Home Novelet Seram/Misteri Roh Rumah Sewa Raya
Roh Rumah Sewa Raya
NaimTamdjis
5/7/2016 14:22:59
91,894
Kategori: Novelet
Genre: Seram/Misteri
Beli Sekarang
Bab 12

Emak Mail Keding dan anaknya Ezah sedang duduk memerhatikan Damian yang berpeluh-peluh mengacau dodol.

“Kacau kuat sikit Damian. Nanti tak sedap dodol kalau kacau tak sepenuh tenaga,” tegur Emak Mail Keding.

“Mak, penatlah orang kacau seorang. Mana pergi Mail ni?”

“Entahlah. Mungkin lepak dengan orang masjid. Takpun dengan si Osman tu.”

“Dahla tadi orang penat masak lemang. Ni kena tolong kacau dodol.”

“Alah setakat tolong tengok tengokkan lemang nak kecoh. Bukan abang Ujang kau ke yang buat semua tu? Banyak bunyi pulak,” tempelak Ezah.

Damian hanya tersenyum sumbing.

“Bini kau mana?”

“Ada mak dalam bilik. Sudah pukul berapa pulak. Tidurkan anak,” jawab Damian.

“Ini mak nak cakap sikit. Bini kau tu, sejak balik kampung pagi tadi... Asyik memerap sahaja dalam bilik.”

“Anak kecik mak. Mestilah kena jaga anak. Lagipun anak saya tu boleh tahan ragamnya. Baru berapa bulan.”

“Kamu tu... Udahlah balik setahun 4-5 kali Grik ni. Sebelum ada anakpun, bini kamu memang macam tu. Terperap sahaja dalam bilik. Keluarpun masa nak makan atau ke bilik air. Dah lama akak nak cakap benda ni,” sokong Ezah pula.

“Betul kata kakak kamu. Mana anak kamu tak meragam? Panas duduk dalam bilik tu. Kamu kena nasihat bini kamu jangan asyik terperap dalam bilik sahaja. Keluar jumpa saudara mara. Kamu tu suami. Jangan ikut sahaja perangai isteri kamu.”

“Entahla mak. Puas saya nasihatkan. Tapi dia tetap macam tu. Takkan saya nak paksa tarik dia keluar? Perangai dia tu buat kat sini je. Kalau dekat rumah atau di kampung dia. Ok sahaja.”

“Dia tak suka ke tinggal sini?”

“Bukan tak suka tapi....”

“Tolong Hantu! Hantu!”

“Eh! Siapa pula yang menjerit tu?” soal emak Mail Keding.

Mereka bertiga mendiamkan diri. Kedengaran seolah olah seseorang sedang berlari menuju ke arah mereka.

“Jangan kacau den!” jerit suara itu lagi.

“Itu abang Ujang mak. Kenapa dia menjerit tu?”

Mereka bertiga memandang ke arah jalan. Dari jauh nampak Ujang berlari ke arah mereka.

“Masuk rumah! Masuh doreh dalam rumah!” jerit Ujang dengan muka yang cemas sambil berlari.

“Sudah kenapa pula Ujang tu berlari? Dikejar syaitan ke?” kata emak Mail Keding.

“Masuk dalam rumah! Masuk dalam rumah doreh! Ado pontianak!” jerit Ujang.

“Pontianak? Oh pontianak. Ingat apa ke benda tadi. Jap! Pontianak! Mak Pontianak! Doreh masuk dalam rumah!” jerit Damian lalu melepaskan pegangan senduk pengacau dodol sebelum berlari masuk ke dalam rumah.

“Penakut rupanya Damian ni. Habis pengacau dodol dibuang begitu sahaja. Abang ni satu, nak kenakan Damian takkan malam malam raya begini. Orang sibuk ni,” kata Ezah lalu mengambil pengacau dodol.

“Masuk dalam rumah Ezah! Boto ni!” jerit Ujang yang berlari semakin menghampiri rumah.

Tanpa mempedulikan kata kata suaminya Ezah mengacau dodol. Begitu juga dengan emak Mail Keding.

“Hehehe. Hehehe. Hehehe,” kedengaran suara pontianak mengilai sayup sayup kedengaran.

“Mak pontianak!” jerit Ezah.

“Pontianak!” jerit emak Mail Keding.

Kedua-duanya segera berlari masuk ke dalam rumah dan menutup pintu.

“Ezah! Omak! Jangan tinggal saya!” jerit Ujang yang sudah sampai di laman rumah emak Mail Keding.

Dia berhenti berlari. Termengah mengah dia mengambil nafas.

“Adui. Ambik nyawo... Ambil nyawo. Omak! Ezah!” panggilnya.

Pintu rumah tertutup rapat. Tiada siapa yang menyahut panggilannya.

“Hehehehe,” kedengaran suara pontianak mengilai.

Ujang segera berlari ke arah pintu rumah.

“Ezah! Omak! Bukak pintu ni doreh! Ni ujang ni!” panggilnya dan mengetuk pintu rumah berkali kali.

Pintu tidak dibuka. Tiba tiba angin bertiup kencang. Ujang sudah mula panik. Dia menoleh ke arah laman rumah. Dari kejauhan nampak makhluk pontianak yang terawang awang perlahan lahan turun mendarat.

Ujang berpeluh peluh apabila melihat makhluk itu mendarat. Wajah pontianak itu tidak jelas pada pandangan matanya kerana kepala makhluk itu menunduk.

“Ezah! Buka pintu Ezah. Ezah!” panggil Ujang lagi.

“Huhuhu. Huhuhu. Huhuhu,” makhluk itu menangis.

“Alahai dio menangis pulak. Buka pintu Ezah! Ezah bukak pintu copek!” marah Ujang.

Makhluk itu mula menghampiri Ujang. Ujang mula panik.

“Ezah! Bukak pintu copek! Bukak pintu!” jerit Ujang,

Sendal pintu kedengaran ditarik. Pintu dibuka oleh emak mertuanya. Ujang segera masuk ke dalam rumah. Dalam rumah dia terduduk.

“Bang! Macamana mahkluk tu boleh ikut abang?”

“Ontahah Ezah. Den tak tanyo. Tadi den nampak moto Mail kek topi jalan. Den masuk kobun cari dio. Rupa eih kobun tu ado ponti.”

“Emak nak telefon Imam. Minta bantuan dia. Lagipun...”

Kedengaran anak Damian menangis dengan kuat. Damian dan isterinya segera keluar dari biliknya. Muka mereka cemas.

“Emak! Ada syaitan mengusik anak kami!”

Emak Damian melihat wajah cucunya. Anak mata cucunya memandang ke atas dan melalak dengan kuat.

“Hehehe,” kedengaran suara mengilai di luar.

“Kita kena telefon Imam!”

Previous: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.