Home Novelet Thriller/Aksi Raz
Raz
KaryaToku
23/9/2017 11:33:47
95,204
Kategori: Novelet
Genre: Thriller/Aksi
Bab 14

Mai dan Ling meneruskan kehidupan mereka seperti biasa.Selepas kejadian Raz memberkas Kraken 2 hari lalu, Mai terkilan dengan sikapRaz. Seperti biasa, selepas tamat kelas pagi di universiti, dia dan Ling teruske KafeRia untuk bekerja. Sampai sahaja Mai dan Ling di sana, terlihat Raz yangsudah berada di situ yang sedang menghidangkan minuman pada pelanggan. Namun,mereka seperti orang asing. Mai mengelak pandangannya. Raz juga begitu. Linghanya menggeleng kepalanya melihat perangai mereka berdua.

 

Hari itu agak muram saja. Suasana bekerja di KafeRiaberubah. Raz hanya meneruskan kerjanya mengelap meja.

 

“Raz.. Tolong cuci cawan boleh? Biar aku yang lap meja.”kata Ling.

 

Ling tiada masalah untuk berkomunikasi dengan Raz keranaLing lebih suka menghormati keputusan Raz. Raz juga agak terkejut kerana Lingyang tidak terkilan dengan Raz.

 

“Tak payah lap meja Ling. Lepas dia cuci cawan, dia bolehbuat sendiri. Dia tak perlukan kita kan?” kata Mai yang memerli Raz.

“Mai… Sudahlah tu..” kata Ling.

 

Mai tidak endah apa yang dikatakan oleh Ling. Raz tanpaberkata apa-apa terus ke dapur kafe dan mencuci cawan. Ling sememangnya takmahu masuk campur tentang hal mereka. Setelah selesai Ling mengelap meja, diaterus ke dapur untuk bercakap dengan Raz.

 

“Raz… Kau sabar sajalah dengan perangai Mai tu.” Ling yangcuba menenangkan Raz.

“Kau pula? Kau tak marahkan aku?” soal Raz.

“Agak marah juga tapi Mai lagi marah. Aku tahu niat kaubaik, tapi Mai betul-betul nak tolong kau. Sejak pertama kali kau di sini,dialah yang nak tolong kau dulu. Kalau harapkan aku dan Danial, memang tak.”jelas Ling.

 

Raz hanya mengeluh sahaja. Dia rasa bersalah ketika itu. Dialangsung tidak tahu apa yang difikirkan Mai.

Pada ketika itu, Ox merancang untuk membuat serangan diBandar MetroWaja. Dia tidak berfikir panjang. Dia terus menyuntik serum AAS1dalam tubuhnya dan berubah menjadi sejenis makhluk berupa seladang di khalayakramai. Orang ramai terkejut lalu melarikan diri selepas Ox mengganas danmenghuru-harakan keadaan. Kedengaran suara orang ramai meminta pertolongandidengari oleh Raz dan Ling. Mereka meninjau keadaan di luar KafeRia dankelihatan ramai orang yang lari. Raz terus berlari ke arah tempat kejadian.

 

“Woi!!” tegur Raz apabila melihat Ox disitu.

“Sampai pun. Dah lama aku tunggu kau. Ini saja cara yang bolehbuat kau datang sini.” jelas Ox.

“Siapa kau?! Apa tujuan Parat hantar kau mencari aku?!” soalRaz.

“Aku Ox. Aku ditugaskan Parat untuk menghapuskan kau. Kaudah bagi terlalu banyak masalah pada Parat. Sekarang bersedialah!!!” Ox terusmeluru ke arah Raz.

 

Raz terus mengaktifkan Lencana kuasa dan berubah. Diabertempur dengan Ox. Ox yang bertubuh besar dan sasa, membuatkan Raz sukaruntuk menguasai perlawanan itu. Tembakan Pistol Alpha kurang memberi kesan padaOx. Ox terus menyerang Raz bertubi-tubi dengan tumbukkannya. Raz terpaksamengelak dan bertahan sahaja buat masa itu. Lawan Raz kali ini amat kuat. Razmengeluarkan Cotar Barvo dan melibaskan ke arah Ox. Libasan Cotar Bravo memberikesan pada Ox. Ox bertambah marah melihat dirinya diserang.

 

“Z209! Lebih baik kau menyerah. Ini untuk kebaikan kau.” Razberkata untuk menenangkan Ox.

“Kau tahu kod banduan aku? Hebat… Untuk apa aku menyerah?!Kalau nasib kami akan sama…” kata Ox.

“Aku tak mahu berlawan. Tapi, aku nak penjelasan.” kata Razlalu menyimpan Cotar Bravo.

“Penjelasan apa?” soal Ox yang juga tidak berlawan.

“Semua banduan yang aku dah berkas, semuanya kata tidak puashati dengan Jabatan Keselamatan Negara. Apa yang pihak kami dah lakukan?” soalRaz pada Ox.

“Data kesalahan kami telah dipalsukan. Bukan semua banduanlakukan jenayah berat.” jelas Ox.

“Apa? Sama seperti apa yang Kraken kata.” Raz agak bingungketika itu.

 

Ox tanpa berkata apa-apa terus beredar dari situ denganpantas. Raz menyahaktifkan Lencana Kuasa dan hanya berdiri kaku ketika itu.

 

“Data kesalahan dipalsukan?” fikir Raz sendiri.

 

Raz agak terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Ox. Lingketika itu datang apabila terlihat Raz yang berdiri kaku di situ.

 

“Raz! Kau okay?” soal Ling.

 

Namun, Raz langsung tidak berkata apa-apa. Dia masihterkejut.

Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.