Home Novel Komedi/Romantik Komedi AKU TANPAMU
AKU TANPAMU
sipencintapena
11/6/2019 22:04:52
10,359
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 22

Setahun kemudian

Adam memandang lama wajahnya pada cermin. Dia menarik nafas dalam.

“Adam, Elis datang ni hah. Cepat sikit bersiap tu,” beritahu Puan Hasna di sebalik pintu biliknya yang masih tertutup rapat.

“Okay mama,” jawabnya perlahan. Dia mencapai baju warna putih yang berlengan pendek lalu memakainya. Jaket warna biru turut dicapai. Dia berlalu keluar dari bilik.

*****

Lama Delisya merenung wajah yang dirinduinya itu. Setahun berlalu benar-benar membuatnya terseksa. Adam bersandar tenang pada kerusinya. Dia turut membalas pandangan gadis itu.

“Apa khabar?” tanyanya lembut.

“Not really good. Sebab rindu awak,” balas Delisya dengan senyuman. Adam ikut tersenyum.

“I miss you too,” balasnya tenang. Delisya terkedu.

Aku mimpi ke?

“So, awak dah ada someone?” tanya Adam tanpa sempat Delisya membalas.

“No! I mean, tak ada. Saya single,” jawab Delisya laju tanpa berfikir panjang. Adam tersenyum mengangguk.

“So, nampaknya saya masih ada peluang lagi lah ni?” soalnya separuh mengusik. Pipi Delisya sudah bertukar kemerahan.

“Untuk awak ada aje. Awak tu yang jual mahal dengan saya,” balas Delisya tidak mahu kalah. Adam tergelak kecil.

“Bila awak nak datang rumah saya?” soal Delisya tidak sabar. Dia tidak menyangka yang kedatangannya ke rumah lelaki itu pada hari ini setelah setahun berlalu akan merealisasikan impiannya selama ini. Sebelum mengambil keputusan untuk bertemu dengan Adam, dia sebenarnya sangat takut. Takut lelaki itu akan menolaknya sama separti setahun yang lalu. Namun kali ini jangkaannya meleset. Adam bukan Adam yang dikenalinya setahun yang lalu. Dia kini baru perasan. Bukan sahaja fizikalnya yang berubah. Personalitinya juga sedikit berubah. Lebih tenang dan mesra. Malah kini pandai mengusik.

“Saya pasti akan datang,” balas Adam dengan senyuman nakal. Delisya tersipu malu.

*****

“Berapa hari kau kat sini?” soal Marwah sambil memandang tepat wajah sahabatnya yang sedang duduk di hadapannya. Chinta tersenyum sambil membuang pandang ke luar.

“Sampai Adam kata nak terima aku jadi isterinya,” jawabnya tenang. Marwah menggeleng perlahan.

“Dah setahun berlalu. Kau masih ingatkan dia?” soalnya dengan kening berkerut.

“Aku tak pernah lupakan Adam,” balas Chinta kini memandag gadis itu semula.

“So, bila kau nak jumpa dia?” tanya Marwah semula.

“Mungkin esok kut. Tadi Elis ada call aku. Dia kata Adam dah berubah. Tak sabar aku nak jumpa dia,” jawab Chinta agak teruja.

“Maksudnya Adam dah terbuka hati nak terima korang? Macam tu?” soal Marwah tidak senang duduk. Chinta menganggukkan kepalanya.

“Chin, kau serius ke ni? Kau okay ke nak bermadu dengan mereka?” soal Marwah lagi. Dia sebenarnya risaukan gadis itu. Chinta tergelak kecil.

“Kau janga lah risau. Aku memang dah lama rela nak bermadu dengan mereka. Aku tak nak kehilangan Adam,” balasnya tenang dengan senyuman. Marwah mengeluh perlahan.

“Lah kenapa pula nak mengeluh ni? Aku baru aje sampai kau dah mengeluh bagai,” rungut Chinta.

