Home Novelet Komedi/Romantik Komedi EDISI DETIK TERINDAH : Kursus Jatuh Cinta!
EDISI DETIK TERINDAH : Kursus Jatuh Cinta!
Aurian
31/10/2013 11:58:00
21,898
Kategori: Novelet
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 1 : Kursus Kahwin

1.Kursus Kahwin

“Tak guna punya jantan...huuuuuu...” menggogoi Camelia sambil menghembus hingus...“Sretttt…”

“Hoi tak senonoh punya budak!” pantas satu pukulan manja singgah di bahu Camelia. Menggeleng kepala Siti melihat kertas tisu bersepah di atas meja.

“Kau ni sampai bila nak macam ni. Kerja pun terbengkalai. Bos panggil masuk meeting pun kau tak masuk. Sudah-sudah la tu Cam, dah nak dekat sebulan dan. Mamat tu pun dah berbahagia pun...”

“Kau mana tau perasaan aku!” air mata Camelia makin menderas. Siti makin rimas.

“Abis tu besok jadi ke nak pergi JAIS ni?” Siti menatang tisu bersepahan masuk ke tong sampah. Baik betul hatinya hari ini.

“JAIS? Buat apa?” mata Camelia yang membengkak terbuntang.

“La kursus nikah la, kan dari bulan-bulan lepas kita dah hantar borang…”

“Huwaaaaa...!! Aku buatpe lagi nak pergi kursus kawin... Ijaz dah kawin dengan orang lain... Tisu, tisu…”

Siti menghulur tisu pada Camelia sambil mendengus. “Wei jom la, abis sapa nak teman kan aku. Lagi pun nanti kau kena pergi kursus jugak kan. Baik amik siap-siap…”

“Tapi kalau boleh, aku nak pergi dengan bakal suami aku. Kalau tak sebab ‘ex’ aku tu jauh, takde nyer aku nak ambil kursus dengan kau.” Camelia merengek sambil mengelap hidung.

Wajah Siti berubah, dia rasa tersinggung. Dia dan bakal suami berjauhan kerana tuntutan kerja. Maka mereka berdua mengambil keputusan pergi kursus kahwin berasingan. Dia dan Camelia berpakat untuk pergi bersama. Sekarang sahabatnya itu sudah berubah fikiran.

“Takpe la, suka hati kau lah. Aku boleh pergi seorang. Lagi satu, dari zaman belajar lagi kan, semua orang dah tahu Ijaz tu playboy. Kau yang bodoh sangat taknak percaya. Lelaki macam tu bila berjauhan confirm berubah hati. Kau yang tempah bala sendiri!” Siti bersuara lantang sambil menghempas pintu. Dia betul-betul geram dengan perangai Camelia.

Camelia mendengus sambil melempar tisu atas meja. Dia meraup muka. Dalam keadaan sarat kecewa ini bagaimana di mahu mengadap kursus kahwin. Pasti lukanya makin berdarah. Tapi jika tak pergi kasihan pada Siti. Nampaknya Siti sudah marah dan merajuk. Satusahaja cara ingin memujuk Siti…

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.