Home Novelet Keluarga Mat Lidi vs Cik Kak Lempeng
Mat Lidi vs Cik Kak Lempeng
Nik Zah
19/2/2016 22:58:02
33,165
Kategori: Novelet
Genre: Keluarga
Bab 3

Mamat menyeka kesan-kesan minyak yangbertompok di tangannya dengan sehelai kain buruk yang sering di bawanyasepanjang bertugas di bengkel. Adakalanya dia meletakkannya di atas bahu danadakalanya pula dia hanya memasukkannya di dalam kocek seluar.

Mamattersenyum puas apabila dapat membaiki dengan jayanya motor pelanggannya yangrosak. Petang ini seperti yang telah dijanjikan pelanggannya itu akan datang kebengkel untuk mengambil motor yang ditinggalkan di situ. Mamat sempat berpaling ke arah Din. Nampaknyakelihatan Din sedang berfikir sambil mengira sesuatu.

“Kau kira apa tu Din? Rajin benar kirastok.” Laung Mamat membuatkan Din berpaling kepadanya.

Din tidak menjawab pertanyaan Mamat malahseolah-olah terus menyambung berfikir sesuatu. Mamat tidak mahu lagi menggangguDin. Pasti ada sesuatu yang penting sedang difikirkan oleh Din ketika ini.

“Assalamualaikum..”

Mamatlantas berpaling sebaik sahaja terdengar salam seseorang. Berdiri seorangperempuan berbaju t - kuning sedang tersenyum ke arah Mamat.

“Rasamacam kenal..Oo.baru teringat.” Kata Mamat di dalam hati kemudiannya barumenjawab salam perempuan itu.

“Saudarini yang pernah datang bengkel ni baru-baru ni kan?” Tanya Mamat cuba berbasabasi. Hana tersenyum sahaja tanda mengiakan. Ya, mereka memang pernah berjumpa baru-baru ini, di bengkel ini juga.

“Adamasalah apa lagi ye?” Tanya Mamat lagi.

Ketikaitu juga Din muncul dan terpandang kepada pelanggan yang baru tiba itu.

“NiHana kawan Cik Kak Lempeng tu kan?” Tanya Din dengan senyum meleret.

Mendengarnamanya disebut, Hana terus mengiakannya. Wah, nampaknya sejak dia pernahmenjejakkan kaki di sini, namanya sudah semakin dikenali. Terima kasih jugaklabuat Azlin sebab secara tidak langsung sudah menaikkan namanya.

“CikKak Lempeng tak datang sekali ke?” Tanya Din lagi sambil matanya memandang kekiri kanan seperti mencari sesuatu.

“Tak,dia kat rumah,” jawab Hana sudah tahu gerangan yang dimaksudkan oleh Din itu.

“Nitak lain tak bukan mesti Cik Kak Lempeng yang suruh Hana datang sini nak repairmotor dia kan. Macam hari tu. Dia tu memang spesis pemalas ke apa?”

Selambasahaja Din berkata seperti itu sehingga Mamat menyiku lengan Din supaya lebihmenjaga kata.Hana juga sebenarnya sedikit tersentak dengan kata-kata Din yangagak laser itu. Tak mustahil la kalau perang dunia selalu meletus antara pemudaitu dengan Azlin.

“Mintamaaf la cik. Kawan saya ni memang macam ni. Maaf ye” Mamat meminta maaf bagipihak Din sambil matanya menjeling memandang Din.

Dintidak berkata apa-apa lalu terus mendapatkan motor Azlin yang berada dihadapannya. Seperti biasa dengan raut wajahnya yang sedikit pun tidak kelihatanbersalah dengan kata-kata yang baru diucapkannya tadi.

###

“Apa? RM30?” terkedu Azlin apabilamendengarkan harga yang baru diberitahu oleh Hana sebaik sahaja tiba di rumah.

Hanasekadar menjungkit bahu.

“Diakata bukan tayar je pancit. Ada benda lain lagi yang rosak. Tu pun dia dah bagidiskaun.” Jawab Hana jujur.

Panastelinga Azlin mendengar hal itu. Yang dia memandai nak repair benda yangdia tak suruh buat tu kenapa? Lepas tu memandai letak harga.

“Diasuruh kau bayar, dia kata jangan jadi pemalas sangat semua kerja nak mintaktolong orang tengah.”

Semakinpanas telinga Azlin mendengarkan kata-kata yang disampaikan melalui Hana itu.Ya, dia tahu masuk kali ini sudah dua kali Hana sudi menolongnya menghantarmotor ke bengkel tetapi bukan bermaksud dia pemalas! Ini semua kerana wujudnyamakhluk yang bernama Mat Lidi tu la!

“Akurasa la kan, baik kau cuba berbaik-baik je dengan dia. Habis cerita. Tak payahla nak bertekak sangat dengan dia tu. Alah, lagipun bukan kau selalu jumpa diapun..” Tiba-tiba Hana memberi usul ketika Azlin masih dalam keadaan marah bercampur geram.

Berbaikdengan Mat Lidi?

“Kaumerepek apa ni Hana?” Tanya Azlin separuh melenting. Sememangnya dia tidakbersetuju sama sekali dengan cadangan Hana yang baginya merepek dan tidak masukakal itu.

Lagipunapa yang dia akan dapat jika berbaik dengan Mat Lidi. Tidak ada faedah pun!Entah-entah Mat Lidi yang berlagak itu akan mengetawakannya dan menganggapnyaterhegeh-hegeh mahu mendekatinya pula.

“Takrugi pun kau berbaik dengan dia. Lepas ni senang kalau nak repair motor. Manatahu dapat diskaun lagi ke, free ke..” sambung Hana sambil tersengihmenampakkan barisan giginya yang putih.

“Alah,setakat repair motor je pun. Lagipun tu bukan bengkel dia pun.” Jawab Azlinseperti mengejek.

“Kauni kan, tak baik pandang rendah macam tu kat dia tau.” Hana cuba menasihatiAzlin.

“Betulla apa aku cakap. Tu bukan bengkel dia senang-senang nak bagi free..”

“Habis,kau nak owner bengkel tu ke baru kau puas hati? Apa nama tauke tu?” Hana cubamengingati sesuatu. Sambil itu mulutnya juga kelihatan tersenyum-senyum.Sengaja ingin menyakat Azlin.

“Dahla,malas nak layan kau. Kain kau tu basuh sendiri ye..Amboi, mentang-mentang mesinbasuh rosak, kau nak kenakan aku ye. Dah, basuh sendiri!”

“Wei,tak aci la. Aku dah tolong kau ikhlas tau..”jerit Hana.

“Ikhlasla sangat. Kalau ikhlas tak ada bersyarat-syarat..” sengaja Azlin inginmenaikkan perasaan geram di hati Hana manakala Hana sudah pun mencemik mukatanda tidak puas hati.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.