Home Cerpen Cinta Plan Cinta Qhadeeja
Plan Cinta Qhadeeja
Zhar Aruzi Hairi
5/10/2016 19:17:15
4,161
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

Plan Cinta Qhadeeja


Oleh : Zhar Aruzi Hairi


Bunyi lagu “something” nyanyian The Beatles dari soudbox yang terletak diatas meja membingitkan telinga. Wayarnya bersambung ke I-Phone yang diletakkan diatas katil. Seorang gadis genit sedang serius membetulkan solekannya di hadapan cermin.

“Slow sikit volume tu Deeja, Imani tengah solat” Asha menegur dari luar pintu.

“Sori Beb, aku tengah ambik feel ni” Jawab Qhadeeja sambil mematikan terus lagu dari I-phonenya. Matanya masih tertacap di cermin dengan tangan yang melarik halus warna pada alis mata kanannya.

“Kau nak ke mana? Dressing glam habis ni” Tanya Asha yang galak ingin tahu. Dia menghenyak punggung diatas katil.

“Kalau dah solek tahap ni, kau sendiri boleh faham kan?” ujar Qhadeeja menyindir.

Asha mencuit belakang Qhadeeja yang berbaju warna kundang sedondon. “Kau nak dating dengan siapa? Asyraff dah balik ke?”

“Hmmm… aku bagi chance kau teka lagi” Jawab Qhadeeja tanpa menoleh.

“Kalau bukan Asyraff, siapa lagi? korang berdua bukan ke kapel sampai jannah?” soal Asha sambil merapat ke meja solek.

“Dengan siapa kali ni ?, cerita la” soal Asha lagi dengan nada berbisik.

“Ada la” Qhadeeja bangun dari kerusi setelah menghabiskan solekan di bibirnya. Mukanya ditayangkan dihadapan Asha. “Lambat laun nanti kau dan Imani akan tau jugak nanti”

“Amacam, nampak OK tak?” soalnya sambil membuat gaya-gaya seorang model muslimah.

“Kau ni,pakai apa pun cantik Deeja.” Ulas Asha bersahaja.

“Tak baik kau buat macam ni kat Asyraff. Dia setia dengan kau” Imani pula tiba-tiba menyampuk dari luar pintu. Qhadeeja berpaling sambil bercekak pinggang.

“Korang ni….. Bagi la aku peluang nak buat pilihan. Selagi belum kawin, aku nak jugak tengok calon-calon suami yang lain” jawab Qhadeeja sambil mencebik.”Korang jangan pulak pecah lubang. Nanti putus kawan tau”

“Ingatkan kau masih solat lagi?” Tegur Asha kepada Imani.

“Haah kan.. kau kena doa lama-lama sikit. Mintak supaya dipercepatkan jodoh” Sambut Qhadeeja sebelum berhamburan ketawa. Imani mencekak bantal diatas katil!

Qhadeeja berlari mengelak dari dikejar Imani yang kini mengekorinya dengan bersenjatakan bantal. Cepat-cepat dia memecut keluar.

“Aku gerak lu. Paper roger” jerit Qhadeeja dari luar pintu. Masih dengan nada mengejek dengan diikuti dengan deruman bunyi kereta.



“Bertuah punya kawan” rungut Imani. Bantal ditangannya dilempar ke sofa. Letihnya terasa kerana berlari menuruni tangga. Dia pun hairan bagaimana si Qhadeeja yang ber”dressing” muslimah tu boleh berlari macam lipas kudung.

Punggungnya dihenyak di sofa. Tepat lepak yang paling selesa dalam hidupnya. Seimbas fikiran, dia mula membandingkan antara ketiga-tiga mereka yang tinggal serumah. Qhadeeja yang paling kerap keluar ber”dating”. Asha pula setia menunggu tunangnya yang dihantar bertugas di Sarawak. Cuma dia sahaja yang masih solo. Entah sampai bila pun dia tak pasti.

