Home Novelet Komedi/Romantik Komedi Satu Hari Di Hari Raya
Satu Hari Di Hari Raya
Zhar Aruzi Hairi
19/7/2017 21:58:43
5,985
Kategori: Novelet
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 4

BAB 4

 

Suasana di hari raya begitu meriah. Bunyi takbir raya yang kedengaran syahdu di corong pembesar suara Masjid.


Mak Siah sibuk menghidangkan juadah Hari Raya dan kuih muih diatas meja. Dialah yang paling sibuk kerana tidak ada yang membantu. Kalau nak diharapkan Padil dan Pak Zam,sampai ke tengah harilah tetamu tidak merasa jamuan raya.


“ Mana songkok aku Siah?” Pak Zam melaung dari dalam bilik.


“Cari atas almari!”


“Mana butang baju Padil?”


“Cari atas almari!”


“Mana baju raya kami??”


“Cari dalam almari!!!”


Suara jeritan anak beranak itu kedengaran sampai ke tangga.



“Assalamualaikum…”Suara perempuan kedengaran di luar rumah. Mak Siah pergi menyambut di mukapintu.


“Eh! Lia kan”


“Ya, Mak Siah. Maksuruh hantarkan rendang kambing ni”


Mak Siah hampi rtersedak. Namun cepat-cepat dikawal.


“Terima kasih ajelah.Makin cantik kamu ni Makcik tengok”


“Tak adelah Makcik.Biasa aja. Lia mintak diri dulu tau” Nurlia bergerak ke arah motosikal yang dipakir di situ.


“Selamat hari rayaLia!”


Laungan Padil membuatkanNurlia berpaling. Senyuman yang paling manis diberikan kepada Padil.


“Selamat Hari RayaPadil” ucapnya sebelum berlalu.

 


“Mak..Mana baju melayu merah Padil?” Tiba-tiba sahaja Padil bersuara.


“Hey! Kan tahun ni kita punya tema hitam. Kurta raya pun kamu dah pakai kan. Kenapa tiba-tiba nak tukar pulak?”


“Padil tak kira Mak.Tahun ni kita tukar tema merah..Merah darah…”


“Kau ni dah kenapa?Raya dah pun hari ni. Mana nak cari baju merah?. Dulu masa Mak tanya nak pakai kaler apa, kau kata tak kisah” bebel Mak Siah.


“Ini antara hidup dan mati Padil, Mak. Kalau sayangkan anak Mak ni. Mak cari la baju merah!!”


Padil membuka baju yangbaru dipakainya.


“Kaler hitam ni tak sesuai Mak. Macam orang nak pergi ke kubur” Bentak Padil lagi.


“ Bukan ke kita satu family dah setuju, tahun ni tema fabulous Black” Bela Mak Siah. Memang dia yang bagi proposal untuk tema setiap tahun.


“Mak tu tak pe la,kulit cerah. Bapak tu, lagi kesian. Kaler baju sama dengan kaler badan…Kalau dia beraya malam-malam. Tak ke menakutkan orang yang lalu-lalang”

 

“Banyak sangat la kau ni bagi alasan. Kaler apa yang kau nak kami pakai ni?”


“Merah darah!”


“Sama macam kaler bajubudak perempuan tadi kan!!!!

 

 

Pak Zam tersenyummemandang cermin dengan baju baru yang sedang digayakan. Dua tiga kali dia berpusing kiri dan kanan. Sesekali dia akan berdiri tegak macam patung sambil mata memandang cermin.


Segak!. Itu yang dia rasa. Walaupun untuk nampak dia dengan pakaian tu, pencahayaan perlu cukup.Kalau tidak, dia akan nampak seakan memakai baju halimunan.


“Dah, Tukar pakai baju merah?” Mak Siah yang masuk ke bilik itu memberi arahan.


“Eh, bukan ke ini baju baru? Takkan nak pakai baju lama”


“Jangan tanya saya,anak awak yang minta sangat kita tukar tema tahun ni. Dia dah berkenan kat anakorang”


“Biar la dia berkenan.Lantak la dia nak tukar baju. Yang kita nak kena ikut jugak apa hal”


“Pak Zam oiii. Selama kita beraya ni, sejak dari Padil lahir lagi, pernah tak kita pakai baju warna asing-asing. Selama kita berkahwin pun, selalu sedondon. Itu sebahagian dari komitmen kita berdua tau”

Pak Zam senyapmendengar hujah itu. Semasa arwah bapa isterinya masih hidup lagi, dia kena mengikut tema warna baju raya Mak Siah sekeluarga. Walaupun warna baju itu sama dengan langsir rumah jiran.


