Home Novelet Komedi/Romantik Komedi EDISI DETIK TERINDAH : Kursus Jatuh Cinta!
EDISI DETIK TERINDAH : Kursus Jatuh Cinta!
Aurian
31/10/2013 11:58:00
21,551
Kategori: Novelet
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 2 : Detik Terindah Pertama

Pesan penulis : Pembaca sila ke kotak Senarai Bab di atas dan click Bab 1 untuk membaca awal kisah ini.

2. Pertemuan Pertama

Memuncung wajah Camelia semasa keluar dari kereta di hadapan bangunan Sultan Idris Shah. Dia langsung tak ada semangat. Pasti dua hari ini sangat menyeksakan.

“Jangan la muncung. Pakai cantik dah, make up comel dah, tapi muka cemberut macam asam boi!” Siti sengih mengusik.

“Wei aku tak ada mood tau tak. Ini pun sebab kau yang suruh dress up!”

“Eh mesti la, kau kan baru lepas break up. Orang yang baru putus cinta mestilah kena happy, kena melaram baru lah mudah dapat pengganti. Mana tau boleh dapat jodoh kat sini...”

“Kau jangan nak mengarut. Kat kursus kawin ni semuanya bakal suami orang tau tak!” Camelia mendengus.

“Eh, mana la tau ada orang yang baru lepas frust macam kau…”

“Mengarut!”

…………………………………………………………..

Hari ke terakhir kursus, pada waktu tengahari yang nyaman, semua peserta makan di cafeteria pada waktu rehat. Camelia dan Siti makan tanpa suara. Udara nyaman penghawa dingin bilik kursus membuatkan perut terasa sangat lapar.

“Kau nampak tak mamat hujung sana tu?” tuding Siti dengan sudu di tangan.

“Yang putih-putih berisi tu?” Camelia mengerling kemudian fokus pada nasi di pinggan.

“Bukan la, sebelah dia, yang hitam manis badan tough tu. Manisnya dia, sampai tawar air sirap aku ni...”

“Hahaha, lawak... Air sirap ni memang tawar. Ingat sikit kau tu bakal bini orang. Dia pun bakal suami orang,” sanggah Camelia, dalam masa yang sama dikerling juga lelaki yang dimaksudkan. Sejak hari pertama lelaki ini sudah menangkap pandangan mata Camelia. Tapi tak payah nak berharap!

“Alah, kau ni. Slot pertama tadi bosan la, mari la hiburkan hati sikit. Kita sama-sama single hari ni. Sweetla mamat tu, tapi pak ustaz la pulak!” Siti mula menggigit-gigit sudu.

‘Gatal sungguh!’ kutuk Camelia dalam hati. Matanya tak lepas memandang lelaki berkulit sawo matang, berkopiah, berjanggut dan berpakaian sederhana baju kemeja dipadan seluar slack.Memang gaya pak ustaz. Tapi wajahnya penuh tarikan, mata tajam penuh pesona. Kalau ditanggal kopiah dan janggut, pasti lelaki ini kelihatan galak dan nakal.


“Imej ustaz tu buatkan tone dia slow sikit...” Camelia menggumam.

“Apa?” Siti yang leka menilik berpaling pada Camelia.

“Hah, tak.. O.k.. his my type...” Camelia sengih menampakkan barisan gigi.

“Kannn...” Siti mengangkat kening.

“Tapi bakal suami orang laaa...” Siti dan Camelia serentak bersuara perlahan, kemudian fokus kembali pada makanan.

……………………………………….

Camelia membetulkan baju dress jubah biru yang di kenakan sebelum keluar dari bilik air. Siti yang malas menunggu sudah masuk ke bilik kursus. Waktu rehat sudah hampir tamat. Usai melangkah ke koridor, darah Camelia berderau. Lelaki pak Ustaz yang mereka ‘skodeng’ tadi sedang duduk santai di atas meja di luar bilik kursus. Dada Camelia berdebar -debar . Dia mula menyusun langkah. ‘Oh control cunn..’ gumamnya dalam hati. Lelaki itu menoleh pada Camelia, matanya sedikit mengecil kemudian wajah Camelia direnung. Bibir pemuda itu terjongket senyum tipis. Wajah Camelia merona merah, pantas dia menunduk.