Jika dinilai, dirinya tiada kurang dari segi fizikal mahupun pendidikan. Mereka semua sama cantik dan keluar dari universiti dengan kelulusan yang hampir sama. Cuma kerjaya sahaja berbeza. Namun mereka masih tinggal serumah atas semangat setiakawan dan jenis yang “sekepala”. Imani merasakan sifat pemalunya yang agak tebal menjadikan dia terkebelakang dalam soal jodoh berbanding dua lagi sahabatnya itu.

“Aiii menung lagi…. jangan la kau fikirkan sangat cakap-cakap si Deeja tu. Dia kalau bergurau bukan ingat perasaan orang dah” Pujuk Asha.

“Aku tak merajuk la. Geram jer sikit. Cuma terfikir jugak apa yang dia cakap tadi. Sampai bila aku nak macam ni. Sekurang-kurangnya kau masih ada Syam untuk berkongsi kasih. Kalau korang berdua dah kawin nanti, tinggallah aku sorang-sorang kat sini.” Ujar Imani ikhlas.

“Kami takkan biar kau sorang-sorang. Kita bertiga kan BFF sampai hujung nyawa. Insha Allah, datanglah jodoh kau nanti” bisik Asha sambil memeluk bahu rakannya itu.

“Aminnnn!!!” Imani sempat menadah tangan.



Qhadeeja meliukkan leher mencari orang yang menunggunya di meja. Salah dia juga kerana memilih restoran yang menjadi bualan orang ramai. Sudah tentu payah untuk mendapatkan tempat duduk.

Dari jauh dia melihat seorang pemuda berbaju biru yang melambai-lambai kepadanya. Langkahnya dipercepatkan disebalik hiruk-pikuk di dalam restoran.

“Saya nak jemput tadi tak nak. Kan dah tercongok-congok macam orang sesat tadi” Perli Muaz sambil menyorong kerusi keluar. Qhadeeja duduk di kerusi tersebut. Fullmarks untuk lagak gentleman Muaz ini, Lamun Qhadeeja seketika.

“Sebenarnya saya tak suka menyusahkan orang. Dah order ke?” Tanya Qhadeeja sebaik mencapai menu.

“Apa pun belum?Cik Deeja nak makan apa? Kalau dah pilih restoran ni, mesti ada special menu dalam kepala” kata Muaz sambil merenung muka bujur sirih Qhadeeja. Cepat-cepat Qhadeeja mengangkat menu ditangannya hingga melindungi mukanya. Takut juga dia dengan renungan tajam yang semacam itu. Muaz tersenyum,mengalih pandangan semula ke menu diatas mejanya.

“Saya teringan nak rasa steak dia la. Lama dah tak makan western ” ucap Qhadeeja sambil menggawang tangan memanggil pelayan restoran.

“So, macamana awak boleh terfikir nak ajak saya dinner malam ni?” soal Muaz sambil menyuap speghetti. Hanya menu itu yang boleh menampung seleranya.

“Entahlah. Tiba-tiba pulak rasa nak keluar dengan seseorang malam minggu ni. Awak pulak kena boleh setuju jer?” Balas Qhadeeja dengan soalan.

“ Siapa tak nak keluar dengan perempuan macam Cik Deeja ni. Sekurang-kurangnya ada juga perempuan yang nak keluar dengan saya”

“Awak kan satu pejabat dengan Imani. Kenapa tak ajak dia keluar?” soal Qhadeeja lagi.

“Imani tu….Nama je satu pejabat. Nak bertembung seminggu sekali pun susah. So..awak la yang serumah dengan Imani tu”

“Ya..Saya kenal Muaz pun sebab Imani yang rekeman nama awak untuk join projek tu. She said you are the best there

“Dia yang the best sebenarnya. Mungkin dia tak nak join projek ni sebab kena bekerja dengan rakan serumah kot” ulas Muaz.

