Home Novelet Thriller/Aksi Raz
Raz
KaryaToku
23/9/2017 11:33:47
95,190
Kategori: Novelet
Genre: Thriller/Aksi
Bab 10

“Meluatnya tengok!  Macam orang tak betul.”  Ling yang mengeluh sendirian selepas habiswaktu kerja di kafe KopiRia.

“Apa yang meluat?” soal Mai.

 

Ketika itu Danial dan Raz ada bersama. Mereka sudah sepertikawan baik. Raz yang sudah lebih sebulan berada di tahun 2016. Raz kadangkalamerasakan dia membuang masa tetapi apakan daya. Dia tidak berjaya menjejakiParat. Mai, Ling dan Danial turut membantu namun jawapannya masih sama.

 

“Cuba kamu tengok video budak-budak sekarang menari. Entahapa punya tarian mereka menari. Sakit hati saya tengok.” kata Ling sambilmenunjukkan pada mereka video di laman sosial melalui telefon pintarnya.

“Tarian apa ni? Pening aku tengok… Macam sotong! Inilahanak-anak muda sekarang. Mudah sangat terikut trend.” kata Danial yang agak tak berpuas hati juga apabila melihatvideo itu.

“Biarlah mereka nak menari. Kalau itu yang mereka suka.”kata Mai yang tenang saja.

“Biarkan? Kalau nak menari, pilih tarian yang betul. Ballet ke, salsa ke, breakdance ke,baru betul. Ini tarian entah apa-apa.” kata Danial.

“Raz, kenapa?” soal Ling yang melihat riak wajah Raz yangserius ketika itu.

“Aku macam pernah tengok tarian ni. Seingat aku, tarian nipernah ada di masa hadapan tetapi dah tak ramai yang minat kerana peratusan pelajaryang gagal terlalu tinggi.” jelas Raz.

“Peratusan pelajar gagal?” kata Mai yang kurang tahu maksudyang disampaikan Raz.

“Anak-anak muda pada masa tu suka sangat menari sehinggalupa untuk belajar. Akhirnya, Kementerian kebudayaan bersama-sama KementerianPendidikan haramkan tarian ni.” jelas Raz.

“Kalaulah kementerian zaman sekarang macam tu. Alangkahbagusnya. Tapi Raz, kau tak rasa ini kerja Parat ke?” kata Danial.

“Mungkin juga sebab tak mungkin tarian yang wujud dari masadepan boleh tersebar pada masa kini. Tetapi aku perlu siasat dulu.” kata Raz.

“Kita akan siasat.” kata Mai.

“Hah? Kita?” Raz yang begitu hairan.

“Memandangkan kami sahaja yang tahu pasal kau, jadi kita siasatsama-sama. Baru ada adventure.. OK?”kata Danial dengan beria-rianya.

“Rasanya aku tak ada pilihan..” balas Raz yang teragak-agakdengan cadangan mereka. Bahaya mungkin menanti mereka kelak.

 

Kebetulan pula ketika itu cuti semester buat Mai, Ling danDanial. Mereka sungguh bersemangat ingin membantu Raz menyiasat tentang perkaraini. Raz merasakan agak bahaya jika mereka terlibat tetapi mereka berkerasuntuk membantu.

Mai dan Raz mencari maklumat di bahagian utara BandarMetroWaja. Manakala, Danial dan Ling pula ke bahagian selatan Bandar MetroWaja.Kawasan Bandar MetroWaja tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. BandarMetroWaja bandar yang amat maju. Kawasan perumahan yang teratur, pelbagaikemudahan seperti Bank, Hospital, Pasaraya dan sebagainya, membuat ramai yang menggelarkanBandar Metrowaja sebagai bandar impian.

 

“Ling, kau tak rasa ke Mai rapat dengan Raz?” soal Danialkepada Ling sambil mereka berjalan di kawasan Bandar MetroWaja.

“Cemburu? Salah kau juga.” Ling berkata.

“Kau tahu aku sukakan dia. Tapi dia asyik dengan Raz saja.”kata Danial yang agak tidak berpuas hati.

“Kau yang lambat. Kau patut cakap kau sukakan dia. Kau diamsaja. Memang Mai tak akan tahu.” jelas Ling.

“Nak cakap itu yang susah. Aku tak berani.” Danial berkatadengan agak hampa.

“Kalau kau tak bercakap dengan dia, nanti Raz pula yangcakap. Baru kau menyesal.” usik Ling dengan ketawanya.

 

Danial bertambah hampa mendengarnya. Pada masa itu, merekaterdengar muzik yang kuat. Danial terlihat sekumpulan remaja yang menariseperti yang dilihat dalam video di media sosial. Danial dan Ling menghampirisekumpulan remeja itu.

 

“Maaf semua… Abang nak tumpang tanya boleh?” Danial datangmenegur mereka.

“Apa dia bang?” soal salah seorang remaja itu sambil menutupradio yang memainkan muzik tarian mereka.

“Kamu semua belajar tarian dari siapa?” soal Danial.

“Kami tengok seorang lelaki yang menari di Taman Rekreasi.Dia yang ajar. Hebatkan tarian ni?” kata salah seorang remaja itu.

“Hebat? Ini bukan tarian… Memalukan lah!” Ling yangtiba-tiba marah.

“Sibuk pula mak cik ni! Suka hati kamilah!” balas remajayang agak biadap.

“Mak cik?! Biadap betul!” Ling yang bertambah marah.

“Sudahlah tu Ling. Terima kasih dik. Kami minta diri dulu.”kata Danial sambil mengheret Ling yang agak marah ketika itu.

“Budak-budak sekarang tak tahu nak hormat orang.” Ling yangmasih marah akan kejadian itu.

“Sudahlah tu.. Sekarang kau telefon Mai dan beritahuRaz  yang dia perlu pergi ke TamanRekreasi. Mereka lebih dekat untuk ke sana.” jelas Danial.

 

Ling terus menelefon Mai dan memberitahu apa yang merekatahu. Mai dan Raz terus bergerak ke Taman Rekreasi. Tetapi, ketika itu Razsinggah ke tandas awam. Begitu juga dengan Mai. Namun, ketika Mai masih beradadi dalam tandas, Raz terpaksa meninggalkan Mai di situ dan terus berlari keTaman Rekreasi. Tindakan Raz adalah untuk tidak melibatkan Mai, Danial dan Lingdalam hal menangkap semua banduan dan Parat. Mai yang tidak tahu bahawa Razyang sudah pergi ke Taman Rekreasi, masih menunggu di luar tandas awam.

Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh KaryaToku