‘Argg, aku perempuan beriman, kena tundukkan pandangan… pak ustaz tu!’ Rawan dalam debar hati Camelia berkata-kata.

Camelia melabuhkan punggung sebelah Siti dengan keluhan. Cuba menenang kan diri. Tidak lama kemudian lelaki itu masuk bersama kawannya. Duduk di bahagian peserta lelaki sebaris dengan Camelia. Dari duduknya Camelia mencuri pandang.

‘Mustahil dia ambil kursus kahwin sebab dia nak kahwin!’ Bisik hati kecil Camelia. Mahu sahaja dia luahkan pada Siti, tetapi keadaan tidak mengizinkan. Ustaz yang mengajar juga sudah masuk.

‘Mustahil dia dah berpunya, gaya dia tak macam seseorang yang ada tunang’ Gumam Camelia lagi. Masakan tidak. Lelaki ini merenungnya. Kebanyakkan lelaki dan wanita yang datang ke kursus ini langsung tak hiraukan orang lain. Maklumlah hati penuh terisi dengan kekasih hati. Tetapi renungan lelaki itu berbeza. Itu renungan jejaka yang belum berpunya. Mata lelaki itu yang besar dan cantik bersinar-sinar memandangnya.

‘Ia memberi maksud ; I like what I see.

Dan senyuman itu bermaksud; I hope toget to know you better. Itu bahasa badan lelaki yang... Argghh tubuh Camelia terasa melayang-layang. Dia menepuk pipinya berharap dia tak ‘poyo’ perasan sendiri.

“Macam -macam panggilan pasangan bercinta ni. Belum kahwin dah panggil mama papa. Macam-macam lagi lah. Ni yang saya nak tahu ni.. Cik adik panggil tunang apa ya?”

Soalan itu ustaz tujukan pada peserta paling hujung. Lamunan Camelia terus hilang. Matanya membuntang. Gadis paling hujung tersipu-sipu malu... “abang...”

“Abang, romantiknya, kamu pula?” Ustaz pengajar itu bertanya peserta di sebelah pula.

“Sayang...” Merah muka peserta itu...

“Sayang, amboii… sayang… Kamu pula?” Ustaz itu beralih pada peserta berikutnya.

‘Ah sudah ustaz ni... aku pulak nak jawab apa’ Camelia mula gusar. Setiap peserta ditanya seorang demi seorang. Giliran Siti pun sampai “Abang...” Siti tersenyum.

“Abang… kamu pula...”

“Err…urmm…” Camelia hanya menggeleng kepala sambil memberi isyarat tangan pancung ke leher.

“Tak ada? suara ustaz itu seperti tidak percaya. Camelia hanya mengangguk.

“Subahanallah…!” Ustaz menggeleng kepala.

“Boleh-boleh, sesiapa boleh isi borang…” Anjur Ustaz pada peserta lelaki. Dewan bergemuruh dengan gelak ketawa. Wajah Camelia merona merah.

Kini tiba giliran peserta lelaki. Setiap jawapan mendapat perhatian seisi dewan.

Baby? Subhanallah panggil baby… Hati-hati ya, takut nanti time gaduh tertukar jadi ‘ba alif ba ya’ pulak!”

Seluruh dewan gamat dengan gelak ketawa. Ada yang ketawa sampai keluar air mata. Lawak sungguh la ustaz ni... Hilang mengantuk. Kini pertanyaan di sambung pada peserta seterusnya. Camelia menunggu dengan senyuman. Dia mahu tahu apa jawapan lelaki yang di intainya. Dia yakin firasatnya benar belaka.

“Tak ada, belum ada lagi...” lelaki itu menggeleng kepala dengan seulas senyuman manis.

“Belum ada?, jadi boleh isi borang…” usik ustaz.

Camelia tersenyum senang. Ramalanku benar belaka. Di menyengol Siti di sebelah.

“Rezeki aku tu!” bisik Camelia. Siti mencebik.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.