“Ye la agaknya. Dia memang menyampah dengan Deeja kalau bab kerja ni. Maklumlah, dia tu straight, saya ni bengkang bengkok jugak” jawab Qhadeeja sambil menutup mulut menahan tawa. Muaz menyambut dengan senyuman. Matanya tidak lekang dari memandang si bujur sirih yang sedang menjamah steak.



Qhadeeja melangkah perlahan untuk membuka grill pintu. Bunyi televisyen dari dalam rumah menandakan ada yang belum tidur.

“ko belum tidur Iman” tegur Qhadeeja melihatkan Imani yang tekun menonton cerita Korea.

“Belum beb,tak ngantuk lagi. esok kan cuti” Balas Imani sambil lewa. Tangannya memegang gelas berisi Milo panas. “Cammana dating, seronok?”

“Muaz tu memang hensem la. Tak bosan dinner dengan dia” ujar Qhadeeja sambil memandang kaca televisyen.

Hampir bersembur air Milo di dalam mulut Imani apabila mendengar nama Muaz disebut. Setahu dia rakan lelaki sepejabatnya itu agak pemalu.

“Macammana ko boleh keluar dengan mamat tu ek” tanya Imani yang mengalih perhatiannya dari kaca televisyen. Kali ini dia betul-betul mengadap Qhadeeja.

“Kami kan sekarang tengah run Projek Chalet di Pantai Sepakat. So dari situ la aku kenal dia”

“ Bukan ke Mr. Soo arrange Arun untuk handle projek tu?”

“Aku yang personally request Mr Soo untuk suruh Muaz yang handle. Tak nak la aku kerja dengan mamat lembut tu lagi” Tegas Qhadeeja. “ So.. ko ade masaalah ke aku keje dengan Muaz”

“Tak aaa. Aku concern pasal projek tu jer. Err…Muaz mana pernah buat kerja-kerja luar yang besar macam ni” jawab Imani.

“Sebab tu aku nak dia join. Baru ada pengalaman. And aku ada sidekick yang hensome” Balas Qhadeeja tersengih.

“ Kau ni melampau la. Baru si Asyraff tu jauh sikit, kau dah buat hal. Dia sayang sangat kat kau la” Getus Imani.

“Kalau kau suka kat Asyraff tu, kau ajelah yang couple dengan dia bila dia balik nanti. Dah aku nak masuk tido. Nak mimpi-mimpi my prince charming. Goodnite Imani” Balas Qhadeeja sambil berlalu ke biliknya.



Imani berdiri berhampiran pintu lobby. Tangannya membelek telefon tetapi sesekali pandangan matanya diarahkan ke pintu lift. Geraknya seakan gelisah menanti kehadiran seseorang.

"Imani, jom join kitaorang lunch" laung rakan sepejabatnya dari jauh.
Imani hanya menggelengkan kepala dan mengangkat I phonenya. Seakan isyarat dia sedang menunggu seseorang.

Kelibat yang ditunggu-tunggunya tiba-tiba muncul dari celahan orang ramai yang berasak di dalam lif.

"En. Muaz, boleh kita bercakap sikit" tegur Imani sebaik pemuda berkemeja biru muda itu lalu dihadapannya.

"Boleh jer. Jom lunch sekali" ajak Muaz bersahaja. Imani terdiam seketika. Muaz pun turut terdiam beberapa ketika.

"Kalau Cik Imani segan. Kita sembang kat sini sahaja. Bagi saya lima minit, nak beritahu kawan-kawan yang tengah tunggu tu saya tak dapat join diaorang" Imani mengangguk dan berjalan ke sofa berhampiran. Dia mengumpul kekuatan untuk bercakap dengan seorang lelaki yang tak berapa dikenalinya. Riak wajahnya seakan gugup untuk bersembang.

Namun setelah difikirkan masak-masak, itulah sahaja cara untuk menghentikan rancangan cinta Qhadeeja. Muaz tak sepatutnya menjadi mangsa permainan perasaan housematenya itu.

