saya habiskan ayat saya ni dulu.”
Serta-merta Amy menutup mulutnya. Malu
pula dia dengan sikapnya yang terburu-buru.
“Awak berbuka kat mana?” Amy
mengerutkan dahinya. Sudah! Bos ni takkan nak suruh hantar surat kat
restoran pulak? Bos aku ni betul ke tidak?
“Ala bos…. Dah lepas waktu
kerja. Saya merayu dengan bos. Saya janji.
Esok saya pergi.”
“Saya rasa soalan saya tu tak ada
simpang kanan ke simpang kiri.
Hish! Awak ni. Jawab sajalah
soalan saya.”
“Oh ye ke?”
“So?”
“Saya makan tepi jalan je bos. Lepas makan saya nak buat part time pulak.”
Ternyata pengakuan Amy itu membuatkan Shazlan terkejut.
“Awak buat part time apa malam-malam
buta ni?”
“Bos jangan fikir yang bukan-bukan
ye. Saya tahulah haram dan halal. Bos ni
kecoh sangatlah. Suka hati sayalah nak
buat part time kat mana.” Amy kelihatan tidak selesa dia diserang soalan oleh
Shazlan.
“Awak tu pekerja saya. Jadi saya patut tahu. Saya tak nak awak buat part time sampai
prestasi kerja awak jatuh terduduk.”
Amboi! Bahasa…. Cantik sangat.
“Saya pekerja di syarikat ini dari 8 hingga 5 petang. Selepas itu ke mana saya nak pergi Encik
Shazlan tak patut tahu.” Amy tidak mahu bersoal jawab dengan akhirnya
meninggalkan Shazlan sendirian.
Namun Shazlan tidak begitu mudah
melepaskan Amy. Dia mengekori Amy dari
belakang dan Shazlan lantas memotong Amy.
Dia tidak puas hati selagi dia tidak tahu.
“Awak tak jawab soalan saya.”
“Saya kerja di Seven Eleven. Okey?
Puas hati? Bos tak perlu
risaulah…. Saya bukan adik bos yang nak dirisaukan dan saya bukan kekasih atau
isteri yang bos nak ambil peduli.
Sudah! Saya nak balik.”
Shazlan terdiam.
“Saya nak belanja awak makan.”
“Bos biar betul. Saya makan ala kadar je. Pukul lapan saya nak masuk kerja. Berapa minit je saya boleh rehat. Bos simpan sajalah belanja bos tu. Esok lusalah bos belanja saya. Saya dah penat. Malas nak layan bos makan.” Shazlan tersentak
buat kali kedua.
Berani betul budak ni melawan
cakap. Shazlan akhirnya melepaskan Amy
pergi. Dia menghantar Amy dengan
pandangan mata dan perasaan yang serba salah.
Salah dia juga kerana memaksa Amy keluar saat hampir waktu pejabat. Akhirnya dia keluar dan mencari tempat untuk
dia berbuka.
Shazlan pulang ke rumah saat jam ke
angka sepuluh setengah. Sempat juga dia
berhenti di masjid untuk bersembahyang terawikh. Memang sengaja dia menyediakan beberapa
pakaian bersih dan kain pelikat di dalam kereta. Bukan apa, senang untuk dia menunaikan
tanggungjawab sebagai seorang islam. Dengan perlahan Shazlan membuka pintu
dengan hati yang penuh rencah. Rasa
bersalah, geram, kasihan semuanya ada.
Kalau ditumbuk atau diblender mahu boleh dijadikan gulai masak lemak
cili api. Di ruang tamu kelihatan Zarif dan ibunya Puan Sakinah yang sedang
leka menonton televisyen.
“Hai, lambat anak mama ni balik.”
Tegur Puan Sakinah kepada anak bujangnya itu.
“Banyak kerja ke?” Pertanyaan dari Puan Sakinah itu tidak segera
dijawab. Sebaliknya dia melabuhkan
punggung di sebelah Puan Sakinah.
