Home Cerpen Islamik Cintaku pada Nur Muhammad
Cintaku pada Nur Muhammad
Isha Idiaz
14/5/2013 17:15:59
2,806
Kategori: Cerpen
Genre: Islamik

Cerpen : Cintaku pada Nur Muhammad

Oleh : Isha Idiaz

*****

“ANTARA banyak-banyak benda dalam dunia ni, apa yang kau tak nak buat?” Ilia bertanya soalan yang entah bila terlintas di otaknya itu kepada sahabat baiknya Zarina. Bertaut kening Zarina mendengar pertanyaan Ilia tadi.

Otaknya juga ligat memikirkan apa yang dia tidak mahu lakukan di dunia ini. Setelah berfikir beberapa ketika, akhirnya Zarina bersuara.

“Aku tak nak kahwin.”

Ringkas namun padat jawapannya. Terlopong mulut Ilia apabila mendengar jawapan Zarina tadi. Bukan Zarina tidak tahu hukum. Malah, boleh dikatakan, Zarina lebih arif bab-bab hukum ini.

‘Pintu hati Zarina masih belum terbuka agaknya,’ bisiknya dalam hati.

******

PAGI Isnin itu, pihak sekolah menerima lagi dua orang guru pelatih yang baru sahaja menamatkan pelajaran di Ma’ahad Tahfiz. Seperti biasa, jika ada guru baru yang masuk ke sekolah itu, maka mereka akan diperkenalkan sewaktu perhimpunan.

“Assalammualaikum semua,” ujar Ustaz Shahir selaku guru besar Sekolah Agama Bandar. Salamnya disambut oleh para pelajar. Setelah dewan kembali sunyi, Ustaz Shahir memulakan ucapannya pada pagi itu.

“Alhamdulillah, hari ini kita menerima dua orang lagi guru baru,” ujarnya membuka bicara. Kedua-dua guru pelatih itu dipandang dengan senyuman. Para pelajar sudah berbisik-bisik sesama mereka. Tidak ketinggalan Zarina dan Ilia.

“Siapa?” bisik Zarina kepada Ilia di sebelah. Ilia sekadar menjungkitkan bahunya.

“Ustaz, sila perkenalkan diri,” ujar Ustaz Shahir kepada dua orang guru baru tersebut. Serentak kedua-dua mereka mengangguk dan berdiri menuju ke podium untuk memperkenalkan diri.

“Assalammualaikum. Nama saya, Zamri bin Zainuddin,” ujar salah seorang ustaz muda itu. Penampilannya ringkas pagi itu. Hanya memakai baju melayu bewarna hijau dan juga seluar slack bewarna hitam. Songkoknya terletak kemas di atas kepala.

“InsyaAllah saya akan mengajar Munakahat,” tambahnya lagi.

“Munakahat je?” Tak mencabar langsung ustaz ni,” ujar Zarina seraya mencebikkan bibirnya.

“Aku ingat dia ajar jenayah. Sekali tu munakahat je,” ujar Ilia sedikit kesal. Perwatakan ustaz itu menampakkan dia punya kepakaran dalam hal yang lebih daripada Munakahat.

Ustaz Zamri yang mendengar kata-kata daripada Zarina dan Ilia yang duduk di barisan hadapan hanya tersenyum manis memandang mereka. Zarina pula segera memalingkan wajahnya ke arah lain.

******

NAFAS yang terasa berat dihela sebelum kakinya melangkah masuk ke kelas itu. Hari ini hari pertamanya mengajar dan memegang status sebagai seorang guru atau lebih tepat lagi ustaz. Sedikit sebanyak, Ustaz Zamri agak risau dengan penerimaan pelajarnya terhadap cara pengajarannya nanti. Dikuatkan hatinya melangkah masuk di kelas itu.

“Assalammualaikum,” ujarnya sekaligus menuju ke meja guru di hadapan kelas tersebut. Sebuah senyuman diukir di bibir nipis miliknya.

“Waalaikummussalam ustaz,” jawab pelajar di kelas itu serentak sambil berdiri. Setelah itu mereka semua duduk di tempat masing-masing.

