Tunggu Sekejap
Oleh : Isha Idiaz
*****
“L,”
suara Q jelas menampar gegendang telinga aku sekaligus memadamkan semua
soalan-soalan negatif yang baru aku reka sebentar tadi dalam otak.
“Hmm.”
“Aku
rasa, aku dah tak boleh nak tunggu kau L.”
Sepi.
Mungkin
aku dan Q perlu masa. Atau aku sudah terlalu lama buat Q menunggu sampai Q rasa
jemu? Atau mungkin masa yang mencemburui kami? Atau cinta kami ditelan masa?
*****
AKU
memandang ke arah telefon bimbit yang sedang di cas. Kalau dahulu, telefon dan
aku berpisah tiada. Mana ada aku, di situ ada telefon. Sekarang ni, hidup aku
dah berubah seratus peratus. Telefon bawah bantal, aku dekat hospital. Telefon
dalam kocek bergetar seribu kali pun belum tentu aku perasan. Biasa juga aku
kena marah dengan kawan-kawan sebab aku tak jawab panggilan mereka. Betullah
kata orang, sungai pun boleh berubah, inikan pula manusia. Sama macam aku
dengan Q. Berapa hari dia tak LINE aku. Senyap tanpa berita.
Aku hela nafas berat. Telefon yang
elok terletak di sudut meja aku capai. Aplikasi LINE aku buka dan pantas jari
aku mencari nama Q.
Tujuan aku buka aplikasi LINE cari
nama Q ni bukan sebab aku nak buat iklan LOVE, LIFE, LINE macam Cinta dan
Rangga. Tapi sebab aku rasa rindu dekat Q.
Q
Read.
Tapi tak berbalas.
Kau
sibuk ke?
Read.
Aku
letakkan kembali telefon bimbit ke sudut meja. Badan aku sandarkan ke kerusi.
Merenung skrin komputer riba dengan pandangan kosong.
Q
dah banyak berubah. Q tak macam Q yang aku kenal dulu.
*****
Sebelas
tahun yang lalu…
Aku duduk di meja paling hadapan di
dalam kelas. Prinsip aku, siapa duduk depan, dia dapat banyak ilmu. Sama macam
dalam solat. Hadis Riwayat Ahmad, Allah dan para malaikat berselawat kepada
orang yang solat di saf pertama atau beberapa saf awal.
Macam biasa, beg aku letak dalam
laci bawah meja. Dan seperti biasa waktu nak masukkan beg bawah laci tu aku
akan periksa dulu kot kot ada orang letak gula getah bawah tu. Dan seperti
biasa juga, aku pasti akan raba satu benda yang tak asing lagi oleh tangan aku
ni.
“Tadaaaaa,” ujar aku sambil
mengunjukkan satu bar coklat Cadburrykegemaran
aku pada Marina yang duduk di sebelah.
“Seriouslah
wei kau dapat coklat lagi hari ni?” soal Marina dengan nada teruja.
Aku angguk laju dan tayang gigi pada
Marina. Bangga juga ada secret admirer
bagi aku coklat setiap minggu.
“Tapi aku rasa coklat ni bukan untuk
akulah. Siapalah yang minat kat aku. Lainlah kau. Cantik. Aku ni biasa-biasa je,” luah aku pada Marina. Kali ini
Marina pulak angguk laju dan tayang gigi pada aku.
“Ambiklah,” ujar aku sambil
memberikan coklat itu pada Marina. Marina tak fikir dua tiga kali langsung
ambil coklat tu dari tangan aku.
Hati rasa lain macam bila sebuah
pandangan tajam melirik tepat ke arah aku. Cepat-cepat aku kalih muka pandang
ke depan. Terdetik juga dalam hati, jangan-jangan mamat dekat belakang tu yang
bagi aku coklat bawah meja tu. Sebab setiap kali aku dapat coklat tu dan aku
bagi dekat Marina, mesti mamat tu pandang aku macam nak telan. Tapi kalau aku
makan coklat tu, dia senyum pulak.