“Nampak macam penat sangat anak mama
ni. Dah makan ke belum? Kalau belum mama boleh siapkan.” Shazlan mengangguk. Zarif pula sekadar menjadi pemerhati sahaja.
“Dah mama…” Perlahan sahaja jawapan
yang diberikan oleh Shazlan itu.
“Pukul berapa Amy sampai pejabat
tadi?” Kali ini Shazlan terkejut dengan
pertanyaan dari Zarif.
“Amy? Siapa Amy?”
“La mama…. Amy mana lagi? Amy kitalah.”
“Shaz keluar dengan Amy ke? Kenapa tak cakap awal-awal. Boleh bawa sini. Macam tak percaya je
Shaz keluar dengan Amy.”
“Bukan dia ajak Amy keluar
mama. Dia suruh Amy tu runner ke Shah
Alam pada hal jam dah pukul 430. Lepas
tu boleh pulak dia suruh si Amy tu balik pejabat balik.”
“Shaz, kenapa buat dia macam
tu? Tak baik tau buat pekerja macam tu.”
“Dah kerja dia despatch kan? So… kena buatlah.”
“Tapi ada hadnya, Shaz. Bukan dengan ada kuasa Shaz boleh buat sesuka
hati je.”
“Mama dengan Zarif sama je. Suka sangat nak sebelahkan pekerja kita. Macam mana pekerja nak hormat kita kalau kita
ni asyik nak beri muka dengan mereka.”
“Dan kenapa along arlegi sangat
dengan si Amy tu?”
“Amy? Mama kenal dengan dia. kalau buat menantu bagus juga kan Zarif.”
“Betul tu mama.”
Puan Sakinah tersenyum saat Zarif
bertanyakan soalan cepu emas kepada Shazlan.
Ha! Ambik kau. Kelu lidah nak menjawab.
“Siapa? Budak perempuan yang berlagak jantan tu? Tak ada faedahnya nak buat baik dengan
perempuan jenis macam tu.”
“Along tak kenal dengan dia
lagi. Along, tak kenal maka tak cinta
tau.” Saja Zarif menyakat abangnya itu.
“Mama macam nak masuk meminang je si
Amy tu untuk along kamu.” Kali ini Puan
Sakinah pula yang menjadi nasi tambahnya.
“Ah, malaslah nak layan mama dengan
Zarif ni. Dahlah. Shaz nak masuk dalam. Penat.”
Shazlan berlalu saat dirinya galak menjadi bahan usikan. Ah!
Mama dengan Zarif sama saja!
Semakin hari Shazlan merasakan serba
tak kena saat bertemu dengan Amy. Ada
sahaja salah Amy dicari. Apa sahaja yang
Amy lakukan semuanya tidak kena dengan matanya.
“Bos! Balik dulu!
Selamat hari raya!” Jerit Amy
dari jauh dengan penuh gembira. Zarif
menyambut lambaian Amy itu dengan penuh senyuman. Hanya wajah Shazlan sahaja yang tidak begitu
mesra.
“Amboi! Bukan main sakan lagi. Ingat!
Awak tu dah bertunang.” Ingat Shazlan.
“Ala Along…. Relakslah. Balkis pun kenal dengan dia. Kita orang selalu lepak sama.”
“Em… elok sangatlah tu. Manjakan sangat.”
“Hish! Tak faham betullah dengan along ni. Malaslah nak layan along.” Zarif mula berlalu. Namun dia kemudiannya berhenti.
“Oh ya. Sebelum Zarif lupa. Mama pesan balik nanti mama nak ajak kita
pergi pasar. Beli bahan untuk raya
nanti. Esok along kena tolong mama kat
Rumah Pengasih tu.”
“Apa?” Zarif tersenyum apabila
melihatkan perubahan riak wajah abangnya itu.
Masam dan kelat sahaja wajahnya.
Shazlan menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Dia menggeluh. Selama ini puas dia mencari alasan untuk
tidak pergi ke Rumah Pengasih itu. Dan
selama itu juga dia tidak pernah menjejaki kaki ke Rumah Pengasih itu walaupun
mamanya adalah seroang pengasas rumah anak-anak yatim itu.