Kapur yang terdapat di papan hitam itu dicapai dengan tangan kirinya lalu Ustaz Zamri menulis sesuatu dengan tulisan jawi di papan yang masih bersih itu.

“Zamri bin Zainuddin.” Zarina membaca perlahan.

Ustaz Zamri menoleh apabila mendengar namanya disebut oleh Zarina. “Itu nama saya,” ujarnya seraya tersenyum.

‘Isy, tak habis-habis dengan senyum dia,’ getus Zarina dalam hati. Zarina menayang muka tiada perasaannya. Ustaz muda itu tersenyum lagi. Entah kenapa dirasakan pelajarnya ini betul-betul menarik minatnya sejak dia menjejakkan kaki ke sekolah ini sejak pagi tadi sebelum perhimpunan.

“Munakahat. Apa yang anda tahu tentang munakahat?” Ustaz muda itu mula menyoal.

Memandangkan subjek ini adalah subjek yang paling dibenci oleh Zarina, maka dia sedikit pun tidak ambil pusing kata-kata ustaz itu. Dia sedang sibuk melakar gambar seseorang di buku tulisnya waktu itu. Pelajar yang lain hanya menikus.

“Yang saya tahu, munakahat ni pasal kahwin ustaz,” jawab Nazmi yang duduk di barisan hadapan sebelah kanan.

“Kahwin je?” soal Ustaz Zamri inginkan kepastian.

“Dah tu? Nak pasal apa lagi?” Akhirnya, ayat itu keluar juga daripada mulut Zarina. Dia mendengus perlahan. Banyak tanya pula ustaz ni. Ajar jelah. Nak tanya-tanya pula.

Ustaz Zamri tersenyum lagi. Pelajarnya seorang ini memang berani. Dia menghela nafas.

“Munakahat bukan setakat membicarakan soal kahwin tetapi kita menyentuh semua perkara tentang pernikahan termasuklah hukum mendirikan rumah tangga, hikmah mendirikan rumah tangga hinggalah ke tanggungjawab suami dan isteri,” terang Ustaz Zamri panjang lebar.

Melihat seisi kelas hanya mendiamkan diri, Ustaz Zamri bertanya lagi.

“Ada sesiapa yang tidak mahu bernikah?”

Zarina yang sedang meneguk air mineral itu terus tersedak. Segera Zarina menekup mulutnya untuk mengelakkan air yang diteguk tadi tersembur ke arah Ustaz Zamri yang kebetulan sedang berdiri di hadapannya.

‘Eheh. Macam tahu-tahu jeustaz ni aku tak nak kahwin.’

Ilia segera menudingkan jari telunjuknya ke arah Zarina yang duduk di sebelah apabila Ustaz Zamri memandang ke arah mereka. Ustaz Zamri tergelak kecil. Zarina yang baru perasan perbuatan Ilia tadi pantas membesarkan matanya dan menarik muka masam.

“Ibnu Majah ada meriwayatkan, Rasullullah pernah bersabda, nikah itu adalah sunnahku, maka sesiapa yang benci sunnahku maka sesungguhnya ia bukan dari golonganku,” ujar Ustaz Zamri. Satu-persatu wajah pelajarnya dipandang.

“Namun perlu kita ingat, pernikahan harus didasarkan pada agama, ibadah, dan menjalankan sunnah Nabi, dan bukan didasarkan pada nafsu belaka atau didasarkan tujuan lain yang tidak sesuai dengan ajaran agama Islam. Di sinilah kita harus memainkan peranan. Kerana itulah kita diajarkan dengan mata pelajaran Munakahat ini,” terang Ustaz Zamri panjang lebar.

Semua pelajarnya menganggukkan kepala tanda faham. Hanya Zarina yang membatukan dirinya saat itu.

******

“ZARINA, ayah mahu kamu bernikah hujung tahun ini,” Encik Zafir memulakan bicara.

Zarina terpempam. Gila. Kahwin dalam usia sekarang ni? Aku baru mencecah usia lima belas tahun.

“Ina masih muda ayah. Baru tingkatan tiga. Tak logik sungguh ayah nak Ina kahwin dalam usia macam ni,” bantah Zarina senafas.

