Home Cerpen Islamik Salahkah Aku Mencintainya?
Salahkah Aku Mencintainya?
Isha Idiaz
24/12/2012 07:59:08
3,510
Kategori: Cerpen
Genre: Islamik

Cerpen : Salahkah Aku Mencintainya??

Oleh : Isha Idiaz

***************

Malam itu Adira sendiri lagi. Kamar itu seperti malam-malam sebelumnya. Sunyi. Sepi. Hanya terdengar bunyi air pancur dari bawah. Asyik. Tenang. Damai. Adira masih duduk mengenangkan nasib hidupnya sambil merenung kerdipan bintang yang cantik menghiasi dada langit pada waktu malam. Walau cantik di pandang namun tak mungkin bisa di gapai. Ingatannya serta-merta kembali kepada Amri. Tengku Amri. Walaupun sudah hampir dua tahun mereka mendirikan rumahtangga, namun mereka seolah-olah orang yang tidak pernah mengenali antara satu sama lain. Sudah dua bulan dia tidak melihat wajah suaminya itu. Teringat kata-kata suaminya itu sebelum pemergiannya dua bulan lepas.

“Aku tak balik malam ni. Kau tak payah tunggu aku”.

“Abang outstation ke? Biar Dira kemaskan baju abang”, Adira menuturkan lembut.

“Tak payah. Aku dah kemas. Kau tak payah nak sibuk-sibuk”.

“Berapa lama abang outstation?”, soal Adira.

“Hey! Kau dengar sini. Aku dah beritahu kau awal-awal dulu sebelum kita kahwin. Dan kau pun dah setuju dalam surat perjanjian tu yang kau takkan tanya apa-apa yang berkaitan dengan hidup aku.”

“Maafkan Dira abang. Dira bukan nak masuk campur urusan abang. Dira cuma risaukan makan minum abang bila abang duduk seorang nanti”

“Tak payahlah kau nak berpura-pura Dira. Kau ingat kau boleh bodohkan aku macam kau bodohkan mama? Ingat ni baik-baik. Aku cuma kahwin dengan kau sebab aku tak nak jadi anak derhaka pada familyaku. Dalam hati aku ni hanya ada nama Alia, bukan Adira. Ingat tu!”, jerkah Tengku Amri sambil berlalu meninggalkan Adira.

Dia tahu Tengku Amri bukan outstation atas urusan syarikat tetapi berbulan madu bersama kekasih hatinya Alia. Air jernih itu menitis lagi di pipinya. Tidak di seka. Hanya di biarkan mengalir. Tangannya di usap lembut ke perut yang tidak kelihatan terlalu membuncit.

“Sabarlah sayang. Mama akan sayang anak mama ni sampai bila-bila”, tutur Adira perlahan pada janin dalam kandungannya.

Usia kehamilannya sudah mencecah tiga bulan. Tidak di khabarkan berita itu kepada sesiapa. Walaupun kepada Tengku Amri. Dia tidak mahu simpati dari insan bernama suami malah dari keluarganya mahupun keluarga mertuanya. Adira mahu membuktikan dia bisa hidup sendiri tanpa bantuan sesiapa.

****************

“Amri, mama nak kenalkan seseorang pada Amri”, tutur Datin Mariam lembut kepada anak tunggalnya pagi itu.

“Siapa mama?”

“Namanya Adira. Anak Aunty Laila kawan baik mama tu”, terang Datin Mariam lagi.

“Adira?”, tanya Amri sepatah.

“Ya, Adira. Amri siap-siap. Pukul satu nanti Aunty Laila akan datang dengan Adira. Mama ajak mereka lunch dekat rumah ni. Cuba kenal-kenal dulu.”

“Kenapa kena kenal dengan dia mama?”, soal Amri lagi.

“Sebab Adira bakal isteri kamu”, jawab Datin Mariam ringkas.

“Tapi mama, Amri dah ada calon pilihan Adri sendiri”.

“Siapa? Alia? Perempuan macam itu yang kamu nak jadikan isteri? Perempuan yang setiap malam jadi penunggu nightclub tu?”, sinis Datin Mariam menuturkan.

Memang sejak dahulu lagi Datin Mariam tidak berkenan dengan calon pilihan Amri. Alia bukan sahaja pengunjung tetap kelab malam, malah pakaiannya juga bagaikan kain tidak cukup ela. Sendat, padat dan nampak pusat. Entah di mana silapnya kornea mata anak tunggalnya ini hingga Alia terlihat begitu cantik di matanya. Mungkin kerana gadis genit itu begitu seksi. Bagi Datin Mariam, definisi cantik bagi seorang perempuan adalah apabila mereka menyembunyikan aurat mereka daripada pandangan lelaki yang bukan muhrim.

“Tapi mama, itu pilihan Amri”, Amri masih cuba mempertahankan haknya.

“Ingat sikit Amri, Rasullullah sendiri pernah bersabda, “Wanita dikahwini kerana empat hal. Kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu pilih kerana agamanya, sebab kalau tidak demikian, nescaya kamu akan celaka”. Kalau kamu yakin Alia boleh berubah, mama izinkan kamu kahwin dengan Alia. Kalau kamu tak yakin, kamu harus nikahi Adira”, itulah kata putus yang diucapkan oleh Datin Mariam.

“Mama kan tahu Alia tu hidupnya macam mana daripada kecil. Mana boleh Amri paksa Alia untuk berubah mama. Amri pun suka dia macam tu”, jujur sekali jawapan Amri kepada mamanya.

Datin Mariam sudah mula naik darah. Mahu sahaja ditangankan anak tunggalnya ini. Mana bisa dia membiarkan anak tunggalnya ini hanyut dengan godaan dan keseronokkan dunia. Dia harus segera menikahkan anaknya dengan Adira. Itu yang terbaik untuk Amri.

“Kalau itulah jawapan kamu Amri, bersiap-sedialah. Hujung bulan ni mama mahu kamu menikahi Adira. Dia adalah yang terbaik untuk kamu”, Datin Mariam telah membuat keputusan.

“Tapi mama…”

“Tiada tapi-tapi. Cantik tu tak bawa ke mana Amri. Kalau cantik yang kamu cari, Adira itu cukup cantik.. Kalau sempurna yang kamu cari, Adira cukup sempurna untuk dijadikan isteri. Mama dah buat keputusan. Selama ini mama manjakan kamu, mama biarkan kamu pilih jalan hidup kamu. Tetapi mama tidak mahu kamu memilih calon yang salah untuk di jadikan isteri. Kelak di akhirat bukan kamu sahaja yang dipersoalkan, malah mama juga akan di persoalkan kerana membiarkan kamu terus hanyut dengan dunia kamu tu”.

Melihat Amri diam tidak berkata apa-apa, Datin Mariam menyuruhnya naik dan bersiap-siap.

“Pukul satu nanti turun ke bawah”, tambah Datin Mariam.

Amri berlalu meninggalkan mamanya. Langkah kakinya begitu berat di rasakan untuk mendaki tangga banglo setinggi tiga tingkat itu menuju ke biliknya. Berat lagi hatinya mahu menerima insan yang tidak di kenalinya itu.

Adira. Nama baru dalam kamus hidupnya. Nama itu yang bakal merosakkan segalanya. Merosakkan kebahagiaannya bersama Alia. Sungguh, dia sangat benci dengan nama itu walaupun belum pernah melihat pemiliknya.

“Kau tengoklah nanti macam mana aku ajar kau Adira”, dalam diam Amri sudah menyimpan dendam terhadap Adira.

******



Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.