“Hmmm… awak cari la baju melayu tu dulu. Lepas tu gosok. Saya nak pergi mandi ni”


“Ya Allah orang tua ni.Ingatkan dah bergaya sakan tadi dah mandi. Rupanya belum”


“Shhhhh….Slow sikit la,awak. Nak mandi tadi sejuk la. Ambik air sembahyang ja. Sekarang baru nak mandi sunat hari raya”


 

Sebelum ke masjid,Keluarga Pak Zam bersalaman dan bermaafan sesama mereka terlebih dahulu. Setiap kali sessi ini, Pak Zamlah yang akan berteriak tangis paling kuat. Masakan tidak, setiap kali beraya dialah yang kena memberi duit raya kepada isteri dan anaknya. Jumlahnya pula tidak kurang dari jumlah yang pernah diberikan padahari raya sebelum ini.


“Siah minta maaf, Bang.Dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Selamat Hari Raya”


Salam Mak Siah disambut Pak Zam dan tangan suaminya itu dicium. Dahi Mak Siah dikucup Pak Zam.


“Abang maafkan segalasalah dan silap Siah. Walaupun nanti Siah buat balik. Abang pun minta maaf untuk salah dan silap abang. Selamat hari raya Sayang. I love you”


Mak Siah tersipu-sipu mendengar ucapan suaminya. Padil yang ada di situ hampir termuntah. Giliran dia pula yang beraya dengan emak dan bapanya.


“Selamat hari raya Mak.Maafkan salah Padil yang tak pernah surut ni, dari Padil kecik sampai sekarang.Halalkan susu dan makan minum yang Mak berikan pada Padil. Padil janji akanjadi anak yang soleh dan cari isteri yang solehah”


“Mak maafkan kamu.Salah silap Mak pun, harap kamu maafkan. Selamat Hari Raya Padil”


Dia kemudian beralih kepada Pak Zam.


“Selamat Hari raya Pak.Maaf zahir batin”


“Aiii pendeknya. Dengan Mak kamu, panjang la pulak”


“Pak ni, syurga ka dibawah tapak kaki ibu. Kalau nak panjang nanti saya wasap”


“Ha..ha..ha.. pandai la kamu. Pak pun tak suka panjang-panjang ni. Buang masa. Pak maafkan dan selamat hari Raya, Padil”


Mak Siah hanya memerhatikan gelagat dua beranak itu. Setelah Padil berlalu, dia pun bertanyakepada Pak Zam.


“Saya tak nampak punawak tak minta maaf pun kat Padil.”


Pak Zam merenung tepat pada isterinya.


“Bukan hari raya jer kita kena bermaafan. Aku minta maaf setiap kali aku buat salah kan. Termasuk dengan Padil. Jangan nak tunggu hari raya jer”


Kata-kata Pak Zam membuat Mak Siah terdiam.

 


Padil menunggang motosikal ke arah rumah Kak Lijah. Sebelum ke Masjid, dia mahu beraya ke rumah bakal mertuanya itu.


“Assalamualaikum..”Jerit Padil sebaik sampai. Kak Lijah keluar menyambut.


“Waalaikumsalam Padil.Awal betul kamu datang beraya.”


“Saya dah niat Kak, nak ke sini dulu.Saya tahu yang saya banyak kesalahan dengan Kak Lijah. Dan saya harap Kak Lijah maafkan saya dan terima saya seadanya” ucap Padil penuh emosi.


"Padil nak menikah dengan Akak ke?. Sampai macam tu sekali"


"Erk!!"


“Ha..ha..Akak gurau jer. Takkan le anak muda macam kau nak cari yang sebaya dengan Mak kamu.... Dan akak pun mohon maaf atas salah dan silap selama ni. Dalam group Whatapps dah ucap. Ni ucapan secara direct..Eh!. Jemput masuk dulu Padil. Akak buat rendang kambing special” Jemput Kak Lijah.


Padil masih tercongok di atas motosikal dengan mata meliar.


“Kamu cari siapa sebenarnya ni? Eh! Sama la pulak tema baju raya kita tahun ni”


Padil tersenyum.


“Lia mana Kak Lijah?”


“Ke mana lagi? Kalau tak ke rumah tunangnya dia. Kejap lagi sampai la tu”

Padil merasa dunianya tiba-tiba gelap. Rama-rama yang berterbangan di taman hatinya bertukar menjadi gagak liar. Dia terkesima seketika. Cepat-cepat dia menghidupkan motosikal.


“Kamu nak ke mana tu?.Masuk la beraya dulu.”


“Nak balik rumah KakLijah. Kena tukar baju raya. Baju ni dah kotor terkena darah dari hati yang terluka ini…”


Kak Lijah menggeleng kepala.

 

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.