“Aku cuma risaukan kau. Yelah, sekarang ni memang kau kata sanggup dan rela. Tapi perasaan tu tak sama bila kau dah kahwin nanti. Aku bukan nak cakap aku ada pengalaman dalam hal ni. Tapi kau tahu kan yang kakak aku pun hidup bermadu. Aku dengar Chin semuanya dari dia. Manis pada luar, hempedu dalamnya,” balas Marwah perlahan. Chinta menyentuh jemari gadis itu yang berada di atas meja.

“Terima kasih Wa sebab risaukan aku. Ni yang buat aku sayang sangat dengan kau. Tapi aku janji yang aku akan bahagia dengan pilihan ni. Kau tak payah risau lagi sebab aku dah ada tempat nak berkongsi. Selepas ni beban kau akan berkurang,” katanya separuh mengusik.

“Dia ni sempat kenakan aku,” balas Marwah sambil menepuk lembut tangan rakannya itu. Chinta tergelak kecil.

“Kau tu pun kena lah cari seseorang. Aku risau kau duduk seorang kat rumah ni,” katanya turut risau. Giliran marwah pula yang tergelak.

“Tu lah aku ingat nak kahwin dengan Adam juga. Kau okay tak kalau kita jadi madu?” soal Marwah sengaja mengusik gadis itu.

“Nak kenakan aku ek,” balas Chinta sambil menepuk perlahan lengan gadis itu. Marwah tergelak besar.

“Tau takut.”

*****

“Aku nak tanya kau. Kenapa dah lepas setahun baru kau terbuka hati nak balik sini?” soal Rasya sambil memandang sekilas ke arah gadis yang sedang duduk di bahagian penumpang.

“Tak suka aku balik ke?” soal Bella semula sambil memandang Rasya yang sedang memandu.

“Kalau aku tak suka takkan lah aku nak ambil kau kat airport kut. Kau bukan tahu aku tiap malam doa kau balik cepat tau,” balas Rasya geram. Bella tergelak kecil.

“Yelah sorry. Aku dah balik kan,” balasnya masih dengan senyuman.

“Tapi kenapa tak balik setahun yang lalu. Masa tu papa kau dah setuju nak terima Adam. Tapi kau pula tak muncul,” soal Rasya lagi tidak berpuas hati.

“Sebab aku masih nak beri Adam ruang. Kau kan tahu Adam tu masih tak boleh lupakan arwah tunangnya,” jawab Bella dalam nada perlahan.

“So, sekarang ni kau yakin ke yang Adam dah lupakan arwah tunangnya?” soal Rasya lagi. Bella mengeluh perlahan. Dia sebenarnya cuba mengelak dengan soalan itu. Namun seperti yang dijangkanya, rakannya itu pasti akan bertanyakan soalan tersebut.

“Aku tak tahu,” jawabnya perlahan. Tanpa sedar sebuah keluhan berat dilepaskan. Rasya mengambil keputsan untuk berdiam diri sahaja apabila melihat wajah gusar gadis itu.

*****

“Happy aje aunty tengok. Ada berita gembira ke?” tanya Datin Syahida sambil tersenyum memandang wajah ceria Delisya.

“Adam dah boleh terima saya aunty. Dia kata nak hantar rombongan tak lama lagi,” jawabnya sambil tersipu malu.

“Alhamdullillah. Akhirnya penantian Elis berakhir. Aunty tumpang gembira,” ucap Datin Syahida dengan senyuman lebar.

Tak lama lagi dapat menantu lah aku.

“So, bila tu? Lupa nak tanya pasal…,” Datin Syahida terdiam sejenak. Rasa serba salah untuk meneruskan.

“Bakal madu saya?” teka Delisya sambil tergelak kecil.

“Gelak pula dia,” bulat mata Datin Syahida memandang gadis itu.

“Bella dan Chinta dah balik sini. Tapi rasanya mereka tak jumpa Adam lagi,” beritahu Delisya dengan tenang. Datin Syahida mengangguk perlahan.

“Aunty nak tanya sekali lagi. Bukan apa, aunty cuma nak kepastian.”

“Apa dia aunty?” tanya Delisya agak berdebar.

“Elis masih nak teruskan niat nak bermadu dengan dua orang tu?” soal Datin Syahida dengan kening berkerut. Delisya tersenyum mendengar pertanyaan wanita itu.