“So, apa hal yang Cik Imani inform saya” Tanya Muaz. Dia dapat merasakan yang Imani tidak begitu selesa untuk berbual dengannya. “ Nampak sangat gemuruhnya awak ni”

“Sebenarnya, Er… Saya nak beritahu pasal Qhadeeja. Dia sebenarnya sudah ada boyfriend!” jelas Imani berterus terang. “Boyfriend dia sekarang ada di Sweeden, atas urusan kerja”

Muka Muaz tergamam seketika sebelum kembali tersenyum.

“Saya dan Qhadeeja sebenarnya tak ada apa-apa pun. Terima kasih untuk info ni. Nanti saya tanyakan dia hal ni. Kalau ada apa-apa lagi, beritahu jer dekat saya. Cik Imani boleh jadi Spy untuk saya tak” Pinta Muaz dengan nada bersahaja.

“Saya tak boleh nak janji.Yang patut saya beritahu, saya inform nanti. Cuma saya tak nak awak kecewa dengan Deeja” Janji Imani.

“Tak sangka pulak. Ada orang ambil berat pasal saya” ucapan Muaz yang membuatkan pipi Imani kemerahan.

“Aa…Saya buat apa yang patut sahaja. Housemate saya tu kadang-kadang luar kawalan jugak. Saya Cuma tak nak siapa-siapa kecewa”

“Jom kita gi makan. Perut dah lapar ni. Kita gi kedai depan ni je. Saya belanja. Mungkin ada apa-apa lagi yang kita boleh kongsi” Imani terperangkap dengan pelawaan Muaz. Kalau ditolak nanti nampak sangat yang dia cuba menyibuk dengan hubungan antara Muaz dan Qhadeeja.

“Baiklah” Jawab Imani mengalah.



Qhadeeja meletakkan beg tangannya diatas meja. Dia ke dapur sebentar mengambil segelas air masak. Setengah gelas dihabiskan sebelum dia duduk di sofa. Dia mengambil alat kawalan jauh TV dan membuka siaran muzik video.

“Tak keluar hari ni?” Asha yang baru sampai menyapa. Qhadeeja hanya menggelengkan kepala sambil meneguk air.

Asha duduk di sebelahnya. Badannya disandar hingga ke belakang sofa.

“letih betul. Kepala pun sakit. Kerja kat opis tu tak pernah habis” Omel Asha pula.

“Eh, Sejak bila pulak pandai komplen ni?” Qhadeeja bertanya denga nada perli.

“Entahlah. Akhir-akhir ni, aku macam tak ada hati nak kerja. Si Syam pulak asyik ajak aku pindah Kuching jer”

“Aku pun dah lama nak tanya ni. Korang ni sebenarnya bila plan nak kahwin”

“Hmmm… kalau ikutkan planning, hujung tahun ni. Family kami yang dah bincang. Aku dan Syam ikut jer”

“Nampaknya tahun ni sahajalah kita serumah” Balas Qhadeeja. “Aku rasa seronok sebab korang berdua sampai juga seru untuk berumah tangga. “

“ Kau tu , macam-macam sangat. Kejap Asyraff, Kejap Muaz, nanti ntah sapa-sapa pulak. Apa yang kau nak sebenarnya Cik Qhadeeja oii” Soal Asha sambil menggosok rambut Qhadeeja.

“Ada la plan aku. Yang penting aku nak yang terbaik dalam hidup aku.”

“Muaz tu macammana?”

“ Dia tu ok jer. Cuma sejak dia tiga hari ni, macam dia cuba nak lari dari aku jer. Jumpa pun masa meeting jer. Kalau telefon pun, cakap hal kerja jer”

“Kau rasa ada orang yang racun dia bencikan kau ker?”

“Entahlah. Aku tak nak fikir apa-apa. Yang penting aku kena stick to my plan.”