Keesokkan harinya, Shazlan seperti
kehilangan arah. Dia tidak tahu apakah
yang perlu dilakukan. Sedangkan Zarif sudah
pun mendapat pekerjaan. Akhirnya Shazlan
sekadar menjadi pemerhati. Dia melihat
kanak-kanak yang sedang sibuk dengan kerja masing-masing. Shazlan kemudiannya mendekati seorang
kanak-kanak yang sedang mengangkat kayu.
“Nak abang tolong ke?” Shazlan cuba
memberikan pertolongan sambil melemparkan senyuman kepada anak kecil yang
berusia lingkungan 10 tahun itu.
“Ini abang Shaz kan?” Shazlan
mengangguk.
“Nama adik?”
“Aiman.”
“Macam mana Aiman tahu nama abang?”
“Mama selalu ceritakan pasal abang
pada kami.” Ah! Ini mesti mama. Patutlah mama kata dia ada 83
orang anak. Tapi siapa seorang lagi?
“Mama kata ada 83 orang anak. Masuk abang dengan abang Zarif baru 82 orang. Siapa lagi seorang ye?” Tanya Shazlan.
“Kak Lia. Mama pun sayang dengan Kak Lia.” Lia? Siapa pulak Lia? Selama ini pun tak dengar nama tu di bibir
mama.
“Kak Lia?”
“Dia mesti ada kat belakang
memasak. Kak Lia pandai masak. Jom bang.
Kita pergi sana.” Ajak Aiman
sehinggakan Shazlan menjadi pak turut.
Sampai sahaja di belakang Shazlan
memerhatikan suasana yang begitu meriah sekali.
Mamanya sedang khusyuk memasukkan beras di dalam kelongsong ketupat
bersama-sama dengan seorang gadis. Gadis
yang berambut panjang itu seperti dikenalinya.
“Itu Kak Lia ke?” Tanya
Shazlan.
“Yelah. Itulah Kak Lia. Dia baik.
Baik macam abang.” Shazlan hanya
terseyum dengan pujian Aiman itu.
Dengan perlahan Shazlan menghampiri
Puan Sakinah dan gadis yang dilihatnya dari jauh. Dalam erti yang sama hatinya bagaikan membuak
perasaan ingin tahu siapakah gadis yang bersama-sama dengan ibunya.
“Awak Amy?” Ternyata Amy terkejut dengan kedatangan
Shazlan itu. Seperti yang dia tahu
Shazlan memang tidak mahu melangkah ke Rumah Pengasih itu. Memang terang-terangan mamat ni kurang dengan
kasih sayang. Entah mengikut perangai
siapa pun tak tahu. Tidak seperti Zarif
dan Puan Sakinah yang lebih suka menghabiskan masa di rumah anak yatim
itu. Tetapi mengikut kata Zarif abangnya
walau pun garang tetapi dalam hati ada taman.
Taman? Taman bunga tahi ayam
agaknya.
“Bos? Apa bos buat kat sini?”
“Saya yang sepatutnya tanya soalan
tu. Bukan awak.” Walau pun nada suara
Shazlan perlahan namun begitu perit untuk Amy menelannya.
“Maafkan saya.”
“Tahu pun nak minta maaf. Ingatkan tak pandai.”
“Bos, sekarang ni bukan waktu
kerja. Jangan nak tunjuk lagak sangat
boleh tak?” Oh ye ke? Shazlan diam. Mati
dengan kata-kata.
“Kenapa di tempat kerja nak panggil
Amy? Kat sini menggatal nak panggil Lia?” Shazlan memeluk tubuh dan menantikan
jawapan dari Amy.
“Amboi bos… sampai nama saya pun bos
nak jadikan isu. Apa kes? Nama saya pun. Tak ada kena mengena dengan bos.” Hish!
Kat pejabat nak tunjuk kuasa, kat sini pun sama juga ke?
“Eh!