“Sebab mudalah ayah nak kamu berkahwin. Supaya kamu tak buat benda bukan-bukan bila kamu dah semakin tua nanti,” ujar Encik Zafir tenang.

Ini memang kes kahwin paksa. Ada tak tempat untuk dia laporkan kes ini? Agak-agak, pihak polis akan terima tak laporannya nanti? Sampai begitu sekali fikiran Zarina.

“Ina tak nak kahwin,” ujar Zarina sekaligus mengurungkan dirinya di dalam bilik.

Dia sedih. Kenapa tiba-tiba ayahnya menyuruhnya berkahwin. Bukannya umurnya sudah lima puluh tahun. Dia baru lima belas tahun. Hidup pun belum puas lagi. Masak pun tidak tahu. Bagaimana dia bisa menguruskan rumahtangganya kelak. Buat sekian kalinya, Zarina menangis lagi.

*****

“BETULKE aku dengar kau kena paksa kahwin Zarina?” Soal Ilia sebaik sahaja dia melihat kelibat sahabat baiknya itu melangkah masuk ke kelas.

Zarina hanya mengangguk lemah. Air matanya merembes keluar lagi. Hatinya walang sejak berita pernikahannya dikhabarkan oleh ayahnya minggu lepas. Sejak hari itu, tidur malamnya tidak lena seperti hari-hari sebelumnya.

Lebih sedih apabila ibunya memberitahu, calon suaminya itu cacat. Penglihatannya buta, malah suaminya itu pekak serta bisu. Tidak cukup dengan itu, kaki dan tangannya juga kudung. Tak ke haru namanya tu? Dengan dia yang masih muda, bagaimana dia mahu mengurus bakal suaminya yang serba kekurangan itu nanti.

“Dia cacat Lia,” ujar Zarina lemah.

“Hah?” Melopong mulut Ilia apabila mendengar sebaris ayat itu daripada mulut Zarina sebentar tadi. Cacat?

*****

“DALAM berumah tangga, kita akan melalui perjalanan panjang dan sangat melelahkan dengan tujuan untuk mecapai pantai kebahagiaan yang sakinah dandiredhai Allah,” ujar Ustaz Zamri sebagai muqaddimah pada pagi itu.

Zarina menundukkan kepalanya. Dia harus mendengar setiap tutur kata yang keluar daripada mulut ustaz ini memandangkan dia akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Apa yang dirasakan penting, dicatatnya dalam sebuah buku kecil.

“Maka, dalam memilih jodoh, kita harus memilih jodoh yang tepat. Allah telah berfirman dalam surah Ar Rum ayat 21 yang membawa maksud,“Dan diantara tanda - tanda kekuasaa-Nya ialah dia menciptakan isteri - isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya.”

Ustaz bercerita tentang memilih jodoh yang tepat sebentar tadi. Jadi saya mahu bertanya, kalau kahwin kerana terpaksa macam mana ustaz? Kita tak kenal siapa orang tu,” Zarina memberanikan dirinya untuk bertanya. Ustaz Zamri menganggukkan kepalanya tanda memahami soalan yang diajukan oleh Zarina tadi.

“Bagus soalan awak tadi tu. Soal jodoh ni susah ustaz nak jelaskan. Tetapi percayalah, jodoh kita telah ditetapkan oleh Allah sejak di Luh Mahfuz lagi. Cuma bagaimana cara kita bertemu dengan jodoh kita itulah yang membezakan kita dengan orang lain. Ada yang langgar bahu je terus boleh jadi suami isteri. Ada yang bercinta bertahun-tahun tapi akhirnya tidak berkahwin juga. Jadi soal kahwin paksa ni pada ustaz sendiri, jika itu adalah pilihan orang tua kita, terimalah seadanya kerana ibu bapa lebih tahu apa yang terbaik buat kita,” terang Ustaz Zamri panjang lebar.

Jawapan Ustaz Zamri tadi mengecewakan Zarina. Dia kembali bungkam. Fikirnya dia ada jalan keluar untuk masalahnya tadi.

