Home Novelet Thriller/Aksi Raz
Raz
KaryaToku
23/9/2017 11:33:47
95,196
Kategori: Novelet
Genre: Thriller/Aksi
Bab 23

“Masanya telah tiba untuk aku bangkitkan empayar aku. Bodohpunya banduan semua… kau orang semua telah membantu aku mencapai matlamat aku.”kata Parat sambil melihat mesin ciptaannya.

 

Parat terus membawa mesin itu ke pusat bandar. Orang ramai hanyamelihat sahaja apa yang dibuat oleh Parat. Ketika itu, Parat telah ditegur olehpegawai keselamatan yang membuat rondaan di situ.

 

“Maaf Encik.. Apa yang Encik buat ini? Encik ada suratkebenaran?” soal pegawai keselamatan itu.

“Aku tak perlukan surat kebenaran…” kata Parat yang tenangsahaja.

“Maaf Encik. Encik terpaksa bawa barang Encik pergi. Kalautidak, pihak saya terpaksa rampas.” kata pegawai keselamatan itu dengan tegas.

“Rampas? Siapa kau nak rampas barang aku? Tempat kau dibawahtapak kaki aku saja.” kata Parat lalu menoleh melihat pegawai keselamatan itu.

 

Pegawai keselamatan itu terkejut dengan topeng yang dipakaiParat. Pegawai keselamatan mengacukan pistol ke arah Parat. Parat terusmerampas pistol pegawai keselamatan itu lalu menembak dia. Pegawai keselamatanitu rebah lalu menimbulkan kekecohan di Pusat Bandar Metrowaja. Orang ramailari menyelamatkan diri.

Parat pun mengaktifkan mesinnnya. Kelihatan mesinnya ibaratjentera. Mesin itu digelar Destroyer. Mesin itu dilengkapi dengan tembakanplasma yang mampu meruntuhkan sesebuah bangunan. Matlamat Parat, mesinDestroyer adalah sebagai bukti kuasanya untuk membina empayar di zaman yangkurang berteknologi.

 

“Kau orang semua perlu tunduk pada aku! Aku Parat akanmemimpin empayar baru! Kau orang semua perlu tunduk pada aku!” kata Paratsambil mengemudi mesinnya.

 

Ling dan Mai melihat orang ramai berlari. Mereka melihat kearah luar KopiRia dan melihat kepulan asap menyelubungi pusat bandar.

“Ini pasti angkara Parat” jelas Mai lalu menghubungi Raz.

 

Raz dan Danial pun bergegas ke pusat Bandar. Mai dan Lingturut sama bergegas pergi. Setibanya mereka di pusat bandar, mereka melihatramai orang awam yang tercedera akibat kemusnahan yang dilakukan oleh Parat.

 

“Parat!!! Apa yang kau dah buat?! Apa masalah kau?!” kataRaz dengan marah.

“Aku buat apa yang patut.” jawab Parat yang ringkas sahaja.

“Aku takkan biarkan kau buat begini! Mai, Ling, Danial. Bawamereka yang lain ke tempat selamat.” arahan dari Raz.

 

Mai dan yang lain membantu orang ramai yang cedera ke tempatselamat.

 

“Parat. Kita selesaikan sekarang. Aku akan berkas kau ataukau berjaya bina empayar…” kata Raz.

“Baiklah… Aku tak kisah sebab dah pasti empayar aku yangakan dibina.” balas Parat.

“Jom Rai! Lencan Kuasa Aktif!” Raz dilengkapi dengan perisaitempur.

“Parat Brace Injection!” Parat dilengkapi perisai Chimera.

 

Mereka berdua terus bertempur tanpa berfikir panjang. Raztidak menggunakan senjata dan hanya bertempur tangan kosong saja.

 

“Kenapa? Takut senjata kau rosak?” soal Parat.

“Raz, kenapa kau tak gunakan senjata?” soal Rai, LencanaKuasa.

“Tak perlu. Senjata kita tak mampu mengatasi dia.” jelasRaz.

 

Raz terus berlawan dengan Parat dengan tangan kosong. Parattidak teragak-agak mengeluarkan pedangnya iaitu Pedang Chimera. Dia menghayunpedangnya dan hayunan terkena pada Raz. Ia memberi kesan pada perisai Raz.

“Kau tak mampu melawan aku Raz! Lebih baik kau berundur sajadan biar aku jalankan misi empayar aku.” kata Parat.

“Aku takkan menyerah kalah. Demi melindungi masa depanBandar MetroWaja dan dunia… aku takkan biarkan empayar kau dibangunkan. Takkansesekali!” Raz yang agak marah.

 

Raz terus menerus berlawan dengan Parat. Parat hanya ketawasambil melawan Raz dan mempersendakan niat baik Raz. Raz sekali lagi rebah danhanya mampu melihat saja Parat yang berdiri dihadapannya.

 

“Takkan aku akan mati disini? Takkan aku akan gagal disini?”Raz yang asyik berfikir apabila melihat keadaan bandar yang porak peranda dankemusnahan akibat Parat.

“Lebih baik kau mati saja di sini Raz… lebih mudah kerjaaku.” kata Parat

 

Tiba-tiba, satu tembakan tepat ke arah Parat hingga membuatParat tersentak seketika walaupun tembakan itu kurang memberi kesan kepadanya.

 

Raz menoleh kebelakang dan melihat siapa yang menembak Parat.

Previous: Bab 22
Next: Bab 24

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh KaryaToku