Home Novelet Cinta BISIKAN CINTA
BISIKAN CINTA
Siti Norshimah Binti Md Yasan
7/5/2016 23:56:56
14,144
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 11

BAB 11

Sofiah masih lagi memandang ke arah Maya. Maya yang masih lagi di atas katil tidak berhenti-henti bersin.

“Kau ni teruk sangatlah. Baru jatuh dalam laut nak kena selsema. Macam mana Encik Hafiz tu memujuk kau tadi?” Sofiah mula mencungkil rahsia Maya. Ingin saya dia mengetahui apa yang telah dikatakan oleh Maya yang kini dianggapnya sebagai seorang sahabat yang baik.

“Itu antara aku dengan dia. Kau tak boleh masuk campur. Kau jangan lupa, dia sudah ada teman wanita. Dia memujuk aku kerana aku adalah pekerja dia. Tidak lebih dari itu. kau bukan tak tahu aku dengan mana boleh jumpa. Ada je aku nak kutuk dia. Lagi pun mana ada status aku nak berkawan dengan dia. Dia langit. Aku bumi. Jauh panggang dengan api.” Maya merendahkan diri. Berdamping dengan insan seperti Hafiz bukanlah angan-angannya. Dia sedar akan taraf dirinya di sisi Hafiz yang jauh lebih darinya.

“Tapi kau lagakan aku dengan Daniel.” Sofiah memulangkan paku buah keras. Dia seolaholah tidak yakin dengan perhubungan sahabatnya dengan Bakhtiar. Bagaikan ada sesuatu yang tidak kena.

“Itu sebab kau masih solo dan kau cantik, Sofiah. Kau memang layak.” Ujar Maya jujur. Maya tahu, Sofiah sedikit sebanyak meminati Daniel. Begitu juga dengan Daniel. Sejak berada di sini, Daniel selalu saja mencuri pandang ke arah Sofiah. Dia yakin, Daniel dan Sofiah adalah pasangan yang secocok. Ah, bukan macam Hafiz dengan si Rozita tu. Macam langit dan bumi. E… perempuan gedek tu. tak larat aku.

“Aku pun seperti kau juga. Cara pertuturannya adalah seperti majikan dan pekerja. Tapi… cara kau semalam membuatkan aku semakin malu untuk berhadapan dengan Encik Daniel lagi.” Maya tersenyum dengan kata-kata Sofiah itu.

“Tak salah kalau kau luahkan hati kau.”

“Tak salah kata kau? Aku takut Maya. Takut pada diriku sendiri. Apa kata kalau aku meluahkan rasa hati aku tapi dia menolaknya. Aku juga yang malu. Aku tak mahu kalau aku dikatakan perigi mencari timba. Sudahlah aku setiausaha dia, ada hati nak berkawan dengan majikan sendiri. Sudahlah Maya, kita jangan bincangkan hal ini lagi. Oh ya, kau ceritalah tentang tunang kau sekarang. Kenapa dia tak nak ikut serta dalam program ni?”

“Siapa? Bakhtiar? Emm…. Aku dah tanya dia. Tapi dia ada hal. Dia kena ke Sarawak. Sebab itu dia tak dapat ikut sama.” Jawab Maya sayu. Tatkala Sofiah membicarakan tentang Bakhtiar dia rasa sedih.

Tiba-tiba kedengaran bunyi loceng pintu membuatkan Maya dan Sofiah berhenti bercerita. Maya bangkit menuju ke arah muka pintu. Dilihatnya Hafiz dalam keadaan cemas.

“Kenapa dengan Encik Hafiz ni? Macam orang kena kejar hantu je. Ada masalah negara ke? Sampai pucat bibir saya tengok.” Tanya Maya dengan cemas.

“Maya, tolong saya. Awak tengokkan Rozita. Saya risaulah dengan dia. Dari tadi asyik terbaring atas katil. Saya dah bagi Panadol pun macam tu juga.” Maya mengeluh. Aku ni setiausaha dia atau pun Rozita. Maya masuk kembali mengambil baju sejuk yang tergantung di atas kerusi sejak tadi.

“Sofiah, aku ke bilik Rozita sekejap. Encik Hafiz tu aku tengok risau semacam je. Aku pergi jenguk sekejap ye. Kau tunggu aku.”

“Hah, yelah. Kau pun jangan lambat sangat balik.” Maya mengangguk. Dia kemudiannya hilang bersama-sama denganHafiz.

Sampai saja di bilik Rozita, dilihatnya Rozita terbaring lesu. Dia menghampiri Rozita dengan perlahan.

“Ita, aku ni. Demam ke?” Maya meletakkan telapak tangan di atas dahi Rozita. Sejuk. Eh, tak ada pulak tanda-tanda demam.

“Hai, kenapa ni?” Rozita membuka mata apabila mendengarkan suara Maya. Rozita tersenyum tawar. Hanya kepada Maya dia boleh memberitahu hal yang sebenarnya.

“Aku sakit perut.” Ujar Rozita dengan perlahan. Barulah Maya faham dengan keadaan Rozita sekarang ini. Rupanya sakit orang perempuan!

“O…. Tak apalah Encik Hafiz. Cik Rozita tak ada apa-apa. Ini cuma sakit biasa je.” Terang Maya dengan satu senyuman. Nampaknya Hafiz terlalu mengambil berat.

“Sakit biasa awak kata? Dari petang tadi sampai malam asyik terbaring awak kata sakit biasa?” Hafiz masih lagi tidak puas hati. Dari penerangan Maya seolah-olah Rozita tidak apa-apa.

“Ala orang perempuan. Nanti kalau Encik Hafiz kahwin tahulah sakit ni. Setakat ni, janganlah Encik Hafiz bimbang. Esok dia mesti baik semula.” Terang Maya. Hafiz tidak senang hati. Dia segera menghampiri Rozita.

“Ita, macam mana Ita sekarang? Nak Hafiz bawakan Ita ke hospital?” Tangan Hafiz erat menggenggam tangan Rozita. Maya yang melihat adegan itu berundur. Ah, betapa indahnya kalau aku seperti dia. Dijaga dan diberi perhatian. Maya sedar. Selama ini dia tidak pernah menerima perhatian dari seorang lelaki walau pun dari tunang sendiri. Dia tahu, Bakhtiar seorang yang romantik dan suka mengambil berat. Tetapi, semuanya bagaikan satu mimpi sekiranya luahan cinta tidak pernah diucapkan oleh lelaki itu. Maya tidak mahu tunggu lama. Dia tidak mahu berada di situ lagi.

“Encik Hafiz, saya nak balik bilik dulu.” Maya meminta izin.

“Tunggu saya.” Hafiz sedar, tidak manis kalau dia berada di dalam bilik itu berdua-duaan dengan Rozita. Dia masih lagi memegang adat timur dan agama. Hafiz bangkit dengan hati yang berat.

“Ita rehat ye. Nanti kalau ada apa-apa beritahu dengan Hafiz.” Pesan Hafiz sebelum meninggalkan Rozita.

Maya membuka pintu bilik apabila tiada sebarang jawapan ketika dia membunyikan loceng tadi. Dilihatnya bilik itu kosong. La…. kemana pulak perginya perempuan ni?

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.