Nanti! Nanti! Yang kamu berdua ni nak bergaduh kenapa? Nah! Shaz. Ambik
ni isi beras. Tolong Lia.” Arah Puan
Sakinah. Dia bangkit dan bercekak pinggang.
“Kalau tak siap dalam masa satu jam
tahulah apa yang mama nak buat nanti.”
“Mama!” Laung Shazlan. Puan Sakinah tidak mempedulikan sebaliknya
dia meninggalkan Shazlan bersama-sama dengan Amy dengan pantas.
“Apa kelas nak isi ketupat ni?”
“Tak nak tolong tak apa. Tak jadi kudis pun. Entah tahu entah tidak nak isi beras
ni.” Sindir Amy.
“Yang awak tu, buat apa kat
sini? Apa? Awak tak ada kampung ke nak balik? Mana mak dan ayah awak? Buat semak je kat
sini.” Kali ini Amy benar-benar mati kata.
Dia tidak tahu untuk membidas kata-kata Shazlan itu. Terguris pula bila
Shazlan berkata begitu. Tiba-tiba hati
Amy dilanda pilu. Kesedihannya mula
bertandang.
Entah mengapa kata-kata Shazlan itu
membuatkan Amy menitiskan air mata.
Akhirnya dia kalah dengan Shazlan.
Amy cuba untuk tidak menangis tetapi dia tidak betah. Dia menyeka air mata dan hatinya benar-benar
terluka. Ternyata air mata Amy itu
membuatkan Shazlan terkejut.
“Kak Lia! Aiman pengsan.” Shafiqah yang tiba-tiba datang membuatkan Amy
meninggalkan kerjanya. Dengan pantas dia
mengikut Shafiqah dari belakang. Begitu
juga dengan Shazlan.
“Aiman! Bangun!
Mama, kenapa dengan Aiman?” Puan Sakinah juga kelihatan
kelam-kabut.
“Tak tahulah mama. Tiba-tiba je dia rebah.”
“Tolong angkat dia ke dalam.” Arah Amy.
Shazlan memandang sekeliling.
Cuba mencari kelibat Zarif. Pulak
dah. Mana pula budak bertuah ni
pergi.
“Tunggu apa lagi?”
“Saya ke?”
“Habis tu? Saya ke yang nak kena angkat dia ke?” Kali
ini Shazlan pula yang menjadi pak turut.
Sebelum ini puas dia membuli Amy.
Dan sekarang bila dia disergah oleh Amy, dia pula yang mati kutu.
Shazlan akur. Dia mengangkat Aiman masuk ke dalam
bilik. Amy mengikut sahaja Shazlan dari
belakang. Begitu juga yang lain. Namun sampai sahaja di dalam bilik Aiman
entah mengapa pintu bilik itu dikunci dari luar.
“Mama!” Laung Amy.
“Mama! Buka pintu ni!” Kali ini Shazlan pula yang
menjerit. Dia mengetuk pintu bilik bekali-kali.
“Kenapa?” Sergah Zarif.
“Kenapa kunci pintu?”
“Ha… takut. Mama kata along dengan Amy kena jaga Aiman.”
“Ah!
Tak kuasa. Malas!”
“Tak
nak? Tak nak Zarif kunci.” Ugut Zarif.
“Okeylah! Okeylah! Hish! Anak dengan mak sama je.”
“Ala… adik along juga,kan?” Senggeh
Zarif. Amy pula membebel di dalam
diam. Kurang asam punya bos. Zarif berlalu meninggalkan abangnya
bersama-sama dengan Amy dan Aiman.
“Kita bawa dia ke klinik.” Ujar Shazlan.
Dia memerhatikan Amy yang masih setia dengan Aiman. Kasih sayang yang ditunjukkan oleh Amy membuatkan
Shazlan terkesima. Betapa Amy menyayangi
anak itu.
“Kita tunggu Aiman bangun dululah.” Ujar
Amy sambil mengelap Aiman dengan tuala basah.
Shazlan akur. Ada benarnya
kata-kata Amy itu. Inilah baru pertama
kali dia bersependapat dengan Amy.