*****
Zaman
sekolah dah lama berlalu. Kadang-kadang terkenang juga coklat pemberian secret admirer.Sampai ni aku tak tahu
siapa beri aku coklat tu. Dan hari ni aku rasa macam nak tanya Q siapa yang
beri aku coklat masa dekat kelas dulu.
Panggilan bersambung.
“Q, aku ni,” ujar aku memperkenalkan
diri. Kalau aku dah cakap aku, Q tahulah aku ni aku.
“Ha, kenapa kau telefon aku
pagi-pagi buta ni?” soal Q dengan suara serak-serak basahnya.
“Q, kau tahu tak siapa bagi aku
coklat masa sekolah dulu?” soal aku gelojoh.
Q terus tersedak. Aku dengar Q
terbatuk-batuk di hujung talian. Cepat-cepat aku jauhkan telinga dari telefon.
Sakit telinga kalau dah menggonggong suara Q dekat telefon.
“Wei, kau tersedak air liur ke apa Q?”
Kali ini Q ketawa terbahak-bahak.
“Ye la, aku tersedak air liur. Sebab
tidur mimpi kau, banyak gila air liur aku keluar. Tulah, siapa suruh telefon
aku pagi-pagi macam ni semata-mata nak tanya siapa bagi kau coklat masa sekolah
dulu,” Q mengomel panjang.
Aku ingat apa aku cakap dekat Q tadi
tak tersave dalam otak dia walaupun
dia mamai masa tu. Nasib baik dia dengar soalan aku tadi. Jadi tak payah tanya
dua tiga kali.
“Kau tahu tak siapa?”
“Kalau aku tahu dia siapa, kau nak
buat apa dengan budak tu?”
Eheh. Q ni main aci acah-acah nak
beritahu-tak-nak-beritahu pula dengan aku. Kalau ada depan mata, lama dah aku
pijak kaki mamat ni, biar cepat sikit dia beritahu aku.
“Aku nak coupledengan dia.”
Jawapan aku tu serius sebab aku rasa
lelaki tu betul-betul suka dekat aku. Cuma mungkin masa tu aku ni jenis budak nerd jadi dia tak berani nak
terus-terang dengan aku dia suka aku.
“Serious?”
“Yup.”
“Okey L, jangan menyesal sebab
sekarang kau dah jadi awek aku. Okeylah, aku nak sambung mimpi kau balik,” ujar
Q dan langsung memutuskan panggilan.
Mulut aku dah ternganga lebar.
Muatlah tiga puluh ekor lalat nak terbang masuk sekaligus dalam mulut aku. Biar
betul si Q ni. Jadi selama ni dia yang jadi secret
admirer aku?
*****
“BILANYA
kau habis belajar L? Lama betul aku
tunggu kau ni. Daripada aku muda sampai dah masuk umur jubli perak dah ni.
Daripada aku comel sampai aku dah kacak.”
Aku ketawa besar bila dengar Q
merungut macam tu. Kadang-kadang keliru juga, dia bosan tunggu aku atau dia nak
cakap dia makin handsome sekarang ni.
Maklumlah, jumpa pun setahun sekali je.
Tu pun kalau aku balik raya.
“Sorrylah
Q. Aku bukan nak duduk sini lama-lama. Tapi sayang beb. Aku belajar dah empat
tahun, takkan nak stop macam tu je sebab kau tak sabar nak kahwin dengan
aku,” giliran aku pula membela diri.
Q mengeluh.
“Tapi beb, aku balik raya nanti. Kau
tunggulah aku dekat KLIA 2, bentang karpet merah siap-siap untuk aku.”
“Bila kau balik?”
“Lima belas hari bulan.”
“Okey, aku tunggu dengan karpet
merah. Siap-siap jelah kau tahan malu nanti.”
Panggilan diputuskan.
Aku dengan Q memang tak pernah cakap
lama-lama. Cakap cintan cintun ni bukan kami punya style. Kalau Q kayu, aku batunya. Kalau Q keras, aku beku. Heh.
Jangan sesekali guna perumpamaan macam tu dekat sekolah ya adik-adik.