Plan apa pulak?. Walaupun dah lama kenal. Aku sebenarnya masih tak faham la apa yang kau nak Deeja. Ada pakwe hensem, yang setia … masih lagi nak try orang lain. Kalau aku tak ada Syam, dah lama aku couple dengan Asyraff tu”

“kau ni.. Niat tu ada jugak rupanya. Bagilah aku peluang nak buat pilihan. Biar aku lama sikit stay kat rumah ni pun tak pe. Kasihan kat Imani kalau kita berdua pindah nanti”

“Ada je alasan kau kalau aku tanya bab ni.” Ujar Asha.



Imani mengelap meja makan. Minggu ini giliran dia pula membasuh pinggan mangkuk dan mengelap meja. Qhadeeja masih di dapur memotong oren yang dijadikan sebagai pembasuh mulut.

Lately, Muaz banyak mention nama kau la. Ada assignment ke korang berdua.” Tanya Qhadeeja secara tiba-tiba. Sengaja dia berada lama di dapur untuk berbual dengan Imani.

“Tak ada pun. Biasa jer” Jawab Imani yang masih tekun mengelap.

“Dia dah kurang bercakap dengan aku. Ada kau dengar apa-apa cerita?”

“Tak tahu pulak. Setahu aku, Muaz memang macam tu. Kurang bercakap sikit”

“ Cuma aku syak, somebody dah berikan tanggapan negatif dekat Muaz. And that why dia dah tak ngam dengan aku”

“Aku no komen” Imani cuak menjawab.

“Kita kawan dah lama, Iman. Kalau ada apa-apa kau cerita sahaja kat aku. Tak payah sorok-sorok” Qhadeeja memandang kepada Imani yang sudah berhenti mengelap. Kedua-duanya berdiri bertentangan mata.

“Aku mengaku yang aku yang jumpa Muaz. Dan ceritakan pada dia pasal Asyraff” Akui Imani.

“So..” Qhadeeja berhenti di situ sebelum tiba-tiba keluar dari dapur.

Sebaik selesai kerja di dapur, Imani mengetuk bilik Asha. Bunyi lagu”Bae Bae” nyanyian Big Bang kedengaran dari dalam.

“Kau ni dah kenapa? Cuak semacam jer” Soal Asha sebaik Imani masuk ke biliknya.

“Aku dah mengaku pada Deeja malam tadi, yang akulah yang beritahu Muaz pasal Asyraff” Jelas Imani.

“Deeja pun ada cerita pada aku hal ni. Muaz dah tak berapa nak layan dia. Kau la punca hal ni rupanya”

“Bukan apa Asha, Aku kesiankan si Asyraff tu. Dia betul-betul sukakan Deeja.”

“Kau sendiri kan tahu, polisi persahabatan kita. Jangan campur hal peribadi orang lain. Berani pulak kau jumpa si Muaz tu”

Imani tersenyum “ Entahlah, berani pulak aku berdepan dengan mamat tu….Tapi yang peliknya, sampai sekarang ni Muaz masih contact aku”

“Dasyat jugak kau, boleh potong jalan si Deeja. Bukan calang-calang orang boleh cantas dia” Asha tersenyum.

“Niat aku bukan macam tu la. Aku pun tak nak putus kawan. Kita sama-sama dari sekolah menengah lagi apa. Aku cuma tak nak kawan aku main-mainkan perasaan orang. Kau rasa Deeja ok tak dengan aku lepas ni”

“Kau bukan tak kenal dia. Marah dia tu sekejap sahaja. Bagi masa dekat dia sikit. Lepas tu ok lah. Kalaudah jadi macam ni, mungkin dia balik dengan Asyraff” jelas Asha.

“Haah… Aku pun harap sangat macam tu”



Suasana santai di tepi laut memang menenangkan. Muaz tidak menyangka yang lokasi pertemuan yang dicadangkannnya boleh diterima Imani. Dia selesa mendengar bunyi ombak dengan hembusan angin yang tidak putus-putus. Tenang sekali.

“saya dah sampai” satu mesej tertera di skrin handphonenya.

