Home Novelet Seram/Misteri Roh Rumah Sewa Raya
Roh Rumah Sewa Raya
NaimTamdjis
5/7/2016 14:22:59
92,486
Kategori: Novelet
Genre: Seram/Misteri
Beli Sekarang
Bab 7

Suasana di dalam kebun amat gelap. Hanya samar samar cahaya bulan yang menerangi jalan. Mail Keding segera melangkah mengikuti Deris Mamak dari belakang.

“Lepas ni kau nak buat apa Deris?” tanya Mail Keding memecah kesunyian malam.

“Aku ingat lepas ni cari kerja. Kerja apapun jadilah.”

“Kalau macam tu. Kau tolong aku. Kat kampong ni banyak kerja. Menebas, menorah getah, kutip hasil kebun, panjat pokok petai dan sebagainya. Lumayan sih. Nak harapkan Osman… sejak dia kahwin dia jaga isterinya yang lumpuh tu.

Kasihan… tapi aku bangga dengan Osman tu. Walaupun isterinya lumpuh… tapi dia sabar dan cinta akan isterinya tu.”

“Kau bila nak kahwin Mail?”

“Aku? Rancangnya hujung tahun ni. Nama tunang aku Siti Exora. Kerani bank kat Pekan Grik. Entahlah. Kalau aku kahwin… tentu aku kena duduk Grik. Takkan nak ulang alik dari sini ke Grik. Susah kamu tahu.

Tapi kalau aku duduk sana. Siapa pulak nak buat kerja kampong kat sini? Lagipun…”

Prak!

Bunyi ranting patah kedengaran seolah olah dipijak seseorang. Mail Keding berhenti melangkah. Dia menoleh ke belakang untuk melihat samada ada orang yang mengekorinya.

“Siapa tu?” laung Mail Keding.

Tiada ada balasan. Hanya daun anak pokok rambutan dilihatnya bergoyang ditiup angin.

“Deris… kau dengar tak?” Mail Keding menoleh semula ke hadapan… dia terperanjat kerana melihat Deris Mamak hilang dari pandangan.

“Aik! Tadi dia di hadapan aku? Bila masa pula hilangnya?” gumam Mail Keding.

“Kau panggil aku ke?” sapa Deris Mamak dari belakang.

“Opocot mak kau!” latah Mail Keding terkejut disergah.

Deris Mamak hanya tersenyum melihat latah Mail Keding.

“Kau ni kalau tak kejutkan aku tak boleh ke? Dahla gelap malam. Tiba-tiba sergah aku.”

“Hahaha. Maaflah. Apa yang kau tanya tadi?”

“Kau ada dengar bunyi tak?” ulang Mail Keding.

“Tak.”

“Tak?”

“Bunyi apa?”

“Bunyi rating patah dipijak orang?”

“Sssss…. Ssssss…. Sssss,” bunyi tiupan angin kedengaran.

Mail keding melihat keadaan sekeliling. Kelihatan beberapa dahan dan daun pokok buah buahan meliuk liuk ditiup angin.

“Nak hujan ke ni?” tanya Mail Keding.

“Marilah cepat ke rumah aku. Nanti hujan pula.”

“Yelah. Moh dereh.”

Mail Keding mengikuti langkah Deris Mamak. Dari dahan pokok rambutan, berdirinya lembaga berjubah putih dan berambut panjang memandang Mail Keding dan Deris Mamak meninggalkan kawasan kebun.

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.