*****
KAKI
dihayun masuk dalam kereta. Muka rasa tebal seinci. Tali pinggang keselamatan
aku pasang. Mulut rasa terkunci nak cakap apa-apa. Q dekat sebelah dah
tersengih-sengih mengalahkan kerang busuk. Puas hatilah dapat kenakan aku tadi
depan orang ramai.
Elok je aku keluar dari pintu balai ketibaan antarabangsa, karpet merah
terbentang depan mata. Takut juga mula-mula nak pijak. Tapi bila tengok Q dah
terpacak depan tu dengan berpeluk tubuh, maka aku rasmikanlah karpet merah
seperti permintaan aku lewat telefon dua minggu sebelum aku balik hari tu.
Dan masa tulah, berpuluh mata, eh
mungkin beratus mata pandang aku dengan pandangan pelik bila lepas aku lalu
atas karpet merah tu, Q pergi gulung karpet tu dari hujung sana. Betul si Q ni
buat kerja gila.
“Nah,” ujar Q sambil meletakkan
sejambak ros merah atas dashboard
depan aku.
Mata jeling Q di sebelah. Bibir dah
ukir senyum.
Bahagia.
Q penuh dengan kejutan. Tadi bagi
aku jalan atas karpet merah. La ni bagi aku bunga ros merah sejambak. Lepas ni
jangan dia turunkan aku tengah highway
sudahlah.
Cepat-cepat aku selamatkan ros merah
atas dashboard tu sebelum Q buang
bunga ros tak bersalah tu ke luar. Aroma ros segar menusuk hidung. Wangi. Aku
pandang Q di sebelah yang lebar senyumnya hingga ke telinga.
“Terima kasih Q.”
Makin lebar senyum Q.
“Nah, upah,” ujar Q dan menghulurkan
satu plastik yang penuh dengan coklat Cadburry.
Kali ni, aku pula yang rasa nak
senyum sampai rabak bibir.
Tak
larat nak teman Q bercakap sebab seharian aku tak tidur gara-gara excited nak balik, akhirnya aku
tertidur. Q selamat bawak aku balik
sampai rumah walaupun dia tak makan sehari suntuk sebab dari tempat kerja langsung
bergegas ambil aku di KLIA 2.
*****
“BERAPA
lama lagi?” soal Q entah buat ke berapa kalinya. Bibir sudah mengukir senyum.
Kalau semuanya sesuai jadual, tinggal sebulan sahaja lagi sebelum aku mendapat
gelar doktor.
“Tak
lama dah. Cukuplah masa tu, kalau nak kira bulu biri-biri lima ekor,” jawab aku
selamba.
Terdengar
Q mendengus di hujung talian.
Marahlah
tu. Hati dah mula nak sayu bila Q buat perangai macam ni. Tapi kawal dulu.
Masih boleh tahan. Relax brader, brader
relax. Tak payah nak perempuan sangat dengan Q. Nanti tak memasal dia
menyampah dekat aku.
“Kenapa
diam? Membazir je kredit jalan tapi
tak cakap,” aku cuba memprovokasi Q. Al-maklumlah, mamat Q ni kedekut orangnya.
Nak telefon aku dekat seberang laut ni pun berkira. Ni dia telefon tiba-tiba
kira macam bulan jatuh ke riba. Tapi bila dia diam, aku pulak rasa bersalah.
Q
diam lagi. Aku pun diam. Sepi.
Sejak
akhir-akhir ini, aku rasa Q dah banyak berubah. Dia dah ada orang lain ke? Atau
dia dah tak sanggup tunggu aku? Atau aku je
yang rasa macam tu sedangkan Q tetap sama macam Q yang aku kenal dulu?
“L,” suara Q jelas menampar gegendang telinga
aku sekaligus memadamkan semua soalan-soalan negatif yang baru aku reka
sebentar tadi dalam otak.
“Hmm.”
“Aku
rasa, aku dah tak boleh nak tunggu kau L.”
Sepi.
Mungkin
aku dan Q perlu masa. Atau aku sudah terlalu lama buat Q menunggu sampai Q rasa
jemu? Atau mungkin masa yang mencemburui kami? Atau cinta kami ditelan masa?