Lama juga mereka mendiamkan
diri. Shazlan cuba mencuri lihat kepada
Amy yang manis berbaju kurung itu. Entah
mengapa hati lelakinya mula berbicara.
Selama ini Amy yang dikenalnya hanya tahu berbaju kemeja, berseluar
jeans dan bertopi. Kalau bercakap hanya
tahu menentang. Susah untuk dia
mendengar suara Amy yang manja. Dan hari
ini memang penampilan Amy benar-benar berbeza.
“Saya minta maaf.” Akhirnya Shazlan
kalah. Dia cuba untuk tidak melafazkan
kata-kata itu. Tetapi entah mengapa ego
yang selama ini bersusun akhirnya runtuh.
Amy berpaling. Cuba mencari akan kebenaran kata-kata Shazlan
itu. Biar betul. Selama ini suara yang pernah dikenalinya itu
bagaikan memetir entah mengapa hari ini lembut macam angin bayu pulak. Mimpi ke apa bos aku ni?
“Dengar tak apa yang saya cakap ni?”
Mendatar sahaja suara Shazlan ketika itu.
“Dengar. Tak ada apa yang nak dimaafkan. Saya dah biasa.” Amy sedikit pun tidak
memandang kepada Shazlan. Tumpuannya
hanya kepada Aiman. Entah mengapa Amy
dipaut rasa gelisah. Nak bertentang mata
pun dia tak berani. Kalau tidak sebelum
ini selamba sahaja dia membidas majikannya itu.
“Dah lama Lia tinggal sini?” Amy
tersentak. Dia memandang kepada
Shazlan. Ah! Sudah.
Memang mimpi agaknya bos aku yang
sorang ni. Selama ini tak pernah pulak
nak panggil nama. Paling baik pun
ber’awak’ sahaja. Sekarang ni nak panggil nama pulak. Pulak tu panggil nama yang jarang digunakan
olehnya dan panggilan yang sebelum ini menyapa cuping telinganya. Panggilan yang selalu digunakan oleh arwah
ayah ibunya. Amy tidak segera menjawab
sebaliknya dia menganggukkan kepala.
“Kenapa?” ah! Soalan itulah yang susah untuk dia
jelaskan. Bos aku ni ada pulak yang kena makan dengan tuala basah
ni.
“Nak perlu jawab ke?”
“Saya tak paksa.” Amy senyap.
Dia cuba untuk mengumpul semangat menceritakan apa yang tersirat di
dalam hatinya.
“Encik Shazlan beruntung mempunyai
kasih sayang seorang ibu. Mempunyai adik
untuk Encik Shazlan bergurau senda.
Sedangkan saya? Saya kehilangan kasih sayang ibu dan ayah semenjak saya
berumur sepuluh tahun dan tiada adik-beradik untuk saya bergurau senda. Cuma mama sahaja tempat saya menumpang
kasih. Saya tiada sesiapa di dunia ini.
Shazlan diam dan memandang kepada
Amy sekilas. Namun ada persoalan yang
sering bermain di fikirannya ketika ini.
Kenapa penampilanya berbeza berbeza saat dia bekerja.
“Dan anak-anak di sini tempat saya
bergurau senda dan tempat saya mencurahkan kasih dan sayang.”
“Habis tu kenapa dengan ‘Amy’?” Amy faham akan soalan Shazlan itu.
“Saya tidak punyai pelajaran yang
tinggi untuk kerja yang bagus dan
berpangkat. Hanya kerja despatch sahaja
cara untuk saya membalas jasa mama.
Malam saya bekerja untuk mereka.
Saya ingin menolong mama. Mama
sudah banyak menolong kami. Walau pun
dia tidak pernah meminta untuk membalas jasanya namun saya patut
membantunya.”Shazlan terharu dengan pengakuan ikhlas Amy itu.
“Sebab itulah saya perlu tukar akan
penampilan saya agar tidak diperlekehkan orang. Saya keseorangan, Encik
Shazlan. Saya perlu menjadi kuat dan
tabah. Dan hanya perubahan itu mampu
untuk saya lakukan segalanya.” Sekali lagi Shazlan kagum dengan gadis itu.