Melihat wajah Zarina yang keruh, pantas sahaja Ustaz Zamri meneruskan kata-katanya.

“Hidup berumah tangga ni tak semudah yang kita fikirkan. Dalam melayari bahtera rumah tangga, pertama kita harus pastikan rumah tangga itu harus dibangun atas dasar taqwa, cinta, suka sama suka dan didukung dengan kedua belah pihak keluarga yang merestui serta mengharapkanredha Ilahi.”

“Kedua, suami istri harus punya tujuan yang sama.Tanpa punya perasaan sehati, mungkin saja tujuan tidak akan tercapai. Maka dengan dasar ini, suami istri harus tahu keperibadian masing-masing dan inilah yang dinamakanta’aruf.Dalam berumah tangga juga, akhlak adalah perkara penting untuk membangun sesebuah keluarga. Prinsip akhlak disini adalah saling menghargai, menghormati, menyayangi, penuh dengan senyum. Sifat ini dinamakantabassumdan sifat inisangat dianjurkan Rasulullah,” terang Ustaz Zamri panjang lebar.

Wajah Zarina diilihat sudah mula tenang. Tangannya juga ligat mencatat setiap butir bicara yang keluar daripada mulut Ustaz Zamri.

“Sebagai pedoman agar tidak tersesat dalam perjalanan dan ketika menemukan kesulitan dan keresahan, bacalah al-Qur’an dan kemudian kembalikan atau pasrah kepada Allah. Suami dan isteri harus saling mengingatkan dan ta’awun atau bekerjasama dalam menghadapi kesulitan hidup. Semua persoalan harus diselesaikan berdua dan selalu pasrah kepada Allah.”

“Harus diingat, sebahagia manapun rumahtangga yang dibina, pasti akan ada sedikit keraguan terhadap pasangan masing-masing. Saat itu, kita harus menasihati pasangan kita dan mengingatkan mereka tentang tanggungjawab mereka. Suami pula harus menjalankan tanggungjawabnya dengan berkesan agar keluarganya dapat hidup dengan aman.”

Zarina melepaskan sebuah keluhan kecil. Jika bakal suaminya itu sudah cacat, maka dialah yang akan menjadi ketua keluarga kelak. Berat sungguh tanggungjawabnya dalam usia muda begini.

“Yang terakhir, harus diingat, suami dan isteri harus dapat bekerja sama untuk melindungi perjalanan yang panjang, seorang suami tahu keperluan isteri dan begitu sebaliknya istri tahu keperluan suami. Dengan demikian, akan terbangun sikap saling menghargai dan toleransi dalam berumah tangga. Sifat ini dinamakantasamuh,” ujar Ustaz Zamri tenang.

*****

Sepuluh bulan kemudian…

UPACARA akad nikah akan berlangsung sebentar lagi. Dada Zarina terasa sempit. Ini kali pertama dia akan bertemu dan bertentang mata dengan bakal suaminya yang cacat. Majlis yang diadakan cukup sederhana atas permintaan pihak lelaki. Setelah pengantin lelaki bersedia, upacara akad nikah dimulakan.

“Aku nikahkan engkau Zamri Bin Zainuddin dengan Zarina binti Zafir dengan mas kahwinnya sebuah Al-Quran,” ujar Tok Kadi bersaksi walikan ayah kedua-dua mempelai.

Waktu itu, Zarina sudah pelik. Bagaimana bakal suaminya mahu mengucapkan lafaz akad nikah itu sedangkan bakal suaminya bisu. Bahkan jika mahu bernikah, pasti Tok Kadi akan berjabat tangan dengan pengantin lelaki. Namun tangan bakal suaminya dikatakan kodong. Belum habis dia memikirkan perkara itu, suara seseorang menampar gegendang telinganya mengucapkan lafaz qabul.

“Aku terima nikahnya Zarina binti Zafir dengan mas kahwinnya sebuah Al-Quran,” ujar Ustaz Zamri dengan sekali nafas.

Mungkin telinganya silap dengar. Masakan bakal suaminya yang bisu tiba-tiba boleh berbicara. Tetapi nama bakal suaminya tadi, eh silap, nama suaminya tadi macam pernah di dengar. Zamri Bin Zainuddin. Di mana dia pernah mendengar nama itu?