“Saya tunggu di restoran Nakhoda Ikan Bakar” Balasnya.

Imani mengenakan sepasang kurung merah jambu dipadankan dengan tudung ruffle berwarna jingga. Pertama kali dia berpakaian sedemikian untuk ke makan malam. Itu pun setelah dipaksa oleh Asha, yang mengomel macam mak nenek. Sebenarnya sudah lama dia membeli set baju tersebut, tetapi tidak pernah dipakai.

“Cik Imani nampak lain” Itu perkataan pertama yang muncul dari mulut Muaz sebaik Imani sampai ke meja. Dia bingkas bangun dan menarik kerusi untuk Imani duduk.

Imani malu-malu dengan tingkah Muaz. Ada mata-mata dari meja berdekatan yang memerhati.

“saya rasa macam overdress pulak malam ni” Luah Imani sebaik duduk.

“ Saya tak rasa macam tu. Memang Cik Imani cantik. Baju tu menyerlahkan lagi keanggunan Cik Imani. Patutnya Cik Imani berpakaian macam ni selalu. Baru ramai client datang” Puji Muaz melambung.

“Tapi, saya tak setuju macam tu. Perempuan sepatutnya hanya berhias untuk suami” sangkal Imani. Menu diatas meja dicapai.

“Saya ni suami ke?” Pertanyaan Muaz membuat Imani tergamam sebentar.

“Hmm…Saya pakai macam ni pun sebab housemate yang paksa tau!” Jawab Imani malu-malu.

“Tak kisahlah apa pun sebabnya. Cik Imani memang stylo malam ni!” Pujian Muaz belum habis.

“Boleh stop dua benda tak?” Soal Imani.

Stop apa?”

“Stop puji-puji saya and stop panggil saya Cik Imani. Panggil Iman jer”

“Oo..Oklah.. Iman yang depan saya ni memang menggegarkan iman dalam dada saya ni” Akui Muaz sambil tersenyum.

“Ish..mengada-ngada la pulak” Sahut Imani yang mulai tersenyum.



Imani melangkah masuk ke rumah dengan senyuman. Masih terbuai-buai lagi kata-kata dan pujian Muaz terhadap dirinya. Dia juga tidak menyangka yang Muaz ada menaruh hati padanya. Makan malam tadi pun dirasakannya singkat sangat. Banyak lagi yang mahu dibualkannya bersama Muaz. Kalau Muaz menelefonnya nanti, pasti akan ada perbualan yang panjang.

“ Dah balik model muslimah kita malam ni?” perli Qhadeeja yang duduk di sofa bersama Asha.

“Macamana date tadi?” Asha pula menyoal.

“Soalan tu kau tak payah tanya. Tengok senyum tu pun aku dah tahu yang si Iman ni dah jatuh cinta”

Imani turut duduk bersama mereka.

“Kau tak marah aku Deeja. Keluar dengan Muaz tadi?” soal Imani inginkan kepastian.

“Buat apa aku nak marah. Dah memang jodoh kau kan?” Balas Qhadeeja.

“Beb..aku kena cerita hal sebenar sekarang?” Luah Asha.

“Hal sebenar apa?” Tanya Imani.

“sebenarnya Deeja yang plan untuk satukan kau dengan Muaz awal-awal lagi. Yang dia rapat dengan Muaz tu sebenarnya nak selidik samada dia sesuai ke tidak untuk kau.” Jelas Asha.

“Yang kau keluar dating, keluar jalan-jalan tu, berlakon je ke Deeja” Soal Imani yang inginkan kepastian.

Yes, My Friend. Aku nak kenal siapa si Muaz tu dulu sebelum kawan aku ni betul-betul jatuh cinta dekat dia. Itu sebenarnya PLAN aku tau” Qhadeeja menerangkan sambil tersenyum.

“So, Muaz tu jenis yang macam mana?” Asha pula mencelah.

