Home Novelet Thriller/Aksi Raz
Raz
KaryaToku
23/9/2017 11:33:47
95,191
Kategori: Novelet
Genre: Thriller/Aksi
Bab 20

Raz dan Danial terus ke lokasi Mai berada dengantergesa-gesa.

 

“Raz.. Aku nampak dia macam gagak.. Dia terus ambil Ling danterbang ke arah sana. Aku cuba ikut tapi susah..” kata Mai dengan rasa agaksedih.

“Gagak? Raven… orang yang tewaskan aku tempoh hari..” balasRaz.

“Raz.. Mari kita pergi ke arah dia terbang dan periksa. Kitabuat apa yang termampu.” kata Rai, Lencana Kuasa.

“Danial, Mai kau berdua cuba cari dikawasan tempat terbiar dikawasan bandar ni.. Aku akan cuba cari Ling ke arah kawasan dia terbang. Raventu banduan dari masa depan. Dia tiada tempat nak dituju. Kalau terjumpa, kautelefon aku.” kata Raz sambil menerima telefon dari Danial.

 

Mereka pun berpecah mencari Ling yang telah diculik olehRaven. Raven ketika itu telah mendarat di sebuah rumah usang di kawasan hutan.Ling yang amat terkejut, tiba-tiba pengsan ketika dalam perjalanan. Raven pulatelah berubah bentuknya menjadi manusia semula.

 

“Apa kau nak buat dengan aku? Apa kau nak hah?!” soal Lingsetelah sedar dari pengsannya.

“Kau tak kenal aku?” soal Raven dalam keadaan kepenatan.

“Kau orang Parat. Kau orang jahat.” kata Ling sambil dalamketakutan.

“Apa yang aku dah buat?!!!!” Raven yang marah ketika itusambil menangis.

 

Ling hanya melihat sahaja. Ling pun tidak faham apa berlaku.

“Kau bukan Liana….” kata Raven sambil menangis.

“Liana?” Ling yang begitu hairan..

 

Raven mengeluarkan sekeping gambar dari kocek seluarnya lalumemberikannya kepada Ling. Ling teragak-agak untuk mengambil namun diamengambilnya juga. Dia terlihat gambar seorang wanita dan anak kecil yangdidukung. Ling agak terkejut kerana rupa parasnya amat serupa dengan wajahnya.Ini dikatakan pelanduk dua serupa.

 

“Itu isteri aku Liana. Dia seiras dengan kau. Aku patutnyalebih tahu kau bukan Liana. Kenapa aku tetap ambil kau?! Maafkan aku…” kataRaven dengan kesal.

“Dan anak kecil ini anak kau?” soal Ling.

“Ya. Namanya Mikail. Sekarang dia mesti dah berumur 7tahun.” jawab Raven sambil tersenyum.

“Apa kesalahan kau sehingga kau dijadikan banduan?” soalLing.

“Aku terlibat dalam kegiatan rompakan bersenjata. Tetapilepas tu aku dijatuhkan hukuman lebih berat sebab tuduhan membunuh. Aku takbunuh sesiapa pun. Rekod jenayah aku ditukar!” kata Raven.

“Aku percaya. Sebab itu Raz berkas kamu semua sebab dia naktahu siapa yang ubah rekod jenayah semua banduan. Jangan risau. Kami percayakanawak.” jelas Ling.

“Aku takkan tertipu lagi. Tiada siapa percayakan aku! Isteriaku pun tak percayakan aku! Dia pun dah tinggalkan aku!” kata Raven denganmarah.

“Dapatkan balik kepercayaan dia!” Ling berkata dengan agakmarah.

 

Raven mendiamkan diri apabila Ling bersuara.

 

“Kalau kau terus bersama Parat, kau akan membuat keadaanlebih teruk. Apa yang isteri kau akan rasa bila tahu kau seorang penjenayah?Kau ingat dia akan bangga? Kau ingat dengan menguasai dunia dia akan bangga?Serah diri. Itu lebih baik. Sekurang-kurangnya kau tak rosakkan lagi rekodjenayah kau. Raz pun dah cuba sedaya upaya untuk menyiasat hal ni. Tapi,sebabkan dia terperangkap dalam masa silam, susah sikit nak cari jawapan.” kataLing.

 

Raven hanya mengeluh sahaja. Tiba-tiba, mereka didatangi Oxdan Hawk.

 

“Aku dah agak kau mesti berada di sini.” kata Hawk.

“Eh? Ini bukan perempuan yang selalu berada bersama Raz? Diabuat apa disini?” soal Ox yang kehairanan.

“Kau orang berdua tak perlu masuk campur!” kata Raven sambilberdiri dihadapan Ling.

 

Raven membisik pada Ling untuk pergi dari situ danselamatkan diri. Ling hanya mengikut apa yang disuruh. Lalu, Ling pun keluardari rumah usang itu. Dia mengeluarkan telefon bimbit dan menghubungi Mai. Maidan Danial dalam perjalanan ke tempat Ling. Begitu juga dengan Raz.

 

 

“Raven, Parat syak yang kau akan belot. Sebab tu dialetakkan tracker pada kau.” jelas Ox.

“Apa yang kau cuba lakukan?” soal Hawk.

“Ya, aku akan belot Parat. Aku akan serah diri pada Raz.”jelas Raven.

“Apa kau cakap?!” soal Ox yang agak bengang.

“Kau orang pun tahu yang semua rekod jenayah kitadipalsukan. Parat mengatakan bahawa pihak Jabatan Keselamatan Negara yangmengubahnya sebab kita cuma sampah masyarakat pada mereka. Jadi, aku tak nakterukkan lagi rekod jenayah kita.” jelas Raven

“Betul apa yang dikatakan Raven. Kami juga begitu sebenarnya.Tapi kami tak tahu jika kita belot, apa Parat akan lakukan pada kita. Nyawakita mungkin dalam bahaya.” jelas Hawk.

“Kami juga ada andaian yang mungkin Parat adalah dalangdisebalik semua ni.” jelas Ox.

 

Ketika itu Raz, Danial dan Mai tiba di tempat Ling beradadan menemuinya yang menyorok dibalik pokok di kawasan rumah usang itu.

 

“Raz, 3 orang banduan yang kau katakan itu masih berada didalam rumah usang itu.” jelas Ling.

“Kau tak apa-apa?” soal Raz pada Ling.

“Aku tak apa-apa.” jawab Ling ringkas sahaja.

 

Raz pergi terus ke rumah usang itu dan cuba berhadapandengan mereka. Raz mengeluarkan Lencana kuasanya. Ketika itu Raven, Ox dan Hawkkeluar dari rumah usang itu.

 

“Raz, kami nak serah diri.” kata Ox.

 

Raz terkejut dengan tindakan mereka. Adakah ini muslihatmereka? Itulah apa yang difikirkan oleh Raz.

 

“Kau dah buat pilihan yang terbaik.” kata Ling kepada Raven.

 

Mereka terkejut apabila Ling berkata begitu pada Ravenseolah-olah mereka sudah mengenali satu sama lain.

 

“Raz, Mai, Danial. Mereka ni bukannya jahat pun. Merekasemua dihasut oleh Parat.” jelas Ling.

“Kami bersetuju untuk menyerah diri. Tetapi selepas kamidapat jawapan dari Parat sendiri.” jelas Raven.

 

Tiba-tiba, kedengaran satu suara yang berkata “Kau orangsemua boleh dapatkan jawapan itu sekarang……”

Previous: Bab 19
Next: Bab 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh KaryaToku