Shazlan menghampiri kepada Amy dan
Aiman. Dia kemudiannya mengusap lembut
rambut Aiman.
“Lia suka dengan anak kecil?”
“Bodohlah saya kalau saya tak
suka. Mereka semua saya dah anggap macam
adik saya. Ramai tau adik saya. Ada 80 orang.
Bos mampu? Kalau bos belum tentu boleh nak jaga mereka semua. Macam-macam ragam mereka. Tapi seronok kalau mereka ada. Tak bosan.”
“Tak nak tambah satu lagi ke?” Tanya
Shazlan.
“Itulah. Hari tu mama ada cakap juga. Nak tak adik baru. Saya tak kisah. Lagi ramai lagi best. Meriah
sikit rumah ni.”
“Abang?”
“Bos ni agak-agaklah. Mama cuma ambil anak sampai umur tujuh belas
tahun je. Kalau orang yang berumur lebih dari itu rasanya dah boleh hidup
sendiri. “Shazlan tersenyum dengan kata-kata Amy itu. Ternyata gadis itu tidak faham dengan apa
yang dikatakan. Entah mengapa pertemuan
singkat yang tidak formal itu dia dapat mengenali lebih dekat dengan Amy.
Aiman tiba-tiba bangkit. Itu pun sebab dia terbersin. Tersentak Amy
dan Shazlan apabila dia melihatkan Aiman yang tiba-tiba bangun itu.
“Dah tak gaduh lagi ke?” Pertanyaan
Aiman itu mengundang seribu pertanyaan
dari Amy dan Shazlan.
“Kalau dah tak gaduh lagi
baguslah. Susah tau nak jadi orang
pengsan ni. Yang Kak Lia ni pun asyik
nak lap Aiman je. Rimas tau.” Amy
berpaling kepada Aiman. Tidak faham dengan kata-kata Aiman itu.
“Dahlah. Aiman nak terkencing ni. Dari tadi Aiman tahan je. Dah! Lepas ni
jangan nak gaduh lagi. Penat nak
berlakon tau.” Bulat anak mata Amy dan Shazlan mendengarnya. Berlakon? Shazlan sudah pun bercekak
pinggang. Begitu juga dengan Amy. Shazlan berlalu membuka pintu. Kelihatan Puan Sakinah dan Zarif sedang
memasang telinga.
“Jadi ini mesti kerja mama dengan
Zarif ye.” Puan Sakinah dan Zarif tersenyum.
“Peace yo!”
“Banyak kau punya peace. Sini kau!”
Zarif tidak tunggu lama.
Sebaliknya dia sudah membuka langkah seribu apabila dia dikejar oleh
Shazlan.
Suasana meriah dengan hidangan di
pagi hari raya itu. Selesai sahaja
sembahyang sunat hari raya Rumah Pengasih itu begitu meriah sekali. Shazlan yang tidak pernah menemani ibunya ke
rumah anak yatim itu mula jatuh hati saat berada di situ. Gelagat anak-anak kecil begitu menghiburkan
hatinya. Patutlah mamanya sering
menghabiskan masa di rumah anak yatim itu.
Puan Sakinah mendekati Amy yang
sedang melayan anak-anak yatim itu. Dia
kemudiannya menarik tangan gadis itu.
Puan Sakinah dan Amy melabuhkan punggung di atas sofa.
“Kenapa mama?”
“Macam yang mama beritahu dengan Lia.
Mama dah jumpa dah adik baru untuk Lia.”
“Oh, ye ke mama? Lelaki ke perempuan?” Tanya Amy dengan penuh
teruja.
“Lelaki.”
“Mana?” Amy memerhatikan
sekelilingnya. Tiba-tiba dia merasakan
kehangatan tangan Puan Sakinah.
Kemudiannya Puan Sakinah menundingkan jari kepada seseorang.
“Encik Zarif?” Dia benar-benar tidak
faham. Puan Sakinah mengangguk.
“Mama harap Lia terima Zarif dalam
hidup Lia.”