“Sesuai sangat dengan Cik pendiam kita ni. Dia peramah dan cepat mesra. Cuma tak pandai sangat nak berkawan dengan perempuan.”

“Maksud kau”

“Dia malu dengan perempuan sebenarnya. First aku keluar dengan dia dulu pun sebab aku ajak dan paksa. Then barulah dia berani nak ajak Imani kelaur malam ni. Lelaki macam ni Insha Allah, setia macam Asyraff aku”

“Kau dan Asraff macammana?”

“Kau berdua kan tahu. Kami ni kapel sampai jannah. Kami sebenarnya dah nak kahwin sebelum bertolak ke Sweden nanti. Tak lama lagi tinggallah korang berdua jer..”

Asha dan Imani terdiam seketika mendengar berita itu.

“Janganlah camni Deeja, Kita BFF dari sekolah menengah lagi tau… Sunyilah kitaorang takde kau” Imani mulai sebak.

“Sebab tu aku kena pastikan ada orang yang boleh jaga kau, Iman. Aku tak sanggup nak berhijrah kalau korang berdua tak ada orang jaga. Aku yakin Muaz akan jaga kau baik-baik. Kalau dia tengok kau dressing macam ni hari-hari, for suredia takkan lepaskan kau” Qhadeeja juga menjawab dengan nada sebak. Senyuman masih terukir diwajahnya. “Korang nilah sebenarnya adik beradik aku. Aku kan anak yatim piatu. Lepas jumpa korang berdua, dapatlah aku tumpang sikit-sikit kasih sayang korang dan mak bapak korang. Aku syukur sangat”

“Wei…kenapa kita sedih wei..Tak pernah aku nak rasa sebak macam ni sejak kita berkawan” Asha pula bersuara. Titis-titis jernih sudah kelihatan di birai matanya.

Qhadeeja mendepa tangan dan memeluk kedua-dua sahabat baiknya itu. Esakan demi esakan mula kedengaran.

“Korang…Dunia kita bukan setakat ni sahaja. Dalam bulatan kasih sayang kita dah kena masukkan Asyraff, Hisyam dan Muaz…nanti-nanti pulak adelah kesinambungananak-anak kita pulak. Aku taknak kita putus sahabat, tak nak putus kasih sayang korang tau. Aku dan Asyraff mungkin jauh dari sini, tapi hati aku masih tersangkut kat korang tau.”

“Kalau hati kat kitaorang. Asyraff tu dapat apa pulak?” Asha cuba berjenaka.

“Asyraff akan dapat seorang isterilah. Dia satu-satunya lelaki untuk aku dunia akhirat” Balas Qhadeeja.

“Amboi..mendalam sungguh” Usik Imani.

“Kau baru suam-suam dengan Muaz. Kalau dah terikat nanti baru kau tahu perasaan tu macammana. Asha ni pun..bukan boleh lama-lama tak ada si Syam, Nanti meroyan la tu” Perli Qhadeeja. Asha mencebik dan Imani tertawa.

“Terima kasih Deeja sebab dekatkan Muaz dengan aku. Kalau aku tak bercakap dengan dia hari tu, mungkin sampai sekarang dia tak kenal aku” Ujar Imani.

“Deeja kan yang paling pro antara kita dalam hal macam ni. Buku sejarah dia kita yang pegang kan. Si Syam pun sangkut kat dia dulu sebelum frust,Then baru sangkut kat aku.” Ulas Asha pula.

“Kes kau tu, Plan Cinta aku no 2. Imani ni pulak, plan no 3.” Jelas Qhadeeja.

“Habis, Plan no. 1 kau untuk sapa pulak?” Tanya Asha dan Imani serentak.

“Oh..Plan no 1 aku, ….. Makcik Cleaner dengan Pakcik Jaga sekolah kita dulu…”

“Ceh…baru aku tau sebab apa kita senang lepas keluar dari asrama. And siapa yang bekalkan stok Meggi kau tiap-tiap hari masa kat hostel dulu!!!” Getus Asha.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.