Zarina kaku di tempatnya. Dia kini sudah sah bergelar seorang isteri. Walaupun dia sedih kerana suaminya cacat, namun kini dia redha. Teringat pesanan Ustaz Zamri sewaktu di kelas, redha amat penting dalam berumahtangga. Entah kenapa saat ini hanya wajah Ustaz Zamri bermain di mindanya. Mungkin kerana dia sangat terhutang budi dengan ustaz muda itu kerana sedikit sebanyak telah membuka hatinya untuk menerima suaminya itu.

Ustaz Zamri merapati ke arah Zarina. Bahu gadis itu dipegang erat. Sebuah kucupan singgah di ubun-ubun Zarina. Zarina terkedu. Di hadapannya kini, suaminya dilihat sempurna. Punya tangan, punya kaki. Namun Zarina masih tidak berani mengangkat wajah untuk memandang suaminya.

Ustaz Zamri mendekatkan bibirnya ke telinga Zarina. “Terima kasih kerana sudi menerima abang dalam hidup Zarina. Terima kasih juga kerana sudi menyempurnakan cinta abang kepada junjungan besar kita kerana melakukan salah satu daripada sunnahnya.”

Zarina terkedu saat kata-kata itu menampar gegendang telinganya. Perlahan dia mengangkat wajahya. Sebaik sahaja melihat wajah suaminya, Zarina menitiskan air mata. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Di hadapannya kini, seorang insan yang cukup sempurna. Orang yang boleh membimbingnya di dunia dan akhirat.

“Cintaku pada Nur Muhammad membawa cintaku kepadamu,” ujar Zarina juga dalam nada berbisik.

Walaupun pada mulanya Zarina menolak untuk mendirikan rumah tangga namun kerana cinta Zarina kepada junjungan besar Nabi Muhammad dan sunnahnya, akhirnya hati Zarina terbuka untuk menerima suaminya kini. Semuanya kerana hadith yang dibacakan oleh Ustaz Zamri sewaktu kali pertama mengajar di kelasnya.

" Nikah itu adalah sunnahku, maka sesiapa yang benci sunnahku maka sesungguhnya ia bukan dari golonganku ". ( Riwayat Ibnu Majah )

*****

“KENAPA abang pilih Ina?” Ustaz Zamri tersenyum mendengar pertanyaan itu daripada isterinya.

“Sebab suatu masa dulu juga abang macam Ina juga. Tak nak bernikah. Bila abang dapat tahu Ina juga tidak mahu bernikah, sejak itu abang terus memasang niat untuk memperisterikan Ina,” ujar Ustaz Zamri tenang.

Sebelum sempat Zarina bertanya di mana Ustaz Zamri mendapat tahu dia tidak mahu mendirikan rumah tangga, Ustaz Zamri sudah menyambung bicaranya. “Abang dengar masa Ina beritahu Ilia hari tu.”

Mata Zarina terbuntang mendengar kenyataan Ustaz Zamri itu. Ustaz Zamri terus tertawa melihat reaksi Zarina ketika itu.

“Tapi kenapa pilih Ina? Ina tak pandai masak tau abang. Lagi satu, Ina muda dua puluh tahun daripada abang,” ujar Zarina beria-ia ingin tahu.

“Apa yang nak dipersoalkan tentang umur Ina. Sedangkan Rasullullah hanya berusia dua puluh lima tahun sewaktu bernikah dengan Siti Khadijah yang ketika itu empat puluh tahun umurnya. Apa salahnya kalau Ina lebih muda daripada abang,” ujar Ustaz Zamri perlahan.

Kata-kata Ustaz Zamri tadi ada benarnya. Jika Rasullullah boleh hidup bahagia dengan Siti Khadijah yang lebih tua daripadanya, masakan dia tidak boleh hidup bahagia dengan Ustaz Zamri yang lebih tua daripadanya. Zarina tersenyum sendiri. Dia bahagia kini di samping Ustaz Zamri, suami merangkap gurunya.

*****

Hak Cipta Terpelihara : Isha Idiaz

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.