“Kenapa?”
soal aku teragak-agak. Takut untuk mengetahui cerita sebenar dan takut untuk
menghadapi kenyataan yang Q dah tak cintakan aku.
Sepi
lagi.
Aku
kuatkan hati. Harus mendengar semua alasan Q supaya aku tak benci dekat dia.
Supaya aku tak pernah sakit hati dengan dia.
“Beb,
kita kan kawan, kau tak pernah berahsia dengan aku. Ceritalah. Main Hoon Na,” ujar
aku berlagak tenang.
Lama
baru aku dengar Q bersuara.
“Ada
satu officemate aku ni,” Que berjeda
di situ. Mungkin nak pancing reaksi aku.
“Ha,
kenapa dengan dia?”
Berdebar
juga tunggu Q cerita ni. Mengalahkan tengok cerita thriller dekat wayang pula. Mungkin lebih thrillkisah Tunggu Sekejap aku dengan Q ni sebab aku watak
utamanya, aku heroin, Q heronya.
“Dia
kata dia suka dekat aku. Tapi aku tak bagi respond
lagi,” ujar Q lambat-lambat.
Kalau
dalam cerita thriller dah ada efek bunyi cemas.
“Dah
tu kau suka dia tak?”
Q
diam. Sebab Q diam lama, aku rasa aku yang kena cakap meskipun pahit.
“Kalau
kau suka dekat dia, cakaplah terus-terang. Aku tak ada apa hal,” ujar aku
meyakinkan Q.
“Tapi
L…”
Jeda.
“Aku
takut kau tak ada tempat nak mengadu lagi kalau aku dah tak ada. Aku takut
kalau kau ada masalah, kau tak ada tempat nak share. Aku takut kalau aku tinggalkan kau, kau tak scoreuntuk ujian finalkau. Aku takut kalau aku mintak putus dengan kau, kau akan
terjun bangunan,” luah Q satu nafas.
Aku
yang dengar ni pun tarik nafas berkali-kali. Banyaknya ketakutan Q pada aku.
Dah macam antologi Fobia keluaran Roman je.
Walaupun hati aku betul-betul terhiris, remuk, berkecai bila dengar kenyataan Q
dah ada perempuan lain tadi, aku masih cuba kawal perasaan lagi.
“Tapi
kau suka perempuan tu kan?” soal aku kali kedua.
Q
tidak mengiyakan. Tidak juga menidakkan soalan aku yang lebih kepada
pernyataan.
“Pergilah
dekat dia. Aku okey je,” ujarku
bersahaja.
Air
mata yang dari tadi aku tahan mengalir membasahi pipi. Aku tahu aku hipokrit.
Tapi aku buat semua ni untuk Q.
“Janji
dengan aku, kau tak akan benci aku?” pinta Q sebelum memutuskan talian.
Aku
mengangguk perlahan. Macam mana aku nak benci kau Q kalau hati aku sentiasa
cintakan kau sebelas tahun ni?
*****
Surat untuk Naqiuddin,
Sedang aku meniti hari-hari tanpa kau, aku selalu
berfikir kau di sana setia menanti aku tanpa jemu. Ternyata ketiadaan aku di
sana, suatu kesunyian buat kau. Aku percaya pada gerak hati, bahwa kau ada yang
lain. Cuma aku kesal kerana aku terlewatkan hal terpenting yang terjadi pada kau.
Kerana aku tenggelam dalam kesibukan hidup aku sendiri.
Tahniah buat engkau Q. Terima kasih kerana menjadi
seseorang yang sabar buat aku. Sabar menunggu aku hingga hari ini. Cuma aku
ingin bertanya pada engkau…
Q, bisakah kau Tunggu Sekejap?
Atau bisakah kau tunggu aku sedikit lebih lama?
Kerana saat ini aku tidak sanggup kehilangan engkau.
Kerana saat ini aku menyesal membiarkan kau mencintai
orang lain selain diri aku.
Aku yang kesal,
Earlyta.