Home Novelet Keluarga Mat Lidi vs Cik Kak Lempeng
Mat Lidi vs Cik Kak Lempeng
Nik Zah
19/2/2016 22:58:02
33,155
Kategori: Novelet
Genre: Keluarga
Bab 1 Tayar pancit

Merah padam muka Azlin menahan bahangmatahari. Mana tidaknya, tayar motornya pancit lagi. Entah apa salahnya pun diatidak tahu sehingga masuk minggu ini sahaja sudah dua kali dia mengalami nasibyang sama. Terpaksalah dia dengan muka yang masam mencuka menyorong motornya kebengkel yang cukup tidak disukainya. Mahu tidak mahu Azlin terpaksa jugamenjejakkan kaki ke tempat yang dianggap jijik itu lagipun jika tidak ditampaltayar motornya itu, bagaimana pula dia hendak pergi ke sekolah esok? Itulahsatu-satunya kenderaan yang dia ada buat masa sekarang. Hendak membeli kereta?Hm, nampaknya lambat lagi la dengan gajinya yang tidak seberapa itu.Tambahan pula dia juga baru sahaja membinakerjaya.

“Eh,muka kau lagi?” sapa seorang pemuda yang cukup tidak disukai oleh Azlin dihadapan pintu bengkel.

Azlinterpaksa menebalkan muka masuk ke dalam bengkel itu kerana bengkel itu antara yangterdekat dengan rumahnya. Jika mahu ke bengkel lain, semakin lenguhlah kakinya.Azlin langsung tidak memandang kepada empunya suara yang menegurnya tadi keranadia sudah kenal benar pemilik suara itu.

“Asyikmuka dia ni je yang sambut aku. Dah tak ada muka lain ke?” bebel Azlin di dalamhati dengan wajah yang masih mencuka.

“Tukarkereta la cik kak. Beli yang second hand pun dah bagus daripada asyikkena tolak motor macam ni. Kesian cik kak kena tolak motor panas-panas macam ni.Terus cair mekap dah tak ada yang nak pinang nanti ” Sambung pemuda itu lagicukup memanaskan telinga Azlin yang mendengar.

“Kaubuat je lah kerja kau tu Mat Lidi. Asyik nak sakitkan hati aku je. Second hand?Apa kelas? Orang macam kau tu yang baru sesuai beli kereta second hand.Huh, tak ada standard langsung!” bidas Azlin dengan perasaan yang cukup banggakerana dapat menyakitkan hati pemuda itu manakala pemuda yang digelar sebagai MatLidi itu pula berasa telinganya panas dengan kata-kata sindiran Azlin. Berlagaknyaminah sorang ni!

Memangperempuan di hadapannya ini sering menyakitkan hatinya dan juga memandangrendah kepadanya. Sebab itulah dia juga tidak teragak-agak berkasar denganperempuan itu. Dan, hatinya sedikit puas kerana perempuan itu sekali lagi perlumenjejakkan kaki di bengkelnya yang dianggap jijik itu. Rasakan! Inilah balasan yang sesuai untuk orang yang suka berlagak!

“Berlagakbetul Cik Kak Lempeng ni kan. Diri sendiri pun tak mampu nak beli kereta, adahati nak pandang rendah pada orang. Motor kau ni kalau aku tak nak repair,merangkak la kau esok nak pergi kerja. Masa tu kau nak rayu aku, jangan harapla.”

Azlinmemandang tajam ke arah lelaki yang digelar Mat Lidi itu, memang dia sendiritidak tahu apa nama lelaki itu. Apabila dilihat sahaja tubuh lelaki itu yangkurus keding, terus dipanggilnya Mat Lidi tanpa memikirkan perasaan lelaki itu.Dan lelaki itu nampaknya tidak mahu berdiam diri, lantas turut membalas dengangelaran Cik Kak Lempeng kerana menurut pandangannya, badan perempuan itu memangserupa dengan lempeng!

“Dah,sudah! Kalau kau tak nak baiki, aku pun tak ingin la! Tak ingin aku nak merayu dengankau ni. ” Azlin tidak mahu berlama-lama lagi di situ lantas terus menyorongsemula motornya meninggalkan bengkel yang dihuni dengan manusia yang cukupmerimaskan hatinya itu.

Baginyabiarlah dia perlu menolak motornya sekali lagi daripada terus bertekak dengan MatLidi. Mahu sahaja dia menyumbat mulut Mat Lidi dengan sandal yang dipakainyasekarang.

Meledakketawa lelaki itu apabila melihat Azlin yang bersusah-payah perlu menyorongsemula motornya dalam keadaan panas terik. Sedikitpun tidak kelihatan riak bersalahdan kasihan di wajahnya.

“ByeCik Kak Lempeng. Lain kali jumpa lagi. Bawak elok-elok ye motor tu. Kalau jatuhangkat sendiri.”

Bengkakhati Azlin mendengarkan kata-kata lelaki itu. Huh, kalau tak disebabkan bengkellain yang kedudukannya agak jauh dari situ, tak inginnya Azlin jejakkan kaki disitu. Benci.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.