“I’m okay aunty,” jawabnya sambil mengangguk perlahan cuba meyakinkan wanita itu. Datin Syahida menarik nafas panjang.

“Aunty harap Elis tak menyesal suatu hari nanti,” katanya dengan senyuman hambar. Delisya pantas menggeleng.

“No aunty. Elis tahu aunty risaukan Elis. Jangan risau. Adam lelaki baik,” balasnya dengan senyuman lebar. Datin Syahida mengangguk perlahan. Jauh di sudut hatinya dia tetap kurang senang dengan pilihan gadis itu. Namun melihat riak wajah teruja gadis itu membuatnya tidak sampai hati untuk berterus terang.

*****

“Tadi Adam ada datang jenguk papa,” beritahu Datuk Taufiq sambil memandang Delisya yang sedang leka dengan makanannya. Delisya membalas pandangan orang tua itu.

“Adam buat apa?” soalnya dengan perasaan berdebar.

“Saja datang tanya kesihatan papa. Masa Elis kat Melaka pun Adam memang selalu jenguk papa. Elis aje yang tak tahu,” balas Datuk Taufiq dengan senyuman. Delisya terkedu.

Adam selalu datang jumpa papa?

Bisik hatinya kurang percaya.

“Tapi tadi Adam ada bincang hal lain dengan papa. Pasal Elis dan dia,” sambung Datuk Taufiq lagi. Delisya berdehem perlahan. Hanya Allah yang tahu debaran di dadanya saat itu.

“Bulan depan Adam nak masuk meminang,” beritahu Datuk Taufiq akhirnya. Perlahan senyuman lebar terukir pada bibir Delisya. Mahu sahaja dia menari gembira namun ditahannya kerana papanya ada ketika itu. Datuk Taufiq tersenyum melihat senyuman lebar gadis itu.

“Elis dah bersedia?” soalnya separuh mengusik. Delisya mengangguk pantas.

“Yes,” jawab Delisya sambil tergelak kecil. Datuk Taufiq ikut tergelak. Melihat riak wajah gembira anaknya itu sudah cukup menggembirakannya. Dia kini sudah boleh menarik nafas lega.

*****

Ekram tergelak kecil. Adam hanya tersenyum memandang sahabatnya itu.

“Aku tumpang bahagia Dam. Akhirnya kau buat keputusan yang tepat. Aku akan sentiasa sokong kau,” kata Ekram dengan senyuman. Dia gembira apabila mendengar keputusan lelaki itu yang sudah bersedia mahu memperisterikan Delisya.

“Terima kasih Ram,” ucap Adam dengan senyuman.

“Tapi kalau aku tanya boleh tak?” soal Ekram kini agak serba salah.

“Apa?” soal Adam agak berdebar.

“Macam mana pula dengan Bella dan cikgu cantik tu?” soal Ekram sambil tersengih. Adam terdiam mendengar soalan lelaki itu. Dia bersandar pada kerusinya.

“Tapi tak apalah kalu kau tak nak jawab. Aku dah cukup happy bila kau dah buat pilihan ni,” kata Ekram apabila melihat riak wajah lelaki itu yang berubah.

“Aku tak boleh pilih semuanya Ram. Aku tak nak sakitkan hati sesiapa,” balas Adam sambil mengeluh perlahan.

“Lagipun aku bukanlah mampu sangat nak kahwin sampai tiga,” sambungnya lagi.

“Tak mampu dari segi apa tu ek?” soal Ekram separuh mengusik.

“Aku takut tak mampu berlaku adil,” jawab Adam dengan tegas. Ekram mengangguk faham. Adam mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Sebenarnya dia rindu. Rindu dengan orang itu.

“Kenapa kau pilih Elis?” soal Ekram lagi. Adam berpaling memandang lelaki itu semula.

“Dia wanita baik,” jawabnya dengan senyuman. Ekram mengangguk lambat. Dia sebenarnya masih tidak berpuas hati dengan jawapan lelaki itu. Namun dia batalkan niatnya untuk bertanya lebih lanjut kerana takut membuat rakannya itu tidak selesa.

Aku lega kau dah buat keputusan Dam.



Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.