Home Novelet Keluarga Mat Lidi vs Cik Kak Lempeng
Mat Lidi vs Cik Kak Lempeng
Nik Zah
19/2/2016 22:58:02
33,157
Kategori: Novelet
Genre: Keluarga
Bab 4-Hadiah untuk mak

Suara kanak-kanak mengaji sudah tidakkedengaran lagi. Ini bermakna kanak-kanak seramai enam orang dalam lingkunganumur 9 – 12 tahun itu sudah pun pulang ke rumah masing-masing. Din melihat jamdinding yang sudah menunjukkan pukul 8.25 malam, kebiasaannya budak-budakmengaji itu datang ke rumahnya selepas waktu Maghrib, jadi memang sahlah merekasemua sudah pulang ke rumah.

Dinmenyelak daun pintu biliknya dengan berhati-hati, agar tidak mengejutkanibunya. Hajat asalnya ingin membuat kejutan itu selepas waktu Isyak tetapidisebabkan perasaan tidak sabarnya itu membuatkan dia tidak betah lagi menunggudetik jam berlalu.

“Tadaaa…Mak!!”Din memeluk bahu ibunya dari belakangyang kelihatannya begitu terkejut dengan kelakuan anaknya yang tiba-tiba itu.Beristighfar berkali-kali orang tua itu sehingga membuatkan Din ketawaberdekah-dekah.

“Din!”marah Fatimah sambil menepuk tangan Din.

Dintahu ibunya itu bukan serius memarahinya, semakin kuat tawa Din dan Din sudahdapat menangkap riak wajah ibunya yang telah berubah.

“Janganketawa macam tu!” Nasihat Fatimah kepada Din.

Mendengarkannasihat ibunya itu serta merta Din terdiam, cuma sengihannya yang masih terukirdi bibir.

“Niapa sergah mak macam ni? Nak mak sakit jantung ke?” Tanya Fatimah yang sudahpun dapat mengawal keadaan terkejutnya sebentar tadi.

“Maafye mak. Minta ampun banyak-banyak. Din sayang sangat kat mak tau.” Sedikitsebanyak Din berasa bersalah dengan tindakannya sebentar tadi lalu dikucupnyatangan tua ibunya. Fatimah menggosok-gosok belakang badan Din.

“Takapa lah. Haa, ni ada apa ni jerit-jerit tadi tu? Siap senyum-senyum je ni?”Fatimah mengambil tempat di kerusi rotan yang menjadi kerusi kesukaannya untukberehat.

Dinmasih lagi tersenyum sementara tangannya sudah pun memegang sebuah bungkusanuntuk diberikan kepada ibunya. Fatimah melihat bungkusan yang masih berada ditangan Din.

“Nahmak. Ni untuk mak. Din hadiahkan untuk mak sempena birthday mak minggu lepas.Maaf mak, lewat sikit bagi hadiah. Minggu lepas tak dapat duit lagi.” Dinmenghulurkan bungkusan itu di tangan ibunya.

Berkaca-kacamata Fatimah apabila bungkusan itu berubah tangan. Fatimah menggenggambungkusan itu dengan erat.

“Makjangan nangis mak. Mak tak suka ke hadiah ni?” Tanya Din tetapi Fatimah segeramenggeleng.

“Susah-susahje untuk mak.” Fatimah mencium berkali-kali bungkusan yang masih belum dibukaitu membuatkan Din berasa sangat terharu.

“Maktak pernah susahkan Din. Mak la insan yang Din sayang sampai bila-bila,” jawabDin sambil memegang tangan Fatimah.

Tanpaberasa segan, Din meletakkan kepalanya di riba Fatimah. Fatimah tersenyum.Anaknya itu nama sahaja lelaki tetapi agak manja dengannya. Fatimahmengelus-elus rambut Din yang sedikit ikal.

“Tapijangan lupa satu perkara..” Fatimah cuba membuka satu topik yang pastimembuatkan Din tidak senang duduk.

Fatimahsudah kenal benar dengan sikap anaknya itu yang sememangnya tidak gemar apabilatopik itu dibangkitkan. Tetapi walaubagaimanapun Fatimah perlu juga menanyakanhal itu.

“Eh..jangansebut lagi mak. Hal tu kemudian ye mak.” Din tersengih. Dia sebenarnya sudahdapat mengagak apa yang ingin dicakapkan oleh ibunya itu. Tidak, masa itu belumtiba lagi!

Previous: Bab 3
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.