“Maksud mama? Encik Zarif bukankah dah bertunang?”
“Mama tahu. Maksud mama Zarif jadi adik Lia. Boleh?”
“Adik?”
“Ye. Adik Ipar. Ini permintaan mama. Dan mama berharap Lia boleh terima Shaz dalam
hidup Lia sebagai seorang suami.” Lidah Amy menjadi kelu. Sebentuk cincin sudah pun tersarung di jari
manisnya.
“Tapi mama… saya tak layak. Lagi pun Encik Shazlan mana nak suka dengan
saya yang kasar ni.”
“Itu mama tak tahu. Yang mama tahu Shaz beria-ia suruh sarungkan
cincin pusaka ini di jari Lia.”
“Maksud mama?”
“Betul-betul muat dengan jari Lia. Dah,
mama tak payah nak pening kepala beli cincin yang lain. Kalau dah muat tu tanda setujulah ye.” Ujar
Puan Sakinah.
“Tapi mama…”
“Okeylah. Mama nak layan tetamu. Nanti kata Shaz nak buat majlis bertunang dan
bernikah sekali. Yang penting sebelum
Zarif berkahwin. Dia kata biar dia yang
kahwin dulu. Kalau Zarif kahwin dulu
pulak dia kata langkah bendul.”
Hah? Langkah bendul? Lelaki ni ada ke istilah melangkah bendul?
Pelik. Dalam keadaan yang masih terkejut
Amy bertambah terkejut melihatkan Puan Sakinah kini bertukar milik Shazlan?
Shazlan kini duduk bersebelahan dengan Amy.
“Kenapa? Malu?”
“Kenapa bos buat saya macam ni?”
“Ini yang saya malas ni.”
“Kenapa bos?”
“Erm… bos lagi.”
“Yelah. Encik Shazlan kan bos saya.”
“Saya tahulah saya ni bos. Tapi itu kat pejabat je. Di luar pejabat dah tak boleh panggil saya bos.”
“okeylah. Saya panggil Encik Shazlan
sajalah.”
“Tengok tu.”
“Nak tengok apa?”
“Jangan panggil bos atau Encik
Shazlan….”
“Habis nak panggil apa pulak?”
“Dah abang kata jangan…”
“Habis tu?”
Shazlan tersenyum nakal. Dia
teringin sekali melihat senyuman Amy.
Gadis itu memang sukar untuk tersenyum.
“Lia panggil abang boleh?” Menguit
badan Amy mendengarnya saat Shazlan membisikan ketelinganya.
“Tak naklah bos.”
“Ala… bolehlah….Panggil abang.”
Debaran Amy kian kencang. Jari jemarinya bagaikan beku. Sejuk.
“Akhirnya Lia dah dapat adik
baru. Adik ipar yang gila-gila tu.” Amy tersenyum.
“Ha… manis pun. Kan manis kalau senyum selalu macam ni.”
Usik Shazlan.
“Lepas ni ada satu lagi yang abang
pinta.”
“Apa dia bos?”
“Selain nak jaga anak-anak di sini
abang nak juga jaga anak sendiri. Apa
macam? Sekarang dah ada 80 orang. Kalau nak genapkan seratus orang berapa nak
kena tambah ye sayang?”
“Abang!”
“Yes! Akhirnya.” Saja Shazlan
menyakat bakal isterinya itu.
“Terima kasih kerana terima abang
yang buta kasih sayang ni. Abang
berjanji. Lepas ni abang akan limpahkan kasih sayang buat Lia dan Lia akan ada
teman nak bergurau senda. Siaplah….
Lepas ni abang buli Lia cukup-cukup.”
“Abang!” Merah muka Amy bila dia
usik seperti itu.
“Terima kasih dengan hadiah yang
paling bermakna buat abang.” Amy tunduk dengan bicara Shazlan itu.
Dan dari kejauhan Puan Sakinah
memanjat rasa syukur yang tidak terhingga kerana niat untuk menjodohkan Shazlan
dan Amy kini kian tampak sinarnya.