Home Novelet Seram/Misteri Roh Rumah Sewa Raya
Roh Rumah Sewa Raya
NaimTamdjis
5/7/2016 14:22:59
91,548
Kategori: Novelet
Genre: Seram/Misteri
Beli Sekarang
Bab 6

Dia teperanjat apabila melihat wajah yang ada semutar dan gelap yang menegurnya.

“Tolong jangan ganggu aku. Tolong! Malam raya ni tolong jangan ganggu aku. Aku nak tolong mak ni kacau dodol. Tolong. ALLAH!” pinta Mail Keding lalu menutup matanya.

“Mail. Kau tak kenal aku ke?” sapa lelaki berjubah dan berserban.

“Kau siapa?” tanya Mail Keding kembali yang masih menutup matanya.

“Aku Deris Mamak. Takkan tak kenal aku?” jawab lelaki tersebut.

“Deris Mamak?” tanya Mail Keding.

“Deris Mamak. Anak Mamu Tanjung,” jelas Deris Mamak.

Mail keding terdiam mengingatkan siapa orang dimaksudkan. Memorinya memutar semula ingatan siapakan Deris Mamak.

“Deris Mamak anak Kak Limah?” tebak Mail Keding.

“Ha. Betullah tu. Akulah. Bukalah mata.”

Mail Keding membuka matanya. Benar dihadapannya seorang wajah gelap tersenyum memandangnya.

“Puh! Aku ingat siapalah tadi. Bila kau balik?” kata Mail Keding lalu menghulurkan tangannya.

“Malam ni.”

“Malam ni? Kau balik naik apa?” kata Mail Keding lalu bangun.

“Aku tumpang orang.”

“Owh. Eh! Kau baru balik serenti ya?”

“Aku baru balik dari tahanan. Malam ini aku dibebaskan.”

“Tahanan? Mala mini kau dibebaskan? Dashyat. Jap! Rumah arwah emak kau elok lagi ke? Bukan nak roboh ke sebab lama ditinggalkan.”

“Sementara aku tinggal je. Nanti aku baiki rumah tu sikit sikit.”

“Kau buat apa di sini?”

“Aku ambil angin. Panas pula di rumah.”

“Kau boleh menumpang rumah aku. Rumah aku selesa sikit.”

“Takpe ke?”

“Boleh. Alah Kak Limah tu bukan orang lain. Ada bau bau bacang dengan mak aku.”

“Bolehlah. Tapi aku nak ambil barang kat rumah. Jom teman aku.”

“Teman kau? Bolehlah. Daripada aku tercongak seorang diri di sini. Dengan motor tiada lampu. Rumah kau dalam kebun nikan?”

“Yalah. Masuk ke dalam sedikit. Mari,” ajak Deris Mamak lalu bergerak masuk ke dalam kebun.

Mail Keding mematikan enjin motorsikal lalu mengambil kunci dan segera mengikuti langkah Deris Mamak yang telah masuk ke dalam kebun. Bunyi burung hantu semakin galak kedengaran.

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.