Home Cerpen Islamik Satu Satunya Cinta
Satu Satunya Cinta
Isha Idiaz
4/5/2013 17:31:40
7,327
Kategori: Cerpen
Genre: Islamik

Cerpen : Satu Satunya Cinta

Oleh : Isha Idiaz

*****

2008. FARISHA menyeka air mata yang sejak tadi bertakung di tubir mata. Kenyataan Farid tadi benar-benar menghancurkan hatinya. Matanya memandang sayu skrin komputer riba yang masih memaparkan jendela Yahoo Messanger.

Farisha : Can I ask you something?

Farid    : What?

Farisha : Kenapa youtak pernah bagi I peluang?

Farid     : I afraid that one day I might search for other girl.

Farisha : Salah ke mencuba?

Farid    : Idah ada calon pilihan.

Farisha : Boleh I tahusiapa calon pilihan you?

Farid    : Ustazah.

Ustazah.

Farisha menundukkan kepala. Dia tahu dia bukan pilihan Farid. Dia juga tahu untuk sampai ke tahap itu, tidak mudah untuk dirinya yang hanya gadis biasa. Yang solatnya juga kadang-kadang tidak cukup lima waktu. Yang kadang-kadang terlalu alpa dengan urusan dunia.

‘Farid berhak membuat pilihan yang terbaik untuk dirinya,’ bisik hati Farisha.

Air mata diseka lagi. Nafas ditarik dalam-dalam.

‘Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untuk kalian isteri-isteri dari diri kalian sendiri, supaya kalian cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kalian rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.’ (QS Ar-Rum [30] : 21)

*****

FOTO Farisha ditatap lama. Senyuman terukir di bibir Farid. Ini satu-satunya foto Farisha yang sempat dia save sebelum gadis itu memblocknya daripada laman sosial Facebook dan Yahoo Messanger. Apa khabar gadis itu sekarang ini? Masih ingatkah gadis itu kepada dirinya? Otaknya memutar kembali masa ke belakang. Satu-persatu ingatannya terhadap Farisha muncul kembali.

Farid    : Farisha, can you do me a favour?

Farisha : What?

Farid    : Fisha, can you give me five year to think about it?

Farisha : Five years for what Farid?

Farid    : For us. For our relationship.

Farisha : Hurm… Means?

Farid : Ni ciri-ciri perempuan yang I nak cari:

1) jaga solat

2) jaga aurat

3) jaga batas pergaulan

4) taat ibu bapa

5) ikhlas kerana allah

If you want to do all these things, do it because of Allah, not for me. Jangan terlalu berharap pada makhluk macam I ni, minta daripada Allah. Moga-moga boleh buka hati I untuk you. Jangan sedih-sedih pasal I lg. I need time also to know myself and finished my study.

Farisha : From all characteristic yang you listkan, tak ada satu pun yang I penuhi dengan sempurna Farid. If after one year, I tak ada ciri-ciri yang you nak and tak fully ada ciri-ciri yang you nak, even you dapat cari I pun, i'll let u go. I promise that to you Farid.

Bunyi azan yang berkumandang mematikan lamunan Farid. Bingkai gambar yang terpapar foto Farisha itu diletakkan kembali ke sudut meja. Sudah berubahkah gadis itu? Atau gadis itu masih sama seperti waktu pertama mereka kenal?

‘Dari Jabir r.a. : Sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda : Sesungguhnya perempuan itu dinikahi orang kerana agamanya, kedudukan, hartanya, dan kecantikannya : maka pilihlah yang beragama.’ (HR Muslim dan Tirmidzi)

*****

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.